Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Berfikiran Kritis

View previous topic View next topic Go down

Berfikiran Kritis

Post by Juang on Sat Jan 23, 2010 2:22 pm

Melahirkan manusia yang berfikiran kritis adalah penting untuk mengelakkan manusia mudah ditipu. Musuh syaitan adalah orang2 yang berfikiran kritis. Ini kerana syaitan tahu tipu daya mereka mudah dibongkarkan bila ada manusia2 berfikir secara kritis.

Para Rasul adalah insan2 yang berfikiran kritis. Mereka tidak menurut membuta-tuli sesuatu ajaran melainkan dengan memikirkan dan mempertimbangkan kebenaran sesuatu ajaran. Sebab itulah mereka bertanya dahulu daripada mana datangnya sesuatu amalan itu. Apakah amalan itu dilakukan atas dasar pengetahuan (ada bukti2 hukum alam) atau persangkaan perbuatan orang2 terdahulu sahaja?

Untuk menguji tahap keimanan seseorang manusia, lihatlah bagaimana dia menerima kritikan atau soalan2 yang kritis. Jika dia hangin satu badan, itu menunjukkan betapa lemahnya imam manusia itu. Tetapi jika dia mampu membawa hujah2 yang logik dan selari dengan hukum2 alam ini, itulah orang2 yang sabar dan tinggi imannya.

Bukannya para Rasul tidak pernah diejek2 oleh orang2 musyrik di zaman mereka. Mereka sedar tabiat orang2 musyrik memang suka mengejek2 untuk mempertahankan amalan ritual mereka. Sebab orang2 musyrik itu sedar yang mereka beramal atas persangkaan perbuatan orang2 terdahulu mereka. Jadi cara nak berlawan hujah dengan ejek2 sahaja. Bila tidak tahu berhujah lagi, orang2 musryik akan berkata "inilah sihir yang nyata".

Di situ kita nampak tahap pemikiran orang2 musyrik itu rendah sebenarnya. Jika mereka berfikiran tinggi, sudah pasti mereka mampu bawakan bukti2 kukuh tentang amalan mereka itu tanpa perlu mengejek2. Tetapi sebab mereka tidak tahan amalan mereka dikritik, maka cara nak melepaskan amarah mereka adalah dengan mengejek2 sahaja. Begitulah lemahnya jiwa mereka.

Orang2 musyrik suka mengkritik orang lain, tetapi bila mereka dikritik, mereka marah. Sepatutnya jika berani kritik orang lain, kenalah berani terima kritikan. Barulah ada check and balance.

Sebaliknya, oleh kerana para Rasul itu seorang yang berfikiran kritis dan mereka tidak takut dikritik. Lagi mereka diejek, lagi bermacam2 ilham yang Allah turunkan kepada mereka untuk mengatakan kebenaran. Mereka telah dilatih untuk menggunakan hukum2 alam ini untuk menjadikan ilmu bagi mereka mengatakan kebenaran.

Kerana berfikiran kritislah Nabi Muhammad nampak bahawa tidak logik Tuhan ada anak atau ada tuhan-tuhan lain selain Pencipta alam ini. Sedangkan orang2 Yahudi dan Nasrani yang taksub pada ajaran ulamak2 mereka percaya Uzair atau Al Masih itu adalah anak2 Allah.

Begitulah pentingnya kita hidup berfikiran kritis agar tidak mudah ditipu oleh syaitan seperti mana orang2 musyrik terdahulu ditipu hidup2.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Zulia on Sat Jan 23, 2010 3:51 pm

Orang bukan Islam kini lebih pandai dari orang Islam. Teknologi mereka kan lebih canggih. Tapi mereka tak terima Al quran sebab mereka tak percaya kpd perkara ghaib yang mereka kata tak logik dan tak ada bukti saintifik tu kan bang.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Juang on Sat Jan 23, 2010 4:13 pm

Apabila manusia itu percaya kepada ajaran Al Quran yang suruh rajin membaca dan belajar serta kritis berfikir, itulah orang Islam yang sebenar. Bukankah itu sudah menunjukkan mereka terima Al Quran secara batinnya.

Bukankah saintis2 itu yang ramai membuktikan kebenaran Al Quran? Cuba cari buku sains mana yang bercanggah dengan Al Quran?

Tetapi kaum yang berbangga diri dan perasan mereka sahaja Islam tidak dapat menerima keislaman bangsa2 lain semata2 tak sama dengan ajaran "sunnah Nabi". Walhal Islam itu universal dan bukan milik esklusif sesuatu puak. Itu sahaja punca mereka kata bangsa2 lain yang telah contohi banyak ajaran Al Quran itu bukan Islam.

Bukankah Allah lebih tahu siapa yang benar2 Islam dan siapa yang sebenarnya musyrik. Takkan nak berlagak jadi tuhan selain Allah untuk mengklasifikasikan manusia?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Juang on Sat Jan 23, 2010 4:23 pm

Dulu orang2 Yahudi dan Nasrani nampak Nabi Muhammad itu bukan Islam. Kononnya mereka sahajalah yang Islam dan dapat petunjuk. Kononnya golongan mereka sahajalah yang dikasihi Allah.

Walhal di sisi Allah, Nabi Muhammad itulah yang paling banyak ikut ajaran2 baik yang terkandung dalam Taurat, Injil dan Zabur itu. Sebab itulah baginda membenarkan Kitab2 Allah yang terdahulu.

Kini ramai orang2 Islam hari ini tiru balik perangai kaum Yahudi dan Nasrani itu. Mereka rasa mereka sahajalah Islam. Padahal bangsa2 lain itulah yang paling banyak contohi ajaran2 baik Al Quran.

Orang2 Islam hari ini hanya nampak Islam pada unsur2 Arabnya sahaja. Itu sahaja yang mereka megah2kan. Padahal dari segi sifat, mereka jauh daripada sifat2 Nabi Muhammad yang rajin belajar dan berfikir itu. Takkanlah Al Quran yang setebal itu dan bermutu2 ayat2nya (selari dengan peraturan alam) dimiliki oleh orang2 yang pemalas belajar dan pemalas berfikir?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Juang on Mon Jan 25, 2010 2:11 pm

Mari kita berfikiran kritis dalam hal ini.

Nabi Ibrahim menegur kaumnya supaya tidak beramal dengan menyembah patung yang diukir oleh manusia sendiri. Ini kerana dalam menyembah Allah, tidak patut ada apa2 perantaraan Dia dengan manusia.

Logikkah kemudiannya baginda dan anaknya Ismail membina sebuah rumah agar manusia pergi beramal dengan menyembah ke arah rumah batu itu? Apa bezanya amalan baginda dengan kaumnya yang beramal menyembah ke arah patung sebab patung dan rumah batu itu sama2 objek yang dibina oleh tangan manusia sendiri?

Mungkin ramai yang tidak sedar perkaitan ini.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Zulia on Mon Jan 25, 2010 9:47 pm

Jadi abang menolak ajaran islam yang diamalkan oleh orang islam sekarang?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by SangKribit on Mon Feb 08, 2010 10:50 am

Ya. Benar itu Zulia ... mereka seperti Juang, Tolokminda dan Bayau menolak Islam yg diamalkan sekarang. Asal usul gerakan mereka ialah Richard Kalif seorang Kristian Coptic yg menyamar dgn nama Rashad Khalifa. Dia ni seorang numerologist yg cipta CODE 19, satu gerakan sesatkan aqidah Islam di tahun 80-an. Seoarng mujahid tlah menamatkan kontrak-hidup Richard pd tahun 1990. Setelah itu, pengikut Richard bergerak di bawah panji2 'Quranic Movement' - tujuan mereka utk sesatkan org Islam dgn tafseer BARU yg memalsukan makna sebenar ayat. Bagi yg lemah semangat dan minda, anda akan dijadikan 'salad' dan aqidah anda akan di-ratah2 oleh makhluk yg jahat ini.

Bagi mereka Kaabah itu berhala, ibadat puasa dan solat sperti yg diamalkan sekarang dituduh pemalsuan ulama Arab.

Mereka ada cara mereka tersendiri dalam melaksanakan 'Islam' mereka.

Kan elok kalau mereka cakap awal-awal ... tapi tak, mereka konar sana sini dgn hujah yg kununnya dari Quran utk sesatkan orang yg tak 'cerdik' macam mereka. Dengan katalain, mereka berniat untuk memberi gambaran seolah-olah mereka juga Islam.

Saya beri peluang pd Bayau, Juang dan Tolokminda untuk menafikan semua ini.

Sementara itu, pembaca lain sila layari website berikut utk ketahui isi perut mereka yg cuba sesatkan orang Islam melalui forum ini:

www.KaabahItuBerhala.blogspot.com | www.aididsafar.com | www.aididsafar.wordpress.com | www.tolokminda.wordpress.com

Saya telah mengkaji semua website mereka, dan mereka memang bijak mengatur ayat utuk menjebak pembaca. Jadi adalah baik anda merujuk kpd orang 'alim dan jangan mudah terpujuk dengan program mereka ini, kecuali jika anda juga tidak mahu Solat, Puasa dan Haji.

SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 751
Registration date: 2010-02-08

Back to top Go down

Re: Berfikiran Kritis

Post by Zulia on Mon Feb 08, 2010 5:39 pm

Saya tak akan berhujah di internet dengan orang yang saya tak kenal latar belakangnya dan saya tak perlu tahu siapa mereka lebih-lebih lagi dalam soal agama. Kalau sesiapa yang tak mahu merujuk kepada orang yang lebih arif tentang agama dan menolak amalan orang islam sekarang, fikirkan tentang ini; oleh kerana mereka tidak percaya kepada orang Islam lain, siapa pula yang akan menguruskan jenazah mereka nanti? Bagaimana? dan di mana nak disemadikan? Sila wasiatkan kepada keluarga yang terhampir. Sebab maut boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Kalau perkara urusan jenazah pun mereka tidak tahu, kembalilah semula kepada ajaran Islam. Kenyataan saya adalah secara umum dan tidak merujuk kepada sesiapa. Tapi saya menyeru kepada Abang Juang supaya kembali, sebab saya memang mengenalinya. Saya tidak akan memaafkan mereka yang menyebarkan fahaman ini sehingga Abang Juang berubah daripada dirinya yang yang saya kenali dulu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2402
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum