Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Erti Menyembah Allah

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Fri Jan 22, 2010 9:18 am

Apakah erti manusia menyembah Allah, Pencipta dan Pengatur alam semesta ini?

Menyembah Allah bermaksud kita hidup mengikut hukum-hukum alam yang ditetapkan kepada kita sebagai seorang manusia. Selagi manusia itu hidup mengikut fitrah kejadian dirinya sendiri, maka ia sudah bermakna manusia itu menyembah Allah.

Hidup mengikut fitrah akan menjadikan manusia itu selamat dan mendapat manfaat. Manakala hidup menentang fitrah akan membawa mudarat kepada manusia. Sedar atau tidak, kita sebenarnya menyembah Allah sepanjang masa. Tiada waktu-waktu khusus untuk menyembahNya.

Apabila seseorang itu menyedut dan menghembus nafas, itu sudah dikira menyembah Allah kerana dia mengikut fitrah kejadiannya yang perlukan oksigen untuk terus hidup. Kalau manusia itu cuba menahan nafasnya (tidak mahu bernafas), pasti membawa mudarat kepada dirinya sendiri.

Makan apabila kelaparan juga adalah menyembah Allah kerana kalau kita lawan fitrah kejadian kita yang perlukan makan, itu bermakna kita tidak mahu ikut peraturan diri kita sendiri dan akan memudaratkan diri. Begitu juga minum apabila dahaga, membuang air kecil dan besar, mahupun membuang angin perut.

Apabila badan kita keletihan yang memerlukan kita rehat atau tidur, itu juga sudah dikira menyembah Allah. Pendek kata, selagi kita mematuhi peraturan yang ditetapkan kepada kita sebagai manusia, selagi itulah kita menyembah Allah.

Berfikir dan belajar itu juga adalah peraturan alam yang ditetapkan pada diri seorang manusia. Ini kerana sesiapa yang rajin berfikir dan belajar pasti akan dapat manfaat manakala sesiapa yang malas berfikir dan belajar pasti mendapat mudarat akibat kebodohannya sendiri. Oleh kerana itu, orang2 yang rajin berfikir dan sentiasa belajar untuk mencari kebenaran sehingga akhir hayatnya, mereka itulah orang yang paling kuat menyembah Allah.

Sebab itulah para Nabi dan Rasul terdiri dari kalangan orang2 yang rajin berfikir dan belajar sehingga dikurniakan Kitab dan kebijaksanaan (hikmah). Mana ada peraturan alam membenarkan orang2 yang pemalas berfikir dan belajar akan dapat ilham2 untuk menulis ilmu dan kebijaksanaan?

Begitulah luas dan lapangnya erti menyembah Allah. Semua orang boleh melakukannya tanpa perlu terkial2 cari cara seseorang hamba Allah terdahulu menyembahNya. Dengan melihat fitrah kejadian diri kita sendiri, kita akan tahu cara-cara menyembah Allah iaitu dengan mengikut fitrah kejadiaan kita sebagai seorang manusia. Yang pentingnya rajin guna akal untuk fikirkan yang terbaik dan meninggalkan yang buruk. Sebab tak logik Allah cipta kita nak buat sesuatu yang buruk dan sia-sia.

Bagaimana syaitan memalingkan manusia daripada menyembah Allah?

Jika kita renungkan, syaitan tidak boleh memalingkan kita daripada bernafas, makan, minum, buang air atau tidur. Sebab kesan kita melawan fitrah perbuatan2 itu akan berlaku dengan cepat. Jika kita tak mahu bernafas, kita tahu kita akan mati. Manusia takut nak mati. Begitu juga dengan hidup tidak mahu makan, minum, buang air atau tidur, badan kita akan rasa kesannya dan mendatangkan penyakit jasmani. Jadi manusia cukup taat menyembah Allah dalam bab bernafas, makan, minum, buang air atau tidur.

Oleh itu, syaitan akan memalingkan manusia daripada menyembah Allah dalam bab berfikir dan belajar. Ini kerana kesan buruk melawan Allah dengan malas berfikir atau belajar tidak berlaku dengan cepat. Ia juga membawa kesan buruk daripada satu generasi ke satu generasi. Malah kesan buruknya melibatkan sesuatu bangsa. Ramai manusia tidak sedar melainkan seseorang yang membuka mindanya untuk membuat perbandingan perangai sesuatu bangsa itu.

Untuk memalingkan manusia daripada rajin berfikir dan belajar (melawan fitrah asal manusia di mana Adam adalah seorang insan yang rajin belajar), maka syaitan akan membuat sesuatu ketetapan ritual kononnya dengan buat amalan ritual itu, mereka sahajalah dikira menyembah Allah. Akibatnya maksud "menyembah Allah" itu telah dipesongkan dan disempitkan.

Mereka hanya sembah Allah pada waktu2 tertentu atau di tempat2 tertentu. Waktu2 lain atau di tempat2 lain, mereka anggap sudah tidak menyembah Allah. Mereka sempitkan pergerakan tubuh badan mereka yang dikira itulah sahaja erti menyembah Allah. Apabila mereka mengesklusifkan cara-cara menyembah Allah (walhal Allah tidak pernah menetapkan sesuatu cara), maka mereka mudah kena penyakit bangga diri. Hiduplah mereka di dunia yang fana ini dalam keadaan hati yang berpenyakit. Sia-sia sahajalah amalan mereka seperti mana sia-sianya amalan iblis yang asalnya malaikat, gara-gara penyakit berbangga diri itu juga.

Kembali kepada fitrah

Jadi, untuk melawan tipu daya syaitan yang mengesklusifkan cara-cara menyembah Allah yang asalnya luas dan lapang, maka manusia kenalah hidup kembali kepada fitrah. Selagi manusia itu hidup mengikut fitrah kejadiannya, maka manusia itu sudah menyembah Allah. Dengan cara ini, manusia tidak akan mewujudkan bentuk amalan ritual tertentu yang kononnya mereka sahaja yang sembah Allah. Semua orang boleh menyembah Allah tanpa mengira masa dan tempat. Bukankah Allah itu ada bersama-sama kita sepanjang masa?

Bila hidup ikut fitrah dan tidak berbangga diri, hati akan tenang, tenteram dan bahagia kerana jiwa kita sihat dan jauh daripada penyakit2 hati yang membakar jiwa kita sendiri. Menjaga kesihatan jiwa itu juga adalah fitrah manusia. Macam mana kita berusaha menjaga kesihatan jasmani, macam itulah kita kena jaga rohani kita daripada penyakit2 hati.

Telah jelas yang benar memisahkan yang dusta. Sesiapa nak terus hidup dalam penyakit berbangga diri dengan mengesklusifkan cara-cara menyembah Tuhan, jiwa mereka sendiri akan dibakar oleh penyakit berbangga diri.

Aku berlepas diri daripada orang2 yang menyekutukan Allah yang mahu hidup berbangga diri kononnya cara mereka sahajalah dikira menyembah Allah, walhal Allah tidak pernah menetapkan seperti apa yang mereka tetapkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Fri Jan 22, 2010 12:37 pm

Apabila kita sedar bahawa menyembah Allah itu adalah dengan hidup mengikut fitrah diri agar kita menjaga jasmani dan rohani kita daripada penyakit (sebab Allah cipta kita bukan untuk berbuat kerosakan), maka kita mudah menilai amal perbuatan kita sendiri.

Di akhirat nanti pun kita akan menilai perbuatan kita sendiri. Tubuh badan kita sendiri akan menjadi saksi terhadap segala perbuatan kita sendiri. Diri kita sendiri tahu kita beramal kerana ikhlas atau kerana nak bermegah2an.

Jika kita menurut amalan ritual yang mereka kata itulah sahaja cara menyembah Allah, kita tidak tahu apakah amalan kita itu diterima Allah atau tidak. Kita terpaksa bersandar selain Allah untuk tahu cara-cara nak sembah Allah itu. Malah wujud golongan yang merasakan mereka perantara bagi Allah untuk menentukan amalan manusia lain itu sah atau tidak. Sedangkan tiada perantara sesuatu jiwa dengan Tuhannya sendiri.

Bila kita tahu segala urusan hidup kita adalah menyembah Allah, sudah pasti kita akan berusaha meningkatkan kualiti diri kita bermula dengan meningkatkan kualiti rohani kita agar jauh daripada penyakit2 hati. Dalam masa yang sama, kita akan pertingkatkan kualiti kesihatan jasmani dengan menjaga pernafasan, makan-minum dan pergerakan tubuh-badan (senaman).

Bayangkan masyarakat kita terdiri daripada masyarakat yang sihat rohani dan jasmaninya, sudah pasti negara guna dapat manfaatnya kerana modal2 insan yang berkualiti akan melahirkan masyarakat yang berkualiti.

Tetapi kalau masyarakat hidup dalam penyakit rohani kerana bermegah2 kononnya mereka sahaja yang sembah Tuhan dengan sesuatu cara yang Allah tidak pernah tetapkan begitu, kemudian pemalas belajar pula tu dan mudah pula kena penyakit2 jasmani kerana hidup lalai menjaga permakanan dan senaman, sudah pasti suatu hari nanti masyarakat hidup dalam keadaan lemah dan berpecah-belah. Jadi, macam mana nak bina sebuah negara yang maju, sejahtera dan bertamadun tinggi?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Fri Jan 22, 2010 12:53 pm

Mampukah rakyat Malaysia berbilang kaum tunduk kepada kebenaran dengan tidak khususkan cara menyembah Allah? Sebab semua manusia yang hidup mengikut fitrah diri dan berbuat baik, itu sudah dikira menyembah Allah.

Jadi kenapa perlu wujudkan jurang pemisah atas nama kononnya cara mereka menyembah Tuhan sahajalah yang betul? Hidup berbangga diri itu dapat apa? Dapat penyakit2 hati sahaja. Baik kita cari titik kesatuan di mana semua manusia boleh sembah Allah asalkan dengan patuh ikut fitrah diri dan hidup berbuat kebaikan.

Jika manusia itu baik hatinya dan tidak mahu jadikan agama sebagai alat untuk bermegah2 dan mencari titik kesatuan semua manusia, pasti mereka boleh nampak bahawa secara logiknya dengan hidup mengikut fitrah dan berbuat kebaikan, mereka sudah menyembah Allah sepanjang waktu.

Tidak perlu serabut dengan ketetapan waktu2 tertentu untuk menyembah Allah. Bila-bila masa dan di mana jua manusia itu berada, selagi dia ikut hukum alam yang ditetapkan pada dirinya dan hidup berbuat baik, mereka sudah menyembah Tuhan yang sama. Tak perlu nak berebut2 lagi pasal nama Tuhan macam budak2 berebut gula2 pula.

Kita sudah nampak, punca berpecah-belahnya manusia atas nama agama kerana ada pihak2 yang berbangga diri kononnya cara mereka sahaja menyembah Tuhan. Mereka nak cari pengaruh agar semua manusia kena ikut cara mereka. Mereka mengesklusifkan agama untuk berbangga diri. Walhal Allah itulah yang mencipta manusia tanpa perantaraan sesiapa.

Apakah rakyat Malaysia mampu buktikan sebagai negara pertama yang berjaya meruntuhkan jurang atas nama agama yang memecah-belahkan sesama manusia? Fikir-fikirkanlah demi generasi kita yang akan datang untuk meruntuhkan keegoan atas nama agama.

Malaysia Boleh!!!

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Fri Jan 22, 2010 3:03 pm

Belum terjamin peperangan tidak berlaku kerana sejarah telah membuktikan perpecahan tetap akan berlaku atas sebab-sebab lain. Politik contohnya memecahkan satu bangsa dan agama yang sama. Walaupun semua agama menganjur kebaikan. Tetap ada penaja kearah kejahatan. Sebab manusia kadang-kadang tak dapat bezakan antara fitrah dengan nafsu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Fri Jan 22, 2010 3:06 pm

Belum terjamin peperangan tidak berlaku kerana sejarah telah membuktikan perpecahan tetap akan berlaku atas sebab-sebab lain. Politik contohnya memecahkan satu bangsa dan agama yang sama. Walaupun semua agama menganjur kebaikan. Tetap ada penaja kearah kejahatan. Sebab manusia kadang-kadang tak dapat bezakan antara fitrah dengan nafsu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Fri Jan 22, 2010 3:09 pm

Belum terjamin peperangan tidak berlaku kerana sejarah telah membuktikan perpecahan tetap akan berlaku atas sebab-sebab lain. Politik contohnya memecahkan satu bangsa dan agama yang sama. Walaupun semua agama menganjur kebaikan. Tetap ada penaja kearah kejahatan. Sebab manusia kadang-kadang tak dapat bezakan antara fitrah dengan nafsu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Fri Jan 22, 2010 3:10 pm

Belum terjamin peperangan tidak berlaku kerana sejarah telah membuktikan perpecahan tetap akan berlaku atas sebab-sebab lain. Politik contohnya memecahkan satu bangsa dan agama yang sama. Walaupun semua agama menganjur kebaikan. Tetap ada penaja kearah kejahatan. Sebab manusia kadang-kadang tak dapat bezakan antara fitrah dengan nafsu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Fri Jan 22, 2010 4:10 pm

Cuba fikirkan. Kalau semua manusia sedar yang hidup mengikut fitrah itulah erti menyembah Allah, apakah manusia akan jadikan agama sebagai alat bermegah2 dan membuat puak2? Tiada siapa akan mewujudkan kepuakan atas nama agama kerana hakikatnya semua manusia mudah belajar untuk menyembah Allah. So settle pasal menyembah Allah.

Kemudian pasal berbuat baik, apakah suatu yang sukar nak buat baik yang perlu diwujudkan puak2? Tak perlu juga sebab semua manusia boleh berbuat baik dengan apa jua cara yang ada.

Pasal belajar dan berfikir untuk dapat ilmu. Semua manusia mudah nak belajar dan berfikir. Macam2 bahan bacaan wujud dan mudah dicapai di zaman IT ini. Dengan kata lain, untuk meninggikan mentaliti dan meluaskan pemikiran, bukan lagi suatu yang sukar.

Jadi tiada alasan nak mewujudkan puak2 atas nama agama atau amalan sembahan. Itu kerja2 orang yang tidak dapat bezakan fitrah dan nafsu.

Kita sudah kenal pasti punca kejahatan adalah penyakit berbangga diri. Sebab itulah Allah tunjukkan kepada Adam pasal penyakit berbangga diri iblis itu supaya kita kenal penyakit2 dalam hati sendiri.

Menyedarkan manusia pasal penyakit2 dalam hati sendiri itulah objektif para Rasul dibangkitkan. Kalau tiada siapa nak peringatkan pasal penyakit ini, sampai ke mati manusia itu tak sedar diri.

Jarang kita dengar khutbah menyebut pasal penyakit2 bangga diri ini. Penyakit yang menyebabkan ada manusia menjadikan sesuatu agama itu esklusif macam pernah kaum Yahudi dan Nasrani dahulu buat.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Fri Jan 22, 2010 6:31 pm

Berbangga diri tu bukanlah satu satunya kejahatan dimuka bumi ini. Manusia dengan mudah melakukan apa saja kejahatan dan tak perlu mewujudkan puak, seorang diri pun boleh bergantung kepada kejahatan yang nak dilakukan. Banyak lagi perkara mungkar dan kezaliman yang menduduki carta teratas pilihan manusia. Kita sepatutnya perlu ada peraturan lengkap yang mampu menyelesaikan kesemua jenis kemungkaran samada kesalahan pesendirian, antara manusia dan tuhan dan antara manusia dan manusia.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Sat Jan 23, 2010 12:15 pm

Sebab berbangga dirilah manusia buat jahat. Mereka tidak rasa takut nak buat jahat. Kalau manusia itu seorang yang merendah diri, sudah pasti dia takut nak buat jahat.

Dan sebab berbangga dirilah iblis masuk neraka. Takkanlah tak nampak2 betapa bahayanya penyakit berbangga diri itu? Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Zulia on Sat Jan 23, 2010 12:21 pm

Betullah bang, penyakit bangga diri selalu datang dari fikiran orang yang menyendiri. Syaitankan suka pada orang yang bersendirian. He he he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Sat Jan 23, 2010 12:38 pm

Kiranya masa Rasulullah menyendiri di gua Hira'q tu, syaitanlah yang ajar baginda? Patutlah mereka memusuhi ajaran Al Quran yang turun semasa baginda menyendiri di gua Hira'. Mungkin mereka anggap Al Quran itu ajaran syaitan kot.

Mereka tidak sedar, iblis yang bersama kalangan malaikat (bukan bersendirian) itulah yang kena penyakit berbangga diri.

Tiada kaitannya penyakit berbangga diri dengan ramai atau menyendiri. Itulah jadinya bila beragama tak guna logik, benda2 simple macam ni pun mereka tak boleh difikirkan.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Juang on Sun Jan 24, 2010 3:05 pm

Apabila kita faham erti menyembah Allah itu luas bukannya sesempit amalan ritual kaum2 tertentu, maka kita akan faham kenapa dalam Al Quran tidak menetapkan cara menyembah Allah. Al Quran hanya menceritakan bagaimana kaum2 musyrik terdahulu yang menetapkan cara menyembah Tuhan. Dan cara itu ditetapkan atas dasar yang kabur sehingga apabila ditanya kenapa kaum itu buat begitu, mereka sekadar menjawab, "sebab kami lihat bapa2 kami berbuat begitu". Mereka melakukan amalan atas dasar ikutan tradisi dan persangkaan sahaja.

Tidak ada dicatatkan dalam Al Quran, mana-mana Nabi dan Rasul menyempitkan erti menyembah Allah. Yang Al Quran bawa adalah kepelbagaian bidang2 ilmu yang dimiliki oleh para Nabi itu. Ada yang tahu bina kapal, buat baju besi, menundukkan angin untuk kenderaan yang pantas, pandai menyembuhkan penyakit dan pelbagai bidang2 ilmu.

Jadi apakah maksud sebenar menyembah Allah itu? Hanya orang2 yang berakal dan berilmu sahaja akan tahu erti mereka menyembah Allah. Bila mereka tahu erti menyembah Allah, mereka tidak beragama secara menurut membuta-tuli ajaran sesuatu puak. Mana ada kisah para Nabi yang menurut ajaran sesuatu pihak yang merasakan diri mereka ada kuasa esklusif terhadap agama Allah?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by SangKribit on Mon Feb 08, 2010 12:51 am

Juang nih cakap degar3 macam new prophet .. but i know you know youre just bullshiting

SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 753
Registration date: 2010-02-08

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Admin on Mon Feb 08, 2010 1:03 am

Berlapang dadalah untuk mendengar setiap pendapat dan memilih yang terbaik. Kalau setakat mencela dan langsung tidak mengemukakan hujah, baik tinggalkan sahaja forum ini.

maaf, jika tersinggung.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by SangKribit on Mon Feb 08, 2010 1:16 am

aku tahu bayau, juang & tolokminda ni satu kepala .
nak rosakkan aqidah budak Melayu ...
konar2 guna teknik CODE 19 mcm Rashad Khalifa @ Submitters

rite?

SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 753
Registration date: 2010-02-08

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Admin on Mon Feb 08, 2010 1:52 am

SangKribit wrote:aku tahu bayau, juang & tolokminda ni satu kepala .
nak rosakkan aqidah budak Melayu ...
konar2 guna teknik CODE 19 mcm Rashad Khalifa @ Submitters

rite?


Tidak ada nak rosakkan sesiapa. Sesiapa sahaja bebas memberikan hujah-hujahnya. Jika tiada ruang untuk memberi dan mendengar pendapat, bagaimana Allah nak beri petunjuk kepada kita. Jika anda ada pendapat yang boleh difikirkan, sila kemukakannya di sini.

terima kasih.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by SangKribit on Mon Feb 08, 2010 9:36 am

Jangan pura-pura bayau!

Saya tahu anda sedang cuba rosakkan aqidah org Islam.

Anda dan juang adalah juak kepada Tolokminda.

Tolokminda mahu org Islam meninggalkan ibadat solat, puasa dan haji.

Kaabah dikatakan berhala. Puasa di bulan Ramadhan di katakan penipuan.
dan Solat lima waktu dikatakan menonggeng ... seperti yg juang suka gambarkan tu.

Buktikan pd saya anda bertiga tidak terlibat dalam projek :

1. www.tolokminda.wordpress.com
2. www.aididsafar.com
3. www.kaabahituberhala.blogspot.com

Selain daripada itu, silakan saja berhujah dgn Quran .. tapi janganlah anda bertiga mengaku diri anda Islam sedangkan anda menolak ibadat solat, puasa dan haji.

Anda cuba lakukan infiltritasi ... penyusupan masuk idea ke dalam minda yang innocent secara memalsukan makna ayat2 Quran... kerana anda tahu ramai yg tidak mengkaji Quran.

Tapi tidak seperti anda bertiga, walaupon yg ramai tu tak se'bijak' anda tentang 'makna' ayat Quran, meraka mempunyai jiwa tulus dan berpandukan sunnah Rasulullah saw, AhlulBayt dan ijma/ijtihad para ulama.

SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 753
Registration date: 2010-02-08

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by Admin on Mon Feb 08, 2010 10:39 am

SangKribit wrote: Jangan pura-pura bayau!

Saya tahu anda sedang cuba rosakkan aqidah org Islam.

Anda dan juang adalah juak kepada Tolokminda.


Sila jelaskan kepada saya maksud akidah itu. terima kasih.

SangKribit wrote: Tolokminda mahu org Islam meninggalkan ibadat solat, puasa dan haji.

Kaabah dikatakan berhala. Puasa di bulan Ramadhan di katakan penipuan.
dan Solat lima waktu dikatakan menonggeng ... seperti yg juang suka gambarkan tu.

Buktikan pd saya anda bertiga tidak terlibat dalam projek :

1. www.tolokminda.wordpress.com
2. www.aididsafar.com
3. www.kaabahituberhala.blogspot.com


Sekurang-kurang mereka ada hujah yg boleh difikirkan. Bukan macam sebahagian besar umat islam yg hanya tahu menurut membuta-tuli.

SangKribit wrote:Selain daripada itu, silakan saja berhujah dgn Quran .. tapi janganlah anda bertiga mengaku diri anda Islam sedangkan anda menolak ibadat solat, puasa dan haji.


Adakah islam itu hak ekslusif sesuatu pihak sahaja?

SangKribit wrote:Anda cuba lakukan infiltritasi ... penyusupan masuk idea ke dalam minda yang innocent secara memalsukan makna ayat2 Quran... kerana anda tahu ramai yg tidak mengkaji Quran.

Tapi tidak seperti anda bertiga, walaupon yg ramai tu tak se'bijak' anda tentang 'makna' ayat Quran, meraka mempunyai jiwa tulus dan berpandukan sunnah Rasulullah saw, AhlulBayt dan ijma/ijtihad para ulama.


Anda seharusnya memberikan hujah-hujah yg kukuh mengapa anda katakan kepada mereka bhw mereka memalsukan makna ayat2 quran. kalau anda setakat berkata spt ini, ia hanya menyamai perangai org2 kafir yg hanya tahu berkata "ini sihir yg nyata".

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3288
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Erti Menyembah Allah

Post by SangKribit on Mon Feb 08, 2010 11:38 am

Bayau,

Straight to the point and cut to the chase.

Hujah apa sekali pon , anda DECLARE pendirian anda dulu.

Tolokminda menyeru orang Islam supaya tinggalkan Solat, Puasa dan Haji dan ibadat lain.
Secara otomatik dia gugur kelayakannya untuk cakap pasal Islam, sebab dia bukan Islam.

Wajarkah kita berbicara hal ehwal Islam dengan orang kafir yg berniat merosakkan aqidah kita?

Sekadar bermain akrobat minda yang tolok dan banding, apakah anda fikir yang anda hebat dan anda layak untuk review dan tulis semula aqidah Islam? berdasarkan ke-waham-an anda tentang ayat Quran?

SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 753
Registration date: 2010-02-08

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum