Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Semangat Ingin Tahu
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Semangat Ingin Tahu
Apakah yang membezakan nasib sesuatu bangsa? Yang membezakan nasib sesuatu bangsa terletak pada semangat ingin tahu (inkuiri) yang ada dalam diri mereka. Lagi tinggi semangat ingin tahu sesuatu bangsa, lagi banyak mereka akan kaji dan menyelidiki.
Kaum-kaum yang membuat amalan ritual, mereka tidak suka bila ada manusia yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Ini kerana mereka sedar yang amalan ritual mereka itu ditetapkan atas persangkaan amalan orang-orang terdahulu mereka yang tiada bukti daripada Allah. Sebab itulah mereka tidak mampu membawa hujah secara konkrit untuk membuktikan amalan mereka itu benar-benar datang daripada Allah, melainkan mereka terpaksa bersandarkan atas nama hamba-hamba Allah terdahulu yang dimuliakan.
Mereka akan ajar pengikut mereka memuja-muja dan taksub kepada seseorang hamba Allah. Jadi segala apa yang didakwa atas ucapan atau perbuatan hamba Allah itu, mereka akan turuti tanpa bertanya lagi. Jadilah mereka kaum yang menurut membuta-tuli.
Berdasarkan sejarah kebangkitan bangsa Eropah dahulu, mereka berjaya kerana semangat ingin tahu yang tinggi. Mereka tidak mudah mempercayai sesuatu yang tidak dibuktikan secara logik. Ini menjadikan jiwa mereka kuat dan kental kerana hidup berdasarkan fakta-fakta yang kukuh bukannya guna persangkaan perbuatan orang-orang terdahulu. Fakta-fakta itu boleh kita temui baik pada diri dan pada langit dan bumi.
Menetapkan sesuatu hukum perlulah berlandaskan fakta-fakta yang kukuh, bukannya ditetapkan atas persangkaan perbuatan orang-orang terdahulu. Al Quran menyuruh manusia membaca bukan kerana atas persangkaan orang-orang terdahulu membaca, tetapi kerana amalan membaca itu benar-benar terbukti membawa manfaat besar kepada tamadun manusia.
Daripada wahyu pertama Al Quran sudah benar dari segi faktanya. Bila dikatakan Tuhan yang mencipta alam ini, semua manusia mudah menerimanya. Tiada siapa berani kata alam ini diciptakan oleh seseorang manusia. Semua manusia akan percaya alam ini diciptakan oleh Satu Kuasa yang Amat Hebat. Yang membezakan kepercayaan manusia dalam memahami kehidupan mereka di atas muka bumi ini.
Ada manusia percaya yang mereka kena buat sesuatu amalan sembahan yang kononnya itu untuk Allah. Walhal Allah tidak memerlukan apa-apa amalan daripada manusia. Bukankah Dia itu Tuhan yang boleh Hidup tanpa bantuan daripada makhluk2Nya? Dia yang Mencipta daripada segumpal darah, atas sebab apa pula Dia perlukan amal perbuatan daripada manusia?
Segala amal perbuatan kita adalah untuk diri kita sendiri. Jika kita berbuat baik, dapatlah kebaikan pada diri kita sendiri. Jika kita buat sesuatu yang buruk, dusta dan diada-adakan, maka akan dapatlah balasan buruk.
Contohnya orang yang rajin belajar kerana ada semangat ingin tahu yang tinggi, maka dia akan dikurniakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Balasan baik itu jelas dapat kepada dirinya sendiri. Begitu juga orang yang malas belajar kerana sikap sambil lewa dan suka menurut membuta-tuli, maka mereka akan cetek ilmu dan menjadi golongan yang lemah mindanya. Balasan buruk itu juga jelas dapat kepada diri mereka sendiri.
Semangat ingin tahu yang tinggi itulah pendorong sesuatu bangsa akan bertamadun tinggi, bukannya golongan yang lebih hina daripada binatang ternak kerana kebodohan sendiri (ada otak tetapi hidup menurut membuta-tuli).

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Semangat Ingin Tahu
Sebab ingin tahu lah nak kena tanya ni. Saya sangat nak tahu bagaimana Rasulullah bersembahyang. Musatahil tak ada seorang pun tahu kalau ia bukan seperti amalan sekarang. Tolonglah cari dapat satu contoh sahabat, atau nama imam atau rujukan dari sumber yang lalu.
Saya nak cari kebenaran ni nak buat kajian lanjut.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Semangat Ingin Tahu
Orang yang percaya kepada Allah, mereka akan cari Allah sebagai rujukan dan sumber ilmu. Ini kerana yang mengajar Rasulullah itu adalah Allah.
Oleh kerana Rasulullah diajar oleh Allah, maka Al Quran itulah sumber rujukan. Dalam Al Quran tidak ajar Rasulullah mahupun para Nabi2 terdahulu buat amalan ritual. So takkanlah tak faham2 lagi.
Oleh kerana Rasulullah diajar oleh Allah, maka Al Quran itulah sumber rujukan. Dalam Al Quran tidak ajar Rasulullah mahupun para Nabi2 terdahulu buat amalan ritual. So takkanlah tak faham2 lagi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Semangat Ingin Tahu
Zulia wrote:Sebab ingin tahu lah nak kena tanya ni. Saya sangat nak tahu bagaimana Rasulullah bersembahyang. Musatahil tak ada seorang pun tahu kalau ia bukan seperti amalan sekarang. Tolonglah cari dapat satu contoh sahabat, atau nama imam atau rujukan dari sumber yang lalu.
Saya nak cari kebenaran ni nak buat kajian lanjut.
kenapa pulak mustahil , syiah ada cara dia , sunni ada cara dia .. nabi lain2 kot .pas ada cara dia , umno ada cara dia . melayu ada cara dia , cina pun , india pun . dalam quran pun tak ada ketetapan cara sembahyang .
masa mula belajar mak kita kata macam ni , kat sekolah lain pulak .
hasil dari sembahyang? ... nampak sangat orang islam yg paling tak berintigriti .. so sebab cara tak betul macam nabi ? dari pengalaman banyak aku jumpa yg mengaku nabi ajar dalam mimpi .. tiap sorang yg mimpi pun cerita lain2 .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: Semangat Ingin Tahu
Saya tanya bagaimana cara Nabi solat. Al quran memerintahkan supaya solat tapi kita tak tahu cara solat. Kalau satu pendapat mengatakan dengan yakin nabi solat begini. Dan kalau datang satu pendapat kata bukan begitu, tetapi tak tahu pulak cara sebenarnya. Jadi nak percaya orang yang tak tahu ke? Kalau semua tak tahu, macamana kata agama itu lengkap. Tanya akhirat tak tahu, mukjizat tak tahu.
Kalau yang kaji Al Quran pun sama amalan dengan orang yang tak percaya al quran apa makna nya bang. Logik lah sikit.
Kalau yang kaji Al Quran pun sama amalan dengan orang yang tak percaya al quran apa makna nya bang. Logik lah sikit.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Semangat Ingin Tahu
Jika Al Quran perintahkan kita membaca, perlukah kita tahu macam mana Nabi membaca? Apakah kita kena membaca sebijik macam Nabi membaca? Apakah bila kita membaca cara lain, maka tidak mencapai maksud membaca yang Al Quran perintahkan? Fikirlah sikit.
Dalam Al Quran menceritakan orang2 yang tidak percaya kepada Al Quran buat amalan ritual berdasarkan perbuatan orang2 terdahulu mereka. So kenapa nak tiru balik perangai orang2 tak percaya Al Quran itu?
Dalam Al Quran, tiada disebutkan kisah seseorang Nabi buat amalan ritual dengan mencari cara perbuatan Nabi2 sebelum mereka. So bila Al Quran tak suruh buat macam itu, kenapa pula kita kena tercari2 amalan ritual seseorang Nabi? Bukankah mereka orang2 yang tidak membuat amalan ritual?
Takkan benda2 camtu takleh nak fikir?
Dalam Al Quran menceritakan orang2 yang tidak percaya kepada Al Quran buat amalan ritual berdasarkan perbuatan orang2 terdahulu mereka. So kenapa nak tiru balik perangai orang2 tak percaya Al Quran itu?
Dalam Al Quran, tiada disebutkan kisah seseorang Nabi buat amalan ritual dengan mencari cara perbuatan Nabi2 sebelum mereka. So bila Al Quran tak suruh buat macam itu, kenapa pula kita kena tercari2 amalan ritual seseorang Nabi? Bukankah mereka orang2 yang tidak membuat amalan ritual?
Takkan benda2 camtu takleh nak fikir?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» INGIN TAHU PUSAT PEMBELAJARAN UTM SPACE DI PULAU PINANG
» ingin tahu
» Ingin berkenalan dengan Puteri Babau
» KISAH MOTIVASI Penyejuk Minda Meningkatkan Semangat Diri
» pengalaman dan semangat menyambut merdeka!
» ingin tahu
» Ingin berkenalan dengan Puteri Babau
» KISAH MOTIVASI Penyejuk Minda Meningkatkan Semangat Diri
» pengalaman dan semangat menyambut merdeka!
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum