Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Tragedi Pemikiran Melayu

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Mon Jan 18, 2010 10:38 pm

Dipetik daripada Tajdid Melayu

Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.

Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu, akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumahtangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Oleh: Profesor Diraja Ungku Aziz

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by tolokminda on Tue Jan 19, 2010 12:21 am

Salam,

Saya berpendapat sifat dan sikap sesuatu bangsa merupakan manifestasi nilai-nilai atau prinsip-prinsip yang menjadi pegangan mereka. Positif nilai dan prinsip yang mereka pegang, maka positiflah sifat dan sikap sesuatu bangsa.

Dalam masyarakat Melayu, nilai dan prinsip mereka banyak dipengaruhi oleh ajaran yang dibawa oleh agama mereka. Jika mahu melihat Melayu berubah, di sinilah perubahan perlu bermula. Jika ada yang berpendapat sebaliknya, tengoklah bangsa-bangsa lain yang menganuti agama yang sama? Adakah mereka lebih baik dari Melayu Malaysia?

Oleh itu kembalilah kepada Al-Quran dan ikutilah nilai-nilai serta prinsip-prinsip yang digariskan di dalamnya tanpa sebarang alasan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 12:44 am

Salam tolokminda,

Saya setuju dengan saudara. Ajaran yang dijadikan pegangan hidup itu akan mempengaruhi sifat dan sikap sesuatu bangsa.

Dalam Al Quran, bila membawa perangai2 buruk, ia akan sebut sesuatu kaum atau bangsa. Tetapi bila membawa nilai2 baik, ia akan bawa contoh para Nabi.

Itu menunjukkan, untuk jadi orang2 yang bernilai positif, kita tidak boleh hidup ikut perangai sesuatu kaum (jangan mengikut orang kebanyakan), tetapi contohi sifat2 positif yang ada pada para Nabi itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Zulia on Tue Jan 19, 2010 8:50 am

Saya berdarah cina dan melayu, tetapi berpendapat melayu lebih dipengaruhi oleh adat tradisi turun temurun. Ada bangsa cina yang beragama Islam, begitu juga bangsa India dan Pakistan, tetapi mereka menghasilkan ramai saintis berbanding orang melayu.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 8:56 am

Darah apa jua manusia itu, semuanya daripada bangsa Adam. Kita semua satu bangsa asalnya. Saintis lahir bukan kerana sesuatu agama, tetapi kerana kesedaran ingin mengkaji ilmu alam ini. Mereka ada semangat ingin tahu yang tinggi. Mereka kagum melihat kejadian alam semesta ini. Sebab itulah Allah bangkitkan seseorang Rasul yang memiliki ilmu2 sains tertentu itu daripada bermacam2 bangsa dan keturunan yang kaumnya bermacam2 jenis amalan ritual.

Pokok pangkalnya, jika sesuatu bangsa itu ada keinginan mengubah cara pemikirannya, akan lahirlah ramai saintis di kalangan bangsa2 itu. Orang Arab pernah membuktikannya suatu ketika dahulu walaupun mereka pernah hidup secara jahil dan menyembah secara pagan. Apakah orang Melayu tidak mampu mengubah keadaan mereka untuk melahirkan ramai saintis2 terkemuka?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Zulia on Tue Jan 19, 2010 9:37 am

Boleh dengan ramai yang bekerja dari orang yang suruh buat kerja..he he

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 1:39 pm

Jika orang itu orang yang rajin berfikir, pasti mereka tahu apa amalan mereka untuk menjadikan diri mereka sebagai saintis. Tetapi kalau hidup secara menurut, tidaklah mampu melahirkan ramai saintis. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Zulia on Tue Jan 19, 2010 2:42 pm

Saintis adalah sebahagian dari kerjaya pilihan manusia. Mana logik semua orang nak jadi saintis, siapa pula nak masak makanan untuk mereka? Mereka nak makan tabung uji ke? He he. Sebab itu didunia ini banyak jenis kerjaya yang saling memberi manfaat sesama manusia. Asal sahaja kerjaya itu bukan bunuh orang, atau mengebom rumah orang, mengganggu hak orang, mengacau bini orang dan lain-lain kemungkaran.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 2:54 pm

Saintis bukannya setakat kerjaya semata. Rasulullah yang berfikiran saintifik sehingga tahu proses pembesaran janin dalam perut itu pun tidak jadikan sains sebagai kerjaya baginda. Jangan sempitkan maksud belajar sains untuk kerjaya sahaja.

Bila ilmu sains itu dipisahkan daripada unsur2 kerohanian, itu yang nampak sains itu untuk kerjaya semata-mata. Sains mengajar manusia hidup mematuhi peraturan alam. Kita patuh kepada Pencipta Yang Satu. Tiada sekutu bagi Allah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 6:31 pm

"Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu."

Mungkin ini yang saudara tolokminda sebut pasal maksud solat adalah komitmen. Bila solat dijadikan amalan sembahan ritual, komitmen mereka terhadap bangsa mereka sudah tiada. Mereka tidak seperti Rasulullah dan orang2 beriman terdahulu yang komited menyedarkan bangsa mereka sendiri sehingga orang2 Arab dahulu terkenal dan gemilang dengan pelbagai cabang2 ilmu sains dan matematik.

Tidaklah sama bangsa yang kuat dan bangsa yang layu. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by othman on Tue Jan 19, 2010 8:29 pm

asalnya penjajah hanya datang kerana terpesona dgn banyaknya variasi makanan dan cara penyediaan masakan yg tak sebanding dgn mereka yg hanya tahu bakar dan cicah sahaja berbanding dgn kita yg ada macam2 variasi . tapi lihat hari ini di mana nilai masakan melayu pada pandangan dunia ? kenapa tidak berkembang tapi di kemnbangkan pulak oleh bangsa lain . dimana kesilapan kita ?

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1325
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 8:50 pm

Dengan bervariasinya makanan dan masakan kita, itu menunjukkan orang2 kita tidak kurang kreativitinya. Kita ada keupayaan untuk berkreativiti.

Yang hairannya, dalam bab makanan, tahu pula kita berubah untuk berinnovasi dengan cara penyediaan makanan yang terkini. Tetapi dalam bab beramal, ramai yang tidak mahu berubah daripada menurut amalan nenek moyang. Taksub sahaja dengan ajaran tradisi. Nampak sangat mereka hidup utamakan makan sebab itu dalam bab makan, pandai mereka berfikir. Dalam bab beramal, mereka tidak tahu berfikir lagi.

Di mana silapnya kita?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by othman on Tue Jan 19, 2010 9:32 pm

sebab kita nisbahkan amalan tu ialah ritual semata2 . sebab tu kita puja semangat padi kita puja pulut kuning kita puja tepung tawar sedangkan kita tak nak mengenali padi dan mencari pendekatan terbaik utk menghasilkan padi yg terbaik dan berkhasiat utk tubuh badan kita . asal memuja sesutu tu lah yg di bawak oleh kita sebagai amalan . payah sangat kita nak buat kebaikan , macam2 syarat di kenakan tapi bila nak buat jahat senang sahaja , tepi jalan pun boleh tapi kalau nak buat amalan kebaikan kena ada tempat tertentu .

bila penjajah datang kita puja mereka dan kita nak jadi macam mereka bukannya kita tiru sikap mereka yg suka pada ilmu pengetahuan .

akhir sekali kita puja pula quran dgn melagu2 kan nya sehingga berderai air mata

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1325
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Tue Jan 19, 2010 10:16 pm

Maknanya, amalan pemujaan itu tidak mampu dikikis oleh rata2 orang Melayu lagi biarpun zaman sudah moden. Amalan2 inilah yang membantutkan minda orang kita. Mereka malas berusaha dengan mengkaji ilmu, tetapi sekadar cukup hidup buat amalan puja-memuja. Padi, laut atau batu hitam semuanya dipuja-puja atas nama Tuhan.

Jika hidup tidak buat amalan ritual puja-memuja itu, biar buat kebaikan macam mana banyak sekali pun manusia itu dianggap tidak benar. Biarlah manusia itu bersusah payah mengkaji ilmu2 sains dan menyumbangkan teknologi bermanfaat, tetapi disebab tidak buat amalan pemujaan ritual, maka dianggap sebagai tidak layak masuk syurga.

Pada mereka, kunci syurga terletak pada amalan pemujaan itu, bukan pada beramal kebaikan. Mereka telah ditipu syaitan yang suka manusia tidak berbuat baik dan menyusah2kan jalan manusia nak buat kebaikan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by tolokminda on Tue Jan 19, 2010 11:26 pm

Tengok sajalah amalan menjampi air mineral. Kalau betul menghembus air dalam botol tu mujarab selepas membaca ayat Quran, kenapa tak baca dan hembus sendiri saja. Ayat Quran sama aje. Kenapa perlu tok guru atau ustaz atau imam yang buatkan? Tok guru, ustaz dan imam ke yang hebat? Atau sememangnya orang Melayu terlalu cetek akalnya?

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by othman on Wed Jan 20, 2010 12:02 am

orang melayu sememangnya hebat . sirih pinang boleh mengubati penyakit . tapi kena ada cara dia , cara mamah dia , campuran dia , bukan main hentam sahaja . pengalaman aku masa kecik ada seseorang yg boleh mengubati penyakit kayap dgn semburan air sireh . memang mujarab . dah meninggal orang tu tapi dari pemerhatian aku ada cara tertentu yg beliau tahu macamana nak adunkan campuran tu . bacaan2 tertentu tu aku rasa hanya tambahan , tapi kita dok kaji bacaan dia bukan ramuan dia .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1325
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Wed Jan 20, 2010 2:15 am

Teringat dahulu masa remaja, pernah kena kayap juga. Emak saya letak getah daun lidah buaya tu aje. Mujarab juga walaupun tiada jampi menjampi.

Al Quran diturunkan bukannya sebagai bahan jampi-menjampi. Ia sepatutnya dikaji sehingga seseorang itu dapat ilham bagaimana nak kembangkan ilmu2 alam untuk kegunaan manusia dalam pelbagai bidang.

Tetapi bila ada jenis manusia malas berfikir dan naik main short-cut sahaja, maka taraf ayat2 Al Quran itu telah dijadikan mentera dan jampi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Zulia on Wed Jan 20, 2010 11:16 am

Melayu mudah lupa.. Kata Dr M.. kenapa Melayu macam tu? He he

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by Juang on Wed Jan 20, 2010 11:20 am

Sebab mereka suka menurut membuta-tuli daripada berani berfikir sendiri. Lupa itu ada kaitan dengan otak. Jika manusia itu malas berfikir, mudahlah lupa.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tragedi Pemikiran Melayu

Post by othman on Wed Jan 20, 2010 11:24 am

bukan mudah lupa tapi cepat bangga diri sehingga lupa pada jati diri yg memang secara hariki manusia di cipta berbangsa2 bukan berugama2. setiap bangsa ada nabi dia , kalau tak macam mana ada bangsa melayu .

belum apa2 kita dah nak bermegah2 nak meniru bangsa lain bukan berdasarkan bakat/kepandain kita .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1325
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum