Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mencari Kekuatan Islam
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Mencari Kekuatan Islam
Islam disampaikan kepada manusia melalui wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya. Untuk seseorang Rasul itu yakin di mana kekuatan Islam, sudah pasti wahyu-wahyu itu perlu dipraktikkan pada diri baginda agar mudah difahami. Sebab itulah Al Quran itu diturunkan peringkat berperingkat.
Jika Al Quran itu sekadar dibacakan kepada masyarakat, tidaklah wahyu itu perlu diturunkan secara peringkat berperingkat melainkan sekali gus. Tetapi kerana Allah Mengetahui kelemahan minda manusia yang memerlukan masa untuk berfikir, menganalisa sebelum memahami dengan mantap, maka Allah ajar Al Quran kepada Rasulullah secara peringkat berperingkat. Itu menunjukkan Allah sendiri ajar manusia tanpa paksaan dan tidak suruh menurut membuta-tuli.
Oleh kerana Rasulullah dapat kekuatan kerana mendalami dan memahami kehendak Al Quran itu, sepatutnya untuk kita perkasakan kembali Islam, kenalah berani mengkaji dan mengkaji rahsia2 Al Quran agar ia sesuai dengan keadaan zaman hari ini.
Yang mengubah keadaan zaman adalah Allah. Allah mahu manusia hidup sentiasa belajar ilmu-ilmuNya yang banyak belum diketahui. Sebab itu Dia tidak buat kehidupan manusia statik. Jadi, kita kenalah ikut apa yang Allah tetapkan. Jika Allah pun mengubah keadaan zaman, takkanlah kita nak hidup secara statik?
Kita kena jadi seorang yang kritikal dalam berfikir. Sebelum buat sesuatu perkara, kena tanya sebab musababnya. Daripada mana datangnya sesuatu ketetapan. Apakah ia datang dengan bukti-bukti yang jelas atau sekadar guna nama-nama orang terdahulu?
Jika kita hidup berpegang pada nama-nama orang terdahulu yang kita pun tidak pernah bertemu mereka, hati kita akan jadi lemah, takut dan cepat sensitif. Tetapi jika kita hidup berpegang pada bukti2 yang wujud di zaman sekarang, kita mudah nak menghuraikan sesuatu dan mengentalkan hati kita.
Contohnya, bila ditanya "apa buktinya Allah itu Esa?". Jika kita sekadar menjawab, sebab dalam Al Quran tulis Allah itu Esa, nampak sangat kita tiada keyakinan diri. Tetapi jika sertakan bukti bahawa Keesaan Allah itu boleh dilihat dari segi keteraturannya alam semesta ini yang tunduk pada satu sistem yang sama bagi membuktikan Pengatur alam ini ada Satu, itu menunjukkan kita tahu di mana kebenaran Keesaan Allah itu.
Itu baru asas tauhid (Keesaan Allah) pun mudah-mudah sahaja kita nak buktikan secara logik guna realiti hidup kita. Belum lagi perkara-perkara yang melibatkan pergerakan tubuh badan kita yang kita nampak guna mata kasar.
Orang-orang yang tidak tahu di mana kekuatan Al Quran, pasti mereka sukar nak menjawab soalan-soalan orang bukan Islam. Bayangkanlah jika Malaysia ini sebuah negara yang matang di mana semua rakyat boleh bertanya sesuatu dengan lapang dan terbuka pasal agama2 yang wujud di Malaysia ini, pasti orang-orang yang tidak tahu di mana kekuatan anutan agamanya akan cepat sensitif.
Tetapi realitinya, rakyat Malaysia belum tahap terbuka seperti itu lagi. Baru kes penggunaan nama Allah pun sudah kecoh satu negara. Betapa sensitifnya hati rakyat Malaysia ini rupa-rupanya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mencari Kekuatan Islam
Syabas! Abang pun dah nampak Nabi mempraktikkan wahyu. Jadi tak logiklah kalau orang dulu tak nampak pratikal Nabi tu untuk dijadikan pedoman. Sebab Al Quran itu bukan statiklah maka sejak diturunkan dulu macam-macam ilmu telah diterbitkan dan itulah yang dikembangkan oleh ulama. Tiba2 ada pula yang tak terima, seolah2 Al Quran baru turun semalam. Logik tak bang?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Mencari Kekuatan Islam
Tiada siapa pula tak terima Al Quran di sini. Sebab itulah saya belajar daripada Al Quran dahulu sebab ia sumber ilmu untuk tahu agama Allah. Bila Al Quran sudah mantap, barulah mudah kita tapis mana2 ajaran yang benar dan dusta serta ikut yang paling baik sahaja.
Walaupun ilmu kamiran dan pembezaan adalah hasil kembangan ahli2 matematik, namun untuk belajar matematik, kita tetap kena mula daripada belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Belajar daripada yang asas. Kalau Al Quran pun tak faham, macam mana nak faham cabang2 ilmu lain?
Itu yang saya lakukan dengan belajar Al Quran dahulu kerana ia adalah ilmu asas untuk saya membezakan benar atau dusta. Dan bila Al Quran suruh jangan ikut sesuatu yang kita tidak tahu, itu juga yang saya ikut. Dan bila Al Quran suruh ikut yang paling baik, itu juga yang saya ikut.
Oleh kerana saya nampak dengan beragama berlandaskan prinsip alam (sains), maka saya tidak pisahkan sains dengan agama. Itu prinsip hidup saya. Malah wahyu terawal sudah buktikan prisip sains di mana manusia diciptakan daripada segumpal darah.
Pokoknya, saya beragama dengan berteraskan Al Quran dan Sunnah (prinsip2 alam).
Walaupun ilmu kamiran dan pembezaan adalah hasil kembangan ahli2 matematik, namun untuk belajar matematik, kita tetap kena mula daripada belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Belajar daripada yang asas. Kalau Al Quran pun tak faham, macam mana nak faham cabang2 ilmu lain?
Itu yang saya lakukan dengan belajar Al Quran dahulu kerana ia adalah ilmu asas untuk saya membezakan benar atau dusta. Dan bila Al Quran suruh jangan ikut sesuatu yang kita tidak tahu, itu juga yang saya ikut. Dan bila Al Quran suruh ikut yang paling baik, itu juga yang saya ikut.
Oleh kerana saya nampak dengan beragama berlandaskan prinsip alam (sains), maka saya tidak pisahkan sains dengan agama. Itu prinsip hidup saya. Malah wahyu terawal sudah buktikan prisip sains di mana manusia diciptakan daripada segumpal darah.
Pokoknya, saya beragama dengan berteraskan Al Quran dan Sunnah (prinsip2 alam).

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mencari Kekuatan Islam
Walaupun kereta telah lama dicipta, dah sudah ramai orang mengembangkan teknologi kereta, tetapi untuk kita memandu kereta dengan betul dan selamat, pasti kita kena tahu prinsip2 asas pemanduan kereta. Kita kena belajar daripada basic.
Dan dalam belajar itu, kita mesti perlu tahu apa sebab musabab sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam memandu kereta. Umpama kenapa perlu pegang stereng semasa memandu, maka kita akan diberitahu sebab musababnya dengan jelas dan terang. Tidak pula kita disuruh percaya membuta-tuli atas alasan, "sebab cikgu memandu kereta terdahulu yang suruh pegang stereng".
Begitulah untuk kita memandu diri dengan selamat, apa jua yang kita nak lakukan, kita perlu tahu sebab musababnya. Bukannya simply menurut atas alasan "sebab orang terdahulu itu buat macam tu". Nampak sangat macam orang yang tak tahu apa yang dibuatnya.
Dan dalam belajar itu, kita mesti perlu tahu apa sebab musabab sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam memandu kereta. Umpama kenapa perlu pegang stereng semasa memandu, maka kita akan diberitahu sebab musababnya dengan jelas dan terang. Tidak pula kita disuruh percaya membuta-tuli atas alasan, "sebab cikgu memandu kereta terdahulu yang suruh pegang stereng".
Begitulah untuk kita memandu diri dengan selamat, apa jua yang kita nak lakukan, kita perlu tahu sebab musababnya. Bukannya simply menurut atas alasan "sebab orang terdahulu itu buat macam tu". Nampak sangat macam orang yang tak tahu apa yang dibuatnya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mencari Kekuatan Islam
Bekas Presiden Rusia yang dulu terkenal dengan Komunisme yang tidak percayakan tuhan, Lenin di saat kematiannya kerana Kanser, ketika beberapa orang doktor peripadinya cuba menyelamatkan beliau, berkata hari ini tiada satu yang boleh menyelamatkannya kecuali Tuhan. Mengapa dia boleh menyedari had kemampuan sains dan adanya kuasa tuhan? Sayangnya manusia hanya mengenal tuhan bila dunia sudah tidak berguna baginya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Mencari Kekuatan Islam
Setinggi mana teknologi sains, mana boleh nak halang mati? Bukankah mati itu peraturan alam juga?
Sedangkan saintis pun takleh halang kereta daripada rosak dan reput akhirnya walaupun mereka yang cipta kereta tu, apalagi nak halang manusia daripada mati yang Allah cipta manusia itu.
Kita belajar sains supaya tidak hidup dalam keadaan lemah, lembab, suka menurut membuta-tuli, tidak tahu mencipta sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan. Bukannya belajar sains untuk halang daripada mati sebab mati itu sudah hukum alam. Nak pergi halang buat apa?
Dan kita belajar sains supaya tidak hidup berbangga diri merasakan diri ada hak esklusif terhadap ilmu Allah. Sebab kita tahu kita akan mati, maka cepat2lah sedar supaya hidup tidak jadikan agama sebagai alat berbangga diri. Iblis masuk neraka pun sebab penyakit berbangga diri yang merasakan dicipta daripada api ada nilai esklusif.
Sedangkan saintis pun takleh halang kereta daripada rosak dan reput akhirnya walaupun mereka yang cipta kereta tu, apalagi nak halang manusia daripada mati yang Allah cipta manusia itu.
Kita belajar sains supaya tidak hidup dalam keadaan lemah, lembab, suka menurut membuta-tuli, tidak tahu mencipta sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan. Bukannya belajar sains untuk halang daripada mati sebab mati itu sudah hukum alam. Nak pergi halang buat apa?
Dan kita belajar sains supaya tidak hidup berbangga diri merasakan diri ada hak esklusif terhadap ilmu Allah. Sebab kita tahu kita akan mati, maka cepat2lah sedar supaya hidup tidak jadikan agama sebagai alat berbangga diri. Iblis masuk neraka pun sebab penyakit berbangga diri yang merasakan dicipta daripada api ada nilai esklusif.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Mencari Kekuatan Islam
Dalam Al Quran, ia mengajar kita membezakan sifat-sifat dalam diri. Bagaimana nak jadi baik hati dan lawan busuk hati. Bagaimana nak jadi penyabar dan melawan amarah. Bagaimana nak merendah diri dan melawan bangga diri. Bagaimana nak jadi rajin dan melawan kemalasan. Bagaimana nak jadi orang yang berhati-hati dan melawan menurut membuta-tuli. Pendek kata, Al Quran mengajar pembentukan akhlak2 mulia.
Al Quran itu penyuluh jiwa kita seperti mana matahari menyuluh alam ini agar mudah kita membezakan benang putih dengan benang hitam. Dengan rajin mengkaji Al Quran untuk mengenal sifat2 yang ada pada diri manusia, maka akan teranglah hati kita.
Oleh kerana Al Quran banyak menceritakan pasal perihal dalaman hati manusia, sebenarnya nak faham Al Quran itu senang sahaja. Yang pentingnya kita sanggup muhasabah diri. Bukti2 ajaran Al Quran itu jelas ada dalam diri kita sendiri. Sebab itulah Al Quran itu sudah lengkap dan sempurna, tidak memerlukan kitab2 lain sebagai penjelasan.
Yang menyebabkan ramai kata susah nak memahami Al Quran, kerana mereka tidak sedar yang Al Quran itu berkaitan dengan jiwa mereka sendiri. Mereka tidak mahu jadikan Al Quran itu penyuluh hati mereka sendiri. Mereka takut nanti perasaan bangga diri mereka disuluh oleh Al Quran. Maka mereka pun malas baca dan memahami Al Quran.
Mereka takut baca Al Quran kerana nanti sifat-sifat orang2 Yahudi dan Nasrani yang menjadikan agama sebagai alat untuk berbangga diri akan nampak dalam diri mereka sendiri.
Sepatutnya lagi bersyukurlah bila Al Quran dapat dijadikan alat penyuluh penyakit2 hati sendiri, baru senang nak mencuci hati. Tetapi kalau ditutup minda untuk tidak mahu memahami Al Quran, macam mana hati nak disuluh dan macam mana nak membezakan hati yang sihat dengan hati yang berpenyakit?

Similar topics» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
» arkib dan kumpulan ilmu2 yg ada di dalam QIWC
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
» arkib dan kumpulan ilmu2 yg ada di dalam QIWC
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum