Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Sains dan Kemanusiaan

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Mon Jan 11, 2010 2:45 pm

Sains dapat membentuk sahsiah diri;

1) Dengan berpegang pada bukti-bukti jelas dan nyata, melatih diri agar tidak berpegang pada dusta.

2) Mengkaji ilmu sains memerlukan ketekunan dan kesabaran, maka ia dapat mengentalkan jiwa agar tidak cepat berputus asa.

3) Oleh kerana bidang sains menuntut masa yang panjang untuk membuat penyelidikan, maka manusia itu tiada masa untuk melepak dan membuang masa.

4) Belajar sains juga meningkatkan kematangan minda untuk menjadi orang yang rasional.

5) Kejayaan menemui sesuatu hukum sains setelah berhempas pulas mengkaji akan memberi kepuasan dan kenikmatan kepada jiwa. Ia menambahkan semangat untuk terus mengkaji.

6) Dapat merendahkan keegoan kerana ilmu sains boleh dikaji oleh semua manusia tanpa mengira kaum. Tiada golongan yang rasa mereka sahaja berhak menguasai ilmu sains.

7) Menjadi seorang yang bersimpati mengenai nasib masyarakat dan ingin membantu memudahkan dengan guna segala ilmu sains yang ada.

8) Menjadi manusia yang menghargai alam Tuhan dan berusaha untuk menjaganya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Tue Jan 12, 2010 9:34 pm

9) Melahirkan insan yang takut kepada Pengatur alam ini semata-mata sebab bila sudah nampak bermacam-macam peraturan alam yang tidak mengenal puak atau kaum, maka manusia hanya tunduk bersedar diri kepada Pencipta alam ini sahaja.

10) Membentuk jiwa redha kepada takdir Allah. Sesukar mana dugaan yang ditempuhi, masa ditumpukan untuk mengkaji ilmu2Nya sahaja.

11) Apabila tahu hukum-hukum alam dalam mengawal emosi, maka mudah manusia itu menjauhkan diri daripada kekejian dan kemungkaran.

12) Sentiasa bersemangat dalam hidup kerana keseronokan mengkaji itu melupakan masalah-masalah hidup.

13) Menumpukan masa untuk aktiviti keilmuan dan pembangunan minda sahaja.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Tue Jan 12, 2010 11:45 pm

Sains masih tidak mampu utk mengatasi masa. Samada utk pergi ke masa depan ataupun kembali ke masa silam walaupun sesaat. Ia masih lagi menjadi momokan ahli sains. Ha ha ha. Sains tidak mampu untuk meramalkan dengan tepat walaupun balingan sebiji dadu. Kalau mampu melakukannya seorang itu boleh jadi kaya-raya bila ke casino.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 9:17 am

Al Quran yang selari dengan hukum sains pun tidak membenarkan orang-orang di neraka kembali kita dunia. Ini menunjukkan manusia tidak boleh kembali ke masa silam. Kalau tidak, senang-senang ahli neraka nak balik ke dunia dan buat jahat sesuka hati sebab mereka tahu mereka boleh kembali ke masa silam.

Dan Al Quran yang selari dengan hukum sains itu pun melarang kita bertenung nasib dan berjudi. Jadi sudah pasti ilmu sains bukan untuk meramal dadu dengan tepat. Yang boleh diramal oleh sains berkenaan kitaran alam seperti cuaca, pergerakan komet. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 11:54 am

Sebab itu agama perlu untuk menapis khayalan sains- fiction yg mengarut tu. he he he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 12:04 pm

Bukankah dalam kebanyakan agama yang wujud hari ini banyak unsur2 mitos ke? Sampai ada yang nak tetapkan amalan pun bersandarkan cerita seorang hamba Allah naik ke langit. Walhal Kitab Allah tak sebut pun macam itu.

Patutnya sebagai orang yang berilmiah, bawalah hujah2 logik untuk menunjukkan kenapa Allah tetapkan cara amalan itu sebegitu rupa bentuknya dan waktunya. Bukannya bawa cerita2 tanpa sandaran hukum2 alam ini.

Pencipta alam ini ada Satu sahaja, kenapa tak bawa bukti2 hukum alam ini dalam membuat ketetapan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 12:15 pm

Siapa orang yang berilmiah itu?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 1:02 pm

Orang2 berilmiah adalah orang2 yang dapat bawakan bukti2 yang selari dengan hukum2 alam seperti mana berilmiahnya hujah Rasulullah dalam membuktikan Keesaan Allah, sedangkan orang2 Yahudi dan Nasrani main cakap sesedap rasa untuk mengatakan Allah mengambil anak.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 1:24 pm

Juang wrote:Bukankah dalam kebanyakan agama yang wujud hari ini banyak unsur2 mitos ke? Sampai ada yang nak tetapkan amalan pun bersandarkan cerita seorang hamba Allah naik ke langit. Walhal Kitab Allah tak sebut pun macam itu.

Patutnya sebagai orang yang berilmiah, bawalah hujah2 logik untuk menunjukkan kenapa Allah tetapkan cara amalan itu sebegitu rupa bentuknya dan waktunya. Bukannya bawa cerita2 tanpa sandaran hukum2 alam ini.

Pencipta alam ini ada Satu sahaja, kenapa tak bawa bukti2 hukum alam ini dalam membuat ketetapan?


Itu kah yang abang maksudkan utk dgn orang yang berilmiah itu?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 1:44 pm

Sesiapa yang membawa hujah yang selari dengan hukum alam sebagai bukti, berilmiahlah mereka. Sebab itu apabila ditanya, kenapa buat ketetapan sesuatu amalan, jawab sahajalah dengan bawakan bukti.

Dalam mencari kebenaran, kita perlukan bukti2 yang jelas dan nyata. Barulah kita hidup secara realistik, bukannya berfantasi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 1:51 pm

Dalam Al Quran ada membawa kisah kaum2 terdahulu menetapkan nama2 perempuan kepada para malaikat. Tetapi, apakah bukti ilmiah yang mereka sandarkan?

Ada juga yang membuat ketetapan kononnya anak-anak perempuan untuk Allah, dan bagi mereka hanya untuk anak-anak lelaki. Apa bukti ilmiah yang mereka bawakan?

Ada pula mengatakan seseorang hamba Allah itu anak Tuhan, tetapi tiada bukti ilmiah yang menunjukkan kata-kata mereka itu selari dengan peraturan alam.

Tetapi dalam ilmu sains, semua manusia yang mengemukakan sesuatu teori kena bawakan bukti2 yang logik difikirkan sebelum boleh diterima. Dengan kata lain, manusia tidak boleh main buat ketetapan tanpa bukti.

Bila manusia semuanya tunduk kepada bukti yang selari dengan peraturan alam ini, barulah hidup manusia itu diatur secara sistematik dan tersusun, seperti mana sistematiknya alam semesta Allah ini.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 2:26 pm

Abang ni saintis ke ahli agama?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 3:55 pm

Saya adalah orang yang percaya kepada agama Allah (peraturan alam) seperti mana makhluk2 Allah yang lain pun tunduk pada peraturan alam. Oleh kerana Allah mengatur alam ini bersandarkan bukti2 saintifik, maka saya kena berpegang kebenaran macam ahli2 sains berpegang pada kebenaran iaitu tidak mempercayai sesuatu secara membuta-tuli melainkan adanya bukti2 yang logik difikirkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 6:37 pm

Kalau abang ahli agama saya tanya pasal agama kalau abang ahli sains saya nak tanya pasal persamaan kimia ke, pasal fizik ke pasal astronomi pun boleh, sains rumahtangga pun boleh. Itu pun sains juga bang. He he he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 11:11 am

Saya tidak memisahkan agama dengan sains. Itulah saya. Bila agama dipisahkan daripada hukum2 alam ini, manusia akan bercakap ikut sesuka hatinya. Saya taknak jadi macam orang2 Yahudi yang mengatakan Uzair itu putera Allah dan saya juga taknak jadi macam orang2 Nasrani yang kata Al Masih itu putera Allah. Mereka beragama ikut sesedap hati mereka sahaja.

Saya nak contohi Rasulullah yang membuktikan Keesaan Allah itu secara logik (ada hukum2 alam membuktikannya). Itulah saya. Smile

Mana2 persoalan yang saya telah alami setelah bereksperimen pada diri saya sendiri, insyaAllah saya akan jawab. Saya hanya menyampaikan apa yang Allah beri pengetahuan kepada saya. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 12:40 pm

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.


Allah menyuruh kita jangan mengikut sesuatu yang kita tiada ada ilmu tentangnya. Dan dalam mencari ilmu, Allah suruh ikut sesuatu yang paling baik daripadanya.

Jika ikut hukum alam ini, manusia tidak akan mampu berbuat sesuatu dengan jayanya jika dia tidak mempunyai ilmu. Sebab itulah pentingnya kita ikut sesuatu yang ada bukti bukannya persangkaan atas nama orang2 terdahulu semata-mata.

Manusia yang mengikut sesuatu yang ada bukti hukum alam, mereka dijauhkan daripada penyakit bangga diri sebab semua manusia boleh kaji hukum alam ini. Tiada siapa yang berhak nak kata, jika nak kaji hukum alam ini, kena melalui sesuatu pihak. Asalkan manusia itu ada semangat ingin tahu yang tinggi untuk berfikir, mereka bebas mengkaji hukum alam ini.

Begitulah nilai belajar hukum alam ini dalam menjadikan manusia itu seorang yang tunduk merendah diri, bukannya golongan yang ego dan berbangga diri dengan amalan ritual yang mereka sangka atas perbuatan orang-orang terdahulu. Golongan seperti itu mudah dihinggapi penyakit berbangga diri kononnya merekalah yang ada hak esklusif pasal ajaran mereka itu.

Jadi, di antara hidup tunduk merendah diri kepada hukum alam dengan hidup berbangga diri kononnya ada kuasa eksklusif, yang mana satu paling baik diikuti? Terpulanglah nak pilih ikut hati masing-masing. Sesiapa yang pilih yang paling baik, itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk dan mempunyai minda.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Thu Jan 14, 2010 2:57 pm

Mungkin tak apa yang berlaku pada abang tak semestinya berlaku pada orang lain?
Sebagai contoh Abu seorang yang kuat beramal dgn ajaran Islam dan dia telah di timpa bencana dan setelah beberapa tempoh dia berjaya pulih dari keadaan malang itu. Jika Abu menerima bencana itu sebagai dugaan dan terus bersabar dan beramal dan berusaha utk pulih setelah berjaya maka persepsinya dia akan berkata alhamdulillah berkat dengan kesabarannya dan amalannya tuhan telah membantunya. Sebaliknya jika Abu tak dapat menerima hakikat dan menganggap dia tak sepatutnya ditimpa bencana dalam keadaan dia beramal dan sebaliknya merasakan amalannya sia sia, dia akan tinggal kan amalan itu, setelah berusaha dia juga berjaya pulih. Sudah tentu persepsinya pula berbeza dan menganggap kejayaannya kerana tidak beramal. Apa yang berlaku adalah, bencana itu takdir..dan kembali pulih pun takdir sementara usahanya untuk pulih ialah peraturan alam. Yang berbeza adalah persepsinya. Sesuatu akan berlaku pada manusia adalah takdir utknya. Hari-hari kita bawa kereta, apa yang dalam kawalan kita ialah kita tidak melanggar sesuatu. Tetapi diluar kawalan kita ialah kita tak dilanggar oleh sesuatu. Seseorang itu tidak perlu menjadi kebal utk tidak cedera atau mati dijalanraya, apa yang perlu ialah tidak berlaku perlanggaran atau kemalangan ke atasnya. Kuasa siapakah yang menentukannya? Sebab itu redha Allah adalah sangat berharga pada seseorang, pernah tak kita bertemu dengan seseorang yang sangat tenang jiwanya sehingga apa saja yang dilakukan akan diberkati dan dengan sedikit usaha apa yang dihajati akan diperkenankan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 4:04 pm

Kalau kita fikirkan, bukan orang yang beramal dengan amalan ritual "Islam" sahaja boleh bersabar dengan kemalangan yang menimpa mereka. Ramai yang hidup cara lain pun boleh bersabar malah kesabaran mereka sampai boleh mencipta teknologi2 bermanfaat untuk semua manusia. Kesabaran mereka lagi tinggi, sebab untuk mencipta teknologi2 sebegitu kualitinya, memerlukan manusia yang bersemangat dan berkesabaran tinggi.

Bagaimana Allah boleh bagi mereka semangat dan kesabaran yang tinggi begitu walhal mereka tidak buat pun amalan ritual yang sesetengah orang "Islam" hari ini buat? Bagaimana Allah boleh redha kepada mereka dengan mengurniakan ilmu2 alam yang bermanfaat besar itu?

Di sini kita nampak, Allah tidak melihat pada ketetapan amalan ritual itu. Yang Allah lihat pada sejauh mana kita sanggup hidup berpegang pada sesuatu yang benar. Apakah Allah redha pada orang yang buat amalan2 yang tiada bukti hukum2 alam sebagai sokongannya? Kalau tidak, kaum2 terdahulu yang tetapkan amalan ritual tanpa logiknya itu dikira diredhai oleh Allah ke?

Cuba renung kisah Nabi Nuh dan kaumnya? Walaupun kaumnya rajin buat amalan ritual yang mereka anggap itulah cara menyembah Tuhan, tetapi kepada Nabi Nuh yang rajin mengkaji ilmu itulah yang Allah redha sehingga dikurniakan kepandaian membuat bahtera besar. Tidakkah kita nampak di mana letaknya keredhaan Allah itu?

Sesiapa yang berpegang pada bukti2 logik seperti mana Rasulullah menjelaskan Keesaan Allah secara logik itulah yang Allah redha. Lagi banyak manusia itu berpegang pada logik, lagi dekatlah mereka kepada keredhaan Allah.

Di mata ulamak Yahudi dan Nasrani yang mendakwa tanpa logik bahawa Allah mempunyai anak, merekalah golongan yang dikasihi Allah (Allah redha pada mereka). Tetapi disebabkan mereka hidup tidak berpandukan logik (tidak tunduk pada peraturan alam), hidup mereka dahulu dalam belenggu dan kegelapan. Kepada Nabi Muhammad yang berpegang pada logik itulah Allah kurniakan Al Quran yang benar dan selari dengan hukum alam.

Nampak tak bagaimana Allah hanya meredhai orang2 yang berpegang sesuatu yang ada logiknya?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Zulia on Thu Jan 14, 2010 7:00 pm

Apakah maklamat akhir bagi seorang Islam? Sebagai manusia normal dia pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai di dunia. Dia akan berusaha dengan cara-cara yang sepatutnya utk mencapai matlamat itu. Bagi manusia yang tidak percaya kepada kehidupan selepas mati, maka matlamatnya hanyalah didunia ini. Ada manusia percaya adanya kehidupan selepas mati mengikut kepercayaan agama masing-masing. Bagi yang percaya adanya balasan syurga dan neraka dan itulah matlamat akhir mereka; sudah tentu mereka berusaha utk mendapatkannya. Kalau kita percaya produk A lebih baik dari produk B, sudah tentu kita berusaha lebih utk memiliki produk A. Kalau manusia pilih matlamat dunia lebih dari akhirat maka nampaklah usahanya tekun utk dunia. Kalaulah Al Quran menyeru manusia memilih akhirat dari dunia; dan akhirat lebih baik dan kekal bermakna kehidupan akhirat adalah kehidupan sebenar. Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik mestilah dengan usaha yang lebih gigih setanding dengan nilainya. Macam produk yang bermutu tinggi dan berharga mestilah kita membayar dengan usaha yang tinggi juga. Tak kan lah dengan mengambil mudah kita akan dapat sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Itulah logiknya. Kecuali seseorang itu tidak nampak apakah nilainya akhirat itu atau sememangnya dia tidak termasuk di kalangan orang yang percaya. Tak kan lah dengan tidak berbuat apa apa, dan bersenang-senang mengikut kehendak nafsu sendiri, tetapi ada hati pulak nak mendapat ganjaran yang besar di akhirat. Kenapa utk dunia kita nampak tapi utk akhirat tak nampak pula. Kalau kita fikir dgn teliti, logiknya mesti ada usaha atau amalan khusus untuk mendapat ganjaran baik di akhirat, fikirlah bang.. Fikir atas iman dan amal..fikir dgn niat hati yang bersih..buangkan dendam di hati.. Saya pun fikir apa yang abang tulis tanpa prejudis.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Kemanusiaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 7:53 pm

Pertama, kita kena kenal apa itu dunia dan apa itu akhirat.

Dunia adalah alam yang terbatas oleh ruang dan masa. Akhirat pula adalah alam yang tidak terbatas oleh ruang dan masa. Di akhirat, tidak ada perjalanan masa seperti di dunia ini. Ia kekal abadi (eternity).

Selagi manusia itu menggunakan pandangan kasarnya sahaja, dia akan terkongkong dengan keduniaan. Manusia itu akan terkongkong untuk meniru2 orang lain dalam mencari identiti dirinya sendiri. Mereka akan buat ketetapan2 lahiriah yang kononnya mereka sahajalah yang benar dan orang lain salah (penyakit bangga diri). Wujudlah amalan2 ritual yang mereka main buat tanpa dasar pengetahuan.

Oleh itu, kita kena guna mata hati untuk nampak apakah alam akhirat. Kita akan nampak alam akhirat itu bila kita semakin mengenali diri. Kita makin kenal keunikan diri kita sendiri. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya dan apakah tujuan unik kita diciptakan.

Allah tidak cipta kita sebagai robot yang sama sahaja, tetapi setiap manusia ada keunikan masing-masing. Selagi manusia itu tidak tahu di mana uniknya diri mereka, hakikatnya mereka tidak kenal identiti mereka sendiri. Mereka adalah orang2 yang menyembah selain Allah sebab mereka tidak tahu apa tujuan unik mereka diciptakan. Mereka tidak tahu misi unik mereka dihidupkan di muka bumi. Mereka terkial-kial menyembah golongan tertentu dalam mencorak hidup mereka sendiri. Mereka memuja-muja orang2 terdahulu yang dianggap mulia dan berlakulah penyembahan selain Allah.

Nak tahu keunikan masing-masing, kenalah belajar kenal diri sendiri. Bagaimana nak belajar kenali diri? Kenalah beramal dan bereksperimen terhadap diri kita sendiri. Tahu cara-cara mengawal emosi sendiri. Tahu menukar marah kepada sabar. Tahu mengubah malas kepada rajin. Tahu menukar dengki kepada syukur. Tahu melawan bangga diri kepada merendah diri. Pendek kata, mereka tahu mengawal diri mereka sendiri.

Sehingga hati bersih daripada perasaan bangga diri kononnya mulia dan orang lain hina (atas buat sesuatu amalan ritual), manusia itu akan tahu keunikan dirinya sendiri. Barulah manusia itu telah kembali hidup bergantung kepada Tuhannya semata-mata seperti mana ketika dalam rahim ibu mereka dahulu.

Sekarang ini ada manusia nampak akhirat itu adalah amalan ritual mereka. Tetapi apa perkaitan amalan ritual itu kepada akhirat? Mereka sendiri tak dapat bagi jawapan melainkan suruh rujuk pada pihak tertentu. Apakah pihak tertentu mereka itu yang bagi tiket masuk syurga? Di mana kewarasan mereka itu?

Jadi, apakah matlamat hidup kita ini baik di dunia dan di akhirat? Kita hidup untuk mengenal identiti kita sendiri. Dengan kata lain, kita menjadi seperti diri kita sendiri. Bila kita kenal diri kita, maka mudah kita untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat kerana kita tidak takut kepada selain Allah. Kita hanya tunduk kepada peraturan alam dan fitrah (nature) diri kita sebagai manusia.

Alangkah ruginya manusia yang hidup menyekutukan Allah kerana taksub pada sesuatu ajaran tradisi mereka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum