Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Sains dan Kemasyarakatan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Sains dan Kemasyarakatan
Oleh kerana ilmu sains berlandaskan hukum-hukum yang terdapat sistem alam semesta ini, yang memerlukan manusia berpegang pada sesuatu yang ada bukti kebenaran dan berfikir secara logik, maka ia mampu membentuk satu cara hidup masyarakat yang bersistematik (teratur) dan harmoni.
Cuba kita lihat bagaimana makhluk-makhluk lain boleh hidup berharmoni dengan tunduk dan patuh pada peraturan alam ini? Biar macam mana berbezanya makhluk-makhluk lain itu, tidaklah perbezaan itu menjadikan mereka berpecah-belah. Jadi, apabila manusia menjadi masyarakat yang berpegang pada hukum-hukum alam ini, sudah pasti manusia juga mudah mewujudkan suasana yang harmoni.
Oleh kerana masyarakat sains hidup berpegang pada bukti-bukti yang jelas dan nyata, maka mereka mudah menapis cerita-cerita dusta dan fitnah. Sebarang provokasi dapat dibendung daripada merebak kerana masyarakat sains tidak mudah mempercayai cerita-cerita kosong. Dengan itu, perpecahan di kalangan masyarakat dapat dihalang.
Masyarakat sains juga tidak hidup berpuak-puak. Biarpun berbeza sesuatu teori, kita tidak jumpa wujudnya mazhab Darwin, mazhab Enstein atau apa-apa golongan yang saling berbalah atas nama seseorang saintis terkemuka. Ini kerana masyarakat sains bukannya orang yang penurut dan taksub pada seseorang saintis terdahulu. Saintis terdahulu hanyalah pencetus ilmu untuk saintis-saintis yang terkemudian. Mereka bukannya orang yang perlu disembah di atas statusnya sebagai saintis. Sebijak mana para saintis itu, mereka tidak jadikan ilmu mereka untuk menentukan siapa yang layak masuk syurga atau nereka.
Tiada siapa yang paling baik dalam mengatur sistem alam semesta ini selain daripada Penciptanya. Dengan mengembalikan masyarakat agar tunduk pada hukum-hukum alam, sudah pasti akan memudahkan masyarakat hidup secara teratur dan bersistematik. Kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan kerana masyarakat hidup dalam keadaan tahu mengatur masa mereka untuk mengelak mereka terkejar-kejar masa.
Sains mengajar manusia berdisplin mengikut peraturan alam ini. Seperti mana berdisplinnya makhluk-makhluk lain yang mematuhi peraturan alam, maka masyarakat sains juga akan bijak mendisplinkan diri mereka. Tidak perlu dipaksa-paksa, mereka akan tahu membentuk keperibadian yang mulia.
Cuba lihat perbandingan bangsa-bangsa yang rajin mengkaji ilmu alam dengan bangsa-bangsa yang lemah dalam bidang sains, bangsa mana yang tersusun masyarakat mereka dan bangsa mana yang tidak tersusun masyarakat mereka. Begitulah besarnya kegunaan ilmu sains dalam kehidupan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Lebih banyak saintis yang tak menyembah Allah walaupun pandai sains?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Sudah tunduk pada peraturan2 alam, itu kira sembah Allah-lah. Tuhan mana lagi yang buat peraturan alam ini? 

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
maksudnya tanpa alquran pun boleh dikira Islam, macam tu ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Al Quran sebahagian daripada ilmu Allah untuk mengajak manusia tunduk dan patuh pada peraturan alam. So mana2 manusia yang tunduk dan patuh pada peraturan alam itu sudah kira Islam-lah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Macamana nak ikat tali perkahwinan mengikut peraturan Alam supaya sah sebagai suami isteri?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
ok, zina adalah perhubungan yang tidak ada akad atau perjanjian antara kedua2 pihak. Maknanya kalau si lelaki taknak bertanggungjawab, dia senang2 nak lari. Begitu juga sebaliknya.
Oleh itu nak cegah keadaan macam tu terjadi, perlulah diikat lelaki dan perempuan itu dengan perjanjian yang ada saksi2 tahu perjanjian tersebut.
Macam kita buat perjanjian2 dalam bidang2 lain tulah juga. Itulah logiknya utk elakkan perhubungan tanpa perjanjian yang sah yg memungkinkan penganiayaan.
Hukum alam menetapkan, sesiapa yang menganiaya manusia lain yang ingin mencari keredhaan Tuhan, pasti mereka akan dibalasi sesuai dengan penganiayaan mereka. Sebab itu Al Quran suruh jangan menganiaya orang2 yang mencari kebenaran.
Orang2 yang menganiaya orang lain nak cari kebenaran, itu menunjukkan mereka tahu apa yang mereka amalkan itu salah. Kalau mereka benar, mereka tidak akan buat macam tu.
Oleh itu nak cegah keadaan macam tu terjadi, perlulah diikat lelaki dan perempuan itu dengan perjanjian yang ada saksi2 tahu perjanjian tersebut.
Macam kita buat perjanjian2 dalam bidang2 lain tulah juga. Itulah logiknya utk elakkan perhubungan tanpa perjanjian yang sah yg memungkinkan penganiayaan.
Hukum alam menetapkan, sesiapa yang menganiaya manusia lain yang ingin mencari keredhaan Tuhan, pasti mereka akan dibalasi sesuai dengan penganiayaan mereka. Sebab itu Al Quran suruh jangan menganiaya orang2 yang mencari kebenaran.
Orang2 yang menganiaya orang lain nak cari kebenaran, itu menunjukkan mereka tahu apa yang mereka amalkan itu salah. Kalau mereka benar, mereka tidak akan buat macam tu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Saintis dan Ritualis
1) Saintis mengorbankan tenaga dan masa untuk mengkaji, menyelidik dan memikirkan ilmu alam untuk memberi kemudahan manusia sejagat.
Ritualis buat amalan yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada manusia sejagat, malah ramai yang berbangga diri kononnya dengan amalan tertentu, merekalah yang terbaik.
2) Saintis menghormati perbezaan pendapat dalam mengemuka sesuatu teori.
Ritualis saling bergaduh sampai kafir-mengkafir bila berbeza cara amalan.
3) Saintis tidak menetapkan hak esklusif mengkaji sesuatu ilmu-ilmu para saintis terdahulu pada sesuatu pihak, maka sesiapa yang berminat boleh mengkaji guna akal masing-masing.
Ritualis menetapkan hak esklusif pada sesuatu pihak dan tidak membenarkan pengikut mereka berfikir sesuatu yang bercanggah dengan golongan eksklusif mereka.
4) Saintis tidak mewujudkan puak-puak atau mazhab biarpun berbeza bidang kajian kerana matlamat mereka nak membantu sesama manusia dengan mengembangkan ilmu-ilmu alam Tuhan.
Ritualis suka mewujudkan puak-puak atau mazhab biarpun mengaku sembah Tuhan yang sama kerana mereka hidup nak cari ramai pengikut dan pengaruh sahaja.
5) Saintis suka berfikir mencari jawapan, maka bila ada sesuatu masalah, mereka akan cuba mencari punca dan cuba memperbaikinya.
Ritualis tidak suka mencari jawapan sebab diajar secara menurut, maka sesuatu masalah kehidupan sering diabaikan lebih-lebih lagi masalah orang lain. Kalau dah terkena batang hidung sendiri barulah nak tergadah.

Dalam dunia ini banyak berlaku perkara yang tidak adil.. orang baik dizalimi. Adakah mereka yang dizalimi kerana amalannya tak betul? Peraturan alam ini tak adil kah? atau logiknya ada alam lain yang mengadili apa yang berlaku di dunia ini?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Kalau kita kata peraturan alam ini tak adil, itu seolah2 mengatakan Allah itu tidak adil. Logikkah berkata2 macam itu?
Orang yang buat zalim, di dunia lagi Allah sudah balas. Orang buat dusta, di dunia lagi Allah sudah balas dengan memasukkan hati mereka dalam kepanasan. Baru ditanya kenapa buat amalan ritual macam tu pun mereka dah panas hati.
Jadi, adalah peraturan alam yang tidak adil atau manusia yang hidup tidak mahu mencari bukti2 itu yang tidak adil pada diri mereka sendiri?
Allah bagi manusia semuanya ada akal. Cuma bergantung kepada hati itu nak rajin guna akal atau malas. Jika yang malas berfikir dan suka menurut itu ditindas, apakah itu menunjukkan Allah tidak adil kepada mereka? Kenapa tidak mengubah nasib mereka dengan bangunkan minda seperti bangsa2 yang rajin berfikir itu?
Orang yang buat zalim, di dunia lagi Allah sudah balas. Orang buat dusta, di dunia lagi Allah sudah balas dengan memasukkan hati mereka dalam kepanasan. Baru ditanya kenapa buat amalan ritual macam tu pun mereka dah panas hati.
Jadi, adalah peraturan alam yang tidak adil atau manusia yang hidup tidak mahu mencari bukti2 itu yang tidak adil pada diri mereka sendiri?
Allah bagi manusia semuanya ada akal. Cuma bergantung kepada hati itu nak rajin guna akal atau malas. Jika yang malas berfikir dan suka menurut itu ditindas, apakah itu menunjukkan Allah tidak adil kepada mereka? Kenapa tidak mengubah nasib mereka dengan bangunkan minda seperti bangsa2 yang rajin berfikir itu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Banyak bang..kes ragut kan banyak memudaratkan mangsa. Peragut terlepas. Kes adik Nurin pun..terlepas juga penjenayah tu. Zaman sekarang ni banyak yang berhati kering. Kenapa manusia berhati binatang walaupun biologinya masih manusia.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Mereka terlepas pada pandangan kasar manusia. Tetapi pada pandangan Allah yang menembusi segala2 tu, mereka terlepas ke?
Cuba kita lihat perbezaan ini. Orang yang berbuat baik, mereka boleh menulis pasal manfaat2 daripada kebaikan yang mereka lakukan. Mereka boleh datangkan tulisan2 bermutu untuk menghuraikan manfaat perbuatan itu kepada masyarakat. Hati mereka diberikan ketenangan sehingga mampu dapat ilham untuk menulis kebenaran. Contohnya para Nabi dan para saintis. Mereka tak jemu2 menulis ilmu Allah.
Tetapi orang yang berbuat jahat, adakah mereka nak tulis buku pasal perbuatan jahat mereka? Adakah mereka tulis apa tujuan mereka buat jahat itu dan dihebahkan kepada masyarakat? Sudah pasti mereka takut sebab bila mereka tulis pasal perbuatan jahatnya sendiri, maka masyarakat akan tahu siapa dirinya. Bila takut, macam mana nak dapat ilham yang benar?
Jadi, dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasan kepada orang yang buat baik dengan orang yang buat jahat.
Cuba kita lihat perbezaan ini. Orang yang berbuat baik, mereka boleh menulis pasal manfaat2 daripada kebaikan yang mereka lakukan. Mereka boleh datangkan tulisan2 bermutu untuk menghuraikan manfaat perbuatan itu kepada masyarakat. Hati mereka diberikan ketenangan sehingga mampu dapat ilham untuk menulis kebenaran. Contohnya para Nabi dan para saintis. Mereka tak jemu2 menulis ilmu Allah.
Tetapi orang yang berbuat jahat, adakah mereka nak tulis buku pasal perbuatan jahat mereka? Adakah mereka tulis apa tujuan mereka buat jahat itu dan dihebahkan kepada masyarakat? Sudah pasti mereka takut sebab bila mereka tulis pasal perbuatan jahatnya sendiri, maka masyarakat akan tahu siapa dirinya. Bila takut, macam mana nak dapat ilham yang benar?
Jadi, dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasan kepada orang yang buat baik dengan orang yang buat jahat.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Perkara jahat tak payah tulis bang,sebab nak buat benda yang salah atau yang jahat sentiasa ada yang sedia memberi tunjuk ajarnya dengan percuma..heh.
Macamana kita yakin orang jahat ni akan mendapat balasannya. Sampai sekarang pun tak dapat tangkap. Hantar CCTV kat FBI pun gagal. Boleh abang terangkan secara saintifik.
Macamana kita yakin orang jahat ni akan mendapat balasannya. Sampai sekarang pun tak dapat tangkap. Hantar CCTV kat FBI pun gagal. Boleh abang terangkan secara saintifik.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Tu yang saya kata, kat dunia lagi Allah sudah tunjukkan orang buat jahat tak tenang dengan kejahatannya. Jika mereka tenang, sudah tentu mereka mampu tulis balik pasal kejahatan mereka. Tetapi mereka sendiri tak sanggup nak tuliskan buku pasal kejahatan2 mereka itu.
Tetapi orang buat baik yang mengkaji ilmu alam, Allah beri mereka ketenangan jiwa dan kesabaran untuk menulis ilmu2 yang Allah turunkan kepada mereka. Di dunia lagi Allah sudah balas dengan hidup yang tenang dan bahagia.
Dalam Al Quran ada sebut yg Rasulullah cabar orang2 kafir bawakan surah2 bermutu seperti Al Quran bagi membuktikan kebenaran mereka. Tetapi mereka tak mampu bawakan. Di situ kita sudah nampak balasan Allah kepada yang berbuat baik (berkata benar) dan yang berbuat jahat (berdusta) sejak di dunia lagi.
Tetapi orang buat baik yang mengkaji ilmu alam, Allah beri mereka ketenangan jiwa dan kesabaran untuk menulis ilmu2 yang Allah turunkan kepada mereka. Di dunia lagi Allah sudah balas dengan hidup yang tenang dan bahagia.
Dalam Al Quran ada sebut yg Rasulullah cabar orang2 kafir bawakan surah2 bermutu seperti Al Quran bagi membuktikan kebenaran mereka. Tetapi mereka tak mampu bawakan. Di situ kita sudah nampak balasan Allah kepada yang berbuat baik (berkata benar) dan yang berbuat jahat (berdusta) sejak di dunia lagi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Patutlah orang dulu tulis apa yang Nabi cakap sebab perkara baik.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Dan ada juga orang yang menipu menulis mengatakan "ini Nabi cakap" atau "ini Nabi buat". Seperti orang2 Nasrani yang mengarang kitab2 untuk mendakwa Al Masih Isa itu putera Allah.
Syukurlah Allah beri kita akal untuk menapis mana yang logik dan mana yang tidak.
Syukurlah Allah beri kita akal untuk menapis mana yang logik dan mana yang tidak.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Jika kita renungkan, masyarakat sains hidup dalam keadaan berfikiran terbuka. Sesuatu pendapat atau teori saintis terdahulu masih boleh dicabar oleh sesiapa yang terkemudian. Ini kerana, pandangan saintis terdahulu mungkin terbatas berdasar apa yang mereka lihat pada waktu itu, jadi tidak semua teori mereka boleh diterima membuta-tuli. Jadi, kita nampak perkembangan ilmu sains itu (dinamik)
Tetapi kehidupan masyarakat yang buat amalan ritual selalunya tertutup minda mereka. Mereka tidak membenarkan pendapat-pendapat orang sekarang mencabar pendapat ulamak2 silam mereka, seolah-olah ulamak2 itu maksum pula. Mereka mudah dijangkiti penyakit taksub atau fanatik, sehingga sukar kita nak berbincang dengan mereka dalam suasana yang berilmiah. Akibatnya, kehidupan mereka tidak berkembang (statik).
Apakah kehidupan seperti itu baik dalam membentuk masyarakat yang matang dan harmoni?
Tetapi kehidupan masyarakat yang buat amalan ritual selalunya tertutup minda mereka. Mereka tidak membenarkan pendapat-pendapat orang sekarang mencabar pendapat ulamak2 silam mereka, seolah-olah ulamak2 itu maksum pula. Mereka mudah dijangkiti penyakit taksub atau fanatik, sehingga sukar kita nak berbincang dengan mereka dalam suasana yang berilmiah. Akibatnya, kehidupan mereka tidak berkembang (statik).
Apakah kehidupan seperti itu baik dalam membentuk masyarakat yang matang dan harmoni?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Apa yang saya tahu ulama-ulama hanya menyampaikan apa yang dibawa oleh Nabi. Amalan dan ajaran mesti dibawa dalil dari Al Quran atau kata-kata, atau perbuatan Nabi. Dan mereka hanya mengeluarkan pendapat berdasarkan dua sumber ini. Sesiapa yang ada pendapat lain maka hendaklah bawakan dalil dari dua sumber ini. Ada yang pelik ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Ulamak2 Yahudi dan Nasrani dahulu pun mengatakan mereka sampaikan daripada Nabi2 mereka. Takkanlah disebabkan akuan macam tu, terus nak percaya apa yang mereka bawa itu datangnya daripada Nabi?
Bila ulamak Nasrani kata Al Masih itu putera Allah, pasti mereka kata itu ajaran Nabi Isa bagi menguatkan dakwaan mereka. Maka, sebagai orang yang berakal, takkan takleh nak bezakan ciri-ciri kata2 seorang Nabi yang terletak pada bukti kebenaran dengan kata2 tiada bukti?
Oleh kerana seseorang Nabi itu tidak akan berkata2 ikut kehendak hatinya sendiri dalam membuat ketetapan, maka sebarang ketetapan yang didakwa daripada ucapan Nabi, sudah pasti wujud hukum2 alam sebagai bukti menyokongnya. Sedangkan Keesaan Allah itu pun Nabi buktikan selari dengan hukum alam apa lagi ketetapan untuk manusia amalkan.
Jika buka minda, insyaAllah boleh bezakan ciri2 kata seorang Nabi.
Bila ulamak Nasrani kata Al Masih itu putera Allah, pasti mereka kata itu ajaran Nabi Isa bagi menguatkan dakwaan mereka. Maka, sebagai orang yang berakal, takkan takleh nak bezakan ciri-ciri kata2 seorang Nabi yang terletak pada bukti kebenaran dengan kata2 tiada bukti?
Oleh kerana seseorang Nabi itu tidak akan berkata2 ikut kehendak hatinya sendiri dalam membuat ketetapan, maka sebarang ketetapan yang didakwa daripada ucapan Nabi, sudah pasti wujud hukum2 alam sebagai bukti menyokongnya. Sedangkan Keesaan Allah itu pun Nabi buktikan selari dengan hukum alam apa lagi ketetapan untuk manusia amalkan.
Jika buka minda, insyaAllah boleh bezakan ciri2 kata seorang Nabi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Sains dan Kemasyarakatan
Kalau ulama Yahudi buat begitu bukan menjadi bukti ulama islam pun buat begitu. Kita tak boleh buat ketetapan hanya kerana itu. Apa yang Nabi cakap boleh dibuktikan dengan siapakah sahabat yang menyampaikannya. Kalau sesuatu itu tidak ada sumber dari sahabat, itu yang tak diterima.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi
» Kursus Universiti dan Kursus Sains Kemasyarakatan
» Sains dan Kemasyarakatan
» Di antara komik dan buku sains
» Kajian Sains: Solat rawat penyakit kritikal
» Kursus Universiti dan Kursus Sains Kemasyarakatan
» Sains dan Kemasyarakatan
» Di antara komik dan buku sains
» Kajian Sains: Solat rawat penyakit kritikal
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum