Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Sains dan Penciptaan

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 9:29 am

Sejarah yang direkodkan dalam Al Quran menceritakan yang kuat memusuhi para Nabi yang dikurniakan ilmu2 sains itu adalah orang2 yang menyembah idol (ritualis). Baru seseorang Nabi itu tanya kenapa mereka menyembah seperti itu (kerana ingin mencari kebenaran), kaum ritualis sudah ambil tindakan permusuhan.

Tree Man

Cuba ikuti kisah "tree man" dalam utube tu. Bagaimana Allah izinkan ilmu yang dimiliki oleh saintis membantu seseorang dengan hanya memberi ubat bervitamin A. Walaupun lelaki itu hidup di dalam masyarakat ritualis, namun Allah tunjukkan kepada kita bagaimana sumbangan besar ilmu sains dan penciptaan ubat-ubatan kepada kehidupan manusia. Masih tak sedar2 diri lagi?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 11:48 am

Kenapa nak besarkan isu antara sains dan agama. Mana ada peperangan antara dua golongan ini. Yang bermusuh adalah kerana perbezaan kepercayaan. Semua orang belajar dan percaya sains, ini tidak disengketakan. Apa point sebenarnya bang?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 12:02 pm

Saya hanya mengatakan berpegang pada sains itu lebih banyak memberi manfaat kepada manusia. Kita boleh membantu sesama manusia dengan ilmu tersebut. Itu pun tak boleh ke?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 12:24 pm

Boleh bang, siapa kata tak boleh dan memang itu yang berlaku zaman sekarang ni.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 1:08 pm

Kalau kita tidak galakkan manusia bercakap sesuatu yang benar dan mendatangkan manfaat besar kepada ketamadunan manusia, nanti manusia bercakap pasal fitnah dan dusta yang membawa kepada perpecahan sesama manusia.

Jadi, tak mahukan kita jadi golongan yang untung?

103:1. Demi masa!

103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian,

103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 2:48 pm

Dalam sains ada yang dipanggil Hukum yang dikatakan benar dan diterima oleh semua ahli sains seperti Hukum Newton. Ada juga dipanggil teori yang diterima oleh kebanyakan ahli sains dan hypothesis iaitu teory yang belum terbukti. Jadi ahli sains tak berani mengatakan sesuatu itu hukum sekiranya ada yang mencabarnya. Contohnya teory Darwin.'manusia berasal dari beruk' telah diterima oleh kebanyakan saintis yang mengkaji process evolusi. Ha ha ha. Jadi saintis ini mengaku mereka adalah beruk yang sudah advance.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Wed Jan 13, 2010 3:51 pm

Itu terpulanglah pada manusia itu nak percaya teori Darwin itu ke atau tidak. Yang penting, Darwin tak paksa kita percaya teori dia itu. Tidak pula Darwin berkata, "sesiapa yang tidak percaya teori aku itu, mereka adalah kafir".

Walaupun ada saintis yang berteori bahawa manusia berasal daripada beruk, tetapi perangai mereka tidak seperti beruk. Mereka tidak jadikan perbezaan pendapat mereka untuk berpuak2, berpecah-belah dan mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Hanya orang2 yang seperti "beruk-beruk yang hina" sahaja suka hidup berpecah-belah akibat tidak boleh berbeza pendapat.

Saintis tidak mewujudkan puak2 yang taksub dengan pendapat mereka, tetapi golongan ritual suka taksub kepada orang2 terdahulu mereka.

Jadi, kehidupan bagaimana yang paling baik? Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Wed Jan 13, 2010 6:22 pm

Sains dan agama adalah satu perkara yang berbeza. Kalau mengikut definasi kamus pun ia sesuatu yang berbeza. Sains adalah peraturan alam samada orang percaya atau tidak kesannya sama saja. Kalau api itu panas, samada orang itu sedar atau tidak api tetap panas. Tetapi agama itu yang berbeza mengikut kepercayaan masing2. Kalau menurut ahli falsafah barat pun mengatakan ' anda tidak akan menemui mana-mana kaum didunia ini tanpa agama'. Tak kiralah samada agama samawi atau bukan. Terpulang kepada seseorang agama mana yang dia nak ikut.
Mr Darwin kata mereka yang engkar dari teorinya akan terkeluarlah dari kumpulan beruk itu. Kah kah kah.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 11:05 am

Itu ikut definasi kamus. Cuba ikut logik. Ilmu sains itu datangnya daripada Allah, Pencipta alam ini. Dan yang turunkan agama kepada manusia pun adalah Allah agar manusia tunduk pada peraturan alam ini. Macam mana dikatakan sains dan agama berbeza?

Dalam sains, kerana adanya tenaga haba yang tinggi, api menjadi panas. Dalam agama, manusia di azab di neraka kelak dengan kepanasan api juga. Bukankah itu menunjukkan hukum2 sains terpakai di dunia dan di akhirat dan menunjukkan ada perkaitannya dengan agama?

Yang menyebabkan agama jadi berbeza ikut kepercayaan masing2 kerana mereka beragama ikut hati, bukannya ikut peraturan alam. Sebab itu ulamak Yahudi ajar Uzair itu putera Allah. Ulamak Nasrani ajar Al Masih itu putera Allah. Masing2 cakap ikut hati tanpa logiknya. Itulah masalahnya manusia bila beragama ikut hati masing2.

Sedangkan beruk2 pun tahu patuhi hukum alam yang ditetapkan kepada mereka, ada pula manusia yang tidak mahu tunduk pada peraturan alam yang ditetapkan pada manusia dan mereka buat agama ikut hati masing2. Patutlah Al Quran kata orang2 kafir itu lagi hina daripada binatang ternak. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 11:37 am

44:38. Kami tidak mencipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main,

44:39. Kami tidak mencipta keduanya melainkan dengan benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.


Allah tidak mencipta alam semesta ini dengan bermain-main. Semuanya wujud atas dasar kebenaran. Bila ianya benar, maka alam semesta ini boleh dikaji dan fikirkan.

Allah serius dalam mencipta sesuatu. Jadi patutkah manusia itu sombong untuk mengkaji ilmu alam seolah-olah mereka anggap Allah cipta itu semua untuk bermain-main?

Sebab itulah jika kita buat perbandingan nasib-nasib sesuatu bangsa di dunia ini, bangsa yang serius mengkaji ilmu alam inilah yang Allah berikan mereka kepandaian dan kebijaksanaan. Mereka mudah menguasai muka bumi ini.

Sebaliknya mereka yang sombong dengan ilmu alam ini, Allah tempatkan mereka dalam kelemahan dan kehinaan. Biarpun kuantiti umat mereka ramai, tetapi mereka hidup dalam kelemahan gara-gara pemalas belajar ilmu alam ini.

Allah telah lapangkan alam ini sehingga mempunyai bermacam-macam bidang ilmu. Tetapi biarpun banyak ilmu2 boleh manusia terokai, masih ada golongan yang pemalas belajar ilmu alam dan pisahkan agama daripada hukum alam ini. Sebab itu mereka tidak mampu buktikan ketetapan2 amalan ritual mereka itu secara saintifik.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Thu Jan 14, 2010 12:57 pm

Kalau ikut peraturan alam pembangunan pun tak wujud sebab dunia dulu hutan belantara. Kalau manusia masa dulu ikut peraturan alam (peraturan hutan) mesti tamadun pun tak ada. Contoh terbaik yang mengikut peraturan alam( hutan ) ialah Tarzan yang boleh tinggal bersama beruk tu kan. Tapi dia pun engkar juga sebab pakai cawat sepatutnya dia tak pakai. He he he.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 1:24 pm

Dan pembangunan itu wujud selepas manusia mengkaji hukum alam. Itulah gunanya manusia. Makhluk2 lain tidak dicipta berkemampuan membangunkan muka bumi ini. Hanya manusia sahaja Allah bagi kemampuan tersebut.

Cuba kita renungkan, andai kata Malaysia ini tidak ada orang yang berfikir ikut hukum alam dan pakai2 buat amalan ritual sahaja, tak mustahil kita tinggal di hutan dan pakai cawat sahaja. Ini kerana amalan ritual itu tidak mampu mengadakan pembangunan kerana Allah tidak turunkan ilmu2Nya kepada yang buat amalan ritual itu.

Jadi, adalah penting kita hidup menggunakan minda seperti para Nabi dan Rasul terdahulu. Barulah ketamadunan manusia itu terbangun.

p/s: Kalau nak tengok Tarzan tak pakai cawat, itu sudah jadi cerita lain. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Thu Jan 14, 2010 8:06 pm

Semakin manusia itu memahami hukum2 alam, ia akan membawa manusia itu kembali kepada Pencipta alam ini. Sebab itulah penting sains dalam kehidupan. Bukan sains itu semata-mata untuk mencipta teknologi, sebaliknya dengan belajar kenali diri secara saintifik (mengikut hukum alam), kita lebih mengenali Pencipta kita sendiri. Kita jadi insan yang berhati-hati dalam menerima sesuatu ajaran. Tidak lagi menurut membuta-tuli.

Dewasa ini, bila disebutkan pada ilmu sains kepada majotiri orang Islam, mereka nampak sains itu untuk urusan duniawi. Mereka telah pisahkan sains itu untuk dunia, dan amalan ritual mereka itu untuk akhirat (kononnya).

Sedangkan sains itu terpakai di dunia dan akhirat. Macam mana wujudnya hukum2 sains di dunia ini, sebegitulah ia wujud di akhirat. Sebab itu, manusia dibakar dengan api juga di akhirat, kerana hukum sains yang terpakai adalah sama.

Jadi, orang-orang yang hidup memisahkan hukum sains (dan nature diri mereka) untuk kehidupan akhirat , hakikatnya adalah orang yang tidak mengenal Tuhan, Pencipta alam ini. Mereka hanya tahu tuhan atas nama "Allah". Sebab itu mereka marah bila ada orang lain nak guna nama "Allah" itu. Di situ sudah menunjukkan dalam hati mereka ada penyakit merasakan sesuatu nama Tuhan itu hak mutlak mereka sahaja. Macam mana nak masuk syurga jika mati dengan hati yang berpenyakit sebab iblis dilaknati Allah juga kerana penyakit bangga diri?

Tidakkah manusia itu boleh belajar menundukkan diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 3:09 pm

Kadang2 kita hairan juga dengan orang2 yang sombong dengan ilmu sains ni. Mereka tidak sedar kehidupan mereka terpaksa bergantung kepada ciptaan2 sains termasuk PC ini. Mereka terpaksa juga guna kereta untuk ke mana-mana. Bila sakit, mereka terpaksa ke hospital untuk dapatkan ubatan-ubatan yang dikaji oleh para saintis. Ada yang cari makan dengan ilmu2 sains dan penciptaan. Pendek kata, sesombong mana mereka dengan ilmu sains yang Allah ajar kepada manusia, mereka tidak boleh lari hidup tanpa ilmu sains itu.

Berapa banyak nikmat2 Allah beri melalui ilmu sains, mereka masih tak terbuka hati nak tunduk kepada peraturan alam ini sahaja dalam berhubung dengan Allah. Nak juga mereka ada-adakan ketetapan2 ritual yang tiada hukum alam yang menyokong dakwaan mereka.

Tuhan mana selain Pencipta dan Pengatur alam ini yang patut ditaati?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Sat Jan 16, 2010 6:53 pm

Logiknya sains bukan untuk disembah tetapi untuk digunakan. Manusia diberikan akal dan dengan sifat-sifat kimia sesuatu unsur, dan sifat fizikal sesuatu bahan yang dibekalkan Allah, manusia mampu menguruskan nya sesuai dgn tugasnya sebagai khalifah di bumi. Dengan kemudahan ini juga manusia boleh beribadat kepada Allah sesuai dengan tujuan manusia dijadikan. Macam tu kan bang.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 7:47 pm

Ilmu sains itu datangnya daripada Allah, maka kita gunakanlah nikmat2 ilmu itu untuk menjauhi penyakit berbangga diri dan penyakit2 hati yang lain. Sebab tidaklah manusia itu diciptakan untuk berpenyakit hati.

Dengan menggunakan ilmu sains untuk membantu sesama manusia, maka dapatlah ganjaran daripada Allah Yang Maha Pemurah. Bukankah Allah suka manusia berbuat baik? Berbuat baik itulah antara tanda2 kita mengabdikan diri kepada Allah.

Dengan rajin belajar sains, Allah akan kurniakan macam2 buah fikiran sebagai sumbangan kita kepada kemakmuran alam semesta. Jika pokok kelapa pun tahu sumbangkan buahnya sebagai pengabdiannya kepada Allah, pokok pisang pun tahu sumbangkan buahnya sebagai tanda pengabdiannya kepada Allah juga, maka takkanlah manusia tidak tahu menyumbangkan buah fikirannya sebagai tanda mengabdikan diri kepadaNya?

Apakah manusia itu ingat Allah cipta manusia untuk tidak menyumbang apa-apa manfaat? Kalau macam itu, pokok kelapa lagi baik daripada manusia yang malas sumbangkan buah fikirannya. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Zulia on Sat Jan 16, 2010 10:03 pm

Ilmu sains adalah sama macam ilmu matematik yang juga dari Allah. Kalau ahli sains kata dia Islam ahli matematik pun akan kata begitu. Bukan itu saja ahli kaji bintang, ahli muzik dan macam2 ahli pun akan mengatakan mereka yang benar termasuk juga ahli nujum negara. Jadi yang mana satu ni bang?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by tolokminda on Sat Jan 16, 2010 10:35 pm

Salam,

Saya merupakan seorang yang tidak menolak teori evolusi. Saya berpendapat teori evolusi mempunyai asas yang wajar diteliti kerana saya percaya di kalangan haiwan dan tumbuhan, mereka berkembang secara evolusi di bumi ini. Walaupun teori evolusi belum cukup meyakinkan, kita sepatutnya menghargai mereka yang membuat kajian dalam usaha manusia memahami alam ciptaan Tuhan.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by tolokminda on Sat Jan 16, 2010 10:40 pm

Zulia wrote:Ilmu sains adalah sama macam ilmu matematik yang juga dari Allah. Kalau ahli sains kata dia Islam ahli matematik pun akan kata begitu. Bukan itu saja ahli kaji bintang, ahli muzik dan macam2 ahli pun akan mengatakan mereka yang benar termasuk juga ahli nujum negara. Jadi yang mana satu ni bang?


Membuat kesilapan adalah fitrah manusia. Mencari kebenaran juga adalah fitrah manusia. Mencari kelemahan manusia pula adalah kerja syaitan. Jadi siapa saja dia, jika dia cuba mencari kebenaran dan tidak mengulangi kesilapan dan tidak sibuk mencari-cari kelemahan manusia lain adalah manusia yang baik.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1945
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Sains dan Penciptaan

Post by Juang on Sun Jan 17, 2010 10:08 am

Zulia wrote:Ilmu sains adalah sama macam ilmu matematik yang juga dari Allah. Kalau ahli sains kata dia Islam ahli matematik pun akan kata begitu. Bukan itu saja ahli kaji bintang, ahli muzik dan macam2 ahli pun akan mengatakan mereka yang benar termasuk juga ahli nujum negara. Jadi yang mana satu ni bang?

Kalau kita tanya semua penganut agama yang wujud pada hari ini, semua mereka mengaku agama mereka itu daripada Tuhan. Sama macam perasaan orang Islam hari ini rasa. Jadi apa nak dihairankan kalau saintis itu semua mengaku mereka Islam. Lagi baguslah, sebab lepas ni tak sapa nak berperang atas nama agama yang berbeza2.

Cuma kita perlu ingat, Allah tidak menilai kita atas akuan mulut kita semata-mata. Kita kenalah buktikan sifat2 kita seperti sifat2 para Nabi terdahulu. Barulah jadi orang Islam yang hakikat.

Para Nabi terdahulu mempunya sifat ingin tahu yang tinggi sehinggakan Allah beri mereka ilmu dalam bidang sains dan matematik. Itulah anugerah Allah kepada orang yang rajin dan sabar. So takkanlah hidup kita setakat mengaku Islam tetapi pemalas belajar sains dan matematik?

Kalau kita lihat perbandingan bangsa2 di dunia hari ini, sesiapa yang rajin dan tinggi kesabarannya, pasti mereka memiliki ilmu sains dan matematik. Tetapi bangsa2 pemalas, mereka akan lemah dalam bidang sains dan matematik. Jadi, takkanlah Allah cipta manusia untuk jadi pemalas?

Pointnya di sini, dengan belajar ilmu sains dan matematik, kita dapat membentuk sifat2 dalam diri kita dari segi kerajinan belajar, bersabar, tidak berputus asa, berpandangan luas dan jauh ke hadapan dan juga dapat belajar menghargai alam ini. Dengan kata lain, kita menjadi insan yang tunduk dan sujud kepada peraturan alam Allah ini.

Jangan malukan kita sebagai manusia yang diangkat sebagai khalifah. Sedangkan bumi, bulan, matahari dan bintang2 pun tahu sujud patuh hukum2 alam ini walhal saiz mereka lagi besar daripada kita. Jangan jadi makhluk yang sombong dan bongkak macam iblis itu yang merasakan dirinya diciptakan daripada api lebih baik daripada tanah, walhal tiada hukum alam menetapkan sebegitu.

Nampak tak, bila sesuatu makhluk itu bercakap tanpa bukti hukum alam, mereka akan kena penyakit berbangga diri dan bongkak begitu. Jadi, daripada tiru iblis yang tidak bersandarkan sains, lebih baik kita contohi Nabi2 yang bijak dalam bidang sains itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum