Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Soal Jawab Agama 5 5 1

Soal Jawab Agama

Page 4 of 12 Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Adli on Mon Apr 20, 2009 2:48 pm

Teringintahu wrote:
Menggunakan akal?

Terjaminkah akal Adli sendiri itu tidak diceroboh dan dikuasai oleh Syaitan?

Penganut kristian tu tak gunakan akal ke? Tak waraskah akal mereka?
.

.

Syaitan hanya berbisik dalam hati. Hati yang dikuasai syaitan, barulah datang fikiran-fikiran jahat.

Apabila kita guna akal nak fahami Quran, pastikan niat kita nak buat baik. Sebab itulah kita dituntut berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Selagi apa yang kita fikirkan itu terbukti benar dan mendatangkan manfaat, bukankah itu semua datang daripada petunjuk Allah? Tak logik Allah nak ajar kita buat jahat.

Sekarang ini, berdasarkan pemerhatian kita, umat Islam sudah pemalas berfikir dan malas mengkaji. Akibat malas ini, umat jadi lemah dan mudah dikalahkan oleh bangsa-bangsa yang mempunyai teknologi tinggo. Apakah Allah cipta umat Islam sebagai umat yang untuk dizalimi dan dikalahkan? Mana maruah kita sebagai seorang Islam jika tiada sensitiviti melihat nasib umat yang lemah dan mundur.

Atas dasar memperbaiki nasib umat itulah saya kaji Quran guna akal sebab sunnah telah menunjukkan golongan yang tinggi tahap akalnya akan berkuasa dan menjadi pemerintah muka bumi.

Selagi apa yang tercapai oleh akal saya yang membawa bukti ke arah menjadikan umat Islam sebagai kaum yang berakal, maka saya yakin itu datang daripada Allah. Bukankah Quran sendiri suruh guna akal?

Yang menjaminkan apa yang kita fikirkan itu benar adalah dengan adanya bukti-bukti yang nyata mengikut sunnah atau hukum alam. Jika kata-kata itu tak masuk akal dan boleh dibuktikan dusta, maka mudah sahaja ia dipatahkan.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Adli on Mon Apr 20, 2009 2:57 pm

Dan apabila Isa putera Mariam berkata, “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya Ahmad (dipuji).” Maka, apabila dia datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, “Ini, sihir yang nyata.” (Ash Shaf: 6)

Ingatlah, ciri-ciri Rasulullah itu membawa bukti-bukti yang nyata untuk menyokong kata-kata dan perbuatannya. Bukti-bukti itu ada yang tercatat dalam Quran dan ada yang dalam bentuk sunnah alam. Sebab sunnah tidak berubah-ubah sampai bila-bila. Jika zaman Rasulullah dahulu yang menentang baginda adalah kaum yang beragama menurut amalan nenek moyang, zaman sekarang pun sunnah ini tidak berubah.

Sebab itulah bila kita contohi ciri-ciri Rasulullah (seorang yang menggunakan akal) dengan membawa bukti-bukti yang nyata yang tercapai oleh logik akal dan ada sunnah menunjukkan ia pasti terjadi, golongan yang menurut amalan nenek moyang itu pasti menentangnya. Golongan kafir pasti mengejek-ejeknya.

Jika apa yang kita sampaikan itu dusta, sebenarnya golongan yang berpegang pada kebenaran mudah sahaja mematahkannya dengan mencari bukti-bukti yang nyata yang wujud dalam alam ciptaan Allah ini, tanpa perlu mereka mengejek-ejeknya atau memadamkan tulisan kebenaran itu. Itu sahaja... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by abu_muaz on Mon Apr 20, 2009 10:16 pm

Adli wrote:
abu_muaz wrote:
Adli wrote:
abu_muaz wrote:
Ehehehe... forum ni KONONnya perjuangkan agama la yer?

tehehehe...

macihh...

Bukan tahap konon lagi, tetapi kenyataan. Sebab yang perjuangkan agama sahaja yang berani kerana benar.... Smile

Kitab ALLAH pun tak kenal...cemana kata perjuang islam tu?

Ke kapal selam? laughing

Yang kelakar, ada yang tak kenal Allah, sampai tahap terkial-kial cari riwayat hadis untuk faham Quran. Lebih malang lagi sampai tahap menyembah manusia untuk ditaati kata-kata mereka membuta-tuli. Itulah golongan penyembah Thaghut.

Apakah mereka ingat Allah itu duduk jauh atas langit?... Smile

Haaa.. tu pasai tak mo ikut sunnah Nabi.. org yg 'terkial kial' cari ALLAH dikatakan kelakar pulak...

Kitab ALLAH pun tak tahu kenapa surah ini diletakkan di situ, kenapa disusun begitu bla bla.. Tapi nak claim kata ikut Qur'an ...ajaib ajaib!
Apa cerita ALLAH duduk jauh atas langit lak nih? Shocked

Lipat mauttttttttt.....

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2083
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by abu_muaz on Mon Apr 20, 2009 10:18 pm

Adli wrote:
Teringintahu wrote:
Menggunakan akal?

Terjaminkah akal Adli sendiri itu tidak diceroboh dan dikuasai oleh Syaitan?

Penganut kristian tu tak gunakan akal ke? Tak waraskah akal mereka?
.

.

Syaitan hanya berbisik dalam hati. Hati yang dikuasai syaitan, barulah datang fikiran-fikiran jahat.

Apabila kita guna akal nak fahami Quran, pastikan niat kita nak buat baik. Sebab itulah kita dituntut berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Selagi apa yang kita fikirkan itu terbukti benar dan mendatangkan manfaat, bukankah itu semua datang daripada petunjuk Allah? Tak logik Allah nak ajar kita buat jahat.

Sekarang ini, berdasarkan pemerhatian kita, umat Islam sudah pemalas berfikir dan malas mengkaji. Akibat malas ini, umat jadi lemah dan mudah dikalahkan oleh bangsa-bangsa yang mempunyai teknologi tinggo. Apakah Allah cipta umat Islam sebagai umat yang untuk dizalimi dan dikalahkan? Mana maruah kita sebagai seorang Islam jika tiada sensitiviti melihat nasib umat yang lemah dan mundur.

Atas dasar memperbaiki nasib umat itulah saya kaji Quran guna akal sebab sunnah telah menunjukkan golongan yang tinggi tahap akalnya akan berkuasa dan menjadi pemerintah muka bumi.

Selagi apa yang tercapai oleh akal saya yang membawa bukti ke arah menjadikan umat Islam sebagai kaum yang berakal, maka saya yakin itu datang daripada Allah. Bukankah Quran sendiri suruh guna akal?

Yang menjaminkan apa yang kita fikirkan itu benar adalah dengan adanya bukti-bukti yang nyata mengikut sunnah atau hukum alam. Jika kata-kata itu tak masuk akal dan boleh dibuktikan dusta, maka mudah sahaja ia dipatahkan.

Udah macam Kristian pulak bunyinya.. deme kata deme tafsir bible tu dipimpin oleh ruhul quddus.. atau holy spirit.

Dah dekat dah tu...

ni la akibatnya durhaka pada Rasul...

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2083
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 10:26 pm

"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah shj. Apa yg di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yg ia haramkan kami haramkan”. "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (Abu Daud)

off topik sikit , kalau ikut hadis kat atas adakah apa yg diharamkan oleh allah itu berbea dgn yg diharam kan oleh nabi atau macamana , harap saudara dapat menjelaskan utk sekadar menambah ilmu

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Anak_Pejuang on Mon Apr 20, 2009 10:40 pm

Adli wrote:dah niat nak berpuasa cuma tak sempat mandi sebab kesuntukan masa.

Anda dalam keadaan hadas besar sebelum masuk waktu subuh. Tapi kalau dah masuk waktu pun puasa tetap sah sebab benda tu tak disengajakan. Mana la kita ada kuasa nak menentukan sesebuah mimpi itu.

cuma mandilah sebelum terbit fajar. sebab nak solat subuh.

Islam itu agama yang mudah dan mengikut logik akal. Dan Allah tidak akan menyusahkan hambaNya dengan perkara yang berat.

Teruskanlah berpuasa.

Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Logik akal pulaknya.. Banyak perkara dalam dunia nih tak tercapai dek akal Smile

Anak_Pejuang
Siswa-Siswi

Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1359
Registration date: 2008-10-16

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Anak_Pejuang on Mon Apr 20, 2009 10:45 pm

Bukan suruh guna akal je, tapi taat perintah ALlah dan RasulNya dan juga ulil amri (nih dalam bahasa arab).

Anak_Pejuang
Siswa-Siswi

Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1359
Registration date: 2008-10-16

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Teringintahu on Mon Apr 20, 2009 10:47 pm

Anak_Pejuang wrote:
Adli wrote:dah niat nak berpuasa cuma tak sempat mandi sebab kesuntukan masa.

Anda dalam keadaan hadas besar sebelum masuk waktu subuh. Tapi kalau dah masuk waktu pun puasa tetap sah sebab benda tu tak disengajakan. Mana la kita ada kuasa nak menentukan sesebuah mimpi itu.

cuma mandilah sebelum terbit fajar. sebab nak solat subuh.

Islam itu agama yang mudah dan mengikut logik akal. Dan Allah tidak akan menyusahkan hambaNya dengan perkara yang berat.

Teruskanlah berpuasa.

Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Logik akal pulaknya.. Banyak perkara dalam dunia nih tak tercapai dek akal Smile

Setuju...

Dalam dunia ni, yang tak ada basic arabic languange pun mengaku kata dah faham Al-Qur'an, kononya kata guunakan akal, pada hal yg mereka faham itu bukannya Al-Qur'an tetapi bahasa penterjemah itu. Penterjemah itu manusia, jadi mereka anggap bahasa yg digunakan utk menterjemah itulah Al-Qur'an.

Mereka bukan faham pun apa hikmahnya dan tujuannya Allah Firman Ayat 2 Surah Yusuf, yg maksudnya:

"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab* supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya."
[Surah Yusuf: 2.]

*“Bahasa Arab jualah yang dapat menampung dan menghimpunkan ma’na-ma’na Al-Qur’an yang luas itu; kerana bahasa Arab ialah sepitah-pitah bahasa, sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya berbanding dengan Bahasa-bahasa yang lain.”.
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 541.].

.

Last edited by Teringintahu on Mon Apr 20, 2009 10:57 pm; edited 3 times in total

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1236
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 10:48 pm

Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Logik akal pulaknya.. Banyak perkara dalam dunia nih tak tercapai dek akal

betul tu .. contohnya tak tercapai dek akal bagaimana allah menjaga al quran

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by abu_muaz on Mon Apr 20, 2009 10:55 pm

slipar wrote:
"Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah shj. Apa yg di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yg ia haramkan kami haramkan”. "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (Abu Daud)

off topik sikit , kalau ikut hadis kat atas adakah apa yg diharamkan oleh allah itu berbea dgn yg diharam kan oleh nabi atau macamana , harap saudara dapat menjelaskan utk sekadar menambah ilmu

Dari Hadith tu..dapat disimpulkan apa yg Rasul haramkan itu bukannya datang dari dirinya sendiri tapi dari ALLAH jua.
Buktinya..

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا ائْتِ بِقُرْآنٍ غَيْرِ هَـٰذَا أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِي أَنْ أُبَدِّلَهُ مِن تِلْقَاءِ نَفْسِي ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۖ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
15:سورة يونس

قُل لَّا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ
50:سورة الأنعام

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2083
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 11:01 pm

*“Bahasa Arab jualah yang
dapat menampung dan menghimpunkan ma’na-ma’na Al-Qur’an yang luas itu; kerana
bahasa Arab ialah sepitah-pitah bahasa, sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya
berbanding dengan Bahasa-bahasa yang lain.

hanya atas dasar perbincangan .. no prejudis .. bukankah ini memberi madsud kalamullah yg bukan pada bahan spt huruf atau bahasa bahkan tidak dapat dijangkau melainkan takluk dia jua yg memberi faham

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 11:16 pm

Dari Hadith tu..dapat disimpulkan apa yg Rasul haramkan itu bukannya datang dari dirinya sendiri tapi dari ALLAH jua.

makna dari dia tu madsudnya hadis ..

ok tapi setakat ni yg aku nampak perpecahan demi perpecahan berlaku di sebabkan tidak ada kesepaduan dalam menilai hadis . adakah ini yg dinamakan rahmat , berbea pendapat tapi menuju natijah yg sama .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by abu_muaz on Mon Apr 20, 2009 11:35 pm

slipar wrote:
Dari Hadith tu..dapat disimpulkan apa yg Rasul haramkan itu bukannya datang dari dirinya sendiri tapi dari ALLAH jua.

makna dari dia tu madsudnya hadis ..

ok tapi setakat ni yg aku nampak perpecahan demi perpecahan berlaku di sebabkan tidak ada kesepaduan dalam menilai hadis . adakah ini yg dinamakan rahmat , berbea pendapat tapi menuju natijah yg sama .

Ilmu ALLAH itu luas..

yg masalahnya ialah tidak menjaga Adab khilaf.. Yg ni dah disusun ulama' dah. Hanya yg taksub dan tak berlapang dada yg menjadi masalah.

Cubalah bayangkan kalau tak ada disiplin ilmu dalam mentafsir Ayat ALLAH...main ikut akal masing masing..lagi la haru...

Disiplin ilmu itu luas...mari kita belajar bersama sama dan berlapang dada. Tapi dalam hal kemungkaran..tak ada istilah berlapang dada. Yg mungkar tetap mungkar.

Kalau berpecah diantara yg Haq dgn yang Bathil ..memang itu suruhan agama pun.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2083
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by slipar on Mon Apr 20, 2009 11:45 pm

good point .. marilah kita berlapang dada dan memberi pendapat dalam banyak tafsir2 yg di beri kat sini .. aku setuju sangat , boleh sama2 tambah ilmu

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Teringintahu on Mon Apr 20, 2009 11:49 pm

Adli wrote:
Teringintahu wrote:
Menggunakan akal?

Terjaminkah akal Adli sendiri itu tidak diceroboh dan dikuasai oleh Syaitan?

Penganut kristian tu tak gunakan akal ke? Tak waraskah akal mereka?
.

.

Syaitan hanya berbisik dalam hati. Hati yang dikuasai syaitan, barulah datang fikiran-fikiran jahat.

Apabila kita guna akal nak fahami Quran, pastikan niat kita nak buat baik. Sebab itulah kita dituntut berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Selagi apa yang kita fikirkan itu terbukti benar dan mendatangkan manfaat, bukankah itu semua datang daripada petunjuk Allah? Tak logik Allah nak ajar kita buat jahat.

Sekarang ini, berdasarkan pemerhatian kita, umat Islam sudah pemalas berfikir dan malas mengkaji. Akibat malas ini, umat jadi lemah dan mudah dikalahkan oleh bangsa-bangsa yang mempunyai teknologi tinggo. Apakah Allah cipta umat Islam sebagai umat yang untuk dizalimi dan dikalahkan? Mana maruah kita sebagai seorang Islam jika tiada sensitiviti melihat nasib umat yang lemah dan mundur.

Atas dasar memperbaiki nasib umat itulah saya kaji Quran guna akal sebab sunnah telah menunjukkan golongan yang tinggi tahap akalnya akan berkuasa dan menjadi pemerintah muka bumi.

Selagi apa yang tercapai oleh akal saya yang membawa bukti ke arah menjadikan umat Islam sebagai kaum yang berakal, maka saya yakin itu datang daripada Allah. Bukankah Quran sendiri suruh guna akal?

Yang menjaminkan apa yang kita fikirkan itu benar adalah dengan adanya bukti-bukti yang nyata mengikut sunnah atau hukum alam. Jika kata-kata itu tak masuk akal dan boleh dibuktikan dusta, maka mudah sahaja ia dipatahkan.

Atas dasar memperbaiki nasib umat itulah saya
kaji Quran guna akal sebab sunnah telah menunjukkan golongan yang
tinggi tahap akalnya akan berkuasa dan menjadi pemerintah muka bumi.

Kalau nak kaji, kaji sajalah... Tetapi apa pasal dok kata jangan percaya hadis (bukhari & muslim) sebagai sumber hukum?

Apa fasal pula solat dikata hanya 3 kali saja sehari semalam sedangkan di Mekah sana di Masjidil Haram orang solat 5 kali sehari semalam.

Yang menjaminkan apa yang kita fikirkan itu benar adalah dengan adanya
bukti-bukti yang nyata mengikut sunnah atau hukum alam. Jika kata-kata
itu tak masuk akal dan boleh dibuktikan dusta, maka mudah sahaja ia
dipatahkan.

Jadi solat 3 kali sehari semalam itu, apa buktinya ia adalah benar?

Sila buktikan terlebih dahulu sebelum adanya bukhari dan muslim itu orang di Mekah di Masjid Haram itu mereka solat 3 kali sehari semalam.

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1236
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Admin on Tue Apr 21, 2009 12:16 am

Teringintahu wrote:
Setuju...

Dalam dunia ni, yang tak ada basic arabic languange pun mengaku kata dah faham Al-Qur'an, kononya kata guunakan akal, pada hal yg mereka faham itu bukannya Al-Qur'an tetapi bahasa penterjemah itu. Penterjemah itu manusia, jadi mereka anggap bahasa yg digunakan utk menterjemah itulah Al-Qur'an.

Mereka bukan faham pun apa hikmahnya dan tujuannya Allah Firman Ayat 2 Surah Yusuf, yg maksudnya:

[/justify]
"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Al-Qur'an yang dibaca dengan bahasa Arab* supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya."
[Surah Yusuf: 2.]

*“Bahasa Arab jualah yang dapat menampung dan menghimpunkan ma’na-ma’na Al-Qur’an yang luas itu; kerana bahasa Arab ialah sepitah-pitah bahasa, sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya berbanding dengan Bahasa-bahasa yang lain.”.
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 541.].

.

Salam Teringintahu.

Di dunia ini terdapat banyak bahasa. Bahasa adalah alat komunikasi yang penting. Allah menciptakan bahasa-bahasa ini supaya sesuatu kaum itu dapat memahami Al-Quran melalui apa yang dinamakan sebagai terjemahan.

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab agar orang-orang Arab memahami apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Sekiranya Al-Quran disampaikan dalam bahasa asing sudah pasti mereka tidak akan memahami.

"Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?'" (41:44)

Allah tidak akan mengutus seorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya dan tiap-tiap umat itu Allah membangkitkan seorang rasul.

"Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya" (14:4).

"Sesungguhnya Kami telah membangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang rasul," (16:36).

Al-Quran dengan bahasa asalnya dalam bahasa arab memang patut diterjemahkan ke dalam bahasa yang difahami oleh sesuatu kaum. Tidak semua manusia di dunia ini yang memahami bahasa arab. Jika seseorang itu menguasai bahasa arab, itu adalah satu bonus baginya.

Lalu Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, Inggeris, Cina dan sebagainya supaya mereka yang tidak memahami arab faham apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Kita sepatutnya bersyukur kerana kita masih terus bernafas di zaman teknologi yang serba canggih ini di mana terjemahan Al-Quran boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira daripada yang bercetak, elektronik, digital mahupun daripada internet. Cuba kita fikir orang-orang dahulu yang tidak pernah mengecapi kemudahan mendapatkan terjemahan spt sekarang? bagaimana keadaan mereka? Saya berpendapat mereka hanya bergantung kepada apa yang disampaikan oleh imam/ustaz dsb dan mungkin terdapat hanya segelintir sahaja daripada mereka yang merujuk terjemahan daripada buku. Ada di antara mereka yang membuta-tuli, mengambil bulat2 dan percaya 100% apa saja yang diajar oleh guru mereka. Lalu yang disampaikan daripada tok guru, disampaikan pula kepada anak-anak mereka dan anak2 mereka menyampaikan pula kepada cucu-cicit sehinggalah wujud percampuran antara hukum2 Islam dengan budaya masyarakat.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Anak_Pejuang on Tue Apr 21, 2009 12:28 am

Jadi sebenarnya terjemahan itu sama dengan al Quran? Yang diquotekan itu al Quran atau terjemahan? Bagaimana pula boleh buat hukum solat 3 waktu dengan terjemahan al Quran? Mengapa tidak kembali kepada bahasa Arab iaitu bahasa asal Al Quran?

Bukankah ALLah suruh kita taat pada ALlah dan Rasul, apa yang Rasul suruh diikut, apa yang Rasul tegah maka tinggalkanlah?

Anak_Pejuang
Siswa-Siswi

Number of posts: 44
Reputation: 0
Credits: 1359
Registration date: 2008-10-16

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Admin on Tue Apr 21, 2009 2:09 am

Anak_Pejuang wrote:Jadi sebenarnya terjemahan itu sama dengan al Quran? Yang diquotekan itu al Quran atau terjemahan? Bagaimana pula boleh buat hukum solat 3 waktu dengan terjemahan al Quran? Mengapa tidak kembali kepada bahasa Arab iaitu bahasa asal Al Quran?

Bukankah ALLah suruh kita taat pada ALlah dan Rasul, apa yang Rasul suruh diikut, apa yang Rasul tegah maka tinggalkanlah?

Adakah anda belum memahami apa yang saya tuliskan dalam posting sebelum ini? Mungkin anda tidak perlu terjemahan Al-Quran dalam BM/ BI kerana saya dapat simpulkan bahawa anda memang faham kandungan Al-Quran dalam bahasa arab. Tetapi, bagaimana pula dengan orang-orang yang tidak memahami bhs arab? Perlukah mereka mengambil kelas bhs arab terlebih dahulu utk memahami kandungan Al-Quran? Kalau begitu, semua masyarakat Islam di seluruh dunia kena belajar bahasa arablah.

Meskipun bahasa asal Al-Quran adalah bahasa arab namun ini bukan satu alasan bahawa kita kena wajib belajar bhs itu kerana tidak ada gunanya Allah mencipta pelbagai bahasa di dunia ini kalau bahasa arab itu kita agung-agungkan hanya semata-mata ianya bahasa al-quran. Pada saya, Al-Quran is al-quran tidak kira ianya ditulis dalam bahasa arab, BM, BI atau sebagainya.

Dalam Al-Quran, tidak disebut solat 3 waktu. Tapi apa yang saya faham, hanya 3 nama solat yang disebutkan iaitu;

Solat Fajar dan Solat Isyak:

"Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka di antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur, dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu." (24:58)

Solat Wusto/ ditengah.

"Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah." (2:238)

Waktu2nya juga dijelaskan dengan ayat di bawah:

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)

Berbicara tentang konsep taat kepada Allah dan rasul. Taat kepada Allah bermakna kita taat kepada suruhanNya dan meninggalkan apa yang ditegahNya dan ini berkait rapat dengan rasul yakni taat kepada rasul yang menyampaikan ayat-ayat Allah bukan taat kepada perkataan dan perbuatan rasul yang bukan daripada Allah.

Dalam Al-Quran, salah satu ayat yang menyuruh taat kepada rasul berbunyi begini.

"Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya." (59:7)

Ada sebuah buku bertajuk "Himpunan Hadith-Hadith Shahih" - Jilid 2 yang ditulis oleh Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris. Di helaian awal buku tersebut, Surah 59 (Al-Asyr), ayat 7 di atas ditulis begini:

"Dan apa-apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW kepada kamu hendaklah kamu mengambil, dan apa-apa yang dilarangnya kepada kamu hendaklah kamu tinggalkannya."

Jika orang yang tidak merujuk Al-Quran, semestinya dapat mentafsir bahawa ianya sudah tentu kepercayaan kepada hadis-hadis tulisan manusia sedangkan ayat tersebut hanya berkaitan dengan agihan-agihan rampasan perang bukan taat kepada pertuturan dan perbuatan baginda yang dibukukan menjadi hadis.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Adli on Tue Apr 21, 2009 5:15 am

abu_muaz wrote:
Haaa.. tu pasai tak mo ikut sunnah Nabi.. org yg 'terkial kial' cari ALLAH dikatakan kelakar pulak...

Kitab ALLAH pun tak tahu kenapa surah ini diletakkan di situ, kenapa disusun begitu bla bla.. Tapi nak claim kata ikut Qur'an ...ajaib ajaib!
Apa cerita ALLAH duduk jauh atas langit lak nih? Shocked

Lipat mauttttttttt.....

Orang yang menggunakan akal, kepentingan bagi dirinya adalah mengkaji isi kandungan Quran supaya berani bergantung kepada Allah semata-mata. Itulah erti ikut Quran.

Jika tanpa tahu siapa yang susun surah2 Quran pun kita boleh berani bergantung kepada Allah semata-mata tanpa terkial-kial cari riwayat hadis, apa erti mengetahui siapa susun chapter dalam Quran itu?

Tidak pula kita dikatakan kitab mengikut ajaran buku sains dengan diwajibkan mengetahui siapa yang menyusun topik dalam buku sains. Hanya orang yang tidak menggunakan akal sahaja tidak tahu priority dalam hidupnya.

Akal tidak akan membangun sekadar nak tahu siapa susun surah dalam Quran. Bukankah sekadar mengetahui siapa yang susun surah-surah itu tetapi malas mengkaji isi kandungan Quran akan menyebabkan manusia itu makin berpenyakit hati?... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Soal Jawab Agama

Post by Adli on Tue Apr 21, 2009 5:24 am

abu_muaz wrote:
Udah macam Kristian pulak bunyinya.. deme kata deme tafsir bible tu dipimpin oleh ruhul quddus.. atau holy spirit.

Dah dekat dah tu...

ni la akibatnya durhaka pada Rasul...

Bukankah yang sibuk berpegang riwayat-riwayat Nabi itu sama macam orang Kristian memcampur-adukkan Kitab-kitab asal mereka dengan riwayat-riwayat kisah Nabi Isa yang dikumpulkan oleh imam-imam mereka? Kononnya dikatakan para sahabat Nabi Isa yang meriwayatkan.

No wonder kesannya sama iaitu umat Islam sekarang sampai tahap terbelenggu akalnya sama macam orang Kristian zaman gelap Eropah. Sampaikan apa yang tidak tercatat dalam Quran pun mereka tidak mampu memikirkan. Mereka terlalu cepat nak tahu yang tersirat dalam Quran, tetapi mereka malas berfikir. Akibat malas berfikir, mereka cari riwayat yang disandarkan kesahihan atas nama manusia. Seolah-olah pada mereka, nama manusia itulah bukti kebenaran, bukannya bukti-bukti yang nyata yang terkandung di dalam kata-kata. Itulah gara-gara durhaka kepada Allah yang suruh guna akal.

Allah suruh guna akal, mereka pandai-pandai tetapkan hukum kena mengambil "hadis" (riwayat) selain Al Quran. Alasan tak masuk akal mereka, nak ikut Quran kena tahu siapa yang menyusun surah-surah Quran itu dahulu. Tak rasional langsung hujah mereka...Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Page 4 of 12 Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 10, 11, 12  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum