Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Manusia suka bermegah2

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Fri Jan 08, 2010 12:50 am

Hari ini kita hidup dalam keadaan masyarakat yang suka bermegah2. Bukan sahaja setakat bermegah2 pada kebendaan, malah atas nama agama.

Bermegah2 datang daripada perasaan bangga diri. Manusia suka berbangga diri terhadap sesuatu yang mudah dilihat oleh mata kasar agar mereka dipuji-puji. Manusia tidak akan bermegah2 atas urusan rohani, kerana ia tidak dapat ditonjolkan untuk dilihat pada mata kasar.

Oleh kerana masyarakat hanya memandang zahir untuk saling berlumba-lumba untuk bermegah-megah, maka kesucian hati dan kemuliaan sifat2 sudah tidak mempunyai erti.

Buatlah perkara baik, jujur, tolong orang sebanyak mana sekali pun, tetapi bagi masyarakat yang suka memandang pada paras rupa dan lahiriah, sifat2 mulia itu tiada nilai sedikit habuk pun.

Seperti itulah orang2 kafir terdahulu membenci para Rasul mereka biarpun Allah telah bentukkan sifat2 mulia dalam diri hamba-hambaNya itu. Bagi mereka, asalkan Rasul2 itu tidak mengikut ajaran tradisi mereka, biarlah sebanyak mana kebaikan yang Rasul itu buat, mereka anggap Rasul itu adalah musuh mereka.

Tidak ada lagikah manusia2 yang mencari kemuliaan sifat di atas muka bumi ini? Apalah erti kehidupan dunia ini jika hidup dalam masyarakat yang suka berbangga diri dan bermegah2 dengan apa yang mereka miliki.

Al Quran mencatatkan kisah orang2 Yahudi dan Nasrani yang suka berbangga diri atas nama agama mereka. Tetapi ramai orang sekarang tidak mengambil iktibar daripada kisah tersebut.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Fri Jan 08, 2010 8:41 am

Kerana suka hidup bermegah-megah, perkataan "Allah" pun jadi satu polemik. Ada yang bersikap bakhil kononnya perkataan "Allah" itu untuk mereka sahaja. Keadaan ini sama macam perangai orang2 Yahudi dan Nasrani yang bakhil atas nama agama Allah. Kononnya sesiapa yang jadi macam mereka, barulah Allah beri petunjuk.

Perasaan bangga diri yang menyebabkan manusia suka bermegah-megah sebenarnya akan menyebabkan manusia itu takut menghadapi kekalahan. Malah boleh menyebabkan manusia itu iri hati melihat kelebihan orang lain. Manusia tidak boleh tunduk kepada yang lebih baik daripada mereka.

Kita boleh lihat daripada kisah ketika Allah ingin menciptakan Adam. Ada malaikat2 yang seolah-olah takut pada penciptaan Adam itu akan menggugat mereka kerana merasakan dengan bertasbih dan memanggilkan Allah dengan nama-nama suci, mereka lagi baik.

Dan apabila Adam membuktikan dirinya lebih banyak mengetahui sesuatu ajaran Allah, dan Allah suruh para malaikat tunduk kepada Adam, ada malaikat yang bertukar menjadi iblis kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa ada makhluk Allah lagi baik daripadanya.

Itulah penyakit bangga diri. Akibat penyakit itu, iblis tunjukkan iri hati dan dendamnya pada Adam dan keturunannya.

Kita tengok perangai orang2 yang bermegah2 atas nama agama juga seperti iblis. Mereka saling berbangga diri kononnya puak mereka yang benar dan mulia. Kemudian mereka iri hati melihat orang lain nak ikuti yang paling baik. Mereka tunjukkan permusuhan atas perasaan tidak puas hati mereka itu.

Tidakkah mereka sedar, perasaan bangga diri itu menyebabkan hati mereka panas?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Fri Jan 08, 2010 10:41 am

Penyakit bangga diri menyebabkan manusia itu hidup secara hipokrit (berpura-pura). Dalam Al Quran, orang2 yang hipokrit itu dipanggil munafik.

Mereka akan berpura2 menunjukkan kemegahan diri dari segi lahiriah mereka, kononnya mereka lebih baik daripada orang lain.

Mereka tidak boleh hidup secara jujur mengikut fitrah kejadian mereka sendiri. Mereka tidak boleh hidup secara aman dan harmoni kerana dalam hati mereka ada penyakit berbangga diri. Mereka tidak senang hati jika orang lain tidak meniru cara mereka, walhal setiap manusia berhak memilih yang paling baik untuk diri masing2.

Mereka suka mencari kemegahan atas nama ramai pengikut kononnya jika ramai mengikut seperti mereka, merekalah golongan yang benar.

Apakah yang mereka kejar atas nama kemegahan seperti itu? Apakah kemegahan itu melayakkan mereka ke syurga?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 09, 2010 7:49 am

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

Bukan mudah seseorang manusia hendak hidup dengan mengikuti yang paling baik daripada sesuatu ajaran yang diterima. Apatah lagi golongan yang taksub dengan sesuatu ajaran tradisi mereka. Minda mereka sudah tertutup kerana beranggapan apa yang disampaikan oleh guru-guru mereka itulah sahaja yang benar.

Tidakkah manusia itu sedar yang ilmu Allah itu terlalu luas? Kalau disempitkan ilmu Allah itu, bukankah itu menunjukkan manusia itu sudah kena penyakit berbangga diri? Seolah-olah diri mereka itu tuhan untuk sempitkan ilmu Allah pula.

Best sangatkah hidup dengan penyakit bermegah-megah dan berbangga diri itu? Sedangkan Allah tidak menyukai orang2 yang sombong dan berbangga diri.

Mengikuti sesuatu yang paling baik adalah cara kita belajar melawan penyakit berbangga diri dan bermegah-megah. Ini kerana orang yang berbangga dirinya yang paling baik, dia tidak akan ada inisiatif dan usaha untuk rajin belajar dan ikuti yang paling baik. Dia akan hidup malas belajar.

Allah menyukai orang-orang yang ruku' merendah diri, iaitu orang-orang yang sujud mengikut peraturan alam ini. Mereka rajin belajar dan mengkaji sesuatu yang dilihat dan didengar sebelum mengikuti, kerana setiap yang dilihat dan didengar itu akan disoal kelak.

Hiduplah dalam keadaan kesejahteraan hati daripada penyakit. Hati yang bersih sudah pasti menyihatkan mental dan fizikal. Manusia yang memiliki hati yang bersih akan dikurniakan ketenangan, kebahagiaan, keceriaan dan semangat dalam hidupnya. Pelbagai bidang ilmu nak dipelajarinya, tetapi masa membataskannya.

Tetapi orang-orang yang hidup dengan hati yang berpenyakit, mereka akan jadi malas belajar kerana sudah rasa dirinya paling baik. Hati yang berpenyakit menyebabkan kesihatan mental dan fizikal juga terganggu.

Jadi, hidup seperti mana yang kita cari? Hidup yang merendah diri atau berbangga diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 09, 2010 9:14 am

Kerana masyarakat suka hidup bermegah-megahan dan berbangga diri, ada cinta yang terpisah, ada anak-anak yang tidak merasai kasih sayang ibu bapanya. Ada jiwa yang menderita, ada hati yang sengsara.

Tetapi apa boleh buat. Bukan atas urusan kita nak lahir dalam masyarakat yang bagaimana. Kita lahir-lahir sahaja, sudah hadapi masyarakat yang begitu perangainya. Tanggung sahajalah segala penderitaan yang ada.

Hanya kesabaran yang manis menjadi penguat diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 09, 2010 3:21 pm

Orang yang benar2 hidup untuk ke syurga, mereka tidak akan marah bila ditanya tentang cara amalan mereka, jika mereka yakin cara amalan mereka itu melayakkan mereka ke syurga.

Samalah macam orang yang buktikan kebenaran ketetapan 1+1=2. Jika dia buktikan kebenaran hukum itu guna jari, dalam masa yang sama dia tidak akan marah bila ada orang lain buktikan kebenaran itu guna kalkulator.

Tetapi jika dia merasa dengan kira guna jari sahaja melayakkan manusia capai kebenaran 1+1=2, dan guna cara lain tidak betul, itu menunjukkan dalam hati manusia itu ada penyakit berbangga diri dan bermegah2an.

Dalam bab agama, ramai manusia kena penyakit berbangga diri kononnya guna cara mereka sahaja layak ke syurga. Walhal Allah tidak pernah menetapkan pun seperti apa yang mereka dakwa.

Kenapa mereka sanggup hidup dalam keadaan hati yang berpenyakit sebegitu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 09, 2010 6:37 pm

Jika manusia itu jadikan agama untuk bermegah2 dan berbangga diri, pasti Allah masukkan hati mereka dalam ketakutan apabila melihat persaingan oleh penganut agama lain. Contohnya, bila nama "Allah" digunapakai oleh penganut agama lain, ada manusia rasa terancam dengan keadaan itu.

Kenapa mereka rasa begitu? Itulah kesannya jika hidup berbangga diri, hati tidak akan tenang bila melihat persaingan daripada orang2 lain. Bangga diri menyebabkan manusia itu takut menghadapi kekalahan. Itu yang terjadi pada iblis yang takut diletakkan kedudukannya lebih bawah daripada Adam.

Tetapi jika kita hidup untuk berpegang pada kebenaran, kita tidak akan risau dengan orang yang berpegang pada yang salah. Contohnya jika kita sudah nampak kebenaran 1+1=2, kenapa pula perlu takut kepada manusia yang kata 1+1=3. Mereka sudah pasti tidak dapat merealisasikan dakwaan mereka bahawa 1+1=3 itu.

Begitulah dalam hidup ini, jika kita yakin pada Al Quran sebagai Kitab pedoman yang benar, kenapa pula perlu takut dengan orang2 yang pegang pada kitab2 yang salah atau penganut agama lain itu?

Tetapi jika kita tidak tahu di mana kebenaran dan kekuatan Al Quran itu dan jadikan Islam untuk berbangga diri, pasti kita rasa terancam dengan penganut2 agama lain itu.

Oleh itu, kenapa kita tidak cari di mana kebenaran dan kekuatan Al Quran dan hidup merendah diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Zulia on Sat Jan 09, 2010 7:37 pm

Dalam masyarakat kini lebih banyak yang bermegah dengan perkara material yang lebih logik pada mata kasar. Mana ada orang kira 1 + 1 lagi. Orang dah mampu kira jutaan ringgit. Islam atau tidak sudah ramai yang bertaraf jutawan.Itu yang dikejar dan menjadi kebanggaan manusia. Kalau ada satu orang yang berilmu dalam agama adakah manusia akan berduyun mengejarnya? Tidak! Siapa yang akan peduli pada dia. Kalau ada satu orang ikhlas menyeru kepada Islam..adakah orang pandang mulia pada dia yang mana dia boleh berasa bangga. Tidak! Sekarang ni agama bukan lah menjadi rebutan. Sebab itu ramai yang lebih utamakan macamana nak isi perut dan hidup mewah. Tapi lagi pelik bila ramai yang mengaku pandai agama walaupun hidup tak beragama. Itukan pentanda akhir zaman. Apa nak hairankan. Mengapa nak pecah kepala fikir masalah orang. Kan lebih logik kalau kita sendiri menentukan kebahagiaan kita bersama-sama kerluarga tersayang dengan jalan yang diredhaiNya. Betul tak begitu?

LIA- nak selalu bersama orang yang menyayangi.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sun Jan 10, 2010 11:17 am

Secara mudahnya, manusia suka bermegah2 perkara yang nampak pada mata kasar. Yalah, kalau yang tersembunyi dalam dada, macam mana nak ditonjolkan pada mata kasar?

Dalam bab agama pun ramai bermegah-megah kononnya dengan buat sesuatu amalan itu, mereka sahaja benar dan orang yang tidak beramal macam mereka, dikatakan tak benar. Itu juga penyakit bermegah-megah atas nama agama.

Kalau kita kaji Al Quran, banyak kisah Rasulullah tegur golongan yang bermegah-megah atas nama agama macam kaum Yahudi dan Nasrani. Berapa banyak ayat-ayat yang menegur golongan ahli-ahli kitab yang menjadikan agama untuk berbangga diri. Sedangkan ayat menegur orang yang bermegah tentang material hanya tertumpu pada kisah Firaun dan Qarun. Ini kerana agama itulah asas pembentukan sifat masyarakat. Kalau yang mengajar agama sudah bermegah-megah, macam mana masyarakat tak kena penyakit berbangga diri itu?

Kita kena perbetulkan pemahaman agama supaya matlamat agama adalah untuk membetulkan sifat2 dalam hati daripada penyakit bermegah-megah. Oleh itu agama tidak boleh dijadikan alat untuk berbangga diri kononnya sesiapa yang ikut cara-cara yang mereka tetapkan, itulah yang benar. Walhal Allah tak pernah tetapkan seperti yang mereka dakwa.

Kalau kita lihat dari segi fanatik atau taksub, manusia lebih mudah taksub dalam bab agama. Berperangnya manusia pada hari ini banyak melibatkan perebutan nama agama kononnya mereka sahajalah agama yang dikasihi Allah. Sampai nama "Allah" pun nak jadi bahan perebutan.

Di sini kita nampak, penyakit bermegah-megah atas nama agama menyebabkan tertanamnya perasaan benci dan permusuhan yang membawa kepada keganasan.

Juang - Allah Maha Penyayang semua manusia.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sun Jan 10, 2010 11:50 am

Bermegah2 atas nama agama menyebabkan manusia tidak boleh menerima perbezaan. Mereka akan jadi orang yang tertutup mindanya. Ini kerana perasaan diri mereka lebih mulia daripada orang lain telah menyebabkan mereka tidak senang hati bila melihat mausia ingin mengikut yang paling baik.

Kadang-kadang kita hairan juga, terang-terang Al Quran suruh ikut yang paling baik, mereka menentang orang2 yang nak memilih yang paling baik. Tanpa mereka sedari, mereka sudah menentang Allah dan menentang Rasulullah yang sampaikan Al Quran itu.

Dengan mengikuti yang paling baik, itulah cara kita belajar menerima perbezaan dan melawan ketaksuban. Ini kerana Allah tidak pernah menghadkan yang paling baik itu milik sesuatu puak. Sesiapa yang rajin belajar dan berfikir, pasti mereka dianugerahkan ilmu2 yang paling baik, kerana ilmu Allah itu luas.

Banyak lagi ilmu2 Allah yang belum diberikan kepada manusia. Jadi, kalau manusia itu malas belajar dan berfikir, macam mana Allah nak bagi ilmu2 yang paling baik itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sun Jan 10, 2010 3:02 pm

Menetapkan sesuatu tanpa memberikan bukti secara logik dan mengikut hukum alam, pasti menyebabkan manusia itu kena penyakit berbangga diri. Ini kerana ketetapan yang mereka ada-adakan itu hanyalah untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang kononnya jika buat cara macam itu, merekalah golongan yang benar.

Sama kesnya macam orang yang menetapkan cara mengira guna jari sahaja yang benar. Walhal jika guna kalkulator pun, boleh juga dapat jawapan yang benar dan lagi efisyen.

Takkanlah Islam itu berlandaskan ajaran yang berbangga diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Fri Jan 15, 2010 4:56 pm

Apabila manusia berlagak sombong dengan agama masing-masing, maka manusia hidup berpecah-belah. Apa ertinya kehidupan macam tu agaknya?

Tidakkah mereka mahu hidup dalam keadaan berharmoni dan jauh daripada penyakit2 hati?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Fri Jan 15, 2010 5:27 pm

Bila hati disuluh sinar kedamaian, keamanan dan keharmonian, sesungguhnya kehidupan dunia ini tiada ertinya jika hidup dalam masyarakat yang menjadikan agama sebagai alat untuk berbangga diri sehingga mereka hidup berpecah-belah sesama manusia.

Tuhan, demi menyelamatkan jiwa daripada penyakit berbangga diri begitu, kembalikanlah aku kepadaMu. Aku tidak mengharap dunia yang sebegini rupa.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Zulia on Fri Jan 15, 2010 6:24 pm

Saya tahu di mana tempat yang tenteram dan boleh mendekatkan diri kepada Allah, iaitu dirumah-rumah Allah atau masjid. Tentu jauh dari orang yang bermegah itu. Sebab tempat solat ialah tempat orang merendahkan diri dihadapan tuhan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 5:35 am

Allah tidak berada pada sesuatu tempat. Mengatakan manusia hanya boleh tenteram pada sesuatu tempat, menunjukkan mereka anggap Allah itu macam makhluk yang terhad KekuasaanNya. Kat situ sahaja dah nampak mereka macam tak kenal Tuhan.

Di mana2 sahaja manusia itu hidup mematuhi peraturan alam, mereka akan tenang. Cuba lihat bulan, matahari dan bintang2. Mereka tenang beredar pada orbit masing2 kerana patuh pada peraturan alam. Sebesar2 mereka itu, sanggup mereka tunduk pada hukum2 sains yang Allah tetapkan. Malangnya ada manusia jadikan agama tidak mengikut hukum sains. Patutlah Allah masukkan mereka sebagai umat yang lemah. Harapkan ramai, tetapi tak mampu sumbangkan buah fikiran untuk memajukan tamadun manusia. Tahu nak berperang menegakkan keegoan atas nama agama sahaja.

Apakah erti hidup berbangga diri macam itu? Iblis yang asalnya malaikat yang lagi banyak bertasbih pun dimasukkan ke neraka kerana berbangga dirinya lebih baik daripada Adam.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 9:36 am

Kita sudah lihat, bila manusia jadikan sesuatu perkara baik harta atau pun agama untuk hidup bermegah-megah dan berbangga diri, mereka tidak akan hidup dalam ketenangan. Sampaikan orang lain nak guna nama Allah pun mereka jadi tidak tenang.

Jadi patutkah kita hidup berbangga diri sehingga hati jadi sensitif macam itu sekali? Patutlah Allah tak bagi umat Islam hari ini ilmu2 yang susah dan sukar yang memerlukan kesabaran dan kecekalan kerana hati mereka lemah dan tidak mampu menampung ilmu2 yang berat2 itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 10:30 am

Islam itu universal. Apa hikmahnya bila dikatakan Islam itu universal?

Dahulu orang2 Yahudi dan Nasrani menjadikan agama itu hak esklusif mereka. Kononnya sesiapa yang jadi seperti mereka sahajalah yang layak dapat petunjuk Allah. Akibatnya mereka kena penyakit berbangga diri dan bermegah2 atas nama agama. Hati mereka sensitif dengan apa yang Rasulullah sampaikan sehingga ahli-ahli kitab mereka menunjukkan kedengkian kepada baginda. Begitulah balasan Allah kepada orang2 yang berbangga diri.

Maka Islam yang Rasulullah sampaikan itu diuniversalkan agar orang Islam tidak kena penyakit berbangga diri macam orang2 Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah itu.

Hidup dalam keadaan yang universal, hati akan jadi tenang. Tetapi hidup dalam keadaan esklusif, hati akan risau dan cepat sensitif.

Sains adalah ilmu yang universal. Ia bukan hak milik sesuatu pihak. Begitu juga muzik adalah ilmu yang universal. Tiada siapa yang rasa ekslusif terhadap sesuatu bidang muzik. Semua boleh cuba belajar guna kreativiti sendiri.

Jadi kita nampak, dengan hidup secara universal, kita dijauhi penyakit berbangga diri. Hati pun jadi tenang. Itulah antara hikmah kita hidup beruniversal ini.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Zulia on Sat Jan 16, 2010 11:26 am

Tempat yang paling disukai Allah ialah tempat dimana manusia mengingatiNya. Kenapa nak memusuhinya? Macam ada yang tak kena je. Tak kan pergi ke masjid pun menjadi kesalahan. Ini kah yang dinamakan perdamaian? sebab itu konvension antarabangsa melarang memusnahkan tempat ibadat agama. Kata universal. Abang anti agama ke?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 11:36 am

Jika ikut posting saya yang sebelum ini, tidak pula saya tulis mengatakan pergi masjid salah. Nak pergi masjid ke, gereja ke, kuil ke, tokong ke, itu hak masing2. Pergilah kalau nak pergi. Takde siapa yang larang.

Tetapi mengatakan hati tenteram hanya kerana pergi tempat2 tertentu, itulah yang tiada rasionalnya. Hati tenteram hanya dengan berpegang pada kebenaran bukannya kerana tempat. Kebenaran bukannya terhad pada sesuatu tempat.

Di mana2 tempat manusia boleh ingat Dia. Apakah nak ingat Dia pun kena had-hadkan tempat? Tempat nak ingat Allah pun nak diesklusifkan? Bukankah Allah ada di mana-mana?

Di mana jua kita mengingatiNya, di situ ada ketenangan hatta di atas unta sekali pun. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Manusia suka bermegah2

Post by Juang on Sat Jan 16, 2010 11:44 am

Sedar atau tidak, jika penyakit jasmani, akan menyebabkan pergerakan badan akan terbatas, maka penyakit rohani pula akan menyebabkan minda jadi terbatas. Mereka tidak boleh berfikir di luar kehidupan biasa atau tradisi.

Sebab itu kita lihat golongan yang jadikan agama sebagai alat nak bermegah-megah itu pasti terbatas minda mereka. Mereka tidak mampu mengkaji ilmu sains untuk menyumbangkan manfaat besar kepada kehidupan sesama manusia. Mereka hidup hanya nak bermegah2 kononnya amalan mereka itu sahaja benar dan orang lain tak benar. Itu menunjukkan dalam hati mereka ada penyakit.

Jadi untuk hidup dengan tenang dan tenteram, kita perlu menjaga kesihatan jasmani dan rohani sebaik mungkin. Dan menjaga kesihatan rohani itulah yang paling utama kerana bila kita mati, badan akan ditinggal pergi, tetapi jiwa kita itu yang dibawa bersama.

Sesiapa yang menyucikan jiwa dengan menjauhi segala unsur2 berbangga diri, akan bahagialah mereka. Sesiapa yang mengotorkan jiwa sehingga membenci ilmu sains (prinsip alam Tuhan) untuk dijadikan panduan mencari kebenaran, akan rugilah mereka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum