Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Sepinya seorang aku
e-mindakita :: Minda Santai :: Cinta
Page 1 of 1 • Share •
Sepinya seorang aku
Dikala malam semakin melabuhkan tirainya. Kurenung kegelapan malam ini . Hujan yang merenyai dari senja kini semakin lebat. Memaksa aku bergegas ke jendela kamarku menepis tempias yang menyerbu masuk. Kembali aku dipembaringan lalu melayangkan fikiran. Terkenang saat indah kita bersama. Di dalam lipatan sejarah cinta kita. Terlalu lama kau menatap wajahku menyebabkan aku tertunduk malu. Kau seolah-olah tidak mahu melepaskan aku dari ruangan matamu. Dan aku hanya mampu menjelingmu sekali-sekala kerana tak bisa menentang renungan matamu itu. Yang ku rasakan menusuk sukma hatiku ini. Namun kini tiada lagi. Segalanya lenyap begitu sahaja. Kau pergi tanpa wasiat meninggal aku dan.. kesepian ini.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Ke mana si jejaka hati itu pergi? Gi oversea atau meninggal dunia?
Memanglah bila ditinggalkan orang yang bertakhta di hati, terasalah sepi hidup walaupun duduk di tempat yang ramai orang. Begitulah uniknya Allah mencipta manusia. Kadang2 kita pun tak tahu kenapa ditakdirkan hal2 sebegitu. Tetapi yang nyatanya, semua itu untuk menyedarkan manusia, di sebalik kesepian, ada Dia sentiasa menemani.
Yalah, bila mati nanti pun kesepian juga, so kenalah belajar terasa sepi sebagai persediaan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Sepinya seorang aku
Terjaga aku dari tidur. Lalu lenyaplah mimpi sebentar tadi. Ku lihat sekeliling yang gelap..ternyata aku sendirian. Mahligai yang dibina rupanya hanya sebuah mimpi. Hanya permainan di alam tidurku. Realitinya kau tak jadi miliku. Kerana memilih temanku menjadi permaisurimu. Ku lihat kau di alam bahagia. Yang turut kurasa dari kejauhan..di celahan air mata.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Banyak gak saya dengar kes putus cinta akibat kekasihnya berpaling kepada temannya sendiri. Apakah itu satu kebetulan, atau ada hikmah2 tersembunyi? 

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Sepinya seorang aku
Kebetulan atau ketentuan tidaklah aku ketahui. Walaupun temanku hanya mengambil haknya yang diberikan kepadaku. Mungkin juga itu hanya gurauannya atau aku yang terlalu naif dalam bercinta. Terlalu biasa orang mengatakan adanya hikmah disebalik sesuatu. Dan biasa juga tak siapa pun tahu hikmah itu. Apa pun biarlah ku telan segala kepahitan..ku tahan segala keperitan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Adakalanya hikmah itu tidak dapat dimengertikan dalam masa yang singkat. Setelah kita lalui beberapa tempoh waktu, barulah kita akan nampak hikmah tersebut, jika kita termasuk dalam golongan yang sabar dan menggunakan akal. Ketika itulah baru hati kita berkata "Oh rupanya ada kebaikan juga di sebalik keperitan yang aku lalui dahulu. Jika tidak, tentu keadaan aku hari ini lebih buruk".
Semua yang berlaku dalam hidup kita ada kaitan dengan apa yang kita cita2kan. Lagi tinggi cita2 kita, lagi kuat kita akan diuji. Di situ dinilai siapa diri kita yang sebenarnya. Apakah kita orang yang cepat berputus asa, atau pun orang tidak mengenal erti kekecewaan.
Sesiapa yang mencari kesucian cinta, pasti akan melalui keperitan2, kerana disitulah dia belajar mengenal erti ketulusan (hati yang suci). Tanpa melalui itu semua, manusia tidak akan dapat kesucian cinta kerana dia tidak kenal apa yang ada di dalam jiwanya. Bila tidak kenal, manusia itu tidak tahu cara bagaimana nak melawan penyakit ego, sombong, dengki, marah, dendam etc.
Syurga tempatnya suci. Tanpa kita rela agar hati kita disucikan oleh Allah, bagaimana kita yakin kita akan ke syurga?
Semua yang berlaku dalam hidup kita ada kaitan dengan apa yang kita cita2kan. Lagi tinggi cita2 kita, lagi kuat kita akan diuji. Di situ dinilai siapa diri kita yang sebenarnya. Apakah kita orang yang cepat berputus asa, atau pun orang tidak mengenal erti kekecewaan.
Sesiapa yang mencari kesucian cinta, pasti akan melalui keperitan2, kerana disitulah dia belajar mengenal erti ketulusan (hati yang suci). Tanpa melalui itu semua, manusia tidak akan dapat kesucian cinta kerana dia tidak kenal apa yang ada di dalam jiwanya. Bila tidak kenal, manusia itu tidak tahu cara bagaimana nak melawan penyakit ego, sombong, dengki, marah, dendam etc.
Syurga tempatnya suci. Tanpa kita rela agar hati kita disucikan oleh Allah, bagaimana kita yakin kita akan ke syurga?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Sepinya seorang aku
Sejauh manakah pentingnya cinta bagi seorang lelaki. Siapakah yang lebih setia cintanya lelaki atau perempuan. Dimanakah kedudukan wanita didalam hati lelaki?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Semua manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Dan bila jiwa lelaki itu telah disentuh cinta yang sebenar2nya, ketika itulah dia akan tahu sejauh mana pentingnya cinta itu bagi dirinya. Keindahan cinta itu umpama syurga, jadi jika mengatakan syurga itu tidak penting, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena.
Kesetiaan cinta itu bergantung kepada ketulusan hati. Tidak kira lelaki ke perempuan. Jika ramai lelaki yang tulus hatinya, akan ramaikan lelaki yang setia pada cintanya. Begitu juga sebaliknya.
Di mana kedudukan wanita di hati lelaki? Lihat fitrah kejadian manusia. Daripada Allah terciptanya lelaki. Daripada lelaki terciptanya wanita. Dan daripada wanita itu, lahirnya masyarakat.
So jika ikut priority cinta, lelaki itu kena mencintai Allah dahulu. Kemudian dirinya. Selepas itu barulah mencintai wanita (isterinya). Kemudian barulah mencintai masyarakatnya.
Mencintai Allah bermaksud mencintai kebenaran dan keadilan (sebab nak cakap mencintai Allah, semua orang boleh cakap). Orang itu mencintai ilmu2. Seorang yang rajin belajar dan mengkaji seperti Nabi Adam. Tidak patuh kepada ajaran2 dusta dan taghut.
Mencintai diri bermaksud lelaki itu berbuat sesuatu mengikut kebenaran dan keadilan yang telah dipelajarinya (menjauhi diri daripada kejahatan dan kerosakan). Hidup mengikut fitrah sebagai seorang lelaki.
Mencintai wanita itu bermaksud dia sanggup menerima perbezaan yang asas dalam fitrah kejadian manusia (perbezaan jantina). Dia sanggup memahami perbezaan2 yang ada pada wanita (jasmani mahupun rohani) itu dan dengan perbezaan itu dia mengikat kesatuan yang kukuh.
Mencintai masyarakat bermaksud lelaki itu sanggup menerima apa jua perbezaan masyarakatnya baik dari segi agama, bangsa, bahasa, budaya etc untuk membentuk perpaduan yang kukuh dan harmoni. Itulah yang dinamakan memakmurkan muka bumi (tugas asal lelaki diangkat sebagai khalifah). Lelaki itu sanggup berkorban demi membentuk masyarakat atau umat yang kukuh kesatuannya.
Rasulullah itu adalah orang yang telah sampai ke peringkat mencintai masyarakatnya, setelah belajar mencintai Allah, dirinya, dan isteri2 (keluarga).
Daripada prioriti itu, wanita boleh menyelami di mana kedudukannya di dalam hati lelaki (jika lelaki itu mencintai ikut prioriti itulah).

Wah panjangnya ulasan. Apa pula yang ada pada wanita yang membuatkan lelaki jatuh cinta padanya..he he
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Kelembutan sifat dan kemanjaannya... 

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Sepinya seorang aku
pendek pulak tapi padat..awak dah jumpa ke? He he
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
Panjang lawannya pendek.
Pernah jumpa tapi hilang entah ke mana.
Pernah jumpa tapi hilang entah ke mana.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Sepinya seorang aku
Zulia wrote:Dikala malam semakin melabuhkan tirainya. Kurenung kegelapan malam ini . Hujan yang merenyai dari senja kini semakin lebat. Memaksa aku bergegas ke jendela kamarku menepis tempias yang menyerbu masuk. Kembali aku dipembaringan lalu melayangkan fikiran. Terkenang saat indah kita bersama. Di dalam lipatan sejarah cinta kita. Terlalu lama kau menatap wajahku menyebabkan aku tertunduk malu. Kau seolah-olah tidak mahu melepaskan aku dari ruangan matamu. Dan aku hanya mampu menjelingmu sekali-sekala kerana tak bisa menentang renungan matamu itu. Yang ku rasakan menusuk sukma hatiku ini. Namun kini tiada lagi. Segalanya lenyap begitu sahaja. Kau pergi tanpa wasiat meninggal aku dan.. kesepian ini.
macam drama tv je. betul ke ni ?

Anz- Siswa-Siswi
- Number of posts: 34
Reputation: 0
Credits: 768
Registration date: 2010-05-16
Re: Sepinya seorang aku
hidup ini umpama opera
Manusia adalah pelakonnya
Bezanya cuma diberi pilihan
Watak apa yang dilakonkan
Bila tirai dilabuhkan
kepadaNya kita dikembalikan.
Manusia adalah pelakonnya
Bezanya cuma diberi pilihan
Watak apa yang dilakonkan
Bila tirai dilabuhkan
kepadaNya kita dikembalikan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
zulia pegang watak ape ?

Anz- Siswa-Siswi
- Number of posts: 34
Reputation: 0
Credits: 768
Registration date: 2010-05-16
Re: Sepinya seorang aku
nak jadi Hang Jebat tak boleh..
Hang Kebun ..Hang Kebun..laa
Hang Kebun ..Hang Kebun..laa
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
ade ke watak hang kebun? tak pernah dengar pun aku selama dan masih dikandung hayat.

Anz- Siswa-Siswi
- Number of posts: 34
Reputation: 0
Credits: 768
Registration date: 2010-05-16
Re: Sepinya seorang aku
Ada watak Hang Kebon dalam seniman bujang lapuk tu.
Kalau nak jadi Hang Kebon boleh, tapi tak boleh pegang keris, kena pegang cangkul.
Cangkul pun cangkul lah.
Kalau nak jadi Hang Kebon boleh, tapi tak boleh pegang keris, kena pegang cangkul.
Cangkul pun cangkul lah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23
Re: Sepinya seorang aku
zaman moden ni mana de pakai cangkul....sume nye dah guna mesin.
ketinggalan zaman tul lah zulia ni. orang dah ke bulan hang duk menong ket tanggo gak lae.
eh zulia tau ke guna cangkul ni ? setau aku nak moden ni, ps2 tau le...cangkul2 tak main. tak pun masuk internet.....macam ni..ni...ni ha.
puasa tak lama lagi. yang tertinggal dah berganti ke belum. jangan sampai makan tahun lak, kena denda, tak pasai kan. ganti tetap ganti.
boleh ke ni....gurau lebih2. kena sebijik baru padan ngan muka aku...zulia ok kan?
ketinggalan zaman tul lah zulia ni. orang dah ke bulan hang duk menong ket tanggo gak lae.
eh zulia tau ke guna cangkul ni ? setau aku nak moden ni, ps2 tau le...cangkul2 tak main. tak pun masuk internet.....macam ni..ni...ni ha.
puasa tak lama lagi. yang tertinggal dah berganti ke belum. jangan sampai makan tahun lak, kena denda, tak pasai kan. ganti tetap ganti.
boleh ke ni....gurau lebih2. kena sebijik baru padan ngan muka aku...zulia ok kan?

Anz- Siswa-Siswi
- Number of posts: 34
Reputation: 0
Credits: 768
Registration date: 2010-05-16
Similar topics» doa seorang pujangga
» kisah cinta seorang suami
» di mana cantiknya seorang wanita?...
» Misteri: Bayang pencuri dalam air (cerita seorang kawan)
» Nintendo DS Selamatkan Nyawa Seorang Ibu
» kisah cinta seorang suami
» di mana cantiknya seorang wanita?...
» Misteri: Bayang pencuri dalam air (cerita seorang kawan)
» Nintendo DS Selamatkan Nyawa Seorang Ibu
e-mindakita :: Minda Santai :: Cinta
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum