Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Pengajaran dari tragedi bas ekspres.-10 orang terkorban.

View previous topic View next topic Go down

Pengajaran dari tragedi bas ekspres.-10 orang terkorban.

Post by Zulia on Mon Dec 28, 2009 2:55 pm

Bila berlaku kemalangan maka semua orang akan menunding jari dan menyalahkan pelbagai pihak. Berbagai usaha telah dibuat kemalangan tetap berlaku. Dulu bas sering dipersalahkan kerana sudah uzur dan sebagainya. Kemudian pemandu juga dipersalahkan kerana sikap mereka yang memandu laju. Kali ini berlaku pada bas yang baru dan pemandu yang tidak terlibat dengan dadah, cuma sedikit kecuaian nya terlelap maka berlakulah kemalangan. Ada tak sesiapa yang naik bas itu meramalkan kemalangan itu? Mungkin ada yang menaiki bas itu yakin ianya lebih selamat berbanding kenderaan lebih kecil. Pemandu juga telah merancang untuk bertukar pemandu di R&R seterusnya. Kita boleh saja menyalahkan pemandu kerana tidak bertukar pemandu sebelum itu. Tapi apakah jaminan kemalangan tidak akan berlaku. Tidak ada siapa yang boleh menjaminnya. Manusia hanya boleh mengambil langkah berjaga-jaga sedangkan keputusan akhirnya di tangan Allah. Siapakah yang menentukan 10 yang terkorban itu, atas kehendak mereka atau kehendak Allah. Sedar atau tidak hari demi hari kita berhadapan dengan ketentuan Allah. Al Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Pengajaran dari tragedi bas ekspres.-10 orang terkorban.

Post by Juang on Mon Dec 28, 2009 3:20 pm

Peristiwa kemalangan bas di negara kita bukan satu perkara yang jarang2 terjadi. Boleh dikatakan setiap tahun, pasti ada sahaja kemalangan ngeri melibatkan pengangkutan awam ini.

Dalam banyak-banyak pengangkutan awam yang membawa penumpang yang ramai, bas adalah kenderaan yang bergantung sepenuhnya kepada manusia. Jika kita bandingkan dengan keretapi atau komuter atau monorel, ia dikawal oleh landasan yang menyukarkan ia terbabas. Begitu juga dengan kapal terbang, ia dikawal dengan sistem komputer. Tetapi bas memang bergantung sepenuhnya kepada pemandu itu. Jika berlaku sedikit kecuaian, pasti kecelakaan menimpa.

Manusia tidak boleh lari daripada sifat lupa, lalai atau cuai. Namun manusia boleh memperbaiki keadaan itu dengan mempertingkatkan tahap mentaliti mereka. Secara psikologinya, mentaliti yang tinggi mampu mengawal emosi. Sebaliknya, mentaliti yang rendah menyebabkan emosi mudah terganggu yang mendorong kepada kelalaian atau kecuaian (kerja serba tak kena).

Seorang pemandu perlulah dalam keadaan yang sihat, segar, tenang, bahagia dan faktor2 yang menstabilkan diri. Barulah apa yang dilakukan akan menjadi. Tetapi kalau pemandu itu dalam keadaan resah, kelam-kabut atau kalut, sudah pasti faktor2 itu akan menyumbang kepada kecuaian. Di sinilah pentingnya mental untuk menstabilkan emosi.

Latihan meningkatkan tahap keupayaan mental sepatutnya perlu ada kepada semua manusia. Itulah amalan yang sebenar dan bermanfaat bagi seseorang insan. Tetapi bila amalan ini sudah ditinggalkan, dan diajar amalan2 yang tiada logiknya, maka tahap mentaliti manusia akan menurun. Bila menurun, macam2 kerosakan boleh berlaku akibat kecuaian manusia.

Otak manusia ini seperti sistem komputer. Sistem komputer yang berfungi mengikut logik, memudahkan ia mengawal dan menstabilkan sesuatu proses. Lagi laju sistem komputer memproses, lagi banyak tugas dapat disempurnakan dengan baik. Sistem komputer juga boleh alert (peka) terhadap sesuatu perubahan.

Jadi, apabila kita dapat sedarkan masyarakat agar mempertingkatkan tahap mentaliti (kecerdasan otak) masing2, sudah pasti kecuaian2 sebegini dapat diminimunkan. Sebab itulah kita ajak kembali kepada Allah yang mengajar manusia secara logik agar tahap mentaliti boleh dipertingkatkan.

Tetapi kalau manusia itu engkar untuk kembali kepadaNya kerana terlalu taksub pada ajaran2 tradisi yang tiada logiknya itu, sudah pasti Allah akan datangkan bermacam2 musibah agar manusia itu membuka minda dan memikirkan kesilapan2 mereka selama ini.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum