Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Di sebalik tanda kenabian
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Di sebalik tanda kenabian
Pada suatu hari datang kepada Rasulullah saw seorang Badwi membawa berita bahawa penduduk kampungnya di dalam kelaparan. Dia berkata:
''Hai Rasulullah, kaumku sedang ditimpa kelaparan, padahal dulu pernah kukatakan kepada mereka jika mereka mahu masuk Islam, nescaya akan mendapat rezeki yang melimpah. Kini mereka mengalami kekurangan makanan, mereka akan keluar daripada Islam kerana makanan pula. Jika kau sedia membantu mereka dengan makanan aku bersedia membawanya kepada mereka''.
Nabi tidak segera menjawab, tetapi menoleh kepada Ali bin Abi Thalib r.a seraya meminta pertimbangannya. Ali pun berkata:
''Ya Rasulullah mereka tidak memiliki persediaan makanan sedikit pun''.
Pada masa itu tiba-tiba muncul seseorang yang menawarkan kurma:
'' Hai Muhammad! Mahukah engkau berhutang kurma dengan pembayaran setelah beberapa hari?'' kata orang itu.
Mengingatkan penderitaan orang di kampung itu, Nabi pun setuju untuk mengambil kurma itu dengan cara berhutang.
Dua hari sebelum habisnya masa tangguh hutang itu, Zaid bin San'ah mendatangi Rasulullah yang ketika itu berada dalam halaqah bersama para sahabat baginda. Dengan cara yang kasar dan perkataan yang kurang sopan, Zaid bin San'ah terus menarik jubah Rasulullah seraya berkata:
'' Hai Muhammad! Bayarlah hutangmu. Demi Allah aku lihat semua keluarga Abdul Mutalib suka menunda pembayaran hutangnya''.
Demi melihat dan mendengar kejadian itu, semua sahabat Nabi merasa sangat marah. Umar bin Khattab r.a berdiri dan dengan geramnya bertanya:
'' Hai musuh Allah! Mengapa kau berani bertindak sebegitu kasar terhadap Rasulullah? Demi Allah! Seandainya bukan kerana takut mendahului Rasulullah, nescaya telah kupotong kepalamu dengan pedangku ini!''
Namun dengan tenang dan sopan santun Rasulullah menenangkan dan mengingatkan Umar bin Khattab:
'' Ya Umar, dia benar, aku memang ada keperluan sehingga menunda pembayaran hutangku, dan dia datang untuk menuntut haknya. Sekarang bayarlah hutangku dan tambahlah 20 gantang kurma sebagai ganti ancamanmu padanya tadi''.
Maka Umar pun segera melaksanakan perintah Rasulullah itu, dan berkata:
'' Aku disuruh Rasulullah untuk menambah dua puluh gantang kurma ini, sebagai pengganti atas sikapku yang kasar tadi''.
Mengetahui pembayaran Rasulullah yang di bawa Umar, Zaid pun terkejut, dan serta merta dia berkata kepada Umar:
''Hai Umar, tahukah kamu siapakah aku yang sebenar?''
'' Aku tidak tahu'', jawab Umar.
'' Aku adalah Zaid bin Sa'nah, pendita Yahudi,'' kata Yahudi itu.
''Tetapi mengapakah engkau berlaku kasar terhadap Rasulullah'', tanya Umar.
''Hai Umar! Ketika aku pertama kali melihat wajah beliau aku lihat segala tanda kenabian, kecuali dua perkara sahaja yang aku belum buktikan, iaitu kesabaran dan ketinggian budi baginda. Dua sikap inilah yang telah memadamkan kejahilan dan kebodohan yang aku miliki selama ini. Setelah kubuktikan kedua-dua sifat ini, kini saksikan lah olehmu hai Umar, bahawa aku masuk Islam dan saksikan lah juga bahawa separuh dari hartaku, aku sedekahkan pada kaum Muslimin.'', kta Yahudi penjual kurma itu.
Menurut sejarah, Zaid bin San'ah termasuk sahabat yang sering ikut Rasulullah dalam berbagai peperangan dan akhirnya gugur syahid dalam perang Tabuk.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23
Re: Di sebalik tanda kenabian
TQ .. bagus cerita tu .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: Di sebalik tanda kenabian
Zulia, takkanlah Nabi berhutang lepas tu suruh orang lain pulak yang bayar. Tak logik betullah. Mana boleh Nabi bersifat macam tu.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Di sebalik tanda kenabian
Bayangkan, pendita Yahudi itu pun sanggup meninggal amalan tradisinya demi mencari kebenaran (kembali taati peraturan alam). Malangnya, ramai yang mengaku Islam hari ini takut meninggalkan amalan tradisinya demi kembali kepada Pengatur alam semesta ini.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» keraguan dengan tanda santau
» Surat Tanda Registrasi (STR)
» Tanda Tanya (7 April)
» maksud tersirat di sebalik mimpi
» Terjemahan Al-Quran
» Surat Tanda Registrasi (STR)
» Tanda Tanya (7 April)
» maksud tersirat di sebalik mimpi
» Terjemahan Al-Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum