Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Islam dan Keadilan

View previous topic View next topic Go down

Islam dan Keadilan

Post by Juang on Fri Dec 18, 2009 6:14 pm

5:8. Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

60:8. Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

42:15. Maka kerana itu serulah dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali."

16:0. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.


Hendak mengaku Islam, semua orang mudah mengucapnya. Hendak melaung-laungkan slogan menegakkan Islam, semua orang boleh menjerit di tepi jalan. Tetapi untuk menegakkan keadilan itulah yang sukarnya.

Kemampuan seseorang manusia itu berlaku adil bergantung kepada sejauh mana luas pemikirannya. Lagi luas pemikiran manusia itu, lagi mudahlah dia hendak melakukan keadilan.

Dan semua itu berpunca daripada hati manusia itu sendiri. Orang yang berpenyakit hati, sudah pasti susah untuk berlaku adil, kerana dia terdorong untuk memihak kepada kepentingan golongannya sendiri. Sebab itulah golongan berpenyakit hati itu Allah tidak izinkan mereka memerintah di muka bumi. Bayangkanlah, jika untuk mengawal emosinya pun dia tidak mampu, bagaimana manusia itu mampu memerintah muka bumi dengan betul dan adil? Sudah pasti bumi akan porak-peranda jadinya.

Bagaimana mahu menjadi insan yang benar-benar adil?

Ia bermula daripada bagaimana cara manusia mengambil sesuatu ajaran untuk dijadikan pegangan hidupnya. Jika manusia itu hanya taksub pada ajaran kaumnya atau puaknya atau partinya sahaja, jelas manusia itu sudah bersikap bias (berat sebelah). Itu hanya perangai orang yang egois.

Oleh itu, untuk menjadi seorang yang adil, kenalah bermula dengan mencari kebenaran tanpa memilih mana-mana pihak. Runtuhkan keegoan atas nama ajaran turun-temurun. Kebenaran bukan ikut cakap sesuatu pihak, tetapi ikut peraturan alam ini kerana Allah mencipta alam ini dengan adil dan saksama.

Sesiapa jua yang membawa bukti kebenaran yang selari dengan peraturan alam, maka kita ikuti biarpun bukan daripada kaum sendiri. Dan sesiapa yang bawa sesuatu yang tiada bukti malah bercangggah dengan hukum alam, kita jauhi biarpun daripada kaum kerabat sendiri. Itulah cara kita melatih diri untuk menjadi insan yang boleh berlaku adil (neutral).

Apabila dalam diri sudah mampu tegakkan keadilan (bersikap rasional), barulah Allah izinkan tegakkan keadilan pada masyarakat yang lebih luas. Selepas itu barulah tertegaknya Islam di muka bumi.

Begitulah Allah mengatur alamNya secara logik. Namun orang yang malas berfikir, mereka sukar nak nampak logik itu sehingga mereka terus tenggelam dalam keegoan ajaran tradisi mereka (merasakan kaumnya betul dan kaum-kaum lain hina).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam dan Keadilan

Post by Juang on Fri Dec 18, 2009 9:16 pm

Memahami perasaan kaum lain

Belajar memahami perasaan orang atau kaum lain juga adalah cara untuk melatih diri ke arah keadilan. Cuba letakkan diri pada pihak lain dan rasai apa yang mereka rasa.

Contohnya sebagai orang Melayu, cuba letakkan diri sebagai orang Cina atau India, dan apa perasaan kita bila dituduh kafir oleh orang Melayu semata-mata kerana ikut amalan tradisi?

Dan letak balik diri sebagai orang Melayu, dan renung dalam diri, sebagaimana orang Melayu rasa susah nak tinggalkan amalan nenek moyang (tradisi) mereka, macam itulah orang Cina dan India itu rasa.

Jadi, layakkah kita hukum kaum-kaum lain itu kafir semata-mata mereka rasa sukar nak tinggalkan amalan nenek moyang mereka seperti yang kita rasa? Sebenarnya, orang Melayu, Cina dan India yang taksub pada amalan nenek moyang masing-masing itu sama sahaja sifatnya. Ada egois dalam diri.

Jika manusia itu benar-benar beriman kepada Allah, sudah pasti mereka akan kembali berpegang pada sesuatu yang bersifat neutral iaitu hukum alam ini. Ini kerana hukum alam ini tidak mengenal paras rupa atau bangsa. Sesiapa sahaja yang melanggar hukum alam, pasti akan merasai akibat perbuatannya sendiri.

Contohnya ada orang Melayu kata tidak boleh beragama guna akal. Sedangkan hukum alam menetapkan, dengan guna akal itulah manusia kan jadi bijak. Akibat melanggar hukum alam, lahirlah ramai orang Melayu yang lemah mindanya (nak kata bodoh, nanti ramai Melayu mengamuk) biarpun mereka setakat mengaku sahaja Islam. Walhal keIslaman para Nabi dan Rasul itu terpancar pada kebijaksanaan dan keadilan mereka.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum