Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Bayang-bayang pun ikut logik

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Mon Jan 04, 2010 5:33 pm

Ya, itulah jurang yang kita nampak sekarang. Ini yang kita nak perbetulkan supaya yang saintis itu pun memiliki kepakaran dalam bidang agama dan begitu juga sebaliknya.

Tetapi sebelum itu, definasi agama itu perlu diperbetulkan. Kena kembali berpegang kepada peraturan alam (Sunnah) sebagai bukti dan logik sebagai pengukurnya. Ini kerana logik dan Sunnah itu bersifat neutral, bukan ikut hati manusia, adat, budaya atau bahasa.

Selagi ada manusia menggunakan alasan bahawa perkara agama melibatkan urusan ghaib maka tidak boleh guna logik, selagi itu agama dan sains tidak dapat disatukan.

Tidakkah mereka sedar bahawa Allah yang paling2 ghaib berbanding semua makhluk2Nya yang tak tercapai oleh mata kasar dan peralatan itu pun dibuktikan KeesaanNya secara logik oleh Rasulullah.

23:91. Allah tidak mengambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyifatkan.

Jadi tiada alasan lagi menetapkan agama dengan satu bentuk amalan ritual atas alasan ghaib.

Kenapa untuk makan, mereka tidak makan makanan yang ghaib? Kenapa untuk minum, mereka tidak minum sesuatu yang ghaib? Kenapa untuk beristeri, mereka tidak beristeri secara ghaib? Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Mon Jan 04, 2010 6:30 pm

Apa pula definasi saintis? Ada tak beza antara saintis islam dengan saintis bukan islam. Kalau saintis nak belajar agama, dia nak belajar dgn siapa?


LIA- best juga kalau boleh ghaib ni.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Tue Jan 05, 2010 11:04 am

Secara mudahnya, saintis adalah orang2 yang mengkaji hukum2 alam ini. Jika saintis itu percaya yang alam semesta ini diciptakan oleh Tuhan atau apa jua nama yang mereka panggil bagi mengambarkan alam semesta ini dipelihara atau diatur oleh Pencipta, maka sudah berimanlah saintis itu. Kemudian jika saintis itu hidup mengikut peraturan alam ini dengan membuat kebaikan dan menjauhi keburukan, maka sudah Islamlah saintis itu, sebab Islam itu universal dan bukan milik esklusif sesuatu pihak.

Yang suka menjadikan agama Allah itu milik esklusif sesuatu pihak adalah orang2 Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah dahulu. Mereka kata dengan jadi Yahudi dan Nasrani, barulah Allah bagi petunjuk. Mereka tak sedar yang mereka telah kena penyakit berbangga diri atas nama agama Allah.

So, kalau betullah kita seorang Islam, apakah patut kita tiru balik perangai Yahudi dan Nasrani itu dengan membuat ajaran2 yg tidak ada bukti hukum2 alam, kemudian mendakwa sesiapa yang buat amalan ritual macam itulah yang Islam dan yang lain bukan? Bukankah nanti kita kena penyakit berbangga diri?

Bila kena penyakit berbangga diri, bukankah sama macam perangai iblis? Dan bila sama macam iblis, bukankah ke neraka jua perginya?

Tetapi cuba kita lihat kehidupan para saintis, kerana mereka tunduk dan sujud kepada hukum2 alam ini, mereka tidak wujudkan pun mazhab2 sains mengikut sesuatu pandangan saintis terdahulu. Mana2 teori sains yang tiada bukti, mereka anggap sekadar teori sahaja. Dengan cara itu, semua manusia akan tunduk pada yang terbukti benar sahaja.

p/s: Nanti masa mati, ghaiblah kita. Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Tue Jan 05, 2010 11:24 am

Kalau saintis yang tak terima Al Quran tetapi percaya ada tuhan, macamana pulak ya. Islam ke tidak? Mereka pun berbangga dgn teknologi mereka juga.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Tue Jan 05, 2010 2:47 pm

Al Quran itu selari dengan hukum alam. Jika saintis itu seorang yang betul2 percaya kepada Pencipta alam ini, pasti mereka nampak kebenaran ayat2 Al Quran itu.

Namun kalau saintis itu berprejudis dengan Al Quran seperti orang Islam rasa kitab2 pada penganut agama lain semuanya tak betul, so tidaklah dapat melihat kebenaran. Bila dalam hati ada penyakit macam itu, mana layak dikatakan Islam, sebab Allah lihat manusia pada kesucian hatinya atau tidak.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 6:26 am

Perlu tak saintis itu mengaku Islam utk jadi Islam? Keran Saintis menganggap agama itu sesuatu yang kolot dan mereka tak percaya pada kitab. Mereka mengkaji sains atas dorongan fikiran mereka sendiri bukan sebab agama.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Wed Jan 06, 2010 9:09 am

Islam adalah cara hidup. Ia bukannya agama seperti agama2 yang berbentuk ritual yang kita nampak hari ini.

Perumpamaan Islam itu seperti jalanraya yang memudahkan kita sampai ke sesuatu destinasi. Untuk menggunakan jalanraya dengan selamat, kita hanya perlu tahu peraturan2 jalanraya dan mematuhinya agar perjalanan kita jadi bersistematik, lancar, mudah dan selamat. Kita tak perlu mengaku sebagai pengguna jalanraya pun sebelum menggunakan jalanraya itu sebab semua orang tahu yang kita adalah pengguna jalanraya bila kita melalui jalanraya.

Begitulah, sesiapa jua manusia sekali pun termasuk saintis itu, jika dia ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup, apa yang perlu hanyalah pelajari peraturan2 yang Allah tetapkan (bukannya patuh kepada selainNya) dan mematuhi Sunnah (peraturan alam). Itu sahaja.

Ada benarnya tanggapan saintis itu terhadap agama, sebab kesemua agama yang wujud pada hari ini sudah tidak mematuhi peraturan alam lagi. Pembesar2 agama itu suka memasukkan unsur2 khayalan, angan-angan, mitos agar sesuatu pengikut agama itu taksub kepada pembesar2 tersebut. Maka diada-adakan amalan ritual kononnya itulah cara menyembah Tuhan. Walhal kalau kita fikirkan, bulan bintang matahari, tak pula buat amalan ritual untuk sembah Tuhan. Apa yang mereka lakukan adalah dengan hidup ikut ketetapan alam ini.

Cuba bayangkan, dengan hidup cara berkhayalan, berangan2 dan mitos begitu, apakah akan wujud segala teknologi yang memudahkan kehidupan manusia menjadi lebih bersistematik? Takkan wujudnya segala teknologi itu jika manusia hidup dalam keadaan macam itu. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 12:28 pm

Agama cara adalah hidup terbaik dalam hubungan manusia dengan Tuhan dan sesama manusia. Sains ialah perkara tabii yang dijadikan Allah untuk makhluk menjalani kehidupan yang boleh membawa kepada perkara baik atau jahat bergantung kepada tujuan manusia.
Walaupun manusia tak beragama atau tak percayakan tuhan, tetapi masih diberikan kehidupan oleh Allah di dunia ini. Tapi Allah hanya redha Islam sebagai agama manusia. Macam tu kan bang.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Wed Jan 06, 2010 1:00 pm

Apabila manusia itu sentiasa belajar mengenal hukum2 alam sehingga nampak Kehebatan Pencipta alam (dalam hatinya meyakinan adanya Satu Pemelihara alam), manusia itu sudah berhubung dengan Tuhan.

Hakikatnya, apa jua yang menjadikan kita mengetahui sesuatu perkara, itu menunjukkan Allah telah ajar kita. Tapi kita tidak rasai betapa dekatnya Tuhan dengan kita sebab kita sudah dibiasakan belajar kena ada guru.

Kehidupan kita terbahagi kepada dua, iaitu alam jasad (jasmani) dan alam sifat (rohani). Kedua2 alam ini terikat pada hukum2 yang telah Allah tetapkan. Jika manusia itu sekadar belajar ilmu untuk hukum alam jasad semata2, maka dia tidak akan percaya kepada adanya Tuhan.

Tetapi jika manusia belajar ilmu alam jasad sehingga nampak perkaitannya dengan alam sifat, maka manusia itu akan kenal Tuhannya (percaya adanya Tuhan). Itulah insan Islam yang sebenarnya yang diredhai Allah.

Contoh perkaitan alam jasad dengan alam sifat adalah seperti, jika kita mendaki gunung, dan berada di puncaknya, pemandangan kita jadi luas terbentang (tidak sempit). Macam2 kita boleh nampak. Begitulah juga dalam alam sifat, bila kita semakin mendaki ilmu (bermentaliti tinggi), pandangan kita semakin luas. Kita tidak jadi manusia yang taksub pada sesuatu ajaran tradisi yang sempit lagi kerana macam2 kebenaran boleh kita nampak. Hukum tersebut terpakai di kedua2 alam jasad dan alam sifat.

Kehidupan yang sebeginilah yang kita nak cari agar kita tidak terkongkong dengan alam jasad semata2, sebab bila mati nanti memang kita akan terbebas daripada jasad kita ini. Jika kita tidak belajar daripada sekarang untuk membebaskan jiwa kita daripada kongkongan jasad, sudah pasti kita akan mati terkejut nanti.

Disebutkan orang2 kafir nanti bila mati terbeliak matanya kerana terkejut dan ketakutan kerana tidak buat persediaan untuk jiwanya terbebas daripada alam jasad. Sebaliknya orang2 beriman akan mati dengan tenang sebab sudah bersedia membebaskan jiwanya daripada alam jasad ini (hidup tidak mencintai perhiasan duniawi).

Alam jasad itu dunia, alam sifat itulah akhirat. Apa yang kita buat terhadap sifat2 diri kita, itulah kita di akhirat kelak.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 1:41 pm

Apa pula tujuan kita kenal Allah? Kalau kita kenal Allah, apa kita perlu buat? Sebab yang tak kenal Allah pun hidup juga.. Ni yang hairan ni.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Wed Jan 06, 2010 1:50 pm

Kalau tidak kenal Allah, manusia itu akan buat peraturan mereka sesuka hati (ikut kehendak hati masing2). Akibatnya manusia akan hidup berpecah-belah dan berperang sesama sendiri.

Dengan mengenali Allah yang bermaksud kita tunduk kepada peraturan2 alam yang Allah tetapkan secara logik, maka kita tidak perlu berpecah-belah. Sebaliknya kita hidup mengikut matlamat asal kita diciptakan iaitu belajar membangunkan akal, dan gunakan segala kemahiran yang ada untuk memakmurkan alam semesta ini.

Bila kita hidup ikut peraturan Allah sahaja, maka kehidupan kita makin tersusun dan bersistematik. Cuba tengok bila makhluk2 di langit dan bumi ini sujud ikut peraturan alam, semuanya hidup tersusun. Kalau masing2 nak buat ketetapan ikut hati masing2, sudah pasti alam semesta ini akan hancur jadinya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 2:28 pm

Oo.. Ada tak peraturan yang lebih tinggi dari peraturan Alam?

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Wed Jan 06, 2010 2:51 pm

Kalau ada Tuhan yang lagi hebat daripada Pencipta alam ini yang boleh mengubah apa yang telah diaturkan selama ini, maka adalah peraturan yang lebih tinggi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 6:54 pm

Seperti jasad yang ada cantik atau buruk, begitu juga rohani ada baik dan jahat. Apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat rohani yang baik? Kalau jasad kita jaga kesihatan dan kebersihannya, makan dan pakainya. Macamana kita nak tahu rohani kita bersih atau sebaliknya. Mungkin boleh dilihat dari segi hubungannya dengan sesama makhluk. Kalau hubungan dengan tuhan susah nak nampak kan. Jadi kalau dia seorang yang berbudi bahasa, hormat orang lain, tidak sombong, suka menolong orang, bergaul dengan masyarakat, maknanya jiwanya tentu bersih kan. Tapi kalau tak sopan, suka maki orang dan marah-marah tu mesti sahabat syaitan kan.

LIA- tak suka orang panas baran.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Wed Jan 06, 2010 7:19 pm

Hati akan bersih bila berpegang pada kebenaran. Pegang sesuatu yang datang daripada Allah (selari dgn hukum alam), bukannya cakap2 kosong dan dusta.

Bila kita selalu berpegang pada yang benar dan mengikuti yang paling baik, nanti Allah beri petunjuk untuk kita bersihkan hati.

Yang penting jangan rasa diri itu mulia daripada orang lain, nanti kena penyakit bangga diri macam iblis. Anggap semua manusia sama. Bersikap neutral sesama manusia.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Wed Jan 06, 2010 8:32 pm

Orang yg selalu anggap mereka lebih mulia selalunya mereka yang kaya dan berharta. Mereka selalu rasa duit boleh mempunyai kuasa dan wujudlah kapitalism.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Thu Jan 07, 2010 8:18 am

Dalam Al Quran, contoh orang yang merasakan dirinya mulia kerana kuasa dan kekayaan adalah seperti Firaun dan Qarun. Mereka merasakan kekuasaan dan harta itu melayakkan diri mereka membuat peraturan2 yang bertujuan mengekalkan "kemuliaannya" itu. Tapi mereka tidak dapat bertahan lama di dunia ini kerana peraturan alam telah menetapkan, orang2 yang sombong pasti akan jatuh juga di dunia ini.

Al Quran juga menceritakan pasal orang2 yang "beragama" yang merasakan mereka sahaja yang layak mendapat petunjuk seperti orang2 Yahudi dan Nasrani. Kononnya jika jadi macam mereka, barulah Allah beri petunjuk. Itulah penyakit2 hati yang merasakan diri itu mulia. Ramai orang2 Islam hari ini pun kena penyakit macam itu.

Penyakit2 hati itu akan menyebabkan seseorang manusia itu jadi lemah dan malas belajar. Sebab mereka rasa mereka mulia, mereka anggap buat apa kaji ilmu2 alam ini. Mereka memperkecil2kan ilmu Allah walhal Al Quran menyebutkan bahawa Dia cipta langit dan bumi ini bukannya untuk main2. Maknanya Allah cipta alam ini untuk manusia mengkajinya kerana lembu dan kerbau tak mampu lakukan tugas tersebut.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Zulia on Thu Jan 07, 2010 9:35 am

Sebagai manusia kita lihat saiz kita dengan bumi, dan bandingkan saiz bumi dengan matahari 1 juta x, dan bandingkan pula dengan saiz galaksi kita, bimasakti dan alam semesta seluruhnya. Betapa besarnya pencipta alam ini. Kalau manusia tak sedar tak tahulah. Logik nya yang kecil itu lah kena memperlihatkan ketaatan nya kepada pencipta yang Maha Agung itu kan.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2510
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Bayang-bayang pun ikut logik

Post by Juang on Thu Jan 07, 2010 10:05 am

Ya. Dengan melihat kejadian alam semesta yang terbentang luas, akan mendatangkan kesedaran kepada diri kita. Sedangkan bumi dan matahari yang jauh lebih besar daripada kita pun sanggup tunduk dan patuh kepada logik2 yang Allah aturkan di alam semesta ini, patutkah kita tunduk kepada manusia lain yang buat ketetapan atau peraturan yang tidak ada kaitannya dengan menjadikan kita sebagai manusia yang dikurniakan akal?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum