Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mentauhidkan Allah

View previous topic View next topic Go down

Mentauhidkan Allah

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 7:26 pm

Allah = Pencipta yang menetapkan peraturan-peraturan alam.
Tauhid = Tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan alam semata-mata. Tiada siapa yang layak menetapkan peraturan alam ini selain Pencipta alam ini.

Allah menetapkan peraturan alam agar sistem alam semesta ini berfungsi dengan stabil. Manusia tidak layak menetapkan peraturan yang bercanggah dengan peraturan alam kerana ia hanya membawa mudarat kepada diri manusia itu sendiri.

Menyembah Allah bererti kita mematuhi peraturan-peraturan alam ini.

Semua manusia boleh mengaku mereka sembah Allah. Orang jahiliyiah terdahulu pun mengaku segala bentuk amalan mereka itu kerana menyembah Tuhan. Tetapi sejauh mana mereka benar-benar tunduk kepada peraturan alam?

Orang yang setakat cakap mereka ikut agama Allah, tetapi tidak tunduk kepada peraturan alam, samalah seperti orang yang mengaku dirinya pemandu yang berhemah, tetapi melanggari segala peraturan jalanraya.

Siapakah yang lebih baik daripada Pencipta alam ini dalam membuat peraturan untuk kita patuhi? Kenapa ramai manusia melanggari peraturan alam (gara-gara malas berfikir dan mencari bukti-bukti saintifik) demi menurut hawa nafsu yang menjadikan hati mereka berpenyakit?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mentauhidkan Allah

Post by Juang on Wed Dec 16, 2009 2:21 pm

17:111. Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.

Selalu kita dengar alasan orang yang malas mengkaji Al Quran dan memikirkan pengajarannya, membuat alasan tidak boleh memahami Al Quran tanpa tok guru. Alasan mereka itu seolah-olah "tuhan" yang mereka sembah selama ini adalah tuhan yang lemah yang tidak mampu mengajar mereka.

Sedangkan Allah yang mencipta alam ini bukanlah selemah dan sehina yang mereka sangka. Sesiapa jua hamba-hambaNya yang yakin guna akal untuk memikirkan segala peraturan-peraturan yang tersusun secara logik itu pasti akan mampu memahami Allah Quran. Pokok pangkalnya, tepuk dada, tanyalah keyakinan diri.

Jadi, seseorang yang mentauhidkan Allah, sudah pasti mereka bergantung kepada Allah semata-mata guna akalnya sendiri untuk memahami sesuatu hakikat. Sebaliknya yang menyekutukan Allah, sudah pasti mereka akan menurut pembesar-pembesar agama mereka tanpa berfikir dan mencari bukti-bukti saintifik.

Apa yang disuapkan oleh pembesar agama mereka dipercayai membuat tuli, kerana pada mereka, penentuan kebenaran atau tidak bergantung pada kata-kata yang diucapkan oleh pembesar-pembesar agama yang mereka taksubi itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum