Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Pejuangan Satu Malaysia

View previous topic View next topic Go down

Pejuangan Satu Malaysia

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 11:59 am

Setelah 50 tahun merdeka, kita tertanya-tanya, kenapa jurang antara kaum-kaum di negara kita masih wujud? Walaupun kita sudah tidak lagi dijajah oleh bangsa-bangsa asing, tetapi bagaikan pemikiran kita masih dijajah oleh syaitan.

Masih kedengaran suara-suara berbau racist yang berbangga diri dengan kaum masing-masing. Masih kedengaran suara-suara yang berbau sombong kononnya amalan turun-temurun mereka sahaja betul, dan memandang hina kaum-kaum lain (seperti perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu).

Jika penyakit-penyakit hati itu tidak disembuh dari awal, tidak mustahil keadaan negara Malaysia yang aman dan makmur bertukar seperti di Iraq, Afghanistan atau Pakistan. Penyakit hati umpama minyak yang boleh membakar. Sekali api permusuhan itu merebak, akan hanguslah masyarakat sesuatu tempat.

Bagaimana cara kembalikan masyarakat Malaysia berbilang kaum ke arah kesatuan dan persaudaraan yang mantap? Itulah cabaran yang Allah berikan kepada kita sebab kita dilahirkan dalam masyarakat sebegini coraknya. Bukan kuasa kita untuk dilahirkan dari kaum atau bangsa mana.

Manusia akan bersatu jika semua mereka sanggup tunduk kepada peraturan alam yang Allah telah sempurnakan. Selagi ada manusia yang ego dan sombong mengikut ajaran nenek moyang walaupun tiada hukum alam (bukti-bukti saintifik dan logik) untuk mendakwa mereka sahaja betul dan mengatakan orang lain tak betul, selagi itulah manusia susah bersatu. Selagi itulah manusia akan terpisah dengan ideologi-ideologi pembesar agama mereka masing-masing.

Apakah semua kaum di Malaysia ini sanggup tunduk kepada hukum alam yang Pencipta kita semua telah tetapkan? Apakah kita nak tunggu keadaan jadi seperti di negara-negara yang bergolak itu, barulah sibuk nak cari punca perpecahan? Sedangkan ketika dalam keadaan bergolak itu, rasa dendam dan permusuhan lebih mudah disemarakkan, kerana manusia sudah hilang kewarasan.

Kenapa kebenaran tidak dibuktikan secara saintifik dan logik? Bukankah bila sesuatu itu dapat dibuktikan secara saintifik dan logik, semua kaum mudah menerimanya? Lihatlah bagaimana semua bangsa boleh terima ilmu matematik dan sains sebab itu selari dengan dengan peraturan alam dan mudah difikirkan secara logik. Tiada manusia nak berbalah-balah dan berpuak-puak apabila sesuatu itu ada bukti yang selari dengan hukum alam.

Yang suka berpecah-belah dan berpuak-puak itu adalah orang yang rendah tahap mentalitinya. Apabila mentaliti rendah, emosi susah dikawal. Mereka hanya tahu marah dan berhasad dengki sesama sendiri. Pantang melihat orang lain mahu melakukan yang paling baik, mereka mula tundukkan kedengkian dan permusuhan. Sebab itulah sesuatu bangsa atau kaum itu susah maju apabila berpenyakit hasad dengki.

Bangunkanlah pemikiran atas dasar logik dan rasional. Barulah emosi mudah dikawal dan ditundukkan. Belajar kenal peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan dalam diri manusia. Belajar bagaimana cara mengawal emosi masing-masing. Barulah masyarakat akan hidup dalam keamanan, kesejahteran dan kemakmuran. Itulah agama yang selamat (Islam).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pejuangan Satu Malaysia

Post by Juang on Thu Dec 17, 2009 1:06 pm



55:33. Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.

Jika kita fikirkan, untuk oksigen daripada paru-paru naik ke otak, ia memerlukan kekuatan jantung untuk mengepam darah yang membawa oksigen tersebut. Ada peraturan alam yang membawa oksigen untuk sampai ke otak manusia. Oksigen itu kena patuh dengan peraturan alam itu barulah layak ia dinaikkan ke dalam otak. Atom-atom oksigen itu tidak akan naik ke otak jika tidak mematuhi peraturan alam yang layak untuk mereka sampai ke destinasi yang ditujui.

Bayangkan atom-atom oksigen itu adalah kita. Mampukah kita naik ke angkasa tanpa guna peraturan alam? Mampukah kita menembusi angkasa sekadar hidup lemah dan malas kerana taksub pada amalan ritual?

Baik orang Melayu, Cina atau India yang ada di Malaysia ini buat amalan ritual masing-masing, mereka tidak mampu guna amalan ritual itu untuk membawa mereka naik ke langit. Terpaksa juga mereka patuhi peraturan alam iaitu nak naik ke angkasa, manusia perlu ada daya kekuatan yang tinggi.

Bayangkanlah jika kita dapat sedarkan bangsa Melayu, Cina dan India agar kembali tunduk peraturan alam dengan jadi manusia yang suka berfikir secara saintifik, bukan sahaja rakyat Malaysia dapat disatukan dengan ikatan yang kukuh, malah tidak mustahil Malaysia akan memiliki teknologi roketnya sendiri untuk membawa ramai angkasawan negara ke angkasa dengan kos yang jauh lebih murah berbanding hanya menumpang teknologi roket milik negara lain.

Selagi ada bangsa Melayu, Cina atau India yang fanatik dengan amalan nenek moyangnya untuk merasakan dirinya sahaja betul dan tidak tahu bagaimana cara nak hidup secara berharmoni, selagi itulah mentaliti rakyat Malaysia hanya taraf kelas ketiga sahaja, biarpun memiliki prasarana kelas pertama.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pejuangan Satu Malaysia

Post by othman on Thu Dec 17, 2009 5:52 pm

tu la juang , kita dah beralih kiblat sekarang ni . segala2nya kita bergantung kepada mereka . punca segala ilmu iaitu kaabah hanya jadi pusat sembahan walaupun nabi kita telah menyediakan tapak dan mengalihkan kembali kiblat ketempat asal ilmu iaitu adam dan ibrahim namun sekarang telah bealih kembali.

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Pejuangan Satu Malaysia

Post by Juang on Thu Dec 17, 2009 9:04 pm

Masalahnya mentaliti orang Melayu, bila mereka lihat orang di tanah Arab sana pergi buat pusat sembahan ke arah Kaabah, mereka pun pergi menyembah ke sana. Nampak sangat mereka beragama secara menurut. Mereka jadikan orang Arab sana sebagai sembahan mereka.

Bayangkanlah jika ketika mereka lahir ulamak Arab sana sudah kembali sembah patung dikeliling Kaabah seperti zaman Rasulullah dahulu, tidak mustahil orang Melayu percaya itu adalah ajaran Nabi juga, dan mereka menurut membuta-tuli.

Itulah padahnya apabila beragama tanpa berfikir. Mereka tidak boleh menilai secara logik apakah amalan seseorang Nabi dan apakah amalan kaum-kaum terdahulu yang menurut amalan sembahan turun-temurun (ritual) walhal dalam Al Quran terang-terang perjelaskan perbezaan amalan seseorang Nabi dan amalan orang jahiliyiah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Pejuangan Satu Malaysia

Post by Juang on Fri Dec 18, 2009 9:57 am

Sesiapa daripada orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia ini yang kembali tunduk kepada peraturan alam dan berhijrah meninggalkan ajaran-ajaran tak logik turun-temurun mereka, serta berbuat baik sesama manusia, pasti mereka diberikan ganjaran. Hidup mereka diberikan ketenangan, kedamaian, keharmonian, kebahagiaan dan perasaan kasih sayang sesama insan.

Sebaliknya sesiapa daripada orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia ini yang taksub atau fanatik dengan amalan ritual mereka untuk hidup berbangga diri kononnya mereka sahaja mulia dan memandang kaum-kaum lain hina, serta mereka engkar untuk tunduk kepada peraturan alam ini, pasti hidup mereka dicabut kebahagiaan. Mereka dimasukkan dalam perasaan yang panas seperti ego, hasad dengki, benci-membenci, hasut-menghasut, fitnah-memfitnah, musuh-memusuhi, dendam-mendendami dan segala perasaan yang membakar jiwa mereka. Hidup mereka hanya tahu nak bermusuh-musuhan sahaja. Mereka tidak tahu hidup secara berharmoni.

Jadi, jalan hidup yang mana yang mahu kita pilih? Semua manusia ada pilihan mereka sendiri, supaya kelak jangan ada yang menyesal kerana memilih hidup yang ego dan berhasad dengki seperti iblis itu, sedangkan mereka nampak bukti kesan buruk perasaan sebegitu kepada jiwa mereka sendiri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum