Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Amalan dan Keikhlasan

View previous topic View next topic Go down

Amalan dan Keikhlasan

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 8:18 am

Setiap amalan yang kita buat kerana Allah dinilai dari segi keikhlasannya. Amalan yang dilakukan atas dasar riya' (menunjuk-nunjuk), sudah pasti tidak diterima di sisi Allah. Sebab itulah kita lihat, kaum yang membuat amalan ibadat secara lahiriah sahaja (mempertontonkan kepada umum), mereka tidak mampu menyatukan sesama mereka malah tidak mampu memajukan umat mereka. Itulah balasan Allah kepada kaum yang sombong lagi berbangga diri.

Manusia tidak akan mencapai keikhlasan jika dipaksa buat sesuatu amalan. Sebab itulah Al Quran menyebut "tiada paksaan dalam agama". Tujuannya supaya orang yang kembali kepada agama Allah itu beramal secara ikhlas. Itulah keindahan agama Allah itu yang selari dengan fitrah kejadian di mana hati tidak akan capai keikhlasan jika dipaksa. Berbanding agama kaum Arab jahiliyiah, mereka memaksa kaum mereka menurut amalan ritual mereka sehingga hak asasi manusia untuk mencari kebenaran dan mematuhi peraturan alam telah dihalang. Jadi, patutkah mereka yang mengaku patuh kepada Allah, meniru perangai kaum jahiliyiah begitu?

Manusia akan mencapai keikhlasan berbuat sesuatu kerana Allah apabila mereka tahu apa yang mereka lakukan. Mereka nampak bukti-bukti yang memberi manfaat dan kebaikan jika melakukan perkara tersebut. Bila mereka nampak nilai manfaat atau faedah daripada melakukan sesuatu perkara, tanpa perlu disuruh-suruh atau dipaksa-paksa, mereka akan melakukannya dengan sendiri. Sebab itulah Rasulullah menyebarkan Islam dahulu dengan memperlihatkan kebaikan, manfaat atau faedah daripada ajaran Al Quran itu sehingga berduyun-duyun manusia masuk kepada agama Allah tanpa perlu dipaksa-paksa.

Tetapi hari ini, "Islam" yang dikatakan daripada Al Quran dan Sunnah itu telah kehilangan kebaikan dan faedahnya apabila agama dijadikan sempit dan menghalang manusia berfikir. Penafsiran Al Quran sudah tidak mengikut bukti-bukti saintifik dan logik yang wujud pada hari ini, tetapi lebih kepada mengikut pendapat-pendapat imam-imam terdahulu yang berbeza mengikut kesukaan sesuatu puak. Bila berbeza pendapat, mereka mula menghukum sesat, anti-hadis, muktazilah, wahabbi dan macam-macam gelaran yang menunjukkan perangai mereka macam perangai kaum-kaum kafir terdahulu yang melabelkan rasul mereka sebagai sesat, pendusta atau tukang sihir. Akibatnya, kita dengar banyak kisah orang-orang Melayu keluar daripada Islam dan masuk agama Kristian kerana mereka lihat Kristian lebih banyak kebaikannya daripada agama turun-temurun mereka yang semakin sempit itu.

Jelas menunjukkan, kebanyakan mereka yang mengaku Islam pada hari ini bukan ikhlas kerana Allah lagi, tetapi kerana nak bermegah-megah dan berbangga diri kononnya anutan mereka sahaja betul, dan anutan kaum-kaum lain tidak betul dan hina. Dalam sibuk mereka mengatakan bangsa-bangsa lain yang meneroka hukum alam dan mematuhi hukum-hukum Allah itu sebagai bukan Islam atau kafir, apabila mereka diserang sakit jantung, kepada teknologi ciptaan bangsa yang mereka kutuk itu juga mereka berharapkan pertolongan kerana kaum mereka tiada teknologi gara-gara hidup malas belajar ilmu alam. Satu situasi yang memalukan bagi orang-orang yang berlagak sombong merasakan dirinya mulia. Allah bayar apa yang mereka ada-adakan itu sejak di dunia lagi.

Apakah mereka mahu berubah untuk tunduk kembali kepada Pencipta alam ini yang telah menetapkan jalan atau sunnah alam ini ada peraturan-peraturan yang saintifik dan logik itu? Atau apakah mereka akan meniru perangai kaum kafir terdahulu yang taksub pada ajaran turun-temurun mereka? Masa akan menentukannya.


Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum