Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kisah Para Nabi
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Kisah Para Nabi
Kalau kita teliti kisah para Nabi yang ada dalam Al Quran, tiada ada pun Nabi yang membuat amalan sembahan ritual. Semua mereka beramal dengan cara menguasai ilmu alam.
Kisah Nabi Daud
34:10. Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami: "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melembutkan besi untuknya,
34:11. buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyaman rantai-rantainya; dan kerjakanlah amalan yang kebaikan. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.
Nabi Daud adalah insan yang berkemahiran melembutkan besi untuk menghasilkan baju-baju besi untuk kegunaan peperangan pada zamannya. Nak menghasilkan baju besi, sudah pasti ada peraturan alam yang ditetapkan seperti besi itu perlu dicairkan terlebih dahulu dengan suhu yang tinggi. Dan perlukan acuan untuk membentuk baju-baju yang seragam ukurannya. Bukan main jampi serapah atau buat amalan ritual, tiba-tiba terhasil baju-baju tersebut.
Selain hidup dengan berkemahiran dalam sesuatu bidang, lakukan kerja-kerja kebaikan sesama manusia. Itu sahaja amalan para Nabi.
Tetapi syaitan suka memesongkan manusia dengan membuat amalan ritual yang tidak ada peraturan alam sebagai bukti. Tujuan syaitan berbuat demikian supaya manusia berpuak-puak dengan amalan yang dituruti itu. Mereka kata agama Allah hanya dengan cara beramal seperti mereka tetapkan. Setiap puak masing2 mengatakan cara mereka sahaja betul dan puak lain tak betul. Adakah hidup dengan hati yang kotor sebegitu mententeramkan jiwa?
Lebih baik kita ikut amalan para Nabi iaitu bekerja mengikut kemahiran masing-masing dan buat kerja-kerja kebaikan. Dengan itu kita tidak mewujudkan puak-puak, malah jiwa akan tenteram sebab tiada penyakit hati lagi.
Begitulah logiknya ajaran Al Quran itu sebab ia selari dengan peraturan alam bagaimana untuk mencegah hati daripada kena penyakit. Seperti nak mencegah penyakit jasmani pun ada peraturan alam yang logik, macam itulah nak mencegah penyakit rohani pun ada peraturan alam yang logik difikirkan. Yang malas berfikir sahaja tak nampak itu semua.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Kisah Para Nabi
Kisah Nabi Sulaiman
34:12. Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.
34:13. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.
Nabi Sulaiman pula tahu ilmu alam bagaimana mana untuk menundukkan angin agar baginda mampu mencipta kenderaan terbang yang memendekkan masa perjalanan yang mana jika naik kenderaan darat seperti unta atau kuda, sudah pasti memakan masa sebulan. Ini menunjukkan, tamadun terdahulu sudah memiliki teknologi tinggi.
Jin yang diciptakan daripada api itu dimanfaatkan oleh Sulaiman untuk mencairkan tembaga untuk membina bangunan, patung-patung atau piring-piring besar seperti kolam. Semua kepandaian itu dimiliki dengan ilmu yang ada bukti saintifik dan diterima oleh logik akal.
Allah tidak ajar Sulaiman buat satu amalan ritual berbentuk jampi serapah untuk memakmurkan muka bumi. Kerana Allah cipta alam semesta ini pun ada peraturan-peraturannya bukannya pakai jampi serapah. Takkanlah Allah nak langgar sendiri peraturan alam yang telah Dia tetapkan?
Kisah-kisah para Nabi itu menunjukkan mereka adalah orang yang tahu mengawal emosi (menundukkan jin yang suka membisik ke arah hidup yang panas seperti hasad dengki dan bermusuhan). Kerana itu mereka dikurniakan kepandaian-kepandaian dalam bidang tertentu, kerana dalam keadaan emosi terganggu, ilham susah nak sampai dan susah nak faham sesuatu ilmu.
Allah suruh keluarga Daud bekerja dan berusaha, bukannya hidup bermalas-malas atas rasa sudah buat sesuatu amalan ritual, mereka adalah golongan yang mulia. Sedangkan mereka sudah taraf Nabi pun sentiasa belajar, berusaha dan mematuhi peraturan-peraturan alam (sains), boleh pula ada segolongan manusia yang hidup menentang peraturan alam dan pemalas belajar ilmu alam. Apakah mereka nak menentang Pencipta mereka sendiri?
Lihatlah nasib kaum yang pemalas belajar ilmu sains itu. Apakah sumbangan mereka kepada masyarakat. Mereka sibuk bercakaran dan berpecah-belah sesama sendiri kerana amalan turun-temurun, tetapi apabila sakit jantung, kepada ilmu sains itu juga berharap. Tidak pula mereka guna amalan ritual mereka itu untuk mengubati mereka.

Similar topics» Quran Shareef Para # 12
» kisah keluarga pembohong
» kisah cinta seorang suami
» Kisah Umar Abdul Aziz (sambungan kedua) hebatnyerrrr
» Kisah Para Nabi
» kisah keluarga pembohong
» kisah cinta seorang suami
» Kisah Umar Abdul Aziz (sambungan kedua) hebatnyerrrr
» Kisah Para Nabi
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum