Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mencelikkan hati yang buta

View previous topic View next topic Go down

Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Thu Dec 10, 2009 7:57 am

Asal manusia, diciptakan dengan mata hati yang terang. Mata hati yang terang membolehkan manusia mudah memahami sesuatu yang Allah tetapkan pada alam ini. Kita boleh lihat bagaimana ada bayi yang tahu mencari puting susu ibunya seawal dilahirkan biarpun mata bayi itu belum boleh dibukakan lagi. Mereka tahu bagaimana hendak bernafas guna paru-paru selepas keluar dari urinya. Otak mereka cerdas berfikir mengikut keadaan-keadaan yang tertentu.

Kanak-kanak juga memiliki sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka suka bertanya untuk mengetahui sesuatu dan mereka suka bereksperimen mengikut kreativiti yang tinggi. Itulah sifat fitrah seseorang manusia.

Namun apabila manusia itu dewasa, akibat diajar agama secara menurut membuta-tuli, mereka mula tidak tahu hidup sebagai manusia yang celik mata hatinya. Mereka mula hilang keupayaan diri untuk bergantung kepada akalnya sendiri. Mereka mula sukar untuk memahami peraturan-peraturan alam. Hati mereka mula jadi buta akibat kekotoran diterapkan dengan ajaran-ajaran yang menjadikan mereka berbangga diri rasa diri mereka mulia dan melihat kaum-kaum lain hina.

Apabila mata hati mereka sudah buta, mereka bagaikan orang dalam kegelapan. Nak berjalan perlu dipimpin tangannya. Mereka meraba-raba kerana tidak tahu membezakan kebenaran dan kedustaan. Cara paling senang, mereka menurut orang yang disangkakan "berilmu agama" itu. Akhirnya, pemikiran mereka dikongkong oleh "syaitan-syaitan" yang menggunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu (untuk bermegah ramai pengikut yang memuja-mujinya). Hilanglah maruah atau harga diri mereka kerana mereka telah menjadi golongan yang tidak memahami.

Al Quran mengibaratkan golongan sebegitu sebagai lebih hina daripada binatang ternak. Mereka ada pancaindera dan akal, tetapi mereka tidak mahu mempergunakannya untuk memahami. Mereka lebih selesa beragama secara menurut membuta-tuli, kerana ketakutan mereka kepada "pembesar-pembesar agama" mereka. Walhal Allah suruh jangan takuti selainNya demi memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

Lihatlah bagaimana Allah cipta alam semesta ini secara benar dan adil. Kenapa ditetapkan sesuatu itu, ada logik dan rasionalnya. Allah tidak menggunakan dusta untuk mencipta alam ini dan menetapkan sesuatu, sebab itulah alam ini boleh dikaji oleh manusia. Jadi, jika sesuatu ajaran itu tidak logik dan tidak boleh dikaji, itu hanyalah cerita-cerita dusta yang diada-adakan oleh manusia untuk menipu-daya. Berhati-hatilah.

Golongan pendusta itu cukup takut apabila diseru kepada Al Quran kerana mereka tahu pasti kedustaan mereka akan terbongkar. Mulalah dibuat alasan yang Al Quran itu tidak boleh dikaji atau difikirkan tanpa guru, walhal Al Quran itu milik Allah, bukannya milik sesuatu aliran manusia. Hanya manusia yang nak jadikan agama Allah untuk bermegah-megahan dan merasa dirinya mulia akan takut bila diseru memahami Al Quran.

Bila ada yang belajar Al Quran itu guna aliran lain, mulalah dilabel wahabi, anti-hadis, sesat dan sebagainya kerana ketakutan mereka mendengar kebenaran di luar skop ajaran turun-temurun mereka. Mereka tidak sedar, apabila manusia itu buta hati, fikiran mereka akan jadi sempit dan hidup mudah tertipu dengan cakap-cakap manusia. Bila mudah tertipu, yang kaca mereka kata intan, yang intan mereka kata kaca. Yang debu pun mereka kata sama macam batu.

Gunalah Al Quran untuk menyembuhkan penyakit buta hati itu seperti mana Nabi Isa menyembuhkan orang buta dengan ilmuNya. Gunalah Al Quran untuk menghidupkan jiwa yang telah mati semangat (lemah dan hilang keupayaan diri) seperti mana Nabi Isa menghidupkan orang mati dengan ilmuNya. Tidaklah yang ragu-ragu kepada Al Quran itu melainkan manusia yang tertutup mindanya.


Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Fri Dec 11, 2009 8:03 am

2:8. Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.

2:10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.


Nak mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhir, semua orang boleh cakap guna mulut mereka. Tetapi nak mengawal hati daripada penyakit itulah yang susahnya. Pada hati itulah Allah nilai manusia, bukan pada ucapan mulutnya sahaja.

Hati yang suci dan bersih, sudah pasti tempatnya di syurga apabila kembali kepada Allah. Tetapi hati yang berpenyakit, siksaan yang pedih itu adalah pasti.

Sebab itu di dunia lagi, hati mereka (orang yang kotor hati itu) sudah pedih bila tengok ada orang lain yang berbeza amalan dengan mereka. Mereka tidak senang hati dan menunjukkan kedengkian mereka bila ada orang yang beramal mengikut apa yang Allah ajar.

Perangai mereka sama macam perangai kaum kafir terdahulu yang tidak puas hati apabila ada seseorang Rasul yang membuat amalan yang berbeza dengan amalan turun-temurun mereka. Walhal jika mereka orang yang beriman, sudah pasti mereka faham yang sifat-sifat orang beriman bukannya beramal secara menurut amalan turun-temurun. Kerana itu dalam Al Quran, mana ada catatkan para Nabi dan Rasul buat amalan ritual turun-temurun? Kaum-kaum mereka sahaja yang buat amalan ritual turun-temurun. Apakah mereka tidak memahami Al Quran?

Semua makhluk-makhlukNya tunduk dan sujud kepada peraturan alam semesta ini. Hanya jin dan manusia yang engkar sahaja akan tunduk kepada sesuatu yang dusta (tiada bukti selari dengan peraturan alam) dan sembah kepada "sekutu-sekutu" itu.

Orang yang engkar, apabila diseru kepada Al Quran yang mereka boleh faham pun, mereka takut. Walhal, jika mereka orang yang yakin kepada Allah, kalaulah Al Quran terjemahan itu salah, senang-senang mereka boleh patahkan guna logik seperti mana Rasulullah patahkan hujah kaum Nasrani yang mendustai Kitab Injil (mengatakan Al Masih adalah anak Allah) guna logik sahaja. Tetapi apakah mereka orang yang memikirkan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Mon Dec 14, 2009 5:59 am

Mata hati akan semakin celik apabila akal manusia itu semakin mudah mencapai logik dan rasional.

Logik itu suatu yang telah dikitabkan (ditetapkan hukumnya) di alam semesta ini. Ini tidak mungkin dapat diubah-ubah lagi. Sebab itu semua logik itu tetap daripada dahulu sampai ke hari ini. 1+1=2 tidak akan berubah2 kelogikannya.

Rasional pula adalah timbangan untuk membezakan antara 2 logik yang berpasangan seperti mana pembeza logik 1 dan logik 0 dalam sistem komputer. Jika pembeza itu melihat logik 1 dan logik 0 adalah sama nilainya, maka sistem komputer itu akan rosak. Begitulah juga dengan mata hati yang tidak dapat membezakan sifat-sifat yang wujud di alam semesta ini, maka rosakkan jiwa manusia itu. Jadilah mereka golongan buta hati yang menilai pada perbuatan lahiriah sahaja.

Golongan ini cukup anti apabila ada manusia yang tidak sama amalan dengan amalan turun-temurun mereka. Mereka bukan memandang manusia pada sifat lagi, tetapi pada perbuatan zahir (paras rupa). Sifat baik dan buruk bagi mereka adalah sama sahaja nilainya. Mereka hanya nak bermegah-megah dengan amalan zahir mereka untuk menunjuk-nunjuk kononnya mereka golongan yang mulia sebab rajin beribadat ritual.

Perangai mereka persis iblis yang mahu berbangga diri sebab dia adalah golongan malaikat yang rajin bertasbih memuji Allah. Walhal apabila seseorang manusia itu rajin belajar dan mencari kebenaran, sebenarnya manusia itu sedang beribadat kepada Allah kerana fitrah Adam diciptakan dahulu untuk menjadi manusia yang rajin belajar. Sebab itulah ilmu Adam lebih tinggi daripada para malaikat.

Tidakkah mereka memahami Al Quran?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by othman on Mon Dec 14, 2009 3:40 pm

bila kita berfikir maka menjelma lah malaikat , begitu jugak bila kita datang rasa marah maka menjelma lah syaitan . mereka itu bentuk tenaga dan bukan meteri . sejuk, panas dan terbakar adalah bentuk tenaga yg terhasil dari jirim itu sendiri .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Mon Dec 14, 2009 6:26 pm

Malaikat = tenaga cahaya
Syaitan = tenaga haba

Orang yang rajin berfikir, hatinya akan terang kerana tenaga keupayaannya akan bertukar kepada tenaga cahaya. Orang yang malas berfikir, hatinya akan gelap. Bila gelap hati, tenaga keupayaannya banyak dihabiskan untuk menghasilkan tenaga haba akibat perasaan dengki, marah, dendam etc.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 6:06 am

Penyakit2 Hati boleh membatalkan setiap amalan

Kita boleh rasa kesan penyakit hati adalah dicabut ketenangan dan kebahagiaan jiwa. Dimasukkan perasaan2 panas (marah, dengki, dendam) ke dalam hati bila berpenyakit hati. Seolah-olah segala amalan selama ini dibakar hangus.

107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
107:5. orang-orang yang lalai dari solatnya,
107:6. orang-orang yang berbuat riya',
107:7. dan enggan memberi sesuatu yang bermanfaat.

Kita lihat, orang yang bersolat pun boleh terima kecelakaan. Dengan kata lain, amalan mereka jadi sia-sia.
Sebab apa jadi begitu? Sebab dalam hati mereka ada penyakit.

- Mereka lalai dengan apa tujuan solat mereka. Main pakai turut membuta-tuli apa yang orang terdahulu mereka ajar.

- Kemudian mereka jadikan solat mereka itu untuk menunjuk-nunjuk (riya') kepada manusia kononnya cara solat mereka sahaja yang betul, dan orang lain yang tidak menurut cara mereka dikatakan tak bersolat.

- seterusnya mereka jadi kaum yang pemalas belajar dan berfikir mengkaji ilmu alam kerana merasakan amal ibadat mereka menjadikan mereka lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain (kena penyakit iblis). Akibatnya mereka hidup hanya menumbang teknologi orang lain, bukan mereka yang menyumbang teknologi bermanfaat kepada manusia. Hidup mereka lebih rendah nilainya daripada pokok balak yang tahu menumbangkan manfaat biarpun telah lama mati.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 1:26 pm

Yang mana satu perasaan yang memberi ketenangan dan kebahagiaan hidup?

- Hidup secara sederhana dan merendah diri atau hidup secara tamak dan berbangga diri?

- Hidup sentiasa bersyukur apa yang ada atau hidup tidak senang hati melihat kelebihan orang lain (dengki).

- Hidup tahu menilai sendiri baik buruk atau hidup buta hati tidak kenal baik buruk?

- Hidup sentiasa berusaha belajar dan mematuhi hukum alam (ilmu sains) atau hidup pemalas belajar dan suka mengengkari hukum alam?

- Hidup ke arah keharmonian dan keamanan atau hidup berpecah-belah dan permusuhan?

Dengan selalu menyoal diri tentang perbezaan-perbezaan tersebut, kita semakin faham apakah tujuan kita diciptakan sebagai manusia yang dikurniakan akal yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk lain.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 6:53 pm

13:16. Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah." Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?." Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa."

Golongan buta hati, mereka mengada-adakan sekutu bagi Allah untuk menetapkan peraturan hidup mereka. Mereka tidak boleh berfikir di luar apa yang ditetapkan oleh orang-orang yang mereka jadikan pelindung atau sekutu Allah.

Apakah mereka tidak berfikir dengan membuat perbandingan, di antara Allah yang mencipta semesta alam yang ada peraturan-peraturan tertentu (bukti saintifik) dengan orang yang mereka jadikan sekutu itu mempunyai ciptaan yang sama? Bukankah orang-orang yang mereka jadikan sekutu Allah menetapkan hukum yang tidak selari dengan peraturan alam ini adalah makhluk yang diciptakan seperti mereka juga?

Kenapa mereka begitu taksub mempercayai kata-kata seseorang manusia kerana status mereka? Kenapa mereka tidak memikirkan sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut dan boleh dibuktikan secara saintifik untuk menunjukkan ia adalah ketetapan daripada Pencipta alam ini?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Admin on Tue Dec 15, 2009 7:38 pm

Yang hairannya, apabila ada orang bertanya sah atau tidak solatnya sebagai contoh, maka orang yang ada gelaran agama akan menjawab 'sah' atau 'tidak sah'. Seolah-olah orang yang ada gelaran agama itu perantara bagi mereka. Kalau orang yang ada gelaran agama kata 'tidak sah', maka mereka pun menurut membuta-tuli tanpa pengetahuan mereka. Tidakkah mereka merenung firman Allah ini?

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Di akhirat kelak apabila Allah tanya, adakah dia akan jawab "sebab si anu yang bergelar agama itu cakap, aku ikutlah".

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Mencelikkan hati yang buta

Post by Juang on Tue Dec 15, 2009 8:00 pm

Cuba tanya balik, apa bukti saintifik mengikut peraturan alam ini yang menunjukkan dakwaan "sah" atau "tak sah" mereka itu benar daripada Pencipta alam ini? Apakah kayu pengukur mereka guna dalam membuat penentuan itu?

Kayu pengukur mana yang lebih baik dan teguh?
Peraturan alam inikah atau dakwaan kosong yang diada-adakan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum