Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Dare To Change

View previous topic View next topic Go down

Dare To Change

Post by Juang on Mon Dec 07, 2009 7:46 am

Kalau kita kaji sunnah Allah terhadap kehidupan manusia seperti kisah-kisah yang dicatatkan dalam Al Quran, apabila datang cahaya kebenaran untuk membezakan antara benar dengan palsu, mana-mana kaum yang takut berubah menginggalkan amalan turun-temurun yang dituruti atas dasar persangkaan (bukan kerana melihat bukti), pasti akan menemui kegagalan manakala kaum yang sanggup berubah pasti akan berjaya.

Sesiapa yang percaya kepada Kekuasaan Allah yang menetapkan sunnah itu, seperti mana Dia menetapkan kitaran siang dan malam, itulah golongan yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah. Manakala, sesiapa yang mengada-adakan sekutu untuk menghalang kitaran sunnah itu (menghalang cahaya kebenaran itu sampai), pasti mereka sudah menentang Allah. Dan tiada balasan yang setimpal kepada golongan yang menentang Allah melainkan ketika di dunia, mereka dimasukkan kepada kehidupan yang sempit (lemah keupayaan diri), dan di akhirat kelak mereka dimasukkan ke Jahannam.

Orang yang takut berubah itu seumpama orang yang tidak mahu mengubah keadaan dirinya daripada tidur kepada jaga. Walaupun matahari sudah meninggi, mereka masih mahu tidur untuk bermimpi di siang hari. Mereka bermimpi kononnya mereka adalah umat Islam kerana mengikut amalan nenek moyang mereka, walhal sifat-sifat mereka sudah jauh daripada sifat orang Islam sebenar yang dicatatkan dalam Al Quran. Apabila batu sudah berubah menjadi debu (berubah sifat), layakkah ia dipanggil batu lagi? Hanya orang bermimpi sahaja mengatakan debu itu adalah batu juga.

Golongan yang penakut berubah itu cukup taksub dan menurut membuta-tuli ajaran "ulamak-ulamak" mereka. Kononnya kalau tidak ikut cara ulamak mereka ajar, itu bukannya Islam. Apakah ulamak mereka itu sekutu bagi Allah? Sedangkan apabila ada antara ulamak itu diserang penyakit jantung dan perlu dibedah, mereka akan mengadap juga hospital yang menggunakan ilmu sains dan teknologi yang dikaji dan dicipta oleh bangsa-bangsa yang ulamak itu kata kafir (mereka tidak mampu guna jampi serapah mereka atau amalan ritual mereka (ilmu agama mereka) untuk sembuhkan penyakit mereka sendiri). Macam mana ada manusia boleh menurut membuta-tuli cakap-cakap orang yang tidak mampu mempertahankan dirinya daripada didatangkan penyakit? Mereka pun sama-sama lemah seperti kita juga? Mereka dilihat gah hanya kerana status kononnya "berilmu agama".

Setiap insan adalah jiwa yang merdeka. Kita ada maruah diri untuk menentukan hala-tuju hidup kita sendiri bagi memilih yang terbaik seperti yang disarankan oleh Al Quran. Hanya golongan yang tidak bermaruah sahaja sanggup menggadaikan hidupnya kepada golongan yang lemah itu yang hanya tahu menghukum orang itu kafir, orang itu sesat dan sebagainya, tetapi bila diserang penyakit jantung, kepada bangsa-bangsa yang mereka kafir itu juga mereka berharap. Orang sebegitu yang mereka jadikan ikutan? Macam mana mereka menilai?

Tidakkah kamu mahu menggunakan akal?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Dare To Change

Post by Juang on Mon Dec 07, 2009 2:17 pm

Bangsa yang dinamik sahaja akan bertahan lama di muka bumi. Bangsa yang tidak berani berubah untuk mengikut peredaran zaman pasti akan pupus seperti mana kaum-kaum terdahulu yang tidak sanggup berubah itu telah pupus.

Manusia tidak boleh halangan peredaran zaman. Apabila sampai masanya manusia kena berubah, suka atau tidak, sesuatu bangsa atau kaum itu kena berubah juga jika mahu mengekalkan kelangsungan di muka bumi.

"Takkan Melayu pupus di dunia???"

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum