Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Bila Sakit Jantung Menyerang
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Bila Sakit Jantung Menyerang
Ada tak kita terperasan, sejak kebelakangan ini, apabila ada tokoh-tokoh agama Islam di negara kita diserang penyakit jantung, ke mana mereka pergi dapatkan rawatan? Adakah mereka pergi ke pusat rawatan yang menggunakan aya-ayat Al Quran sebagai jampi serapah (kononnya cara Islamik) untuk menyembuhkan mereka dari penyakit jantung?
Kebanyakan yang kita dengar, mereka terpaksa juga dapatkan rawatan cara moden yang dikaji dan dibangunkan oleh bangsa-bangsa maju di Barat sana yang mereka labelkan kafir atau sekular itu. Apakah golongan yang rasa mereka berilmu "agama" tinggi tidak tahu malu? Mereka gunakan nama Islam semata-mata nak menghukum orang lain yang tidak sama amalan dengan amalan ritual mereka sebagai kafir, tetapi bila diserang penyakit jantung, dengan teknologi bangsa-bangsa kafir itu juga mereka berharap.
Bukan sahaja amalan-amalan ritual mereka selama ini tak mampu mencegah mereka daripada penyakit jasmani, nak mengubati penyakit jasmani itu pun mereka terpaksa tumpang ilmu sains perubatan dan teknologi yang diciptakan oleh bangsa-bangsa yang mereka labelkan kafir itu.
Dan jika amalan-amalan ritual mereka itu tidak mampu mencegah penyakit jasmani yang nampak guna mata kasar, apalagi amalan itu mampu mencegah penyakit rohani seperti hasad dengki, berbangga diri, berpecah-belah sesama sendiri dan macam-macam perangai syaitan itu. Sebab itulah umat mereka hidup bercakaran sesama sendiri kerana tidak sedar penyakit-penyakit hati mereka selama ini. Sombong dan bongkak dengan anutan Islam mereka selama ini.
Tetapi malangnya, ramai manusia yang pergi sembah dan percaya membuta-tuli cakap golongan tersebut, walhal mereka nak selamatkan jantung mereka sendiri pun terpaksa tumpang teknologi bangsa lain yang rajin belajar, rajin mengkaji alam, rajin berusaha mencipta teknologi untuk manfaat sesama manusia.
Kalau kita renung dalam-dalam, perangai kebanyakan orang Islam hari ini hanya tahu mementingkan diri. Mereka hanya fikirkan apa yang memberi manfaat kepada diri mereka sahaja. Mereka tak mahu fikirkan apa sumbangan dan manfaat yang boleh mereka berikan kepada manusia sejagat. Itukah sifat-sifat orang Islam sebenar yang layak diberikan syurga? Macam golongan yang layak masuk neraka sahaja.

Last edited by Juang on Tue Dec 08, 2009 4:01 pm; edited 1 time in total

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Bila Sakit Jantung Menyerang
Selalu terjadi kepada orang yang merasakan diri mereka "pembesar agama" kerana memiliki "ilmu agama" dihinggapi penyakit bangga diri. Mereka suka menghukum akidah manusia dengan mengatakan kaum itu kafir, golongan sana sesat dan sebagainya. Lagak mereka bagaikan tuhan sedangkan Al Quran sudah sebut yang Allah-lah yang paling tahu siapa yang dapat petunjuk dan siapa yang sesat.
Akidah dan keimanan manusia itu terletak dalam dada manusia. Yang layak menghukum adalah Allah, bukannya manusia. Tugas manusia hanya menyampaikan apa itu beza sifat-sifat orang yang beriman dengan sifat-sifat orang yang kafir. Dan terpulanglah manusia nak bentuk sifat-sifat diri mereka masing-masing.
Bukan tugas kita nak pelihara orang lain, tambahan pula orang yang tidak mahu mendengar nasihat dan hanya nak pertahankan amalan turun-temurun itu.
Tetapi golongan yang merasakan diri mereka tuhan kerana status "pembesar agama" itu bertindak melampaui batas. Walhal mereka pun lemah macam manusia biasa yang mereka gelar "orang awam" itu. Bila mereka diserang sakit jantung, ke hospital yang mempunyai teknologi moden yang dicipta oleh orang yang mereka kata "kafir" atau "bukan Islam" itu juga yang mereka pergi harapkan. Tetapi semasa sihat, tidak habis-habis mereka hukum manusia yang tidak sama ideologi atau amalan nenek moyang mereka itu sebagai kafir dan sebagainya.
Apakah mereka tidak sedar diri yang mereka pun tidak mampu melindungi diri mereka daripada penyakit jantung itu, jadi kenapa berlagak macam tuhan untuk hukum akidah manusia? Apakah mereka sudah tidak menggunakan akal demi memuaskan hawa nafsu mereka nak bermegah-megah kononnya mereka sahaja Islam dan orang lain semua dikatakan kafir?

Bagi membolehkan manusia mampu mencipta teknologi untuk merawat pesakit jantung, sudah pasti memerlukan manusia yang memiliki semangat ingin tahu, rajin belajar dan berfikir, suka meneroka alam agar otak kreatif untuk menyelesaikan permasalahan sesama manusia.
Ilmu-ilmu itu tidak akan Allah beri kepada kaum yang pemalas berfikir, beku otaknya, suka menurut dan hidup berpecah-belah itu (kerana kuat mendengki melihat orang lain memilih yang paling baik).
Amalan kehidupan macam mana lebih baik?
1) Jadi insan yang rajin belajar dan mengkaji alam sehingga dikurniakan ilmu untuk mencipta teknologi bagi membantu sesama manusia?
2) Buat amalan ritual membuta-tuli (kemudian menghukum kaum yang tidak beramal seperti mereka itu kafir), tetapi bila kena sakit jantung, kepada bangsa-bangsa yang dikatakan kafir itu mereka minta rawatan (kenapa mereka tak guna amalan ritual mereka dan segala jampi serapah itu)? Bukankah itu seumpama memalukan diri sendiri?
Kalau hebat sangat amalan ritual itu, kenapa tak guna sahaja amalan ritual itu untuk mencipta penawar sakit jantung mereka sendiri? Kenapa hidup bermegah-megah dengan amalan nenek-moyang, tetapi bila dah sakit teruk, mula nak minta bantuan teknologi orang-orang yang mereka kata kafir itu. Dasar manusia tak sedar diri.
Ilmu-ilmu itu tidak akan Allah beri kepada kaum yang pemalas berfikir, beku otaknya, suka menurut dan hidup berpecah-belah itu (kerana kuat mendengki melihat orang lain memilih yang paling baik).
Amalan kehidupan macam mana lebih baik?
1) Jadi insan yang rajin belajar dan mengkaji alam sehingga dikurniakan ilmu untuk mencipta teknologi bagi membantu sesama manusia?
2) Buat amalan ritual membuta-tuli (kemudian menghukum kaum yang tidak beramal seperti mereka itu kafir), tetapi bila kena sakit jantung, kepada bangsa-bangsa yang dikatakan kafir itu mereka minta rawatan (kenapa mereka tak guna amalan ritual mereka dan segala jampi serapah itu)? Bukankah itu seumpama memalukan diri sendiri?
Kalau hebat sangat amalan ritual itu, kenapa tak guna sahaja amalan ritual itu untuk mencipta penawar sakit jantung mereka sendiri? Kenapa hidup bermegah-megah dengan amalan nenek-moyang, tetapi bila dah sakit teruk, mula nak minta bantuan teknologi orang-orang yang mereka kata kafir itu. Dasar manusia tak sedar diri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Bila Sakit Jantung Menyerang
Siapakah yang patut dipatuhi?
1) Pencipta alam ini yang mencipta sesuatu secara logik, yang mendatangkan penyakit dan yang menyembuhkan?
2) atau, "Pembesar agama" yang tidak berpegang pada logik, malah apabila diserang penyakit jantung, mereka tidak mampu menyembuhkan diri mereka sendiri guna amalan ritual mereka itu?
Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Pencipta alam ini.

Jantung merupakan tempat letaknya jiwa manusia. Sejauh mana manusia itu berpegang kebenaran atau kedustaan, sudah pasti akan memberi kesan kepada jantungnya sendiri.
Orang yang mengikuti yang benar sahaja dalam hidupnya, sudah pasti memberi ketenangan pada jantungnya. Jantung akan bedegup pada kadar yang stabil.
Tetapi orang yang mengikut sesuatu yang dusta, sudah pasti jantungnya akan terseksa. Kedustaan akan menyebabkan dadanya berdebar-debar seterusnya, lama-lama jantung akan jadi lemah.
Bila lemah jantung, darah tidak dapat dipamkan kepada banyak saluran darah terutama di saluran-saluran yang sempit. Malah, jika darah kurang dipamkan otak juga boleh menyebabkan kerosakan otak seterusnya manusia itu akan kena stroke.
Sebab itu, adalah penting manusia berusaha mencari kebenaran. Hidup berpegang pada bukti-bukti yang nyata (logik), yang kita boleh buktikan dengan menjadikan alam semesta ini sebagai perumpamaannya. Jangan main sembah orang yang disangkakan "pembesar agama" kerana mereka sendiri tidak ada kuasa nak selamatkan jantungnya sendiri.
Takutilah Allah sahaja yang mendatangkan penyakit jantung itu. Jangan takuti selainNya semata-mata mahu hidup berdusta. Kelak jantung sendiri yang merana.
Apa erti hidup jika guna nama agama untuk menghukum manusia yang tidak sealiran dengan ajaran turun-temurun sebagai kafir dan sebagainya, alih-alih bila kena serang sakit jantung, kepada ilmu dan teknologi yang dicipta dan dikaji oleh orang yang dikatakan kafir itu juga yang mereka pakai?
Bayangkan, jika bukan kerana amalan dan usaha orang-orang yang mereka label sebagai kafir itu mampu mendapat ilham untuk mencipta teknologi rawatan jantung, sudah pasti golongan yang suka menghukum akidah orang itu juga yang dapat susah bila diserang penyakit jantung.
Jadi kenapa hidup sebagai orang-orang yang sombong dan berbangga diri dengan ajaran turun-temurun?
Semua manusia adalah sama-sama lemah. Sama-sama berisiko mengidap penyakit jantung. Jadi kenapa ada manusia pergi turut membuta-tuli ajaran seseorang manusia itu bagaikan manusia adalah tuhan selain Allah?

Hidup Menyenangkan Manusia
Apa jua yang kita lakukan (pengorbanan) untuk menyenangkan hidup manusia, itulah amal kebajikan yang akan kita bawa ke akhirat.
Apa jua yang kita lakukan untuk menyusahkan hidup manusia (kerana hasad dengki), kesusahan itu akan kembali kepada kita semula.
Kerana itu Islam itu agama yang mudah. Ia memudahkan segala perkara yang memberi manfaat kepada manusia.
Jika ada manusia sengaja buat hukum-hukum untuk menyempitkan agama (untuk mereka guna agama mencari pengaruh atau bermegah-megah atas nama Islam), kesempitan itu akan kembali kepada mereka semula.
Contoh, mereka buat satu amalan ritual kononnya cara amalan itulah dikira Islam, dan sesiapa yang tidak buat seperti mereka dikatakan kafir. Bila diajak mereka jadi bangsa yang rajin berfikir dan mengkaji alam (sains), mereka kata itu semua duniawi semata-mata. Amalan untuk akhirat bagi mereka adalah dengan buat amalan ritual itu.
Akhirnya, apabila mereka diserang penyakit jantung, kepada teknologi yang dicipta oleh orang yang mereka kafir itu juga mereka berharap. Bukankah itu hidup yang memalukan diri sendiri?
Bayangkan, jika satu dunia ini hanya hidup beramalan ritual macam umat Islam hari ini sehingga jadi kaum yang pemalas berusaha, dan apabila ada yang kena sakit jantung, macam mana kita nak berubat? Nak guna jampi serapah? Orang yang menjampi serapah itu pun tak guna ajaran jampi serapahnya itu apabila mereka diserang penyakit jantung. Terpaksa mereka tunduk kepada peraturan alam Allah ini yang mencipta sesuatu secara logik.

tulah kita2 ni bila allah bagi ilmu kita pulak sibuk2 nak bagi ilmu balik kat allah , bukan kita nak mendalami lagi ilmu tu tapi sembah pulak ilmu . quran bukan lagi rujukan utk jadikan panduan tapi utk jampi serapah . maka setan2 pun berdansa pakat tepuk tangan .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1426
Registration date: 2009-10-07
Re: Bila Sakit Jantung Menyerang
Itulah taktik tipu-daya syaitan secara halus (licik) untuk menjauhi manusia daripada memahami ayat-ayatNya. Al Quran sekadar dibaca dalam keadaan tidak memahami atau sekadar dilagu-lagukan untuk dapat banyak pahala.
Kemudian ada yang buat dakwaan, nak faham Al Quran kena ada guru dan tidak boleh guna akal, supaya tok guru (yang berhati kotor) itu boleh membelenggu pemikiran manusia. Mereka takut manusia memahami Al Quran yang membuka mata hati manusia menilai mana intan dan mana kaca.
Jika manusia itu sengaja berniat tidak mahu memahami Al Quran walaupun dia ada keupayaan untuk memahaminya, hakikatnya perangai mereka sama seperti orang kafir zaman Rasulullah yang mendengar ayat-ayat yang baginda sampaikan itu (mereka mudah faham sebab bahasa yang sama), tetapi mereka berpaling daripada peringatan itu.
Kemudian ada yang buat dakwaan, nak faham Al Quran kena ada guru dan tidak boleh guna akal, supaya tok guru (yang berhati kotor) itu boleh membelenggu pemikiran manusia. Mereka takut manusia memahami Al Quran yang membuka mata hati manusia menilai mana intan dan mana kaca.
Jika manusia itu sengaja berniat tidak mahu memahami Al Quran walaupun dia ada keupayaan untuk memahaminya, hakikatnya perangai mereka sama seperti orang kafir zaman Rasulullah yang mendengar ayat-ayat yang baginda sampaikan itu (mereka mudah faham sebab bahasa yang sama), tetapi mereka berpaling daripada peringatan itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Bila Sakit Jantung Menyerang
» Kenapa bila kita sakit kuat, kita akan bermimpi bkn - bkn?
» DOAKAN BF SAYA YANG SAKIT TENAT SAKIT SALURAN JANTUNG DAN SALURKAN ENERGI
» Apa itu Penyakit, Pesakit dan Sakit?
» APA ANDA BUAT BILA RINDU??
» Kenapa bila kita sakit kuat, kita akan bermimpi bkn - bkn?
» DOAKAN BF SAYA YANG SAKIT TENAT SAKIT SALURAN JANTUNG DAN SALURKAN ENERGI
» Apa itu Penyakit, Pesakit dan Sakit?
» APA ANDA BUAT BILA RINDU??
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum