Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mengenal sifat-sifat Rasulullah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Mengenal sifat-sifat Rasulullah
Ada manusia menilai pada rupa. Ada manusia menilai pada sifat. Yang menilai pada rupa, selalunya akan tertipu pada sesuatu yang bersifat fana (dunia), sebaliknya yang menilai pada sifat, mereka akan mengejar sesuatu yang bersifat kekal (akhirat).
Rupa itu dikategorikan suatu yang keduniaan kerana rupa tidak akan kekal. Sebaliknya sifat itulah suatu yang berkekalan. Sesiapa yang membentuk sifat-sifat mulia pada dirinya sejak di dunia, sifat-sifat itu akan kekal sampai ke akhirat, dan itulah orang yang akan dibalasi syurga. Begitu juga sebaliknya.
Yang menilai pada rupa, mereka hanya guna pandangan mata kasarnya sahaja. Tetapi insan yang menilai pada sifat, mereka guna pandangan mata hatinya (akal). Sebab itulah orang yang guna mata hati dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah seperti para Nabi dan Rasul.
Ambil kisah seorang buta (dalam surah Abasa) yang menilai kebenaran yang Rasulullah sampaikan biarpun dia tidak nampak rupa-paras baginda. Begitulah dengan kita hari ini, biarpun kita tidak nampak rupa-paras baginda dan macam mana rupa zahir amalan baginda, tetapi melalui kebenaran kata-kata baginda (Al Quran), kita boleh membentuk sifat-sifat mulia dalam diri.
Dalam mencontohi sunnah Rasulullah juga terdapat 2 kategori manusia iaitu yang memandang rupa dan ada yang memandang sifat.
1) Yang jenis memandang rupa, mereka rasa mereka ikut sunnah Nabi dengan cara memakai jubah, serban, simpan janggut, dan segala macam amalan lahiriah yang diimport dari tanah Arab (kerana Nabi yang diikuti itu asalnya dari tanah Arab). Sama keadaannya macam perangai orang Nasrani dahulu yang nak ikut sunnah Nabi Isa, dengan menurut cara orang-orang Nasara (tempat kelahiran Nabi Isa).
2) Insan yang memandang pada sifat para Nabi dan Rasul iaitu Nabi adalah seorang yang bijak berfikir, yakin pada diri, berdikari dalam mencari kebenaran, baik hati, pemurah dan penyayang dan terbuka mendengar semua pandangan untuk mengikut yang paling baik. Bagaimana rupa-paras lahiriah nabi-nabi itu bukannya matlamat, tetapi sifat-sifat sebenar mereka itulah yang menjadikan kepentingan.
Yang ingin disentuh di sini adalah tentang sifat Rasul bernama Muhammad yang mempunyai sifat suka bersahabat dengan orang-orang lebih muda daripada usia baginda. Seperti Ali ibn Khatab yang layak diambil menantu itupun dianggap sahabat baginda.
Apakah kebaikan daripada sifat suka mendekati golongan muda itu?
- boleh belajar meruntuhkan keegoan merasakan usia tua itu lebih hebat daripada yang muda.
- boleh belajar mendengar pendapat anak-anak muda kerana orang muda memiliki semangat ingin tahu yang tinggi. Ini dapat meluaskan pemikiran.
- berjiwa muda kerana sifat-sifat ahli syurga adalah muda-muda.
- boleh menjadi contoh ikutan kepada orang muda untuk mempercepatkan kematangan fikiran mereka.
- yang muda-muda itu rasa diri mereka disayangi oleh yang berusia, seterus mereka akan belajar menghormati yang lebih tua itu.
- mempertingkatkan kreativiti, sebab orang-orang muda suka buat sesuatu yang kreatif.
- dapat mencontohi semangat anak-anak muda agar menjadi insan yang bersemangat tinggi (selalu orang tua akan mula lesu kerana faktor fizikalnya).
Namun kalau kita lihat senario masyarakat Melayu hari ini, seolah-olah wujud jurang antara golongan tua dan muda. Yang tua-tuanya sibuk berebut kuasa, maka yang muda hilang arah pedoman sebab tiada contoh yang baik untuk diikuti. Jadi, mereka lebih suka buat ikut kehendak rasa mereka sahaja sebab yang tua-tua pun bertindak ikut rasa jua.
Malah ramai juga ibubapa yang tidak mampu menjadikan anak-anak remaja mereka seperti sahabat. Mereka masih melayan anak-anak remaja mereka seperti kanak-kanak mentah yang perlu dikawal dan disuruh itu dan ini. Mereka tidak cukup masa untuk melayan anak-anak mereka sendiri sebagai seorang sahabat seperti mana Rasulullah lakukan kepada anak-anak orang lain.
Bayangkanlah jika dengan anak sendiri pun sudah tidak mampu dilayan seperti sahabat, apalagi mereka nak layan anak orang lain seperti sahabat.
Itulah antara punca-punca kenapa umat Islam hari ini sudah hilang sifat-sifat (ruh) Islam yang sebenar. Ramai sangat manusia yang mengaku Islam tetapi hidup hanya memandang pada rupa sahaja. Sifat-sifat seorang Islam sudah tidak dititik-beratkan.
Akibatnya, amalan yang mereka lakukan lebih bersifat ritual untuk menunjukkan itulah Islam. Walhal amalan Islam yang sebenar sudah pasti segala amalan yang mampu membentuk sifat-sifat seorang Islam yang tulen.
Al Quran mengandungi petunjuk untuk membezakan sifat-sifat seorang Islam dan sifat-sifat seorang kafir. Sesiapa yang mengenal perbezaan sifat-sifat itu, itulah orang yang berjaya dunia dan di akhirat.
Dunia dan akhirat berbeza pada sifatnya. Syurga dan neraka berbeza pada sifatnya. Intan dan kaca berbeza pada sifatnya. Islam dan kafir juga berbeza pada sifatnya.
Rugilah manusia yang lalai membentuk sifat-sifat seorang Islam yang sebenar gara-gara hidup hanya menilai pada zahir semata-mata.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» Mengenal sifat-sifat Rasulullah
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Makhlu pembayang sifat
» MENYEMBUHKAN SIFAT LUPA DAN SAKIT KEPALA
» Mengenal sifat-sifat Rasulullah
» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Makhlu pembayang sifat
» MENYEMBUHKAN SIFAT LUPA DAN SAKIT KEPALA
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum