Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4096) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3488) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Membajak Sawah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Membajak Sawah
Suatu ketika dahulu, manusia membajak sawah menggunakan bantuan haiwan seperti kerbau. Cara itu memanglah sesuai mengikut keadaan pada waktu itu malah nilai kerbau juga tinggi pada waktu itu kerana sumbangannya.

Namun, kerana zaman telah berubah, manusia menggunakan kreativiti dan innovasi untuk mencipta alat yang memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembajakan sawah.
Walaupun cara atau kaedah pembajakan itu berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk menggamburkan tanah agar lembu supaya benih-benih tanaman dapat ditumbuh.
Dengan menggunakan kaedah baru, maka hasil tanaman dapat dipertingkatkan berbanding cara lama walaupun harga mesin itu lebih mahal daripada kerbau. Petani-petani yang mempertahankan cara lama sudah pasti akan gagal menyaingi petani yang menggunakan teknologi terkini.
Begitulah perumpamaannya untuk kita membangunkan umat, tidak semestinya kena guna kaedah lama dalam amalan kita. Apatah lagi kaedah baru lagi baik untuk menggamburkan hati agar mudah ditanam dengan cita-cita yang mampu menghasilkan buah fikiran-buah fikiran (hasil) yang lebih baik.
Kaum-kaum yang mempertahankan amalan nenek moyang mereka kerana merasakan itulah sahaja cara yang betul, samalah seperti petani yang mempertahankan cara pembajakan guna kerbau kerana merasakan itu sahajalah cara yang betul. Walhal cara terkini dan sesuai mengikut zaman itu lagi mampu mengeluarkan lebih banyak hasil atau manfaat.
Bukan sahaja dari segi persaingan fizikal pun mereka (golongan ortodoks) itu pasti akan kalah, malah dari segi rohani mereka pun akan rosak jika berbangga diri kononnya amalan turun-temurun mereka sahaja betul. Bukankah itu satu kerugian yang nyata?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum