Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Pengajaran Bangunan WTC
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Pengajaran Bangunan WTC

Inilah gambar World Trade Center (WTC) sebelum dirobohkan. Ia berdiri kukuh menjulang ke langit. Sudah pasti sesiapa yang menghuni di dalamnya berada dalam keselesaan dan nyaman.
Nilai bangunan itu juga sudah pastinya tinggi kerana manfaat-manfaat yang diberikan.

Ini pula keadaan runtuhan WTC selepas peristiwa 9/11. Ia terkulai layu menyembah ke bumi. Sudah pasti tiada siapa ingin menghuni di dalamnya kerana tiada lagi keselesaan dan nyaman.
Nilai bangunan itu juga sudah pastinya jatuh kerana ia sudah rosak dan tidak mampu berfungsi seperti matlamat asalnya.

Ini pula gambaran WTC yang baru dibina untuk mengganti bangunan lama yang telah runtuh itu. Binaannya lebih gemilang daripada binaan terdahulu kerana menggunakan ilmu-ilmu pembinaan yang terkini. Sudah pasti sesiapa yang menghuni di dalamnya lebih rasa selesa dan nyaman berbanding bangunan lama, seperti kita bertukar daripada kereta lama ke kereta baru.
Nilai bangunan itu sudah pasti lagi baik daripada bangunan terdahulu dan sudah pasti teramat jauh lebih baik daripada bangunan lama yang dalam keadaan runtuhan itu.
Begitulah perumpamaan bagi umat Islam. Gambar pertama itu adalah perumpamaan umat Islam zaman gemilang dahulu. Mereka berdiri teguh dan kuat. Mereka hidup dalam keselesaan nikmat Islam yang sebenar. Nilai mereka pada waktu itu dikira yang terbaik berbanding semua umat.
Gambar kedua itu pula adalah perumpamaan umat selepas keruntuhan tamadun Islam dahulu (umat hari ini). Mereka hidup dalam keadaaan lemah dan berpecah-belah. Nikmat Islam sudah tidak dirasai kerana mereka sering bertelagah sesama sendiri untuk menunjukkan keangkuhan puak mereka sahaja Islam dan puak lain semuanya sesat. Nilai mereka sudah pasti jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan umat Islam terdahulu kerana mana mungkin sama antara kuat dan lemah. Mana mungkin sama antara yang berilmu tinggi dan yang pemalas berfikir. Mana mungkin sama yang berdikari dengan yang menurut membuta-tuli.
Gambar ketiga itu pula adalah perumpamaan umat Islam baru yang akan dibangunkan (jika mereka sanggup sedar diri dan membuka minda serta menyucikan jiwa daripada penyakit hati). Sudah pasti untuk membangunkan umat Islam di zaman sekarang, kita memerlukan ilmu-ilmu baru yang sesuai untuk zaman sekarang. Barulah kebangkitan umat Islam yang baru akan lebih gemilang lagi dan membuktikan Islam itu syumul.
Untuk membangunkan umat Islam agar gemilang macam WTC yang baru itu, kita kena ada rasa kesedaran bahawa nilai umat hari ini sudah tidak sebanding dengan nilai umat Islam terdahulu kerana tamadun ilmu yang pernah dipegang oleh umat terdahulu sudah runtuh. Kita umpama hidup dicelah-celah runtuh WTC dan terapung dengan kenangan masa WTC lama itu masih tegak berdiri.
Bayangkanlah kalau orang US sana tidak sanggup akui WTC telah runtuh dan masih bermimpi hidup di atas runtuhan bangunan lama itu, apakah akan dibina semula bangunan baru itu? Sudah pasti tidak.
Begitulah, selagi umat Islam hari ini bermimpi sifat mereka sama macam umat Islam terdahulu dan tidak sedar diri yang mereka hanya hidup atas runtuhan tamadun Islam terdahulu, sampai Kiamat pun umat hari ini tidak akan berubah dan membina tamadun Islam baru yang lebih gemilang.
Begitulah perumpamaan-perumpamaan yang boleh difikirkan oleh orang yang membuka minda. Yang tertutup minda itu, tak guna kita memaksa mereka.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Pengajaran Bangunan WTC
Untuk mendirikan bangunan, kita kena ada ilmu bagaimana cara mendirikan bangunan dengan betul.
Secara kasarnya sebelum bangunan dibina, kita kena kenal beza antara sifat tanah (dasar) yang kuat dan sifat tanah yang lembik. Jika tanah yang lembik itu dilihat sama seperti tanah yang kuat, maka apabila cuba didirikan bangunan, pasti akan runtuh juga.
Begitulah untuk mendirikan kembali umat Islam, kenalah bermula pada dasar yang kuat. Dasar kekuatan ummah pada jiwa individu dalam ummah itu sendiri. Jika jiwa yang lemah, lembik, pengecut nak buktikan kebenaran, malas berfikir, cepat berputus asa, tiada kesabaran bila diuji, dianggap jiwa sebenar seorang islam, sudah pasti akan runtuh juga ummah itu.
Jadi untuk menguatkan jiwa, asasnya dengan caranya membuang keraguan pada keupayaan diri. Keraguan itulah melemahkan jiwa. Kita kena yakin boleh melakukan menggunakan keupayaan sendiri, bukannya hidup lemah mengharapkan subsidi.

Cuba belajar berdikari dalam beragama, bukannya menurut membuta-tuli macam kanak-kanak perlu dipimpin tangannya.
Orang yang berdikari dalam hidupnya akan memiliki jiwa yang kental. Bila jiwa kental, maka orang itu dapat membangunkan potensi diri. Dia mampu melakukan sesuatu menggunakan keupayaan dirinya sendiri.
Insan-insan seperti itulah yang mahu kita bentuk untuk membina kembali kekuatan ummah. Kalau baru diajak memikirkan Al Quran pun sudah takut, macam manalah nak bina kekuatan ummah?
Mana mungkin sama antara jiwa yang kental dengan jiwa yang lemah.
Orang yang berdikari dalam hidupnya akan memiliki jiwa yang kental. Bila jiwa kental, maka orang itu dapat membangunkan potensi diri. Dia mampu melakukan sesuatu menggunakan keupayaan dirinya sendiri.
Insan-insan seperti itulah yang mahu kita bentuk untuk membina kembali kekuatan ummah. Kalau baru diajak memikirkan Al Quran pun sudah takut, macam manalah nak bina kekuatan ummah?
Mana mungkin sama antara jiwa yang kental dengan jiwa yang lemah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Bangunan Baru
» Pengajaran kisah Adam dan iblis
» Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........
» Akhlak Rasulullah Yang Ramai Tidak Ikut
» Apa Fungsi Yayasan Sabah Sekarang?
» Pengajaran kisah Adam dan iblis
» Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........
» Akhlak Rasulullah Yang Ramai Tidak Ikut
» Apa Fungsi Yayasan Sabah Sekarang?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum