Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kenapa Perlu Baca Al Quran?

View previous topic View next topic Go down

Kenapa Perlu Baca Al Quran?

Post by Juang on Sat Nov 28, 2009 9:02 am

Al Quran bukan patut dilagu-lagukan dalam bahasa Arab. Kita sepatutnya belajar memahami pengajaran yang terkandung di dalamnya. Al Quran itu Kitab mulia yang mengandungi pedoman untuk kita belajar daripada kesilapan kaum-kaum terdahulu.

Sebenarnya, konsep yang berlaku pada kaum-kaum terdahulu juga sama terpakai pada zaman kita, tetapi ramai tidak sedar kerana mereka malas belajar daripada sejarah. Akibatnya tanpa mereka sedar, mereka sudah berubah sifat kembali kepada sifat kaum-kaum kafir terdahulu. Mereka mengulangi kesilapan kaum-kaum terdahulu. Mereka hidup dalam kejahilan (kebodohan) dan berpecah-belah. Tidakkah mereka mahu sedar diri?

Petikan dari kata-kata Tun Mahathir dalam blognya:

6. History has many lessons for us. As George Santayana said: "those who forget the lessons of history will be punished by making the same mistakes over and over again" or words to that effect.

7. But we never like to learn from history. We think our case is different.

8. No. Actually our case is the same.

9. You can interpret this any way you like.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Baca Al Quran?

Post by Juang on Sun Nov 29, 2009 5:25 pm

Al Quran adalah Kitab yang mengajar manusia untuk mengenal erti hidup sebenar sebagai seorang manusia. Seperti makhluk-makhluk lain, mereka ada tugas dan fungsi yang tersendiri bagaimana untuk memakmurkan alam semesta ini, manusia pun ada tugas masing-masing di dalam alam ini.

Orang yang tidak kenal erti hidupnya akan hidup secara lemah, menurut, beku, jumud dan tiada keyakinan diri. Mereka seperti seorang yang buta yang perlu dipimpin tangannya. Mereka mengharapkan pembesar-pembesar agama mereka untuk menentukan corak hidup mereka. Akibatnya, lahirlah kelompok-kelompok manusia yang menurut ideologi-ideologi.

Seperti dalam kegelapan, mereka takut bergerak dengan keupayaan sendiri. Mereka banyak ditakut-takutkan oleh pembesar agama mereka yang menggunakan nama agama untuk mencari ramai pengikut dan suka manusia lain tunduk kepada kata-kata mereka.

Apabila melihat ramai manusia hidup secara buta (tidak tahu menentu kehidupannya sendiri) dan ramai pembesar agama yang mengambil kesempatan atas kebodohan sesuatu kaum , maka Allah bangkitkanlah seseorang Rasul atau pemberi peringatan untuk mencelikkan kaum yang hidup secara buta itu, agar tahu menggunakan keupayaan diri sendri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Baca Al Quran?

Post by Juang on Tue Dec 01, 2009 2:27 pm

Untuk membuat kebun atau ladang, tidak kira apa jenis pokok yang ingin kita tanam, secara asasnya ia memerlukan konsep yang hampir sama. Bermula dengan membajak dan menggamburkan tanah, menyemai biji-benih, menjaga pertumbuhan anak pokok dengan membaja dan menyiram air serta mengawal pokok-pokok itu dari diganggu oleh makhluk perosak. Semua itu bagi memastikan kebun atau ladang itu dapat mengeluarkan hasil yang optimum.

Apabila zaman berubah, sudah pasti cara atau kaedah penanaman itu akan berubah menggunakan teknologi terkini. Namun asas proses penamanan pokok itu tidak berubah mengikut peraturan alam. Tetap tanah perlu digamburkan dahulu dan air tetap disiram. Cuma cara nak menggamburkan tanah itu berubah dengan menggunakan mesin-mesin berteknologi tinggi.

Al Quran adalah seumpama Kitab mengajar konsep asas bagaimana mana menumbuhkan jiwa yang mampu mengeluarkan hasil, iaitu insan-insan yang mampu menyumbangkan buah fikiran berguna kepada masyarakat agar masyarakat itu membangun.

Selagi konsep asas yang mengikut peraturan alam itu tidak dilanggar, pasti akan berjayalah sesuatu masyarakat menumbuhkan jiwa-jiwa yang mampu mengeluarkan buah fikiran berguna.

Namun, bagaimana kaedah atau cara hendak menjadi jiwa yang mampu mengeluarkan buah fikiran itu, Al Quran tidak tetapkan. Terpulanglah dengan kreativiti masing-masing nak pakai cara macam mana sekali pun. Namun sudah pasti, menggunakan cara yang terkini dan berteknologi tinggi akan lebih membuahkan hasil yang lagi banyak.


Jadi kenapa ada suatu kaum yang tidak berfikir terbuka untuk mengambil pengajaran Al
Quran bagi diaplikasikan menggunakan keadah yang sesuai mengikut peredaran
zaman selagi matlamatnya untuk menumbuhkan jiwa-jiwa yang mampu
mengeluarkan banyak buah fikiran?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Baca Al Quran?

Post by Admin on Tue Dec 01, 2009 8:42 pm

Selain ajaran-ajaran islam yang terkandung di dalamnya, al-quran juga mempunyai banyak mesej peringatan kepada golongan manusia dan jin. Peringatan agar tunduk patuh kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan apa jua atau dengan sesiapa pun. Mereka yang ingkar, akan dihumban ke dalam jahanam dan kekal selama-lamanya di situ. Apabila ada peringatan seumpama ini, kita seharusnya rasa takut. Apakah nasib kita di akhirat kelak? Mahukah kita tinggal selama-lamanya di api neraka?

Al-quran seharusnya sentiasa dibaca dan difahami ayat-ayatNya dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Kita kena ingat, kadang kala kita akan lupa mesej Allah di dalam al-quran jika kita jarang membacanya. Oleh itu, bacalah dan fahamilah ayat-ayat al-quran supaya kita sentiasa beringat dengan amaran-amaran Allah ini.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Baca Al Quran?

Post by Juang on Tue Dec 01, 2009 10:05 pm

Biasa manusia kalau orang lain nasihat, mereka marah dan panas hati. Jadi, gunalah Al Quran sebagai penasihat diri yang paling baik. Biar kita yang nasihat diri kita sendiri.

Terlalu banyak pengajaran berguna dalam Al Quran terutama dalam merendahkan keegoan diri untuk menjadi insan yang hidup merendah diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum