Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kisah Seorang Pemain Piano

View previous topic View next topic Go down

Kisah Seorang Pemain Piano

Post by Juang on Thu Nov 26, 2009 11:40 pm

Katakan, ada seorang pemain piano yang terhebat suatu masa dahulu. Kehebatannya menghasilkan lagu yang menyentuh jiwa melalui jari-jemari bermain piano mengkagumkan ramai manusia. Lagu-lagu pemain piano terkemuka itu dirakamkan dalam sebuah album.

Sudah pasti, untuk menjadi seorang pemain piano sehebat itu, memerlukan komitmen yang tinggi untuk rajin belajar dan berlatih. Dan latihan yang diamalkan, sudah pasti latihan yang logik untuk menjadi seorang pemain piano, baik dari segi jasmani mahupun mentaliti.

Setelah pemain piano terkemuka itu meninggal dunia, lahirlah generasi manusia yang kata mereka mengikut ajaran pemain piano tersebut. Bila ditanya, apakah latihan yang dijalankan untuk mencontohi pemain piano terkemuka itu, manusia itu jawab, "kenalah buat latihan membengkokkan jari-jari sebanyak 5 kali sehari. Barangsiapa tidak buat seperti itu, mereka bukannya pengikut ahli piano terkemuka itu".

Kemudian ditanya pula, "kenapa ditetapkan seperti itu?", mereka jawab, "sebab menurut riwayat yang dikumpulkan oleh guru-guru piano kami, pemain piano terkemuka itu telah dinaikkan ke langit dan mendapat arahan kena buat amalan seperti itu setelah berlaku tawar-menawar daripada 50 kali sehari kepada 5 kali sehari. Jadi, tanpa berfikir logik, kami turut sahajalah".

"Cuba buktikan kalian boleh bermain piano sehebat lagu-lagu pemain piano terkemuka itu?". Maka mereka pun cuba nak bermain piano. Jangankan bunyi yang terhasil sama seperti lagu-lagu pemain piano terkemuka itu, nak mencipta lagu sendiri pun mereka tidak reti. Alih-alih mereka nak berlagak kononnya mereka pengikut ahli piano terkemuka itu. Ketika di pentas, rupa-rupanya mereka hanya "berpura-pura" dengan menggerakkan jari mereka di samping menumpang lagu-lagu ciptaan orang lain untuk mengaburi mata manusia.

Takkanlah mereka tidak berfikir selama ini, jika setakat buat gerakan membengkokkan jari sebanyak 5 kali sehari, tetapi jika latihan lain yang lebih penting tidak diutamakan untuk menjadi seorang pemain piano terhebat (seperti belajar membaca nota, belajar penjarian yang betul serta latihan-latihan yang sesuai untuk mengasah minda), macam mana hendak menghasilkan output yang sama seperti pemain piano terkemuka itu?

Begitulah perumpamaan bagi manusia yang mahu memikirkan. Pemain piano terkemuka itu adalah perumpamaan bagi Rasulullah. Lagu-lagu yang menyentuh jiwa itu, umpama akhlak baginda iaitu Al Quran (hasil keislaman baginda). Golongan yang mengatakan mereka pengikut pemain piano terkemuka itu pula, siapa lagi kalau bukan umat yang mengaku Islam pada hari ini yang berbangga diri atas akuan Islamnya sahaja semata-mata kerana buat gerakan membengkokkan tubuh badan 5 kali sehari itu, tanpa memikirkan sama ada mereka menghasilkan output yang sama macam Rasullullah dan umat zaman kegemilangan Islam dahulu atau tidak.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum