Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Ada serumpun pokok dedalu yang menumpang di atas pokok mangga. Pokok dedalu itu merasa dirinya mulia kerana kedudukannya tidak jejak di tanah sedangkan pokok mangga itu bertunjangkan akar di dalam tanah.
Dedalu itu memandang hina pokok mangga yang ditumpangi kerana cara hidup pokok mangga itu tidak sama macam dirinya. Sedangkan dari segi memberi manfaat kepada manusia, pokok mangga itulah yang banyak beri sumbangan malah kepada burung-burung yang memakan buahnya.
Pokok dedalu itu adalah perumpamaan bagi umat Islam hari ini dan pokok mangga itu umpama bangsa-bangsa yang rajin belajar dan berfikir untuk mencipta teknologi. Umat Islam hari ini hanya tahu tumpang guna teknologi tersebut kerana otak mereka tidak sekreatif bangsa-bangsa lain. Sekeliling hidup mereka bergantung kepada teknologi bangsa-bangsa yang mereka pandang hina itu.
Namun biarpun Allah tunjukkan kelemahan umat Islam yang nyata itu, mereka masih terapung di awangan merasakan diri mereka lebih mulia dan memandang bangsa-bangsa lain yang tidak sama cara hidupnya itu sebagai hina. Padahal dari segi sumbangan ilmu dan kemudahan kepada kehidupan manusia, bangsa-bangsa lain itulah yang lagi banyak sumbangannya.
Walau bagaimana banyak sumbangan bangsa-bangsa lain itu sehingga umat Islam terpaksa bergantung kepada teknologi mereka termasuk PC ini, kebanyakan umat Islam hari ini masih tak sedar-sedar diri. Bila dinasihati, mereka tidak mahu membuka minda untuk mengakui kelemahan mereka. Begitulah penyakit sombong dan bangga diri menutup pintu hati daripada insaf dan sedar (susah dapat petunjuk).
Apabila beragama secara menurut dan mengikut orang, penyakit sombong tidak disedari. Hanya tahu memandang kaum-kaum lain sebagai tidak betul, macamlah mereka sahaja yang betul. Padahal mereka hidup tidak menyumbang manfaat di dunia sebagai bekalan akhirat.
14:21. Dan mereka semuanya akan berkumpul menghadap Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah sedikit saja? Mereka menjawab: "Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri."

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Salaam,
Tepat sekali buah fikir Juang dan amat bermakna sekali....

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1166
Registration date: 2009-07-01
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Mereka hanya tahu melaungkan azan, sedangkan teknologi audio yang mereka guna itu dicipta oleh orang yang mereka kata bukan Islam semata-mata berbeza cara dengan amalan nenek moyang mereka. Bukankah itu penyakit sombong dan berbangga diri?
Kalau hidup sombong seperti itu, macam mana nak menuju kejayaan biarpun hanya tahu melaung-laungkan lima kali sehari?
16:23. Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.
Kalau hidup sombong seperti itu, macam mana nak menuju kejayaan biarpun hanya tahu melaung-laungkan lima kali sehari?
16:23. Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
laungan utk menyebarkan ajaran supaya ugama berkembang lalu sekarang di tafsir masa untuk menyembah tuhan . quran di baca supaya pengetahuan bertambah , bukan sebagai jampi mentera . kalau tak ada seruan ini mana mungkin islam berkembang dan ilmu pengetahuan bertambah sehingga mengatasi kaum yg lebih awal mendapat kitab . tapi masih ada yg leka dgn urusan mencari kesenangan duniawi . ilmu di lupakan lalu jawatan dan pangkat jadi rebutan . pusat2 pengajian tinggi dan sekolah hanya sekadar mengeluarkan insan yg cepat statik dan terhijab dari keinginan mengenali ilmu seolah mengenal pencipta tetapi hanya sekadar syarat utk mendapat kerja ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Salam..
Ye, bersetuju dengan saudara juang. Amalan agama kebayakkan umat Islam hari hanya ritual semata-mata. Mereka merasakan diri serba cukup dengan ibadah ritual yang dilakukan stp hari. Dan lebih malang kebiasaan mereka s’dr tidak dapat mengambil pelajaran daripada ibadah ritual itu tetapi sekadar ikutan. Cukuplah menurut semata apa yang didengar daripada orang dianggap alim spt ustaz n mufti tanpa perlu mengkaji n berfikir lagi. Fenomena beginilah membawa umat islam terperangkap dengan kejahilan dan mentaliti yang jumud.
Justeru, tidak mencerminkan Islam yang syumul spt diajar dalam AQ. Umat Islam sangat jauh ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain terutamanya dari segi penguasaan sains dan teknologi ketika ini. Disaat ini, bangsa lain berlumba-lumba menghasilkan teknologi dan penemuan terkini. Adakah kita sudah berpuas hati sekadar menjadi pengguna? Sudah hebatkah bila negara kita dapat membeli jet pejuang dan kapal selam yang canggih daripada bangsa lain. Atau dapat menghantar angkasawan selama seminggu ke ISS jika nak dibandingkan dengan angkasawan yg berbulan2 melakukan research disana. Kita patut bersyukur kebanyakan wilayah yang diduduki umat Islam dianugerah dengan kekayaan sumber bumi. Tetapi adakah umat Islam dapat memanfaatkan itu dengan sebaik-baiknya. Fikirlah..
Dalam AQ, Allah menyeru supaya kita menjadi orang yang berfikir (ulul albab). Allah menyebut kalimat ulul albab sebanyak 16 kali dalam AQ. Pasti ada pelajaran yang perlu dihayati. Bukti kekuasaan-Nya dapat diterjemah disebalik segala ciptaan Allah di alam semesta ini yang perlu difikirkan.
3:190. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan dalam pergantian malam dan siang, terdapat ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai minda,

albab- Siswa-Siswi
- Number of posts: 25
Age: 24
State:
Reputation: 0
Credits: 912
Registration date: 2009-09-09
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Ada perbezaan antara manusia yang berfikir/belajar kerana nak dapat kerja dengan manusia yang berfikir/belajar kerana nak mengagungkan Penciptanya.
Orang yang berfikir/belajar kerana nak dapat kerja akan mula malas berfikir selepas dapat kerja. Kalau berfikir pun hanya untuk bidang pekerjaannya. Apa yang berlaku di sekelilingnya tidak dihiraukan. Kenapa Allah tetapkan sesuatu keadaan atau kejadian di sekeliling, sudah tidak difikirkan. Yang penting, diri sendiri senang dan mewah.
Tetapi orang yang berfikir/belajar kerana nak kenal Allah, mereka akan terus berfikir/belajar sampai ke mati. Ini kerana rasa puas apabila dapat jawapan daripada sesuatu persoalan itu tidak ternilai rasa. Mereka peka dengan keadaan sekeliling kaum mereka dan berusaha menyedarkan kaum yang sudah tenggelam dengan penyakit sombong dan berbangga diri dengan amalan nenek moyang mereka.
Kepuasan dapat sesuatu jawapan itulah yang mendorong manusia mengkaji dan menyelidiki rahsia-rahsia alam ini. Semua itu akan dapat dirasai bila ada semangat ingin tahu yang tinggi mengharungi susah payah dalam belajar.
Golongan ulul albab itu bukan setakat mengkaji ilmu di bumi, malah sampai ke angkasa pun mereka terokai. Bila mereka mampu cipta teknologi baru, mereka jual ke negara-negara Islam dengan harga yang tinggi. Mana-mana negara Islam yang ada duit dan sumber alam, bolehlah beli. Mana-mana yang miskin, nak beli makanan pun tak mampu.
Tetapi kebanyakan orang Islam hari ini tidak memikirkan kepentingan mendalami ilmu sains dan teknologi sebab ada golongan agama yang jumud kata itu semua ilmu dunia. Bukankah ilmu sains dan teknologi itu ilmu Allah juga?
Mereka pergi hadkan ilmu akhirat itu hanya setakat tahu buat ibadat2 ritual sahaja.

bukak kitab nak tuduh orang tu kapir, munafik dan sesat .. tu lah albab kita .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Asal bawa pandangan moden yang takde dalam amalan turun-temurun, terus label sekular, anti-hadis, sesat dan sebagainya. Itukah ulul albab Islam yang wujud sekarang?
Kalau dah jumud dan sempit fikiran, itu bukan lagi ulul albab, tetapi menunjukkan tahap pemikiran yang lembab. Semuanya nak kena suap, baru nak bergerak. Semuanya nak disubsidi, barulah boleh membangun sikit. Itu pun kejap je bangun, lepas tu layu.
Tahulah mana kaum tu Melayu, tetapi janganlah jadi layu macam tu sekali dan tahu hidup menumpang usaha orang lain sahaja. Buat malu kaum sahaja.
Kalau dah jumud dan sempit fikiran, itu bukan lagi ulul albab, tetapi menunjukkan tahap pemikiran yang lembab. Semuanya nak kena suap, baru nak bergerak. Semuanya nak disubsidi, barulah boleh membangun sikit. Itu pun kejap je bangun, lepas tu layu.
Tahulah mana kaum tu Melayu, tetapi janganlah jadi layu macam tu sekali dan tahu hidup menumpang usaha orang lain sahaja. Buat malu kaum sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Ketika kita dilahirkan, banyak teknologi-teknologi sudah wujud dan kita hanya merasai kemudahan penggunaannya sahaja. Kita tidak berfikir macam mana susah payahnya tenaga pemikir yang mula-mula memerah idea-idea kreatif itu.
Sudah pasti bukan calang-calang manusia yang dikurniakan ilmu dan kreativiti begitu. Sudah pasti hanya insan yang bersemangat tinggi dan yakin pada diri sahaja yang suka melakukan perkara-perkara yang memerlukan masa untuk berfikir dan memerah idea. Sudah pasti hanya insan yang mempunyai minat mendalam dan ketekunan sahaja mampu melakukannya.
Namun, kerana sudah biasa hidup dalam keadaan senang dan mudah untuk menggunakan semua teknologi itu, ramai orang Islam hari ini hidup tidak sedar diri. Sudahlah tak sedar diri dengan kelemahan dan kemandulan otak mereka untuk mencipta teknologi, dalam hati penuh rasa bangga diri dan sombong kononnya umat merekalah yang mulia berbanding bangsa-bangsa lain.
Antara pokok yang banyak keluarkan buah dengan pokok yang tidak berbuah, sudah pasti pokok yang selalu berbuah itu banyak memberi manfaat. Begitulah dengan manusia. Manfaat itulah yang bakal di bawa ke akhirat kelak sebagai bekalan.
Kadang-kadang itu, kita lihat perangai umat Islam hari ini macam mereka tidak tahu apa erti mereka diciptakan sebagai manusia yang dikurniakan akal. Sedangkan pokok pun ada mengeluarkan buah, takkanlah hidup ini setakat jadi manusia yang tidak ada buah fikiran untuk disumbangkan kepada sesama manusia? Mereka hanya tahu hidup mementingkan diri dan puak mereka sahaja.
Entah bila masa mereka nak sedar untuk merendahkan keegoaan mereka itu.

size=12]Umat Islam lah sebenarnya menjadi pelopor kepada ilmu sains dan teknologi. Berdasarkan sejarah, ramai ilmuan Islam yang muncul memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu kepada tamadun dunia. Jika kita pernah mendengar nama seperti Ibnu Sina, Al Khawarizmi, Al Jabir dan ramai lagi sudah tercatat sebagai tokoh ilmuan yang hebat suatu ketika zaman kegemilangan Islam dahulu. Sehinggakan tulisan2 mereka diterjemah dalam banyak bahasa untuk dimanfaatkan oleh bangsa2 lain. Dalam waktu yang sama, bangsa eropah masih jauh ketinggalan dan tersepit dalam zaman kegelapan (dark period). Pada hari ini, sumbangan mereka masih dapat diaplikasikan dalam banyak bidang ilmu seperti Matematik, perubatan, botani dll. [/size]
Namun, itu hanya tinggal sejarah. Umat Islam pula seolah2 berada dizaman kegelapan di pada hari ini. Kita jauh ketinggalan berbanding bangsa2 lain dalam penguasaan ilmu. Malah, kadar buta huruf masih tinggi dalam kalangan negara2 Islam. Jika dikaji, tiada universiti daripada negara Islam pun termasuk dalam ranking 100 terbaik. Disamping, umat Islam hanya meletakkan kebergantungan teknologi semata kepada bangsa2 lain. Dimanakah maruah umat Islam? Sehinggakan soal keselamatan negara dan pengurusan sumber bumi setengah negara Islam pun diserahkan kepada bangsa2 lain.
Sememangnya jahillah bagi mereka yang mengatakan ilmu sains itu adalah ilmu sekular , warisan penjajah dan ilmu dunia yang perlu diendahkan. Mari kita kembali melihat sejarah, bukankah orang Islam yang merintis ilmu sains suatu ketika dahulu. Padahal banyak ayat dalam AQ itu membentangkan persoalan sains disebalik segala ciptaan Allah. Malah, kajian dan penemuan sains moden oleh para saintis membuktikan kebenaran AQ. Tidakkah kita mahu mengambil pelajaran daripada bukti-bukti jelas itu. Firman Allah:
41:53. Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di horizon, dan di dalam diri-diri mereka, sehingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah yang benar. Tidakkah cukup dengan Pemelihara kamu bahawa Dia saksi atas segala sesuatu?

albab- Siswa-Siswi
- Number of posts: 25
Age: 24
State:
Reputation: 0
Credits: 912
Registration date: 2009-09-09
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Umat Islam hari ini bagaikan orang Eropah zaman kegelapan dahulu di mana pemikiran mereka dahulu dibelenggu oleh ajaran-ajaran gereja yang tak masuk akal.
Setiap kali kita cuba buka pemikiran umat Islam hari ini dengan menjadikan ilmu sains sebagai hujah, pasti mereka membantah mengatakan itu semua ilmu duniawi dan tidak akan dibawa ke akhirat. Bagi mereka, ilmu akhirat adalah ajaran turun-temurun mereka dalam membuat amal ibadat. Maka lahirlah spesis-spesis dedalu di merata dunia.
Setiap kali kita cuba buka pemikiran umat Islam hari ini dengan menjadikan ilmu sains sebagai hujah, pasti mereka membantah mengatakan itu semua ilmu duniawi dan tidak akan dibawa ke akhirat. Bagi mereka, ilmu akhirat adalah ajaran turun-temurun mereka dalam membuat amal ibadat. Maka lahirlah spesis-spesis dedalu di merata dunia.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Jika kita lihat perbandingan antara pokok-pokok yang wujud di muka bumi ini, pokok yang kuat adalah pokok yang memiliki akar yang menjalar jauh ke dalam tanah.
Pokok yang akarnya tidak boleh meneroka jauh ke dalam tanah pasti tidak akan dapat bertahan apabila diuji dengan kemarau. Pokok yang berakar pendek itu perlu selalu disubsidikan dengan air jika menempuhi musim kemarau. Kalau tiada subsidi air, pasti ia akan mati. Itulah pokok yang lemah.
Begitulah perumpamaan bagi sesuatu bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini. Bangsa yang memiliki akal yang panjang untuk meneroka jauh ilmu-ilmu Allah, mereka akan tahan diuji. Sebaliknya bangsa yang berakal pendek, pasti akan lemah dan perlu dibantu dengan subsidi.
Sebab itulah Al Quran suruh manusia bangunkan akal fikiran dengan rajin meneroka alam, agar kelangsungan sesuatu bangsa itu dapat bertahan lama. Jangan jadi macam kaum-kaum terdahulu yang pendek akalnya sehingga akhirnya pupus kerana gagal mengharungi ujian-ujian Allah.
Pokok yang akarnya tidak boleh meneroka jauh ke dalam tanah pasti tidak akan dapat bertahan apabila diuji dengan kemarau. Pokok yang berakar pendek itu perlu selalu disubsidikan dengan air jika menempuhi musim kemarau. Kalau tiada subsidi air, pasti ia akan mati. Itulah pokok yang lemah.
Begitulah perumpamaan bagi sesuatu bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini. Bangsa yang memiliki akal yang panjang untuk meneroka jauh ilmu-ilmu Allah, mereka akan tahan diuji. Sebaliknya bangsa yang berakal pendek, pasti akan lemah dan perlu dibantu dengan subsidi.
Sebab itulah Al Quran suruh manusia bangunkan akal fikiran dengan rajin meneroka alam, agar kelangsungan sesuatu bangsa itu dapat bertahan lama. Jangan jadi macam kaum-kaum terdahulu yang pendek akalnya sehingga akhirnya pupus kerana gagal mengharungi ujian-ujian Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Jika kita lihat pertumbuhan pokok, ia lebih yakin untuk hidup berbanding manusia walaupun pokok tidak dikurniakan akal sehebat manusia.
Katakan kita beli benih pokok rambutan. Kita tanam di laman rumah kita. Walaupun di keliling laman itu tidak pokok rambutan lain, benih rambutan yang kita tanam itu tahu bagaimana cara nak hidup sebagai pokok rambutan, walaupun tiada ibubapanya nak ajar. Tahu pokok itu merenung fitrah dirinya dan hidup mengikut lunas2 sebagai pokok rambutan.
Bila pokok itu sudah matang dan layak mengeluarkan buah, maka ia tahu mengeluarkan buah rambutan. Tidak pula ia keluarkan buah-buah jenis lain.
Ini menunjukkan, jika manusia itu hidup dengan melihat fitrah kejadiannya sendiri, pasti dia akan tahu untuk hidup sebagai manusia yang sebenar2nya yang dikurniakan akal mampu berkembang.
Yang menyebabkan ramai manusia tidak apa untuk hidup sebagai manusia, sebab dari kecil mereka sudah disogok dengan ajaran2 yang tidak mengajar mereka kenal diri mereka sendiri. Seolah2 taraf mereka lebih rendah daripada pokok rambutan yang tahu hidup mengikut fitrah dirinya. Sebab itu mereka terpaksa bergantung kepada ajaran bapa2 mereka seperti kisah kaum2 kafir yang disebutkan dalam Al Quran yang bila ditanya kenapa buat sesuatu amalan, mereka pun jawab "sebab kami tengok bapa-bapa kami buat begitu". Nampak sangat mereka hidup sekadar ikut2an.

Kalau ada agama lain mencipta teknologi baru..adakah kita berpaling kepada agama lain..kemudian agama yang lain pula mencipta teknologi yang lebih canggih kita berpaling pula mengikut agama itu.. maka jadilah kita pokok lalang. Positifnya kitalah yang berusaha mencipta teknologi baru atas landasan agama kita.. bukan menjadi parasit di dalam agama sendiri. Kewujudan parasit ini memang telah lama tetapi tak membawa kemajuan kepada umat melainkan sifatnya sebagai parasit semata-mata .. Ha ha ha.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Dalam hidup ini, apa yang penting kita ikut yang terbaik. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk dan sia2. Dengan cara itu kita tidak wujudkan agama yang memisah2kan sesama manusia. Kita beragama untuk diri kita sendiri, bukannya mewujudkan puak2. Yang jadikan agama untuk mewujudkan golongan2 ini yang Al Quran kata orang2 yang sesat.
Agama itu jika dianggap sebagai cara hidup, maka manusia tidak akan wujudkan puak2. Tetapi jika agama itu dijadikan alat untuk bermegah2, itu yang jadi macam keadaan sekarang.
Kita hidup ikut cara kita masing2. Sedangkan pokok rambutan itu pun tahu macam mana nak hidup ikut fitrah kejadiaannya. Tidak pula pokok rambutan itu wujudkan perantara dia dengan Allah.
Macam itulah manusia yang tidak menyekutukan Allah, dalam perhubungan dia dengan Allah, tiada perantara untuk dituruti membuta-tuli. Tiada sekutu selain Allah.
Itu yang kita hairan ramai manusia bila nak berhubung dengan Tuhan, mereka tidak tahu berhubung guna cara mereka sendiri. Mereka kena ada "tok guru" mengajar mereka. Sedar atau tidak, mereka telah menyekutukan Allah.
Yang peliknya, masa mereka bercinta dengan pasangan masing2, tahu pula mereka guna kreativiti sendiri nak berhubung dengan pasangan mereka itu. Tidak pula mereka berguru dengan sesiapa.
Agama itu jika dianggap sebagai cara hidup, maka manusia tidak akan wujudkan puak2. Tetapi jika agama itu dijadikan alat untuk bermegah2, itu yang jadi macam keadaan sekarang.
Kita hidup ikut cara kita masing2. Sedangkan pokok rambutan itu pun tahu macam mana nak hidup ikut fitrah kejadiaannya. Tidak pula pokok rambutan itu wujudkan perantara dia dengan Allah.
Macam itulah manusia yang tidak menyekutukan Allah, dalam perhubungan dia dengan Allah, tiada perantara untuk dituruti membuta-tuli. Tiada sekutu selain Allah.
Itu yang kita hairan ramai manusia bila nak berhubung dengan Tuhan, mereka tidak tahu berhubung guna cara mereka sendiri. Mereka kena ada "tok guru" mengajar mereka. Sedar atau tidak, mereka telah menyekutukan Allah.
Yang peliknya, masa mereka bercinta dengan pasangan masing2, tahu pula mereka guna kreativiti sendiri nak berhubung dengan pasangan mereka itu. Tidak pula mereka berguru dengan sesiapa.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Logiknya sebab agama itu dibawa oleh Nabi dan Nabi telah pun wafat dan meninggalkan apa yang diajar oleh baginda kepada sahabat dan meninggalkan pula kepada para tabiin. Kalau Nabi ajar manusia ketika itu. Adakah manusia yang mendapat pengajaran itu tidak mengajar anaknya. Begitulah kita dapat dari ayah kita dan tentu kita akan ajar anak kita. Tetapi kalau ada anaknya yang kurang ajar maka terputuslah di situ. Ha ha.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Pokok Dedalu dan Pokok Mangga
Dalam Al Quran, kaum musyrik yang buat alasan agama kena menurut ajaran bapa-bapa mereka. Mereka tiada rasa pergantungan kepada Allah untuk mengajar mereka. Sebab itulah bila ditanya kenapa buat sesuatu amalan, mereka kata sebab mereka tengok bapa2 mereka buat macam itu.
Nak ikut ajaran orang terdahulu, tapis2lah sikit. Mana2 yang ada bukti2 yang nyata (yang jelas daripada Allah), bolehlah ikut. Tetapi yang sekadar bawa hujah kononnya "sahabat Nabi nampak Nabi buat macam itu", itu persangkaan namanya. Bukankah Al Quran kata pada persangkaan tiada kebenaran?
Kenapa perkara yang Al Quran perintahkan seperti "membaca" atau "berfikir" yang mudah2 kita nampak kesan baiknya (tanpa perlu guna riwayat Nabi) tidak dijadikan amalan utama? Kenapa bab "ritual" yang tidak ada dalam Al Quran tentang cara2nya itu (yang mereka terpaksa bersandarkan riwayat2 itu) yang ditekankan? Macam manalah bangsa nak maju?

Nak ikut ajaran orang terdahulu, tapis2lah sikit. Mana2 yang ada bukti2 yang nyata (yang jelas daripada Allah), bolehlah ikut. Tetapi yang sekadar bawa hujah kononnya "sahabat Nabi nampak Nabi buat macam itu", itu persangkaan namanya. Bukankah Al Quran kata pada persangkaan tiada kebenaran?
Kenapa perkara yang Al Quran perintahkan seperti "membaca" atau "berfikir" yang mudah2 kita nampak kesan baiknya (tanpa perlu guna riwayat Nabi) tidak dijadikan amalan utama? Kenapa bab "ritual" yang tidak ada dalam Al Quran tentang cara2nya itu (yang mereka terpaksa bersandarkan riwayat2 itu) yang ditekankan? Macam manalah bangsa nak maju?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» TUGAS POKOK KOMISI DPR RI
» Perumpamaan Sebatang Pokok
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» Nikmat Allah Manakah Yang Kamu Dustai?
» Ubati demam campak cara kampung...
» Perumpamaan Sebatang Pokok
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» Nikmat Allah Manakah Yang Kamu Dustai?
» Ubati demam campak cara kampung...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum