Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Konsep Membina Sebuah Rumah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Konsep Membina Sebuah Rumah
Untuk membina sebuah rumah yang kukuh dan menjadi pelindung kepada diri kita dari panas, hujan dan angin, ia memerlukan logik. Ada ilmu-ilmu yang mempunyai ukuran-ukuran tertentu bagi menjamin kekukuhan rumah yang dibina itu. Tidak mungkin rumah akan terbina sekadar guna jampi serapah.
Secara mudahnya konsep sebuah rumah perlu memiliki dasar, tiang, dinding, atap, pintu dan tingkap. Daripada pembinaan dasar sehingga kepada atap, semuanya memerlukan logik, bukannya magik.
Begitulah juga dengan konsep membina diri (sahsiah). Sudah pasti kita perlu berpegang kepada ilmu-ilmu yang ada logiknya. Bukannya main jampi serapah sahaja. Sahsiah diri yang kukuh, mampu melindungi jiwa kita daripada bisikan atau godaan syaitan yang merosakkan.
Seperti membina rumah, sahsiah diri dibina bermula dengan akidah (dasar), solat (tiang), takwa (dinding), sabar (atap), silaturrahim (pintu & tingkap). Dan setiap pembinaan bahagian-bahagian itu memerlukan logik-logik yang tertentu.
Akidah yang kuat terbina apabila kita dapat membuktikan secara logik bahawa Allah itu Esa. Fikirkan, apa bukti menunjukkan Allah itu Esa dengan merenung kejadian di alam semesta ini seperti ayat 23.91 dan 17.42. Bila kita nampak logik tersebut, maka akidah kita telah dimantapkan. Kita mudah bawakan hujah logik tanpa terkial-kial mencari ulamak.
Kemudian, untuk membina tiang yang kukuh, fikirkan cara solat macam mana yang logik untuk menyokong takwa (dinding) dan sabar (atap). Jangan mengikut amalan turun-temurun. Kalau orang dahulu buat rumah guna tiang kayu (sebab mereka buat rumah kayu), takkanlah orang sekarang yang buat rumah batu, kena guna tiang kayu juga? Bukankah tak logik macam tu?
2.45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
2.153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Zaman moden ini, cabaran lagi banyak berbanding zaman dahulu. Dunia sudah berubah kepada maklumat tanpa sempadan. Sudah pasti kita perlukan solat yang lebih kukuh untuk membina takwa dan sabar yang berupaya menghadapi cabaran masa kini. Maka fikirkanlah cara solat yang lebih kukuh, bukannya main pakai turut amalan terdahulu. Kalau bina rumah batu, guna tiang kayu disebabkan menurut cara orang terdahulu, maka runtuhlah rumah itu.
Begitu juga, untuk membina dinding dan atap yang teguh, pasti ada logiknya. Sebab itulah Allah suruh kita mengikut apa yang kita tahu, supaya kita nampak apa logiknya setiap perbuatan kita. Barulah kukuh jiwa kita. Barulah rumah yang dibina benar-benar teguh.
Ini baru dipersoalkan pasal amalan turun-temurun, mula nak marah dan melontar fitnah, apabila tidak dapat berhadapan dengan hujah-hujah logik. Itukah hasil rumah (sahsiah diri) yang teguh? Macam rumah reput yang mudah terbakar sahaja?
Perumpamaan Al Quran itu seperti buku panduan mengajar kita untuk membina rumah. Dalam Al Quran hanya beritahu kita, untuk bina rumah yang kukuh sebagai tempat tinggal, perlukan dasar, tiang, dinding, atap, pintu dan tingkap. Al Quran tidak tetapkan nak guna cara apa untuk membina rumah itu. Guna kreativiti masing-masing untuk menyempurnakan rumah tersebut. Al Quran tak larang nak guna tiang kayu ke tiang batu.
Namun ada golongan yang sempit fikirannya, mula tetapkan, nak bina rumah, kena guna tiang kayu sebanyak 5 tiang sahaja sebab melihat orang dahulu buat macam itu. Maka golongan yang menurut itu, binalah rumah guna tiang kayu sebanyak 5 tiang sahaja. Padahal mereka nak ikut arus permodenan iaitu buat rumah batu, atap genting dan dua tingkat. Akibat guna tiang kayu sahaja (kerana menurut amalan orang terdahulu), rumah-rumah yang mereka bina itu pun runtuh.
Itulah gambaran kepada punca umat Islam hari ini runtuh (lemah dan berpecah-belah). Suka sangat beragama secara menurut amalan orang terdahulu tanpa berfikir secara logik.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Konsep Membina Sebuah Rumah
Katakan, ada satu kaum itu ingin membina rumah. Oleh kerana pada zaman sekarang, manusia mula buat rumah menggunakan batu dan banyak kaum lain telah berjaya membina rumah batu, maka kaum tersebut pun nak bina rumah batu juga.
Mereka cuba ikut keadaan rumah batu kaum-kaum lain itu yang membina dinding daripada konkrit dan beratap genting. Tetapi dalam bab membina tiang, mereka masih tertutup fikiran untuk menurut amalan bapa-bapa mereka yang guna tiang kayu (sudah tentulah orang dahulu guna tiang kayu untuk rumah kayu).
Setiap kali kaum itu hendak bina rumah batu tersebut, pasti akan runtuh. Asal nak bina rumah batu sahaja, pasti runtuh. Oleh kerana Allah Maha Mengasihani, Dia pun datangkanlah seseorang dari kaum itu untuk menegur supaya kalau nak bina rumah batu, kenalah bina tiang daripada konkrit dan bertetulang besi, barulah kukuh macam rumah batu kaum-kaum lain itu. Takkanlah semua perbuatan orang terdahulu nak diikuti membuta-tuli, fikir logiklah sikit.
Malangnya, kerana pendapat orang itu tidak selari dengan amalan turun-temurun kaum itu yang bina tiang guna kayu, orang itu dikatakan menghina kaum tersebut. Padahal orang itu cuma nak perbetulkan sahaja sesuatu yang tidak kena pada kaum itu.
Kalau taknak terima teguran, teruskanlah bina rumah batu bertiang kayu itu, tiada siapa nak larang. Kalau runtuh, sendirilah tanggung.
Mereka cuba ikut keadaan rumah batu kaum-kaum lain itu yang membina dinding daripada konkrit dan beratap genting. Tetapi dalam bab membina tiang, mereka masih tertutup fikiran untuk menurut amalan bapa-bapa mereka yang guna tiang kayu (sudah tentulah orang dahulu guna tiang kayu untuk rumah kayu).
Setiap kali kaum itu hendak bina rumah batu tersebut, pasti akan runtuh. Asal nak bina rumah batu sahaja, pasti runtuh. Oleh kerana Allah Maha Mengasihani, Dia pun datangkanlah seseorang dari kaum itu untuk menegur supaya kalau nak bina rumah batu, kenalah bina tiang daripada konkrit dan bertetulang besi, barulah kukuh macam rumah batu kaum-kaum lain itu. Takkanlah semua perbuatan orang terdahulu nak diikuti membuta-tuli, fikir logiklah sikit.
Malangnya, kerana pendapat orang itu tidak selari dengan amalan turun-temurun kaum itu yang bina tiang guna kayu, orang itu dikatakan menghina kaum tersebut. Padahal orang itu cuma nak perbetulkan sahaja sesuatu yang tidak kena pada kaum itu.
Kalau taknak terima teguran, teruskanlah bina rumah batu bertiang kayu itu, tiada siapa nak larang. Kalau runtuh, sendirilah tanggung.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Konsep Membina Sebuah Rumah
kalau tanah tak kuat tak boleh buat rumah , buat lah tiang sebesar mana pun akan tumbang begitu jugak bilangan dia . bolehlah di umpamakan tanah itu akal manusia kerana tak nampak di pandang mata . semakin manusia menggunakan akal yg waras semakin teguh tapak rumah .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18
Re: Konsep Membina Sebuah Rumah
Benar tu. Akal yang tajam ada kaitannya dengan akidah yang mantap. Sebab itu Al Quran suruh manusia berfikir, bukan main turut membuta-tuli. Bila kita guna akal, dan mencapai logik, maka keyakinan di hati akan jadi teguh.
Malangnya ajaran Islam yang ditekankan pada hari ini, bukannya untuk menguatkan akal, tetapi kepada menegakkan tiang sahaja. Akibatnya umat tak bangun-bangun dan setiap kali tiang ditegakkan, pasti ia tumbang bila digoda dengan cabaran-cabaran semasa.
Malangnya ajaran Islam yang ditekankan pada hari ini, bukannya untuk menguatkan akal, tetapi kepada menegakkan tiang sahaja. Akibatnya umat tak bangun-bangun dan setiap kali tiang ditegakkan, pasti ia tumbang bila digoda dengan cabaran-cabaran semasa.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Rumah kontrakan di Perum TAS-3 Wonoayu Sidoarjo
» konsep reka bentuk visual
» Kepercayaan Feng Shui. Di mana rasionalnya?
» Rumah ibadat
» Lokasi Pertama 21/01/2011:Rumah tinggalan lama dan dipercayai berhantu di Kampung Likas
» konsep reka bentuk visual
» Kepercayaan Feng Shui. Di mana rasionalnya?
» Rumah ibadat
» Lokasi Pertama 21/01/2011:Rumah tinggalan lama dan dipercayai berhantu di Kampung Likas
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum