Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Perbaiki Imej Islam

View previous topic View next topic Go down

Perbaiki Imej Islam

Post by Juang on Sun Nov 15, 2009 11:37 am

Hentikan Pertelagahan Umat Islam - Dr M

Seperti yang disarankan oleh mantan PM kita, Dr Mahathir, supaya umat Islam di negara kita menghentikan pertelagahan dan sama-sama perbaiki imej Islam, maka kita sepatutnya kembali menghayati apa erti Islam yang sebenar.

Buang rasa sudah Islam disebabkan keturunan atau menurut sesuatu aliran. Islam bukan agama berpuak-puak yang merasakan puak yang diikuti itu sahaja betul, kerana ketika Rasulullah menyampaikan Islam, keturunan Yahudi dan Nasrani di zaman baginda yang merasakan kaum mereka sahaja betul dan kaum lain hina. Jadi, jika kita merasakan dengan akuan keislaman kita selama ini menjadikan kita rasa kaum kita sahaja betul dan kaum lain tak betul, bukankah itu sudah meniru kembali perangai Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Al Quran itu?

Seorang yang sebenar-benar Islam adalah seorang yang adil dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Segala yang baik datang daripada Timur atau Barat, itulah yang kita ambil, dan segala yang buruk daripada Timur dan Barat, itulah yang kita tinggalkan. Ini kerana yang baik itu datangnya daripada Allah, sedangkan yang buruk itu datang daripada kelemahan manusia sendiri.

Ingatlah, para ulamak itu juga manusia biasa seperti kita. Mereka bukannya maksum dan tidak terlepas juga daripada membuat dosa. Kenabian sudah ditutup selepas Nabi Muhammad. Tiada seorang manusia yang patut ditaati membuta-tuli, sebaliknya kita kena berfikiran rasional untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Mana-mana pendapat ulamak yang baik kepada kesatuan manusia, kita terima, dan mana yang buruk dan hanya taksub pada puak tertentu, takkan kita nak ikut perangai macam itu? Setiap manusia berhak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya sendiri. Itu hak asasi manusia selaras dengan ayat Al Quran mengatakan, "tiada paksaan dalam agama".

Selagi ada manusia yang beragama secara menurut dan taksub pada sesuatu aliran mengikut ideologi imam-imam terdahulu, selagi itulah umat Islam hari ini dibelenggu perpecahan dan pertelingkahan. Masing-masing ego dan angkuh mempertahankan puak masing-masing yang dirasakan betul. Memanglah, kalau kita tanya sesuatu puak, pastilah mereka mengaku mereka sahaja betul. Di situ sahaja, penilaian kita sudah tidak adil (bias) jika hanya berpegang pada golongan tertentu.

Buka mata, telinga dan minda untuk membuat perbandingan secara jujur dan telus tanpa mengira mana-mana puak atau kaum. Itulah akhlak orang Islam yang sebenar.

2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan kiblat yang kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul, dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.

4:135. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

Orang yang beriman itu adalah penegak keadilan dan saksi-saksi untuk Allah. Biarpun kaum sendiri berperangai buruk (lemah dan suka berpecah-belah), kena akui ianya buruk walaupun pahit. Jangan nak putar-belit fakta untuk terus tenggelam dalam keegoan kononnya puak sendiri sahaja betul.

Jangan jadi macam kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu, biarpun mereka saling bertelagah dan berpecah-belah, bila Rasulullah tegur, mereka marah dan melemparkan fitnah kerana kedengkian mereka, disebabkan merasakan mereka lebih betul daripada Rasulullah, kerana mereka ramai ahli-ahli Kitab dan memiliki Kitab-kitab Allah yang terdahulu.

Bak kata Dr. Maza, bila perkakas hujah telah habis, perkakas fitnah digunakan. Gara-gara suka melontarkan fitnah itulah hidup umat Islam hari ini penuh kacau-bilau.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Admin on Wed Nov 18, 2009 12:30 pm

Sana sini kita dengar umat islam di Malaysia ini bertelagah kerana berbeza pendapat dalam agama. Ini kerana penyakit bermegah-megah masih bersarang dalam diri mereka. Kalau mereka menggunakan minda dengan betul, mereka pasti mendengar apa jua pendapat itu dan memilih yang terbaik untuk diri mereka. Tapi oleh kerana kononnya mereka sahaja yang betul, segala pendapat orang lain adalah tidak betul. Mereka tidak boleh ditegur dan mendengar pendapat orang lain. Kalau ada yang cuba menasihati mereka, mulalah mereka menyisihkan orang itu dan akhirnya dilabelkan sesat oleh mereka sendiri.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Juang on Wed Nov 18, 2009 12:53 pm

Penyakit ini memang selalu dihinggapi orang yang merasakan mereka "berilmu agama". Asal ajaran para Nabi dahulu hanyalah untuk mengajak manusia membersihkan hati, sudah diubah kepada bentuk ideologi kononnya yang berpegangan seperti mereka sahaja yang benar dan "kekasih" Allah. Penyakit hati itu menyebabkan mereka memandang manusia lain yang tidak beramal macam mereka dilabelkan sesat dan sebagainya.

Dan apabila Allah uji mereka dengan orang-orang awam yang mampu memahami KitabNya, mereka menolak dengan rasa ego sebab nasihat yang orang awam itu sampaikan tidak selari dengan keegoan mereka untuk menjadikan agama itu satu unsur kepuakan.

Bagaimana imej Islam dapat diperbaiki jika diajak kembali menyucikan jiwa masing-masing, mereka menjadi pembantah yang nyata? Mereka jadikan alasan kononnya orang awam itu tidak belajar berguru, maka tidak layak menasihati mereka.

Bukankah mereka sahaja yang tahu macam mana cara nak menyucikan hati mereka sendiri? Tok guru mana yang tahu cuci hati manusia lain?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by slipar on Wed Nov 18, 2009 4:27 pm

tak tahu lah kita golongan awam ni nak ikut sapa , yg pandai 2 agama, yg lulusan PHD yg ada title ugama pun macam bawak benda yg meragukan , masing2 punya pendapat yg tak selari . kalau di benarkan menggunakan pedang dalam hal ini aku rasa ramai yg sanggup berjihad demi menegakkan kata masing2 . kalau berbincang dgn demo ni beribu kitab mereka hafal dan rujuk . cikgu sains aku kata utk kita selamat biar kita tak fahamn jangan kita salah faham sebab kalau kita salah faham habislah kita di telan emosi dan ego . dia kata lagi golongan yg salah faham ini dia tak boleh duduk sendirian mesti perlukan pengikut atau makhluk sebagai teman kerana nak memperkuatkan hujah dia . takkan dia nak mengalah atau berlapang dada .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Juang on Wed Nov 18, 2009 5:01 pm

Ya, kuncinya pada sikap berlapang dada. Orang yang tidak boleh berlapang dada, jika ada perbezaan cara sahaja, terus dijadikan alasan untuk berpuak-puak.

Perumpamaan mereka seperti manusia yang berjalan daripada Johor ke KL. Oleh kerana mengikut amalan turun-temurun mereka, nak pergi KL kena ikut jalan lama dan naik kereta lembu, maka mereka nampak orang yang ikut highway dan guna kereta moden itu tidak betul. Macamlah guna cara mereka sahaja itu sahaja boleh sampai ke KL.

Akibat sikap tidak boleh berlapang dada dengan cara-cara baru, manusia lain lebih cepat sampai ke KL berbanding manusia yang taksub pada ajaran turun-temurun itu.

Begitulah perumpamaan bagi umat Islam hari ini yang ketinggalan dalam banyak segi kerana tidak boleh berlapang dada dengan cara-cara baru. Bangsa-bangsa lain sudah naik ke angkasa untuk mengkaji, umat Islam masih di bumi duk berbangga diri kaumnya sahaja yang betul.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Juang on Wed Nov 18, 2009 6:19 pm

Manusia tidak akan dapat bersatu jika tidak belajar menerima perbezaan. Perasaan ego yang menganggap cara amalan mereka sahaja betul, dan cara amalan orang lain tidak betul, menyebabkan mereka tidak mahu bersatu.

Apakah mereka tidak memikirkan, jika persamaan itulah cara untuk manusia bersatu, sudah pasti Allah cipta manusia ini satu bangsa sahaja dan hanya ada satu Nabi sahaja.

Tetapi biarpun para Nabi dan Rasul itu berbeza-beza bangsa dan amalan mereka, tetapi semua mereka mengajak manusia bersatu dengan belajar menerima perbezaan.

Gara-gara tidak boleh berbeza cara itulah kenapa umat Islam hari ini hidup berpecah-belah. Mereka tidak boleh menerima cara manusia lain yang berusaha mencari jalan ke syugra biarpun tidak sama amalannya turun-temurunnya. Ini kerana mereka tidak belajar cara-cara menyatukan hati manusia. Mereka anggap kesatuan hati kena caranya sama sahaja. Sedangkan hati manusia hanya boleh bersatu bila masing-masing menundukkan ego untuk belajar menerima perbezaan.

Namun, kebanyakan manusia tidak memikirkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Payau Putih on Wed Nov 18, 2009 8:27 pm

Salaam,

Siapa yang memiliki kuasa di tangan, maka merekalah yang akan menjadi juara, mana2 yang tidak sealiran akan menjadi mangsa mereka.... adakah kuasa memiliki segala-galanya... ?

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1267
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: Perbaiki Imej Islam

Post by Juang on Wed Nov 18, 2009 8:55 pm

Dan di atas manusia, ada Kuasa yang mengalahkan segala kuasa di tangan manusia. Tidakkah mereka merenung kisah Firaun yang merasakan dirinya berkuasa? Apakah dia mampu mengalahkan Kuasa Penciptanya?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum