Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Memahami Tugas Rasul

View previous topic View next topic Go down

Memahami Tugas Rasul

Post by Juang on Fri Nov 13, 2009 7:32 pm

Apabila kita sudah terlalu jauh daripada zaman seseorang Rasul terdahulu, dan kita sudah melihat kehidupan kaum yang kata mereka mengikut ajaran Rasul itu penuh kacau-bilau, maka sudah tiba masa kita kembali ke pangkal jalan.

Pangkal ajaran agama bermula daripada seseorang Rasul yang Allah utuskan. Dengan kembali memahami apakah tugas sebenar para Rasul, kita akan dapat memahami apakah ajaran agama yang sebenarnya.

18.56. Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan- peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.

Daripada ayat Al Quran di atas, yang memberitahu kita tentang tugas sebenar seseorang Rasul, maka kita nampak bahawa Rasul itu adalah insan yang memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat baik.

2.25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.

Dan tugas seseorang Rasul juga adalah pemberi peringatan kepada orang yang kafir dan berbuat jahat itu. Dan Rasul itu tidak akan ditanya pasal orang yang menolak peringatan itu (penghuni-penghuni neraka).

2.119. Sesungguhnya Kami telah mengutusmu dengan kebenaran; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan ditanya tentang penghuni-penghuni neraka.

Di sini, kita nampak tugas Rasul itu hanyalah setakat menyampaikan peringatan kepada manusia (pemberi nasihat), dan bukan urusan baginda untuk menghukum puak mana sesat, puak mana tak masuk syurga dan puak mana kafir.

68.7. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Jadi, asal ajaran Islam yang dibawa oleh seseorang Rasul itu hanyalah untuk menyeru manusia beriman kepada Allah dan hari Akhir serta mengajak kepada berbuat baik, dan melarang yang mungkar. Rasul itu hanyalah pemberi nasihat, bukannya penghukum akidah manusia lain.

Namun kini, ada segolongan manusia yang merasakan diri mereka "pewaris nabi" telah melampaui tugas para Nabi dan Rasul itu dengan jadikan status mereka berkuasa untuk menghukum akidah manusia lain. Mereka merasakan diri mereka setara dengan Allah untuk menjatuhkan hukum dalam hal-hal kerohanian manusia yang mereka sendiri tidak nampak bila masa Allah berikan petunjuk kepada seseorang manusia.

Kerana merasakan diri mereka setara dengan Tuhan, mereka jadikan agama untuk mewujudkan puak-puak kononnya puak mereka sahaja benar, dan selain mereka dihukum sesat. Inilah punca yang merosakkan ajaran agama yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul terdahulu yang menyebabkan sesuatu kaum hidup kacau-bilau.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by im on Sat Nov 14, 2009 11:09 pm

Ya teramatlah benarnya , sepertimana Allah berfirman dalam surah 11 ayat 2 - Umumkanlah , " Jangan sekali kamu sembah melainkan Allah. Aku datang kepada kamu dariNya sebagai pemberi amaran dan juga sebagai penyampai berita-berita baik .
Renungkan apa jadi pada kebanyakkan kaum Nuh, Hud (Ad), Salleh (Thamud), Lut dan Shuib (Midyan) juga Firaun dan pengikutnya ? Tidakkah mereka semua di laknat dengan hukuman yang dasyat dan kesan kemusnahan mereka ini sesetengahnya masih tersergam dan sebahagiannya telahpun luput (11:100)
Mereka semua ingkar pada amaran Rasul dan bukti-bukti yang di bawa olehnya. Mereka ego mempertahankan agama amalan ibubapa ibubapa mereka yang sudah korup amalannya dan sentiasa mencemuh dan mengejek-ejek rasul.

Pada manusia yang berpuak-puak baca Surah 15:89-99
89. Dan umumkan: Aku adalah pemberi amaran yang nyata."

90. Kami akan membuat perhitungan dengan orang orang yang berpecah belah.

91. Mereka menerima Quran hanya sebahagian saja.

92. Demi Tuhan engkau, kami akan menyoal mereka semua,

93. Berkenaan kesemuanya yang telah mereka perlakukan

94. Dari itu, jalankan perintah perintah yang diberikan kepada kamu, dan jangan pedulikan orang orang menyekutukan (Allah).

95. Kami akan menyelamatkan kau dari orang orang yang mengejek ejek,

96. yang mengada adakan tuhan lain disamping Allah. Tentu sekali mereka akan ketahui.

97. Kami tentu tahu sepenuhnya yang engkau merasa sakit hati dengan perkataan perkataan mereka.

98. Kamu mesti menyanyikan dengan memuji muji Tuhan kamu dan bersama samalah dengan orang orang yang sujud.

99. Dan sembahlah Tuhan kamu sehingga kamu dapat mencapai kepastian.


P.s Ingin lihat kesan kemusnahan kaum lut yg ditimpa hujan batu api boleh kunjungi http://www.arkdiscovery.com/sodom_&_gomorrah.htm dan renungilah kesan bukti fizikal yang masih boleh di lihat dan bukan cerita dongengan masa lampau.

im
Siswa-Siswi

Number of posts: 13
State:
Reputation: 0
Credits: 944
Registration date: 2009-11-05

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by Admin on Sun Nov 15, 2009 12:12 am

Kisah kaum Lut yang ingkar terhadap rasul adalah satu pengajaran berguna kepada kita. Apabila Nabi Lut mengajak kaumnya supaya percaya kepada Allah dan mentaati rasulNya, kaumnya dengan berani mencabar Nabi Lut supaya Allah turunkan azab kepada mereka jika Nabi Lut berkata benar.

29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."
29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat kerosakan."

Apabila kaum Lut yang tidak percaya dan melakukan perbuatan sumbang (homoseks) sudah tidak dapat dinasihati lagi, maka mereka menerima azab Allah yang begitu dahsyat termasuklah isteri Nabi Lut sendiri. Kebinasaan kaum Lut ini berlaku pada waktu matahari terbit.

15:73. Dan Teriakan mengambil mereka pada waktu matahari terbit,
15:74. Dan Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.

Saya sendiri dapat membayangkan bagaimana azabnya mereka yang berada pada tempat yang diterbalikkan itu serta dihujani pula dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar. Betapa dahsyatnya peristiwa tersebut!

Tidakkah kita mahu mengambil iktibar dan memahami ayat-ayat Allah ini?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by Juang on Sun Nov 15, 2009 8:52 am

Perumpamaan azab Allah itu boleh kita lihat secebis KuasaNya dalam kejadian gempa bumi di Padang tempoh hari di mana kampung tersebut tenggelam sekelip mata.

Kenapa kejadian seperti itu berlaku kepada umat Islam hari ini? Pasti ia menjadi peringatan berguna kepada kita bahawa sudah ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai umat Islam hari ini yang melayakkan mereka ditimpa bencana.

Dan apakah negara kita terlepas daripada bencana? Sedangkan sejak kebelakangan ini kita selalu dengar kisah banjir-banjir pelik dan kejadian tanah runtuh setiap hujung tanah.

Orang yang tidak percaya kepada Kuasa Allah, pasti mereka tidak akan dapat kesedaran.

Melihat kesan kaum Nabi Luth itu, ada persamaan dengan kejadiaan bencana di negara-negara Islam hari ini. Allah tinggalkan rumah-rumah ibadat di sesuatu kawasan yang ditimpa bencana itu seperti yang terjadi di Turki dan Acheh dahulu.

Apa pengajaran yang kita nampak? Kaum itu ada rumah ibadat untuk mengingati Allah, tetapi dalam seluruh kehidupan mereka tidak ingat Allah. Mereka ingat Allah masa di masjid-masjid sahaja, tetapi bila keluar masjid, mereka membuat kerosakan di muka bumi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by Juang on Tue Dec 01, 2009 6:33 pm

Kitaran malam dan siang tidak dapat dilawan oleh manusia. Orang yang ingin berjaya, mereka akan bangun (sedar) awal pagi sebelum matahari terbit (yang membezakan benang putih dan benang hitam) untuk belajar dan berusaha. Orang yang hidup bermalas-malasan, mereka akan tarik selimut sampai ke tengah hari.

Begitulah juga kitaran jatuh dan bangun sesuatu umat, pasti tidak dapat dilawan. Cahaya kebenaran (yang membezakan antara benar dan palsu) pasti akan datang menyuluh umat yang sudah lama kegelapan. Orang yang ingin berjaya, mereka akan sedar diri seawal mungkin sebelum datangnya cahaya kebenaran tersebut. Orang yang hidup bermalas-malasan, mereka akan terus "berselimut" dengan amalan nenek moyang dan ketinggalanlah mereka.

Tugas Rasul itu seumpama seorang yang mengejutkan sahabat-sahabatnya agar bangun awal pagi sebelum terbitnya matahari agar berjaya dalam hidup. Tetapi orang yang mahu terus bermimpi di siang, mereka pasti mengamuk bila tidur mereka diganggu. Mereka masih terlena yang mereka adalah umat Islam biarpun sifat-sifat mereka sudah berubah jauh daripada sifat-sifat umat Islam yang sebenar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by Juang on Wed Dec 09, 2009 5:40 pm

22:46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

30:58. Dan Sesungguhnya telah Kami buat dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan Sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka."
30:59. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.


Seseorang Rasul bertugas untuk mengajak manusia membuka mata hati masing-masing, agar tahu menilai baik-buruk sesuatu perkara.

Sering terjadi, kaum yang beragama secara menurut, pintu hati mereka tertutup rapat (buta hati) kerana taksub pada ajaran turun-temurun mereka. Minda mereka telah dikongkong bahawa apa yang diterapkan oleh nenek moyang mereka sahaja betul, nenek moyang orang lain semuanya salah.

Mereka sudah tidak tahu menilai dengan waras untuk membezakan yang mana batu dan yang mana debu. Akibatnya baik dan buruk dicampurkan bersama. Jadilah mereka kaum yang jahil.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Memahami Tugas Rasul

Post by Juang on Sat Dec 19, 2009 11:24 am

Para Rasul juga adalah seorang revolusioner pemikiran. Mereka mengajak manusia berhijrah daripada mengikut sesuatu yang tiada bukti saintifik lagi mengarut (taghut) kepada sesuatu yang ada bukti saintifik.

Apabila sesuatu kaum berhijrah kepada pemikiran saintifik, mereka tidak mudah menurut cerita2 kosong dan fitnah. Syaitan-syaitan yang mengapi-apikan ke arah permusuhan tidak mendapat tempat di dalam masyarakat yang hanya berpegang pada sesuatu yang ada bukti yang nyata (boleh dikaji ikut peraturan alam).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum