Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Persaudaraan Sejagat: Dunia sedang menunggu kita.

View previous topic View next topic Go down

Persaudaraan Sejagat: Dunia sedang menunggu kita.

Post by Juang on Fri Nov 13, 2009 3:16 pm

Ketika orang Eropah terlalu obsess mengejar ilmu sains dan teknologi, mereka telah berperang sesama sendiri untuk menunjukkan kekuatan masing-masing ketika Perang Dunia 1. Perasaan bangga dengan bangsa masing-masing menyebab ada yang hilang kewarasan dan melihat perbezaan keturunan sebagai alasan untuk berperang sesama sendiri. Perasaan bangga yang keterlaluan itu juga menyebabkan bangsa Jepun turut terlibat dalam kancah peperangan dunia sehingga meletus Perang Dunia ke-2.

Setelah tamat Perang Dunia ke-2, dunia bergegar dengan perang dingin antara blok Bersekutu dan blok Komunis pula sehingga diwar-war akan berlaku Perang Dunia ke-3 antara kuasa besar iaitu US dan Soviet. Penghujung 90an, barulah blok Komunis runtuh di merata-rata dunia dengan China mula terbuka kepada dunia luar dan Jerman Barat dan Jerman Timur disatukan serta runtuhnya empayar Komunis terbesar iaitu Soviet Union.

Kini, masih wujud lagi bibit-bibit perpecahan terutama antara Barat dan Islam. Masih wujud krisis-krisis yang melihatkan Barat dan dunia Islam yang boleh menjadi punca api permusuhan jika disemarakkan oleh golongan yang fanatik antara kedua-dua pihak yang mengambil kesempatan mencari pengaruh.

Kita selalu disogok oleh golongan yang kononnya berilmu agama bahawa Barat itu adalah musuh Islam, sehingga kita melupai musuh utama manusia yang Allah peringatkan dalam Al Quran iaitu syaitan dalam diri masing-masing yang suka mengajak manusia berpecah-belah. Syaitan inilah yang mengajak manusia malas berfikir dalam mencari kebenaran sehingga rasa taksub kepada kaum atau puak sendiri yang melampau (fanatik). Manusia yang taksub dan fanatik itu akan menyembah golongan-golongan agama mereka sehingga tidak boleh berbeza pendapat langsung.

Kenapa agama tidak diajar dengan lebih suci lagi daripada mementingkan kepentingan peribadi (pangkat atau jawatan atas nama agama) sehingga sanggup membuat ajaran-ajaran dusta yang menyebabkan manusia bermusuh-musuhan sesama sendiri?

Tidak kira pembesar agama apa sekali pun, jika mereka jadikan kepentingan diri (bermegah-megah kononnya puak mereka sahaja betul dan puak lain hina) lebih diutamakan daripada kepentingan sejagat, pasti kerosakan dan kemusnahan sahaja hasilnya.

Oleh kerana itu, kita kena kembali kepada ajaran fitrah yang menjadikan kita insan yang jauh daripada perasaan prejudis terhadap kaum lain dan fanatik terhadap kaum sendiri. Para Nabi tidak mungkin mengajar ajaran-ajaran yang menyebabkan manusia jadi fanatik kerana kita sudah nampak bagaimana perasaan fanatik menyebabkan berlakunya banyak kerosakan di muka bumi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum