Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Islam Baka dan Islam Berdikari

View previous topic View next topic Go down

Islam Baka dan Islam Berdikari

Post by Juang on Thu Nov 12, 2009 3:44 pm

Katakan seorang lelaki yang dilahirkan dari keluarga yang miskin. Kemudian dia berusaha sehingga berjaya mengumpulkan kekayaan mengunakan kepandaiannya sendiri. Lelaki tersebut merasa satu kepuasan kerana berjaya mengubah nasibnya yang asalnya miskin kepada kaya hasil usahanya sendiri.

Setelah masa berlalu, kekayaan si lelaki itu diwarisi oleh anak-cucunya. Oleh kerana pewaris tersebut tidak merasai penat lelah lelaki itu bertungkus lumuh mengumpulkan kekayaan, maka mereka menggunakan kekayaan tersebut secara boros dan untuk bermegah-megah. Mereka hidup secara malas dan hanya mengharapkan kekayaan yang masih tinggal untuk dipergunakan mengikut nafsu. Generasi terkemudian itu sudah hilang semangat berusaha dan berdikari yang ada pada lelaki tersebut dan meraka akhirnya mereka kembali menjadi golongan yang miskin.

Begitulah gambaran jatuh bangun sesebuah umat. Lelaki itu seperti Rasulullah dan generasi awal Islam dahulu yang mengumpulkan kekayaan ilmu dengan menggunakan kepandaian sendiri. Mereka berjaya mengubah nasib kaum mereka yang asalnya lemah, bodoh dan suka berpecah-belah, kepada kaum yang kuat, bijak dan bersatu-padu.

Namun setelah berlalu masa yang panjang, kejayaan generasi terawal itu sudah tidak dihayati dan menyebabkan generasi yang mewarisi mula lalai dan bermegah atas nama agama Islam. Mereka merasakan kaum mereka sahaja betul, dan memandang hina kaum-kaum lain hina. Mereka sudah tiada semangat jati diri dalam memahami Islam, sebaliknya semua ajaran yang didakwa itulah "Islam", mereka turut membuta-tuli. Akhirnya mereka sudah hilang kekayaan ilmu kerana perangai malas berfikir sebaliknya main pakai turut itu. Mereka kembali kepada menjadi kaum yang lemah, bodoh dan berpecah-belah.

Yang tinggal kini hanyalah Islam baka sahaja seperti Islam baka Yahudi dan Islam baka Nasrani yang wujud zaman Nabi Muhammad dahulu yang merasakan kaum mereka sahaja kekasih Allah dan memandang hina kaum-kaum lain.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam Baka dan Islam Berdikari

Post by dish on Thu Nov 12, 2009 4:34 pm

Kenapa la mata dan hati ana nampak perumpamaan yang dibawa ini adalah secara lahiriah semata-mata?

Adakah kerana ana tak pandai berfikir atau kerana akal ana yang cetek?

Ana tak faham...betul-betul tak faham kenapa kita sekarang ni dikatakan sebagai islam baka sahaja?

Baka itu keturunan kan? betulkan ana kalau ana silap. Ana hanyalah seorang insan kerdil yang mencari makna hakiki hakikat kehidupan yang sebenar. menunggu masa pergi kepadaNya.

Keturunan, satu masa nanti ia akan pupus atau lenyap. tapi Islam, akan pupuskah ia? Setau ana ia adalah agaya yang dipelihara Allah. Macam mana boleh timbul islam baka pulak? Islah hadhari ana pernah dengar la Smile

Sekadar pandangan dari ana yang kerdil di muka bumi Allah yang luas terbentang ini.

dish
Siswa-Siswi

Number of posts: 23
Reputation: 0
Credits: 1049
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Islam Baka dan Islam Berdikari

Post by Juang on Thu Nov 12, 2009 5:25 pm

Islam baka = merasakan diri sudah Islam sekadar lahir dari keturunan yang mengaku Islam dan sekadar menurut ajaran turun-temurun. Tidak mahu membuka minda untuk melihat Islam pada kaum-kaum lain yang mereka rasakan tidak Islam. Tidak sanggup contohi kebaikan daripada kaum-kaum lain (kerana merasakan kaum lain adalah hina), dan tidak mahu berubah meninggalkan amalan-amalan yang tidak membawa manfaat kepada diri dan masyarakat.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum