Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Agama itu ideologi yang merosakkan

View previous topic View next topic Go down

Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by tolokminda on Mon Nov 09, 2009 5:36 pm

Semua agama yang menjadi pegangan majoriti manusia di atas mukabumi ini merupakan ideologi.

Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha semuanya hanyalah ideologi. Ideologi berasal dari perspektif seseorang atau sekumpulan manusia yang melihat sesuatu masalah dari satu sudut kepercayaan atau keyakinan dan cuba menyelesaikan masalah itu mengikut kaedah-kaedah yang mereka ketengahkan. Bagaimanapun sudut yang menjadi fokus pendokong ideologi biasanya sempit dan mendatar dan keadaan itu menyebabkan mereka mengamalkan kaedah penyelesaian yang berbeza-beza walaupun persoalan yang mahu dijawab adalah sama.

Hari ini kita dapat melihat hakikat ini dengan jelas. Walaupun pada dasarnya semua agama bertujuan untuk mengenali Tuhan supaya manusia dapat menjalani kehidupan mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh-Nya, pendokong-pendokong ideologi agama tidak menemui titik pertemuan mahupun persefahaman di antara mereka. Mereka seperti kumpulan orang buta yang berhadapan dengan seekor gajah.

Seorang berkesempatan memegang ekor dan dia mentafsirkan gajah itu melalui pengalamannya dengan ekor gajah. Sorang lagi memegang belalai dan mendapat keyakinannya melalui pengalamannya memegang belalai gajah. Begitu jugalah dengan yang lain-lain. Tafsiran mereka terhadap gajah hanya terbatas kepada pengalaman dan mungkin anggapan masing-masing dan mereka merasa puashati dan tidak mahu tahu apa kata orang lain.

Apabila orang-orang buta dengan gajah ini kembali dalam masyarakat, mereka terus menyebarkan cerita mengenai gajah mengikut idelogi mereka sendiri. Kepada orang-orang yang malas berfikir dan tidak bersedia untuk mencari jawapan sendiri, ideologi gajah yang sampai kepada mereka melalui orang buta ini selalunya akan kekal menjadi pegangan sampai ke mati. Pendek kata, mereka pun turut menjadi buta sepertimana orang buta yang bercakap tentang gajah kepada mereka.

Tuhan tidak mahu kita menjadi manusia yang buta. Melalui Al-Quran, Tuhan memberi peringatan keras tentang kecenderungan individu atau puak berpegang kepada sesuatu melalui budaya menurut membuta tuli. Al-Quran menyuruh kita berdikari dan memastikan sendiri kesahihan atau kewajaran sesuatu perkara sebelum menerimanya. Al-Quran mengajar kita berfikir dan menyimpulkan sesuatu berdasarkan logik.

Logik adalah mata minda dan kemampuannya melangkaui batas kemampuan deria mata dan deria telinga. Hanya melalui logiklah tafsiran kita terhadap sesuatu akan bebas, tidak terkongkong dengan apa yang hanya kita boleh nampak dengan mata ataupun dengar dengan telinga. Selain itu logik juga membebaskan kita dari belenggu emosi atau sentimen kerana melalui logik, prinsip akan mengambil alih pemanduan jiwa.

Prinsip adalah kunci kepada semua kejadian Tuhan. Semua perkara yang sudah kita tahu, belum kita tahu, ingin kita tahu atau mahu kita tahu sebenarnya sudah sedia terbentang di belakang dan di hadapan kita. Kita hanya perlu melihat dengan mata minda untuk memahami semua prinsip yang berkenaan. Apa saja kesimpulan yang datang dari prinsip yang betul sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Tuhan pasti akan diterima secara universal dan membawa kebaikan.

Sebaliknya apa-apa yang disandarkan kepada ideologi, biasanya hanya membawa kepada perbalahan, perpecahan dan kerosakan. Buktinya sudah jelas terpahat dalam lipatan sejarah. Permusuhan, pergaduhan, pembunuhan dan peperangan akibat taksub kepada ideologi merentasi segala batas dan sempadan masyarakat manusia. Tidak kiralah samada ideologi itu berteraskan politik mahupun ideologi yang berteraskan agama.

Nota: Artikel di atas adalah posting terbaru saya dalam ruangan Salam di Semasa.net. Saya baru saja mengusahakan Semasa.net sejak beberapa minggu lepas, dan atas sebab itu saya kurang mempunyai masa untuk join di sini. Saya harap rakan-rakan dari e-mindakita sudi sama-sama memeriahkan laman baru saya http://www.semasa.net

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by Juang on Tue Nov 10, 2009 5:37 am

Agama itu menjadi ideologi yang merosakkan apabila mereka menerapkan ajaran bahawa mereka sahaja puak yang betul, dan puak lain semuanya salah. Inilah perangai buruk yang merosakkan semua ajaran para Nabi terdahulu termasuk apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.

Padahal Al Quran sudah beri guideline untuk menjauhi perangai buruk tersebut iaitu dengan cara:

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda." (Az-Zumar (39): Ayat 18).

Jangan taksub pada sesuatu puak, tetapi dengar semua pandangan dan pilih yang paling baik daripadanya. Itulah Islam yang sebenar yang tidak terbatas ikut sesuatu ideologi puak-puak tertentu sahaja.

Semua puak mengaku ajaran mereka betul, dan tiada siapa nak mengaku ajaran mereka salah biarpun kaum mereka sudah sampai tahap lemah, berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Apakah kita ingat kaum Yahudi dahulu senang-senang nak mengaku ada yang tak betul dengan ajaran turun-temurun mereka biarpun Allah telah azab mereka dengan perpecahan sesama sendiri? Sudah pasti mereka mengaku apa yang mereka amalkan itu adalah ajaran Nabi Musa (Taurat). Tetapi bila Nabi Muhammad ajak mereka menghukum guna Taurat sahaja, kebanyakan mereka berpaling kerana mereka tahu mereka telah mendustai Kitab Allah.

Cuba ajak orang Islam hari ini berhukum dengan Al Quran semata-mata, pasti kebanyakan mereka berpaling.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by slipar on Tue Nov 10, 2009 11:22 pm

Nota: Artikel di atas adalah posting terbaru saya dalam ruangan Salam di Semasa.net. Saya baru saja mengusahakan Semasa.net sejak beberapa minggu lepas, dan atas sebab itu saya kurang mempunyai masa untuk join di sini. Saya harap rakan-rakan dari e-mindakita sudi sama-sama memeriahkan laman baru saya http://www.semasa.net


rasanya artikal di atas pernah aku baca tapi ingat2 lupa kat mana yer ....

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by tolokminda on Wed Nov 11, 2009 12:52 am

Kat http://www.semasa.net la agaknya, slipar. Saya baru buat laman tu. Terima kasih sebab dah mengunjunginya... Harap datanglah selalu ye : )

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by tolokminda on Wed Nov 11, 2009 1:05 am

Posting ini adalah tampalan terbaru dari http://www.semasa.net

Dalam posting terbarunya di Chedet.com, Dr Mahathir menulis satu artikel yang saya tampalkan semula di bawah. Saya dapati ia amat relevan dengan artikel saya sebelum ini yang bertajuk Agama Itu Ideologi Yang Merosakkan.

Jika anda tidak berapa faham apa yang saya maksudkan dalam artikel saya itu, jawapan atau komen saya kepada artikel Dr Mahathir mungkin dapat membantu menjelaskan. Saya tak tahu samada jawapan saya di blog Chedet akan disiarkan atau tidak, tapi apapun biarlah saya ambil kesempatan untuk siarkan di sini terlebih dulu.
Ahli Sunnah Wal Jamaah
By Dr. Mahathir Mohamad
on November 10, 2009 2:41 PM


1. Saya baru-baru ini telah tulis sedikit dibawah tajuk “Hukum Allah” berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah samada benar ia adalah hukum Allah. Saya dikecam hebat oleh orang yang mungkin lebih terpelajar dalam agama. Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

2. Saya berdebar hati apabila membaca yang Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis ditangkap dan dibawa ke balai polis. Dia dilepas dengan ikat jamin polis.

3. Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Dr Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap. Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras.

4. Kemudian akhbar melaporkan kes terhadapnya belum pun disediakan. Apakah tidak ada “due process” dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja.

5. Teringat saya akan “Islam Hadhari” yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah? Jika Ya maka orang Islam di Malaysia hendaklah masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?

6. Selain dari itu saya juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik Dr Asri bahawa satu dari kesalahannya ialah beliau cuba berpandu kepada Al Quran dan Hadith dan tidak kepada ijma ulama ahli Sunnah wal jamaah.

7. Walaupun kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir. Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul.

8. Di negara kita ini pun terdapat banyak perbezaan tendapat
walaupun kita semua menerima ajaran ahli sunnah wal jamaah imam Shafii. Diantara sembilan negara dan satu wilayah di n Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat.

9. Tentu jelas perbezaan pendapat tidak menjadikan seseorang itu sudah terkeluar dari arus perdana Islam sunni. Sudah tentu jika dikaji pendapat ulama yang mengikut ajaran sunni di negara-negara lain akan terdapat lebih banyak perbezaan.

10. Hanya kerana adanya perbezaan pendapat yang tidak besar tidak sepatutnya menyebab tuduhan bahawa seseorang itu sudah tidak lagi turut ajaran sunni. Apatah lagi perbezaan pendapat itu dialas dengan hujah-hujah yang berasas kepada Al Quran dan Hadith.

11. Semasa saya kecil lukisan rupa manusia dan binatang, penggunaan lampu letrik di dalam masjid dan kegunaan kereta bermotor untuk jenazah dilarang. Tetapi semuanya dianggap halal sekarang. Sekali lagi ajaran Islam dalam kaum sunni juga boleh berbeza dari satu masa ke satu masa.

12. Saya tidak nafi ajaran sesat ala Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat. Tetapi janganlah penguasa agama terlalu ghairah hendak haramkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

13. Jawapan kepada saya tentulah saya jahil berkenaan agama Islam dan tidak berhak bercakap berkenaan dengannya. Yang tidak akan dijawab ialah yang mana satu yang saya perkatakan ini adalah tidak berasas kepada kenyataan.

14. Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang.



Salam Tun,

Kalau mengikut Al-Quran, umat Islam sepatutnya digeruni dan dihormati lawan mahupun kawan. Mereka sepatutnya menjadi pemimpin. Mereka sepatutnya lebih maju dan berjaya. Tapi hakikat yang ada di depan mata kita adalah sebaliknya. Umat Islam lemah, mengarut, tidak berakal, mundur dan menjadi ejekan. Kadar buta huruf di setengah-setengah negara-negara Islam hanya baik sedikit dari penduduk reban ayam.

Jadi tentulah ada yang tak kena dengan ajaran yang menjadi pegangan umat Islam hari ini. Mereka tidak menurut apa yang disuruh oleh Tuhan tetapi mereka hanya menuruti ideologi para imam tanpa soal. Mengapa ada sunni? Mengapa ada syiah? Mengapa ada iman Syafie. Mengapa ada imam Hambali dan sebagainya? Adakah Tuhan suruh kita ikut ideologi imam-imam ini atau Tuhan sebenarnya suruh kita ikut cara hidup yang selaras dengan sistem yang telah Dia ditetapkan ke atas seluruh makhluknya, termasuklah manusia?

Seluruh alam ini berfungsi mengikut sistem yang telah ditetapkan Tuhan. Pergerakan alam semesta, tumbuhan yang melata, haiwan yang pelbagai, elektromagnetisme, graviti dan apa saja semuanya tidak pernah melanggar hukum-hukum yang Tuhan telah tetapkan dalam sistem-Nya.

Manusia boleh belajar apa saja yang terhampar dalam alam ini kerana kepatuhan semua mahluk kepada hukum-hukum Tuhan itu. Dan dengan ilmu yang diperolehi mengenai pelbagai perkara, manusia mampu menjadi khalifah yang berjaya dalam usahanya memakmurkan bumi dan menikmati kehidupan harmoni (in peace, Islam) dengan alam dan Tuhan. Itulah yang Tuhan nak kita buat. Itulah yang Tuhan nak kita capai. Itulah maksud sebenar menjadi muslim.

Malangnya kita tidak menuruti pedoman yang Tuhan beri. Kita langsung tidak mengambil inisiatif untuk memahami apa yang Tuhan sampaikan kepada kita. Tuhan turunkan kitab kepada Yahudi, mereka ubah jadi kitab sendiri. Tuhan beri kitab kepada penyembah berhala melalui Ibrahim, mereka pun ubah jadi kitab sendiri juga.

Tuhan beri kita Al-Quran, ya kita tak boleh ubah sebab Tuhan dah janji untuk memeliharanya. Tapi kita pakai kitab imam pulak. Di sinilah punca masalah kita, Tun. Kitab imam kita dokong sampai buat universiti, buat mahkamah dan macam-macam untuk merealisasikannya. Malah kita sanggup bunuh orang, bunuh anak sendiri sebab dokong kitab imam. Tapi kitab Al-Quran kita guna untuk mengaji berlagu-lagu saja. Sebab itulah kita selalu kecewa dengan hasilnya. Kita dokong kitab yang salah.

Percayalah umat Islam sekarang ni, doa banyak mana pun tak guna selagi mereka tidak mematuhi al-Quran, kitab yang Tuhan turunkan kepada kita supaya menjadi pedoman hidup. Apabila kita mengikut agama berasaskan ideologi perspektif kita terhadap kehidupan, alam dan Tuhan akan terkongkong kepada pengetahuan dan kepercayaan pencipta ideologi berkenaan saja, iaitu imam-imam yang mempeloporinya.

Maka ajaran yang ditonjolkan tidak lebih dari ajaran yang statik dan tidak mungkin mampu mengekalkan relevannya seiring perubahan alam atau zaman. Akhirnya pengikut agama ideologi tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan agama ideologi imam mereka melalui pendekatan jumud dan menekan dalam usaha menghalang orang keluar dari kepompong kejahilan yang menjadi pilihan mereka.

EditorSemasa.Net
http://www.semasa.net

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 1943
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by Juang on Wed Nov 11, 2009 6:23 am

Apabila dijadikan pendapat imam-imam terdahulu suatu yang wajib dipercayai tanpa boleh berbeza pendapat, bukankah itu telah menjadi imam-imam terdahulu itu seperti sekutu Allah?

Apakah kita hendak tiru perangai kaum nabi Nuh yang jadi selain Allah itu satu sembahan?

71.23. Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan penyembahan)
wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr."

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by im on Wed Nov 11, 2009 9:37 am

..dan menjadikan ketua ketua agama dan ulama' ulama' sebagai
tuhan tuhan di samping Allah

9:31. Mereka mengambil habr
(ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara
selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk
menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung,
di atas apa yang mereka menyekutukan.

im
Siswa-Siswi

Number of posts: 13
State:
Reputation: 0
Credits: 836
Registration date: 2009-11-05

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by Juang on Wed Nov 11, 2009 10:58 am

Bila tengok ayat-ayat Al Quran itu, terasa macam kita telah kembali ke zaman kaum-kaum terdahulu menyekutukan Allah.

Ya Allah. Kepada Engkau kami bermohon pertunjuk dan pertolongan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by slipar on Wed Nov 11, 2009 12:04 pm

aku pun heran sebagai bekas pemimpin sebuah negara boleh memberi pandangan yg sedemikian rupa . apalah yg ada di sisi kita kalau kita hanya nak menonjolkan diri tanpa kejujuran pada diri sendiri .jati diri ialah jujur pada diri sendiri dan tak perlukan makhluk lain utk mengagungkan allah yg diri ini akan ketemu akhirnya . biarlah kita jahat asal kita tidak mengaku baik pada orang lain bahkan merndah direi dgn kekurangan yg ada agar dapat memperbaiki diri .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Agama itu ideologi yang merosakkan

Post by Juang on Wed Nov 11, 2009 12:29 pm

Benar. Bila kita tidak merasa diri tu baik, maka kita takkan berani nak menghukum orang lain tak baik. Kita hidup ini hanyalah untuk mengajak semua manusia berbuat baik dengan sentiasa belajar memperbaiki diri masing-masing.

Setiap diri kena bertanggungjawab pada dirinya sendiri. Kena ada rasa nak perbaiki diri selalu sehingga dipanggil pergi.

Manusia yang rasa dirinya sudah baik kerana menganuti sesuatu ajaran turun-temurun akan dihinggapi penyakit ego. Mereka merasakan diri mereka setara dengan Allah untuk menghukum manusia yang berbeza amalan kebaikannya. Apakah nak berbuat baik itu terhad pada amalan sesuatu kaum sahaja?

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum