Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kepuasan Hidup Mereka-cipta

View previous topic View next topic Go down

Kepuasan Hidup Mereka-cipta

Post by Juang on Sun Nov 08, 2009 9:30 pm

Apabila kita renungi wahyu pertama Al Quran yang menyuruh manusia membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, dan melihat keupayaan diri manusia yang mampu mereka-cipta (kebolehan yang tidak dikurniakan kepada makhluk-makhluk lain termasuk malaikat), kita akan nampak betapa besarnya rahsia di sebalik kehidupan untuk menjadi insan yang suka mereka-cipta.

Untuk mereka-cipta sesuatu yang belum wujud, sudah pasti memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Bukan calang-calang manusia mampu melakukannya melainkan manusia yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memerah idea. Namun, di sebalik kesukaran untuk memerah idea itu, kepuasan yang tidak terhingga dapat dirasai apabila reka-cipta itu dapat direalisasikan.

Kepuasan di setiap kejayaan mencipta sesuatu akan menjadi pemangkin untuk meneroka ciptaan-ciptaan baru yang lebih hebat. Itulah perasaan yang dirasai oleh insan-insan yang suka mereka-cipta.

Kepuasan tersebut lebih bernilai daripada nikmat mengumpul harta-benda dan mengejar pangkat dan kemewahan. Jadi, di sini kita nampak, jika kita mampu menyedarkan umat Islam agar kembali menjadi generasi yang suka mereka-cipta, mereka dapat dijauhkan daripada krisis perebutan kuasa dan berhasad dengki sesama sendiri kerana mengejar pangkat dan kekayaan. Ini kerana, Allah memberi rasa kepuasaan yang sama-rata kepada mereka yang suka mereka-cipta setiap kali berjaya menghasilkan ciptaan mereka. Tidak perlu hendak berhasad dengki seperti orang yang sibuk berebut kuasa dan kemegahan tersebut.

Lihatlah bagaimana kisah para Rasul terdahulu yang memiliki kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Sudah pasti mereka adalah insan-insan yang memiliki semangat suka mencipta dan mempunyai daya fikir yang tinggi. Sudah pasti juga, solat mereka adalah segala aktiviti yang menjadikan mereka seorang yang berkemahiran tinggi, bukannya setakat buat amalan turun-temurun secara menurut membuta-tuli.

Tetapi ramai yang tidak nampak apakah arah atau matlamat ajaran Al Quran itu, sehingga mereka akhirnya menjadi seperti kaum-kaum terdahulu yang membuat amalan ritual sembahan turun-temurun. Nampak sangat mereka tidak mengambil pedoman dan contoh baik daripada kisah para Rasul yang banyak diceritakan dalam Al Quran, yang mana para Rasul itu bukanlah pengikut amalan ritual turun-temurun, sebaliknya mereka adalah insan-insan yang bijak, kreatif, berkemahiran dan berilmu tinggi.

Hanya insan-insan seperti itu layak mendapat ilmu-ilmu Allah yang terlalu luas tanpa sempadannya. Tetapi tidak ramai orang Islam sekarang sedar dan memikirkan semua itu akibat pemikiran mereka telah terkongkong dengan ajaran turun-temurun, wallaupun suatu ketika dahulu umat Islam gemilang dalam bidang ilmu dan kebijaksanaan, bukan gemilang dengan amalan ritualnya.

Bapa-bapa mereka kata, mereka-cipta itu hal dunia, tetapi buat amalan sembah itulah untuk akhirat. Padahal ilmu yang menjadikan manusia itu tahu mereka-cipta itulah bekalan akhirat kerana ia tidak akan musnah dan kekal sampai bila-bila. Sebaliknya amalan ritual sembahan itulah yang akan musnah kerana mereka hanya sandarkan pada gerakan-gerakan jasad mereka yang tidak akan mendatangkan ilmu malah jasad itu akan ditinggal pergi bila mati nanti. Tetapi mereka tidak menyedari.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum