Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Al Quran, Kitab Menaikkan Semangat
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Al Quran, Kitab Menaikkan Semangat
Apabila kita memahami pengajaran Al Quran dan mempraktikkan pedomannya dalam kehidupan, kita akan nampak bahawa Kitab ini mengajar manusia menjadi seorang yang bersemangat tinggi. Inilah Kitab yang menjadi sumber inspirasi dan membakar semangat dalam diri untuk hidup sebagai insan yang berkeupayaan tinggi dan suka berdikari.
Segala suruhan yang ada dalam Al Quran semuanya ke arah menjadikan manusia yang bersemangat tinggi, sedangkan apa yang Allah telah larang dalam Al Quran itu pastilah sesuatu yang boleh mencabut semangat dalam diri.
Jadi segala ibadat seorang yang beriman kepada Al Quran, pastilah untuk menjadikan dirinya seorang yang bersemangat, baik dari segi cara solatnya, zakatnya dan ibadah-ibadah yang lain. Yang meniupkan semangat ke dalam diri seseorang manusia itu adalah Allah. Kita kena kenal diri, apakah perbuatan-perbuatan yang logik untuk kita menaikkan semangat jati diri.
Adalah tidak patut ajaran agama diajar secara main pakai turut tanpa memahami perkaitannya ke arah melahirkan insan yang bersemangat tinggi. Ajaran sebegitu hanya melemahkan jiwa manusia seterusnya menjadi umat yang lemah macam keadaan umat Islam hari ini yang harapkan ramai, tapi macam buih di lautan.
Berapa banyak kisah terdahulu di mana golongan sedikit berjaya mengalahkan golongan yang ramai? Bagaimana keadaan itu terjadi? Bila golongan yang sedikit itu lebih tinggi semangatnya berbanding golongan yang ramai itu, maka yang sedikit itu pasti akan berupaya mengalahkan yang ramai tersebut. Itulah sifir yang ada diajar dalam Al Quran. Kerana itu, sudah pasti segala amalan orang beriman adalah untuk menjadi manusia yang bersemangat tinggi.
Fikirkan amalan-amalan yang kita lakukan selama ini, sejauh mana ia logik untuk menaikkan semangat dalam diri kita?
Seorang insan yang bersemangat tinggi, jika dia menghadapi kegagalan, dia tidak akan berputus-asa. Jika dia mendapat kejayaan, dia tidak akan berbangga diri.
Tetapi manusia yang lemah jiwanya, jika dia gagal, maka dia akan berputus-asa, tetapi bila berjaya, dia akan berbangga diri kononnya kejayaan itu miliknya semata-mata.
Jadi, beragama macam mana yang terbaik untuk diri kita? Adakah kita beragama dengan cara berdikari (bertawakal kepada Allah dan mengharapkan petunjukNya semata-mata) agar dengan cara ini kita akan menjadi insan yang bersemangat tinggi, atau sekadar beragama secara menurut masyarakat kerana takut amalan tak betul ikut cakap "segolongan manusia", seterusnya jadi manusia yang lemah dan tidak berkeupayaan diri?
Al Quran ada jawapan yang ingin kita cari tentang erti hidup yang sebenarnya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Sejarah Al-Quran 1
» Quran Shareef Para # 12
» VEDA , Kitab Suci Hindu
» Quran Vs Computer
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
» Quran Shareef Para # 12
» VEDA , Kitab Suci Hindu
» Quran Vs Computer
» Maksud Sujud Dalam Al-Quran
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum