Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Mentaati Kebijaksanaan

View previous topic View next topic Go down

Mentaati Kebijaksanaan

Post by Juang on Fri Nov 06, 2009 12:31 pm

Kebijaksanaan adalah salah satu Sifat Allah yang banyak disebut dalam Al Quran. Dan Sifat ini dipinjamkan kepada para nabi dan Rasul untuk memimpin kaum mereka ke arah hidup yang aman dan sejahtera (Islam). Jadi, mentaati kebijaksanaan itu adalah tanda kita tunduk kepada Allah.

Orang yang bijaksana, dia mengetahui apa hikmah sesuatu perbuatan yang diamalkan. Dia tidak akan berbuat sesuatu yang tidak diketahui apa kesan baik atau buruknya. Setiap kata-katanya boleh dibuktikan benar, bukannya sekadar bercakap menumpang nama orang-orang terdahulu.

Hidup akan selamat bila kita mengikuti apa yang kita tahu. Seperti kita memandu kereta, jika kita memilih laluan yang kita tidak tahu, sudah pasti risiko untuk tersesat itu adalah tinggi. Seperti itulah dengan laluan hidup kita, pastikanlah kita tahu apa yang kita lakukan, bukannya main pakai turut ajaran turun-temurun atas sangkaan itu semuanya benar kerana perangai macam itu mengundang kesesatan.

Benar atau tidak, ia memerlukan bukti yang kukuh dan jelas. Bukannya setakat cakap "ini adalah ajaran yang benar kerana Nabi berkata begitu". Itu bukan hujah orang yang bijaksana, melainkan hujah orang yang bersangka-sangka.

Jauhilah persangkaan, kerana di situ tiada kebenaran. Bagaimana jiwa kita nak mantap dengan keyakinan (iman) jika banyak berpegang pada ajaran yang bersandarkan persangkaaan semata-mata yang kita sendiri tidak mampu menunjukkan di mana benarnya apa yang kita turuti itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Mentaati Kebijaksanaan

Post by Juang on Sat Nov 07, 2009 1:42 pm

Bagaimana nak mewujudkan sistem Khalifah?

Sistem khalifah tidak mungkin dapat dibangunkan jika manusia itu tidak bijak memahami perihal masyarakat yang terdiri berbilang kaum, adat resam, agama dan perbezaan pandangan. Jadi, untuk mewujudkan sistem khalifah seperti yang pernah dicapai oleh para Nabi terdahulu, memerlukan kita sanggup tunduk belajar dengan kebaikan-kebaikan yang wujud di serata dunia tanpa rasa prejudis atas perbezaan kepercayaan atau bangsa.

Sebenarnya, dengan melihat banyak perbezaan, otak manusia dapat belajar banyak perkara. Jadi, jangan takut melihat perbezaan, kerana di sebaliknya, tersembunyi pelbagai rahsia yang kita tidak ketahui.

Amalan beragama secara sempit dan tidak terbuka pada perbezaan menyebabkan pemikiran jadi jumud. Ini menyebabkan manusia itu hidup dalam keadaan taksub dan fanatik. Seorang yang beriman, tidak mungkin hidup secara taksub kerana dalam Al Quran sudah menceritakan perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang begitu taksub dengan puak mereka. Jadi, takkanlah kita nak tiru perangai macam itu?

Otak manusia mula berkembang bila mengenal beza sesuatu perkara. Setiap perkara ada lawannya. Allah cipta otak manusia seperti sistem komputer mengenal beza logik 0 dan 1. Jika prosesor komputer melihat logik 0 dan 1 itu sama sahaja nilainya, sudah pasti komputer itu tidak dapat berfungsi dengan betul. Macam itulah dengan otak manusia, jika baik-buruk atau benar-bathil itu dilihat sama, sudah pasti manusia itu tidak akan berfungsi dengan betul sebagai seorang manusia. Silap-silap mereka akan jadi lebih hina daripada haiwan ternakan.

Apabila otak manusia waras membezakan dua keadaan tersebut, barulah manusia itu bertindak dengan adil tanpa rasa prejudis pada kaumnya atau ajaran turun-temurunnya. Mana yang tidak betul, seorang yang adil akan tegas mengatakan ia tidak betul walaupun terpaksa menghadapi cemuhan daripada kaum kerabatnya sendiri. Itulah risiko dalam memperjuangkan kebenaran semata-mata mahu melihat semua manusia hidup aman dan harmoni di bawah sistem khalifah yang sebenar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum