Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Apa Perasaan Mereka ?

View previous topic View next topic Go down

Apa Perasaan Mereka ?

Post by Payau Putih on Mon Oct 26, 2009 10:29 pm

PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah

abatan pendidikan prasekolah PAS akan membuang satu hadis yang didakwa
palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru,
seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.

Jabatan
itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan
buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya
Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.

"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.

"Kita
masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada
perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul
Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau
maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan
di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif
(lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak
sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas
merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini
memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak
menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah
perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu
kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran
PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks
rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.

Menurut
Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI PAS pada asalnya bercadang menerbitkan
edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di
peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.

Tambahnya, kedua-dua proses tersebut "memerlukan masa yang agak panjang".

Sumber http://malaysiakini.com/news/115912

Salaam,

Apakah perasaan tuan-tuan jika tuan salah seorang pelajar yang pernah menggunakan buku teks berkenaan..... setelah tuan2 diajar dan disematkan bahwa ianya adalah sebagai sebahagian syariat.... dan tuan2 kini telah membesar dan mendapati bahwa yang diajar itu merupakan satu penipuan.....

Sedih....?
Rasa Tertipu....?
Tiada Rasa Apa2....?
....... ?

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1267
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: Apa Perasaan Mereka ?

Post by Juang on Tue Oct 27, 2009 4:00 am

Kembalilah kepada Al Quran. Bila jiwa mantap dengan Al Quran, maka ia akan membentengi jiwa dari kepalsuan.

Al Quran bukan untuk dihafal ayat-ayat Arabnya, kerana hafalan hanya terletak pada otak yang akan kita tinggalkan bila mati nanti. Al Quran bukan untuk dilancarkan sebutan Arabnya, kerana sebutan hanya terletak di lidah yang akan kita tinggalkan bila mati nanti.

Sematkanlah kefahaman Al Quran kerana kefahaman itulah yang akan membaluti jiwa kita dan dibawa ke alam kekal abadi.

Tetapi sedikit sekali manusia memikirkannya.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum