Log in
Similar topics
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 3 • Share •
Page 3 of 3 •
1, 2, 3
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Jadi, apakah cara solat kebanyakan orang Islam
buat sekarang ini benar-benar mengikut kehendak Allah ajar pada Rasul
dahulu? Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman
kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya. Tetapi bila
sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel
atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum
kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
anda puasa x? kalau anda puasa anda rasa ibadat puasa anda sama ke macam umat2 trdahulu? bleh buktikan x?

hilmi88- Siswa-Siswi
- Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:
adalah sebelum nabi brhijrah ke madinah terdapat masjid lain selain dripada masjidil haram & masjidil aqsa pada masa itu? takkan anda nk cakap ke masjid kuala lumpur atau ke masjid kristal kot? itu la anda yang menterjemah & tafsir ayat al-quran hanya mengikut gaya bahasa arab biasa tanpa merujuk sumber2 yang lain seperti asbabun nuzul,hadith dll..
Itu yang saya katakan, bacalah ayat itu secara jujur. Ayat tu tak sebut pun berapa lama tempoh perjalanan. Hanya sebut waktu perjalanan iaitu waktu malam. Dan perjalanan itu antara dua destinasi. So apa yang tak logik berjalan pada waktu malam antara 2 destinasi? Yang sampai pergi bersangka di luar skop ayat itu buat apa?
Aduhai, dengan ayat yang terang macam itu pun dah tak jujur. Patutlah umat Islam hari ini lemah macam itu sekali. Sudahlah berubah sifat daripada sifat umat Islam yang sebenar, ada hati nak mengaku umat Islam. Bagaikan debu yang menyangka dirinya batu.
apa motif Allah buat mcam tu? takkan saja2 nak bawak gi jalan2 makan angin? lagi 1,Allah sebut pada malam hari,bknye siang.. bukannye senang nk bejalan di waktu malam pada zaman tu. ada ke Rasulullah saja2 nak buang masa berjalah gi palestin waktu malam2? korang ckap kje Rasulullah cuma smpaikan wahyu,so buat apa dia pegi palestin waktu malam2?
Malam suasananya sunyi. Oksigen banyak. Maka ia adalah waktu yang terbaik untuk berfikir memerah idea setelah melihat tanda-tanda Kebesaran Allah di serata alam. Ini kerana otak akan mudah berfikir dalam keadaan sunyi dan oksigen banyak. Sebab itu ada ayat Al Quran yang suruh kita bangun malam dan membaca.
Berjalan pula baik untuk meluaskan pandangan. Jauh perjalanan luas pengalaman. Dan berjalan pada waktu malam, tidaklah panas disinari matahari.
Jadi pengajaran ayat itu menggalakkan kita berfikir dan meluaskan pandangan, barulah tidak jadi manusia yang jumud dan taksub. Lihat perbandingan di antara 2 tempat, dan menilai mana yang terbaik. Barulah kreatif otak berfikir.
Kalau kita kaji Al Quran, memang kita akan nampak pengajarannya semua ke arah pembangunan minda. Tiada pergi ke arah lain. Sebab itulah terhasilnya zaman kegemilangan Islam dahulu di mana umat pada waktu itu bijak-bijak. Lahirnya ramai ilmuan dan terhasilnya banyak kitab-kitab ilmu pelbagai bidang.
Malangnya apabila Al Quran tidak dihayati, malah diambil kitab-kitab lain untuk menjauhi Al Quran, maka lahirlah umat yang lemah akalnya lagi suka menurut membuta-tuli. Kesian...

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:anda cakap tugas rasul cuma smpaikan ayat2 Allah.so dia hanyalah
penyampai je kn? tapi anda menerima ayat2 tersebut,mengkaji &
memahami ayat2 tu.. seolah2 perumpamaannya Rasulullah adalah posmen
& anda adalah saintis.. posmen menghantar segala dokumen dripada
ketua saintis untuk anda kaji kandungannya. kan nmpak sgt2 betapa
rendahnya martabat rasul & seolah2 anda lebih mulia dripada rasul..?
Rasul itukan seorang yang bijaksana. Sebelum baginda nak sampaikan ayat itu kepada orang lain, pastilah baginda sudah mengkajinya dahulu dan bereksperimen pada diri baginda sendiri. Selepas nampak hasilnya, barulah baginda yakin sampaikan kepada orang lain.
Ingatlah sikit yang Rasul itu bukan seorang yang bercakap ikut rasa. Baginda berfikir secara rasional. Sudah pasti baginda berfikir dahulu sebelum bertindak.
Yang saya tak faham, kenapa dikatakan tugas menyampaikan itu rendah martabatnya? Bukankah dalam surah Al Ashr sebut, orang yang untung adalah orang yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. Rasulullah sampaikan kebenaran dan kesabaran pada manusia, bukankah itu tugas yang menguntungkan? Bila menguntungkan, sudah pasti nilainya tinggi, bukannya rendah.
Nak letak nilai pun tidak kena pada tempatnya. Macam mana nak jadi manusia yang adil?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:patutla Dr. Rashad khalifa sanggup mngaku dirinya adalah Rasulullah.. Astagfirullah..
Agak-agaknya masa para Rasul terdahulu mengaku diri mereka Rasul, macam itulah orang-orang kafir tidak percaya.
Biarlah manusia itu nak mengaku dirinya rasul ke apa. Yang dengki sangat buat apa? Itulah perangai orang Islam hari ini, dengki tak sudah-sudah. Patutlah tak maju-maju dan hidup menumpang teknologi bangsa lain. Tahap dengki mereka sukar diubati lagi.
Kalaulah yang mengaku dirinya Rasul itu pendusta, kedustaannya itu akan kembali kepada orang itu juga. Bukannya pergi kepada orang lain pun. Melainkan orang lain itu jenis menurut membuta-tuli sahaja.
Simple logik macam tu pun takleh nak difikirkan. Apa punya umat daa...

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:ahli sejarah barat yang kafir tu sndiri pn mengakui bahawa umar bin abdul aziz,salahuddin al-ayubi & segala tokoh2 yang membawa kepada kegemilangan islam pada zaman dahulu melakukan solat yang anda anggap sebagai sesat itu.tidap pernah dibuktikan bahawa mereka mengamalkan kepercayaan seperti anda.malah ibnu sina sndiri adalah pakar dlm bidang al-quran & hadith.
Kalaulah kegemilangan Islam dahulu disebabkan gerakan solat yang kita nampak hari ini, sudah pasti bangsa-bangsa lain nak jadi gemilang akan tiru cara macam itu.
Dan kalaulah Allah tetapkan manusia hanya akan jadi gemilang hanya jika buat gerakan solat macam itu, sudah pasti bangsa-bangsa lain tidak akan maju dalam bidang ilmu Allah jika tidak ikut suruhan Allah itu.
Tetapi Allah menetapkan pada alam ini bahawa manusia hanya akan jadi bijak dan berilmu dengan cara rajin membaca, rajin belajar, rajin berfikir, rajin buat ulangkaji, rajin bereksperimen dan segala perkara yang menggerakkan otak berfikir. Malah dalam Al Quran sendiri suruh membaca dan berfikir.
Lain kali, nak buat kesimpulan itu, biarlah ikut realiti depan mata (yang mudah nampak logik), bukan ikut sangkaan cerita orang-orang terdahulu semata-mata.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:lebih malang lagi bg mreka yang menyamakan taraf Rasul mereka seperti seorang posmen yang tidak tahu apa2 melainkan cuma sekadar menyampaikan pesanan dripada tuannya..
Anda sendiri yang melabelkan Rasul itu posmen. Orang lain tidak cakap pun. Itulah perangai orang Islam hari ini. Baling batu, lepas itu salahkan orang lain. Apa punya perangai dah...
Tugas menyampaikan kebenaran dan kesabaran yang dijamin keuntungannya oleh Allah itu pun dikatakan rendah martabatnya. Apa punya justifikasi dah.
Aduhai, parah parah...

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum
kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
anda puasa x? kalau anda puasa anda rasa ibadat puasa anda sama ke macam umat2 trdahulu? bleh buktikan x?
Secara logiknya, apa tujuan puasa?
Mengawal tabiat makan dan minum. Ini kerana makan dan minum yang berlebihan akan menyebabkan badan mudah diserang penyakit. Bila sesuatu yang diambil berlebihan menyebabkan kesan mudarat kepada manusia, maka perlulah ada aktiviti kawalannya. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawati?
Kemudian, apabila manusia suka makan berlebihan, otaknya akan jadi lembab berfikir. Selalunya perut yang banyak makanan akan menyerap banyak tenaga untuk mencerna makanan. Maka badan akan cepat letih dan mata cepat mengantuk. Tenaga yang sepatutnya digunakan untuk berfikir dan memerah idea, telah digunakan hanya semata-mata untuk mencerna makanan. Bukankah itu satu pembaziran kepada produktivi otak manusia?
Jadi, dengan mengurangkan tabiat mengambil banyak makanan melampaui keperluan hidup, dapat memudahkan manusia lebih banyak guna tenaga untuk membangunkan mindanya.
Bila majoriti umat itu rajin mengasah minda, terhasillah idea-idea dan ilmu yang terkini. Akan lahirlah ilmuan-ilmuan seperti zaman kegemilangan Islam dahulu. Akan terhasillah umat yang kuat dan bersatu-padu kerana mereka masing-masing bijak berfikir, bukannya beragama menurut membuta-tuli macam lembu yang ditarik hidungnya.
Jadi, apabila kita berpuasa, dan mampu menjadi manusia yang bijak berfikir macam umat Islam terdahulu, itulah bukti kesan baik ibadat puasa kita.
Kalau setakat buat puasa secara amalan ritual, tetapi umat lemah dan lembab otaknya, janganlah nak berlagak kononnya diri itu umat Islam. Debu yang lemah itu mana mungkin disamakan dengan batu yang kuat itu. Sedarlah diri itu sikit...

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Rasul itukan seorang yang bijaksana. Sebelum
baginda nak sampaikan ayat itu kepada orang lain, pastilah baginda
sudah mengkajinya dahulu dan bereksperimen pada diri baginda sendiri.
Selepas nampak hasilnya, barulah baginda yakin sampaikan kepada orang
lain.
Ingatlah sikit yang Rasul itu bukan seorang yang bercakap
ikut rasa. Baginda berfikir secara rasional. Sudah pasti baginda
berfikir dahulu sebelum bertindak.
nampaknya dripada penyataan anda ni,seolah2 anda mengatakan bahawa Rasulullah sndiri pn pada mula2nya ragu2 dengan wahyu yang Allah turunkan padanya.. secara terang-terang anda menghina Rasulullah itu sndiri..

hilmi88- Siswa-Siswi
- Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Agak-agaknya masa para Rasul terdahulu mengaku diri mereka Rasul, macam itulah orang-orang kafir tidak percaya.
Biarlah
manusia itu nak mengaku dirinya rasul ke apa. Yang dengki sangat buat
apa? Itulah perangai orang Islam hari ini, dengki tak sudah-sudah.
Patutlah tak maju-maju dan hidup menumpang teknologi bangsa lain. Tahap
dengki mereka sukar diubati lagi.
Kalaulah yang mengaku dirinya
Rasul itu pendusta, kedustaannya itu akan kembali kepada orang itu
juga. Bukannya pergi kepada orang lain pun. Melainkan orang lain itu
jenis menurut membuta-tuli sahaja.
Simple logik macam tu pun takleh nak difikirkan. Apa punya umat daa...
Astagfirullah.. anda sanggup kata sebegini? sudah terang2ngan anda ni sesat lg menyesatkan..

hilmi88- Siswa-Siswi
- Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Kalaulah kegemilangan Islam dahulu disebabkan
gerakan solat yang kita nampak hari ini, sudah pasti bangsa-bangsa lain
nak jadi gemilang akan tiru cara macam itu.
masalahnya bila saya katakan yang cara ibadah orang2 kristian qibti di mesir beribadah seperti itu,pasti anda akan mengatakan bahawa org2 islam meniru kaum kristian ni.tak guna saya cakap mcm ni dengan org2 munafik yang memutar belit kebenaran atas nama islam.
santis sndiri telah banyak mengkaji ttg solat & mmbuktikani bahawa gerakan2 di dalam solat mampu membawa kepada byk kebaikan.mungkin anda yang hebat dlm mgkaji al-quran(terjemahan) ni x tau psal ni kot.. yela,anda mana pandang benda2 ni smua sbb taknak tersesat kn..

hilmi88- Siswa-Siswi
- Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:nampaknya dripada penyataan anda ni,seolah2 anda mengatakan bahawa Rasulullah sndiri pn pada mula2nya ragu2 dengan wahyu yang Allah turunkan padanya.. secara terang-terang anda menghina Rasulullah itu sndiri..
Apa punya kesimpulan daa. Kalau Rasul itu ragu-ragu, buat apa baginda nak fikirkan ayat-ayat Allah itu? Baik baginda tidak fikirkan macam kaum kafir yang tidak mahu memikirkan Al Quran itu.
Kita berfikir itu supaya dengan keupayaan akal kita sendiri nampak kelogikan Al Quran. Bila kita nampak guna keupayaan sendiri, barulah datang keyakinan bergantung pada diri sendiri.
Sebab itulah, Rasulullah bercakap mengikut sesuatu yang logik. Baginda tidak menyandarkan kata-kata baginda atas nama ulamak atau para nabi terdahulu.
Tidak pula baginda katakan "Allah itu Esa kerana nabi-nabi terdahulu sampaikan begitu". Sebaliknya baginda mengatakan secara logik tentang Keesaan Allah. Menunjukkan baginda itu seorang yang yakin pada diri baginda sendiri yang dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah.
Jadi apa kaitannya dengan menghina Rasul pula? Nak tunjukkan Rasul itu seorang yang yakin pada diri sendiri pun dikatakan menghina? Apa punya justifikasi daa...
Dengan menggalakkan manusia yakin pada diri sendiri, barulah melahirkan umat yang kuat. Barulah layak dipanggil umat Islam yang sebenar. Ini sifat lemah macam debu, berangan-angan rasa diri itu batu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:Astagfirullah.. anda sanggup kata sebegini? sudah terang2ngan anda ni sesat lg menyesatkan..
Laa..bukan ke Al Quran ada sebut, yang Allah lagi tahu siapa yang dapat petunjuk dan siapa yang sesat? Anda ini berlagak macam Tuhan.
Aduhai...manusia-manusia...tak habis-habis tak sedar diri. Dah sampai rasa diri itu Tuhan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku"
Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku"

hilmi88- Siswa-Siswi
- Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:masalahnya bila saya katakan yang cara ibadah orang2 kristian qibti di mesir beribadah seperti itu,pasti anda akan mengatakan bahawa org2 islam meniru kaum kristian ni.tak guna saya cakap mcm ni dengan org2 munafik yang memutar belit kebenaran atas nama islam.
santis sndiri telah banyak mengkaji ttg solat & mmbuktikani bahawa gerakan2 di dalam solat mampu membawa kepada byk kebaikan.mungkin anda yang hebat dlm mgkaji al-quran(terjemahan) ni x tau psal ni kot.. yela,anda mana pandang benda2 ni smua sbb taknak tersesat kn..
Anda ini bercakap tidak tengok realiti. Kalau gerakan solat itu benar-benar mampu menjadikan umat Islam seperti umat Islam yang sebenar (kuat, bijak, berilmu tinggi dan bersatu-padu), sudah pasti umat Islam hari ini yang kuat, bukannya umat yang lemah dan lesu dan mandul otaknya.
Tak habis-habis nak memuji amalan nenek moyang sendiri. Macam kaum yang masuk bakul angkat sendiri.
Makan pun ada kebaikannya dari segi saintifik. Namun kalau hidup sekadar untuk makan sahaja, tetapi malas belajar dan berfikir, manusia itu akan jadi bodoh juga. Begitulah gerakan solat yang orang islam hari ini amalkan. Biarpun jika ada kebaikan saintifiknya, tetapi kalau hidup sekadar buat gerakan macam itu sahaja dan malas belajar serta berfikir, umat mereka jadi lemah dan tidak berilmu tinggi juga. Dah lemah macam tu pun berangan-angan nak mengaku umat Islam. Buat malu nama Islam sahaja.
Fikirlah logik sikit. Allah dah beri akal tu, bukannya disimpan buat perkasam.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
hilmi88 wrote:riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
Maksudnya: "Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda "(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku"
Perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat pastilah menjadi seorang yang bijak berfikir serta yakin pada diri sendiri (bukan menjadikan pembesar agama sebagai sekutu Allah dalam menentukan benar atau tidak). Bila bijak dan yakin pada diri, barulah logik jadi umat yang kuat dan berilmu tinggi (sifat-sifat umat Islam sebenar).
Alih-alih ada satu kaum yang sifatnya lemah dan rendah tahap ilmunya (banyak tumpang teknologi bangsa lain), mengaku mereka umat Islam. Manakan sama debu dengan batu kerana sifatnya jauh berbeza?
Sedar-sedarlah diri itu sikit. Semperna raya korban ini, korbankan perasaan bangga diri dengan keturunan yang sekadar mengaku sahaja Islam, tetapi sifat-sifat mereka jauh panggang daripada api berbanding sifat-sifat umat Islam terdahulu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
budak sekolah ugama tau apa ....

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Kita lihat, bila ada manusia itu belajar "agama" secara formal, bukannya menjadikan mereka golongan yang merendah diri, sebaliknya semakin bongkak lagi berbangga diri. Hidup hanya tahu hukum menghukum akidah manusia sahaja. Rosak kehidupan jadinya.
Tetapi kalau kita lihat orang yang belajar ilmu sains, mereka tidak pula hidup macam tu. Tidak pula kita jumpa para saintis label-melabel sesama mereka sesat dan sebagainya. Terpulang mereka nak ikut pendapat mana yang terbaik.
Jika akhlak seperti saintis itu dapat dijadikan contoh golongan yang kononnya berilmu agama itu, tidak mustahil umat Islam akan kembali gemilang, bukannya malang.
Tetapi kalau kita lihat orang yang belajar ilmu sains, mereka tidak pula hidup macam tu. Tidak pula kita jumpa para saintis label-melabel sesama mereka sesat dan sebagainya. Terpulang mereka nak ikut pendapat mana yang terbaik.
Jika akhlak seperti saintis itu dapat dijadikan contoh golongan yang kononnya berilmu agama itu, tidak mustahil umat Islam akan kembali gemilang, bukannya malang.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
nak akhlak baik macamana kalau hari2 dok sebut sesat , kafir , munafik ... tu lah kepala ilmu bagi depa . last2 bukak pusat rawatan islam halau jin dan hantu .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
Kenapa tidak buka pusat rawatan hati daripada penyakit bongkak, angkuh, sombong, dengki, bangga diri, pemalas berfikir, pemalas belajar, jumud, beku, taksub, fanatik dan sebagainya itu? Bukankah itu lebih mujarab dalam merawat penyakit rohani dan jasmani? Malah mampu membangunkan umat kembali kepada sifat-sifat umat Islam yang sebenar.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?
8.60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang yang menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi.
Allah menyuruh Rasulullah dan golongan beriman pada waktu itu menghadapi musuh Allah dan musuh orang Islam secara logik dengan menggunakan segala kekuatan dan barisan kuda-kuda untuk menggentarkan pihak musuh. Suruhan Allah itu amat realistik yang sesuai dengan keadaan zaman pada waktu itu.
Tidak pula Allah suruh Rasulullah dan golongan beriman pada waktu itu berkumpul dan buat solat hajat dan berdoa. Tidak pula disuruh buat rukuk atau sujud beratus-ratus kali jika semua itu mempunyai nilai kekuatan.
Tetapi Allah suruh orang-orang beriman berusaha dengan segala daya yang mampu sesuai dengan logik dan fitrah termasuk menggunakan segala kelengkapan senjata. Ini membuktikan ajaran Al Quran itu terletak pada kelogikan yang mudah difikirkan. Hanya manusia pemalas berfikir sahaja tidak nampak logik ayat-ayat Al Quran itu. Ayat yang mudah dilihat kelogikannya, disusah-susahkan untuk difahami dengan mencampuri tafsiran-tafsiran lampau yang diluar skop pengajaran sesuatu ayat itu.
Begitulah dengan kehidupan kita yang lain. Untuk membangunkan umat, kenalah guna logik yang melayakkan umat itu mampu bangun. Bukannya disuruh buat amalan-amalan ritual yang tidak logik ke arah pembangunan umat.
Jadi, benarkah setakat buat amalan membengkokkan tubuh badan itu cukup menguatkan umat? Kenapa tidak buka fikiran untuk buat amalan yang lagi logik dan mendatangkan manfaat yang besar untuk umat?

Similar topics» hukum solat..
» Menikahi Dia? Tapi Bagaimana Dengan Gadis Yang Disana?
» Kaedah melihat alam ghaib dengan Sin Ilahi
» Tidak Solat Jumaat Kerana Bekerja
» Kesan pemakaian organ dan tisu binatang terhadap solat...
» Menikahi Dia? Tapi Bagaimana Dengan Gadis Yang Disana?
» Kaedah melihat alam ghaib dengan Sin Ilahi
» Tidak Solat Jumaat Kerana Bekerja
» Kesan pemakaian organ dan tisu binatang terhadap solat...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum