Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Wed Nov 25, 2009 9:38 pm

Manusia itu dikatakan beriman, apabila datang
bukti yang logik, dia mempercayai dan membenarkannya. Orang kafir pula,
apabila sudah ada bukti logik pun (yang hati kecilnya mengakui
kebenarannya), dia tetap membantah demi mempertahankan ketaksuban
mereka pada sesuatu ajaran turun-temurun.


manusia itu bukanlah dikatakan beriman seperti yang anda dakwa.tetapi seperti firman Allah ini:








2. Sesungguhnya orang-orang Yang
beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama
Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan
mereka jualah mereka berserah.



3.
Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian
dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka.



4.
merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan
mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta
limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).


al-anfal 2-4

Apabila bila manusia itu sudah betul-betul kafir
(maknanya mereka tahu mereka mendustai kebenaran), bagaimana hati
mereka akan mencapai ketenangan di jiwa? Kesenangan yang diperolehi pun
hanyalah sementara, kerana apabila jiwanya gelisah dan hidup tidak
tenang (setelah kedustaannya terbongkar), maka banyak
tindakan-tindakannya akan memudaratkan dirinya sendiri.


saya jamin hati sami-sami budha lebih tenang dri hati sesetengah umat islam yang lain.walaupun mereka kafir,tetapi mereka yakin terhadap pegangan mereka.

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Wed Nov 25, 2009 9:43 pm

Jadi, tugas Rasul hanyalah menyampaikan ayat-ayat Allah dengan terang dan jelas, kemudian suruh manusia memikirkan.

InsyaAllah,
jika manusia lain itu ada minat mendalam nak memikirkan apa yang Rasul
itu sampaikan, pasti akan temui juga logiknya. Tetapi jika awal-awal
lagi manusia itu sudah tidak mahu memikirkan, sampai Kiamat pun manusia
itu takkan percaya. Pintu hati mereka ditutup rapat serapat-rapatnya.


rendahnya martabat seorang rasul kalau hanya sekadar menyampaikan ayat2 Allah..

ok lah,macam ni.. katakan anda masuk sekolah tgkatan 1.anda diberi sebijik buku teks matematik.. kira ok la tu dpat buku teks kan sbb buku tu dh lengkap dh untuk sukatan tgkatan 1,betul tak? ok,tugas anda sekarang adalah belajar & fahami sendiri buku teks tu sendiri dalam masa sebulan sebab lepas tu ada exam.anda mampu fahami sendiri buku teks tu tanpa tunjuk ajar dripada guru matematik?

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 9:44 pm

hilmi88 wrote:

cahaya itu ada sifatnya & bleh dirasa & dijejaki serta dibuktikan dengan kaedah sains sebab setiap kejadian ada sifat nyatanya utk dibuktikan dengan mata kasar.. abis tu macam mana korang nak buktikan wujudnya alam ghaib?


Ghaib ada 2 keadaannya. Satu ghaib dari segi zahir dan satu lagi ghaib dari segi batin. Ghaib dari segi zahir itu umpama kita tak nampak cahaya ultraviolet atau gelombang elektromagnetik. Ghaib dari segi batin pula adalah seperti sesuatu yang kita belum mengetahui hakikat sebenarnya.

Contohnya, kefahaman ilmu tingkatan 5 dianggap ghaib bagi budak darjah 1. Mereka buta dalam memahami ajaran tahap tingkatan 5 kerana tahap akal mereka masih rendah. Apabila mereka sudah berada ditingkatan 5, barulah mereka faham ilmu untuk tahap itu (Mata hati mereka nampak logik ajaran tahap tingkatan 5 itu).

Macam itulah alam ghaib seperti akhirat sana. Di dunia ini kita umpama budak darjah 1 itu. Otak kita takleh nak gambarkan macam mana keadaan sebenar di akhirat sana. Tetapi bila kita sampai sana, barulah kita faham.

Namun, di dunia lagi Allah sudah tunjukkan konsep kewujudan alam ghaib seperti di akhirat itu dengan perumpamaan-perumpamaan yang boleh kita lihat dan yang pernah kita alami dalam kehidupan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 9:48 pm

hilmi88 wrote:
Quote:

islam bukanla agama yang bergantung pada logik semata-mata.

Habis itu Islam bergantung kepada apa? Kepada dusta atau ajaran tanpa bukti?


islam tidak boleh bergantung 100% pada logik akal..








1.
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
(al-isra' :1)


kalau nak diikutkan logik akal, maka semua umat islam pada zaman nabi akan murtad kerana tidak percayakan ayat diatas apabila turunnya ayat ni selepas berlakunya isra' & mi'raj.



Apakah ayat Al Isra': 1 itu tidak logik? Cuba baca dengan teliti tanpa memasukkan unsur-unsur ajaran yang kita dengar daripada mulut orang lain. Fokus pada ayat tersebut semata-mata. Apa yang tak logiknya pada ayat tersebut? Cuba bagitahu...

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:00 pm

hilmi88 wrote:
jadi apa pendapat anda tentang solat? anda sendiri mengatakan:
Ikut hukum alam ini, apabila suatu itu terbukti benar, ia tidak akan berubah-ubah sifatnya.

dan solat ahli sunnah adalah sama & tidak berubah sifatnya sejak hampir 1500 tahun dahulu.adakah ia satu pembohongan?

Ok. Batu sifatnya keras dan kukuh. Katakan selepas beberapa lama, batu itu mula hancur (kesan luluhawa) dan berubah menjadi debu. Layakkah debu itu dipanggil batu? Sudah tentu tidak, sebab sifatnya sudah berubah.

Umat Islam dahulunya kuat dan kukuh. Selepas beberapa abad, umat Islam mula hancur dan hidup lemah serta berpecah-belah. Layakkah ia dipanggil umat Islam lagi? Sudah tentu tidak bukan?

Jadi, apakah cara solat kebanyakan orang Islam buat sekarang ini benar-benar mengikut kehendak Allah ajar pada Rasul dahulu? Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya. Tetapi bila sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?

Jus anggur, apabila kesannya sudah berubah sifat sehingga boleh memabukkan, takkan kita nak percaya itu jus anggur biasa? Bukankah ia sudah jadi arak?

Nak percaya sesuatu benar atau tidak, kena tengok kesan pada orang yang praktikkan amalan itu macam mana. Kalau kebanyakan mereka sudah tidak sama macam akhlak dalam Al Quran, bolehkah dipercayai lagi amalan itu benar-benar daripada Allah lagi?

katakanlah 1 hari anda menjumpai ayat al-quran
yang tidak dapat dibuktikan logiknya.adakah anda akan menolak terus
al-quran kerana ia tidak logik?

Yang tidak dapat dibuktikan logiknya lagi, itu menunjukkan tahap akal kita belum sampai. Tetapi kalau ada logik lain menafikan apa yang tercatat dalam Al Quran, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan Al Quran yang sampai kepada kita itu. Mungkin ia telah diubah seperti yang terjadi pada Kitab-kitab Allah terdahulu.

Tetapi setakat ini, tidak dijumpai mana-mana ayat Al Quran yang bercanggah dengan hukum alam yang Allah tetapkan. Tak taulah kalau ada orang alin pernah jumpa mana-mana ayat Al Quran yang tak logik. Silalah kongsi di sini. Boleh sama-sama kita selidiki.

Dan apabila seluruh ajaran Al Quran itu ada logiknya, patutkah kita ambil ajaran yang tak logik daripada kitab-kitab lain itu?


Last edited by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:08 pm; edited 1 time in total

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Wed Nov 25, 2009 10:02 pm

ni dari ebacaan:
17:1. Dia disanjung, yang
memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari
dari Masjidil Haram (Masjid Suci)
ke masjid yang lebih jauh
di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami
memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah
Yang Mendengar, Yang Melihat.

dari mana datangnya ayat ke masjid yang lebih jauh sedangkan di dalam al-quran dengan jelas menyatakan ke masjid al-aqsa?



logikkah pada pandangan anda sekiranya jarak dari mekah ke palestin yang sejauh 1200km itu cuma mengambil masa perjalanan seketika sahaja? sedangkan pada zaman itu tiada roket @ kapal terbang pn.

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Wed Nov 25, 2009 10:09 pm

Umat Islam dahulunya kuat dan kukuh. Selepas
beberapa abad, umat Islam mula hancur dan hidup lemah serta
berpecah-belah. Layakkah ia dipanggil umat Islam lagi? Sudah tentu
tidak bukan?

Jadi, apakah cara solat kebanyakan orang Islam buat
sekarang ini benar-benar mengikut kehendak Allah ajar pada Rasul
dahulu? Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman
kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya. Tetapi bila
sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel
atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?

boleh terangkan pada abad ke berapa umat islam mula berpecah belah? adakah anda rasa bahawa khalifah umar bin abdul aziz itu solat sebagaimana cara anda solat sehingga membawa kepada kegemilangan di zamannya?

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Wed Nov 25, 2009 10:13 pm

Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman
kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya.
Tetapi bila
sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel
atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?


betapa lemahnya tahap iman anda kerana berfikiran sebegini.. anda cuma terima islam bila anda nampak islam itu kuat - sama seperti perangai kaum bani israil yang cuma beriman bila nabi musa tunjukkan mukjizatnya.

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:15 pm

hilmi88 wrote:saya jamin hati sami-sami budha lebih tenang dri hati sesetengah umat islam yang lain.walaupun mereka kafir,tetapi mereka yakin terhadap pegangan mereka.


Kenapa hati sami2 itu tenang daripada hati umat Islam? Sebab umat Islam sendiri tak tahu di mana kebenaran pegangan mereka. Umat Islam sekarang sendiri lemah dalam membuktikan kebenaran gara-gara beragama main pakai turut sahaja. Macam manalah kaum-kaum lain (jika mereka benar-benar kafir) nak takut dengan umat Islam?

Tetapi kalau umat Islam mampu membuktikan kebenarannya secara logik seperti mana Rasulullah dahulu lakukan yang menakutkan hati pembesar-pembesar Quraisy dan kebanyakan ahli-ahli kitab dahulu, sudah pasti kita boleh tahu sejauh mana ketenangan orang yang dikatakan bukan Islam itu.

Sebab itulah kita berjuang nak sedarkan umat Islam hari ini agar mereka kembali kepada logik dalam membuktikan kebenaran.

Manusia yang berpegang pada logik, mereka akan bertawakal kepada Allah. Sebab itu mereka yakin mengkaji Al Quran guna keupayaan akal mereka sendiri, kerana mereka tahu Allah akan memimpin mereka jika mereka berniat ikhlas nak fahami Al Quran. Bukankah Allah Mengetahui segala isi hati?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:27 pm

hilmi88 wrote:rendahnya martabat seorang rasul kalau hanya sekadar menyampaikan ayat2 Allah..

Habis tu nak angkat martabat Rasul itu sampai jadi "Anak Tuhan" ke?

Kalau menyampaikan ayat-ayat Allah itu suatu yang rendah martabatnya, kenapa Allah tidak angkat orang kafir itu yang sampaikan ayat-ayatNya?

Bukan calang-calang orang yang Allah lantik untuk sampaikan ayat-ayatNya. Boleh pula dikatakan rendah martabat. Apa martabat yang lebih tinggi untuk tugas Rasul itu? Memberi tiket manusia masuk syurga?


ok lah,macam ni.. katakan anda masuk sekolah tgkatan 1.anda diberi sebijik buku teks matematik.. kira ok la tu dpat buku teks kan sbb buku tu dh lengkap dh untuk sukatan tgkatan 1,betul tak? ok,tugas anda sekarang adalah belajar & fahami sendiri buku teks tu sendiri dalam masa sebulan sebab lepas tu ada exam.anda mampu fahami sendiri buku teks tu tanpa tunjuk ajar dripada guru matematik?

Kalau Al Quran itu tidak mampu difahami tanpa Rasulullah, sudah pasti Allah panjangkan umur Rasulullah itu sampai ke hari ini.

Kenapa Allah wafatkan baginda selepas sempurna menyampaikan Al Quran? Itu menunjukkan Al Quran itu mudah difahami biarpun baginda sudah wafat. Ini kerana kebenaran Al Quran kerana logiknya boleh dilihat serata alam. Yang pentingnya, manusia itu mahu memikirkan sahaja.

Al Quran itu bukannya ajar buat kalkulus yang susah sangat nak difikirkan. Hanya golongan pemalas berfikir sahaja buat-buat alasan kononnya Al Quran itu tak jelas dan perlukan kitab penjelasan lain. Mereka tak sedar, kata-kata mereka itu seperti kaum Yahudi yang mengambil kitab lain (Talmud) selain Taurat kononnya nak menjelaskan Taurat. Walhal, untuk menjauhkan kaum mereka daripada ayat-ayat Allah dalam Taurat itu.

Selain itu, dengan diwafatkan Rasulullah setelah sempurna penurunan Al Quran, supaya manusia lebih bergantung kepada Allah dalam memahami Al Quran, kerana baginda fahami Al Quran pun tanpa tok guru. Jika baginda boleh melakukannya, seperti para Rasul sebelumnya lakukan, sudah pasti manusia lain yang sama-sama ada akal juga mampu melakukannya. Cuma bergantung pada tahap keyakinan dalam dada.

Hanya yang kuat was-was itu sahaja yang suka buat macam-macam alasan malas kaji Al Quran. Nanti depan Allah sana, bagilah alasan-alasan itu semua. Mereka ingat mudah-mudah sahaja Allah nak lepaskan mereka?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:52 pm

hilmi88 wrote:ni dari ebacaan:
17:1. Dia disanjung, yang
memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari
dari Masjidil Haram (Masjid Suci)
ke masjid yang lebih jauh
di mana sekitarannya Kami memberkati, supaya Kami
memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah
Yang Mendengar, Yang Melihat.

dari mana datangnya ayat ke masjid yang lebih jauh sedangkan di dalam al-quran dengan jelas menyatakan ke masjid al-aqsa?

Dari terjemahan maksud "aqso" (qoshiin) iaitu jauh.

logikkah pada pandangan anda sekiranya jarak dari mekah ke palestin yang sejauh 1200km itu cuma mengambil masa perjalanan seketika sahaja? sedangkan pada zaman itu tiada roket @ kapal terbang pn.

Ayat itu hanya sebut bahawa hamba Allah itu berjalan pada waktu malam di antara 2 masjid untuk diperlihatkan ayat-ayat Allah (hukum-hukum Allah yang logik). Tidak pula sebut berapa lama waktu perjalanan itu.

Yang tafsir waktu perjalanan itu seketika itu hanyalah pendapat manusia. Ayat itu tak pun kata seketika ke apa.

So kalau kita baca ayat itu secara jujur tanpa dipengaruhi pendapat manusia lain, apa yang tak kena dengan ayat itu? Setakat nak menjalankan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain pada waktu malam, apa yang tak logiknya? Lainlah ayat itu sebut hamba Allah itu diperjalankan dalam masa 1 jam ke, 1 minit ke, dengan menaiki unta, mungkinlah pening kepala kita nak fikirkan.

Ingatlah, sebelum manusia hari ini tafsir macam-macam ayat tersebut, Allah sudah tahu apa yang mereka akan lakukan. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 10:58 pm

hilmi88 wrote:
Umat Islam dahulunya kuat dan kukuh. Selepas
beberapa abad, umat Islam mula hancur dan hidup lemah serta
berpecah-belah. Layakkah ia dipanggil umat Islam lagi? Sudah tentu
tidak bukan?

Jadi, apakah cara solat kebanyakan orang Islam buat
sekarang ini benar-benar mengikut kehendak Allah ajar pada Rasul
dahulu? Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman
kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya. Tetapi bila
sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel
atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?

boleh terangkan pada abad ke berapa umat islam mula berpecah belah

Perpecahan bermula pada hati manusia yang tidak boleh menerima perbezaan pendapat. Oleh kerana ia melibatkan urusan hati orang-orang terdahulu, adalah lebih baik soalan itu diserahkan kepada Allah. Dia Maha Mengetahui.

Yang pentingnya, realiti keadaan umat Islam hari ini sudah berubah sifatnya tidak sekukuh dan sekeras batu dalam pegangan mereka. Jadi, layakkah umat Islam hari ini dipanggil Islam jika sifatnya sudah berubah, seperti mana bila batu berubah jadi debu dan tak layak debu itu dipanggil batu lagi?

Oleh itu, sebagai umat hari ini, kenalah kita fikirkan bagaimana nak jadikan umat Islam hari ini keras kembali seperti mana debu-debu simen menjadi keras apabila digaulkan dengan air.

Air tersebut umpama ilmu Al Quran kerana Al Quran itu sifatnya suci seperti mana air itu menyucikan. Bila kita kembali guna Al Quran untuk sucikan jiwa, maka keangkuhan dan kesombongan serta sikap suka berpuak-puak itu dapat dicuci, seterusnya dapat menyatukan kembali hati umat Islam.

Begitulah konsepnya jika kita mahu memikirkan.

adakah anda rasa bahawa khalifah umar bin abdul aziz itu solat
sebagaimana cara anda solat sehingga membawa kepada kegemilangan di
zamannya?

Manusia akan gemilang bila bijak dan berilmu tinggi serta pandai mencipta. Alam semesta ini gemilang dengan kilauan bintang2 dan matahari sebab Allah itu Pemilik gedung ilmu dan Maha Bijaksana dalam mencipta.

Nak melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu, pastilah setiap diri itu suka melakukan aktiviti yang melayakkan ilmu itu diperolehi iaitu dengan rajin membaca, belajar, mengkaji, menyelidik, bereksperimen, mengira, berfikir, berkreativiti dan segala aktiviti yang logik untuk mengasah minda.

Jadi, sudah pasti umat Islam zaman gemilang itu buat amalan (termasuk solat) yang logik menjadikan mereka masyarakat cintakan ilmu.

Setakat buat gerakan tundukkan kepala dan letakkan dahi ke tanah, tetapi hidup malas berfikir, logik ke nak jadi masyarakat yang berilmu tinggi? Hidup biarlah berpijak pada bumi yang nyata.

Cuba kita bayangkan, katakanlah segala teknologi Barat seperti penemuan elektrik dan penciptaan lampu2 tidak disampaikan kepada umat Islam hari ini, tidak mustahil kita masih hidup di bawah pelita sahaja di waktu malam. Sudah pasti malam kita suram tidak digemilangkan dengan lampu-lampu neon.

Apakah umat Islam hari ini mahu insaf dan sedar diri akan kelemahan dan kekurangan mereka? Hanya orang-orang yang insaf sahaja yang akan dapat petunjuk, kerana keangkuhan menyebabkan jiwa jadi gelap dan hidayah payah masuk. Kalau umat sudah tahap lemah macam tu pun tak sedar-sedar juga dan tak mahu berhijrah kepada yang lebih baik, memang takleh nak selamatkan lagilah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Wed Nov 25, 2009 11:23 pm

hilmi88 wrote:
Lainlah umat Islam hari ini keadaannya sama macam zaman
kekuatan dahulu, bolehlah kita terima semua ajarannya.
Tetapi bila
sudah berubah sifat, takkanlah nak percaya semua ajaran yang dilabel
atas nama Islam tanpa perlu diuji sejauh mana kebenarannya?


betapa lemahnya tahap iman anda kerana berfikiran sebegini.. anda cuma terima islam bila anda nampak islam itu kuat - sama seperti perangai kaum bani israil yang cuma beriman bila nabi musa tunjukkan mukjizatnya.

Kekuatan umat itu bukti mereka ikut ajaran Islam yang sebenar. Bila dah berpecah-belah, bolehkah dipercayai semua amalan kaum itu adalah benar?

Kaum Yahudi dahulu pun ada Kitab Allah (Taurat). Tetapi mereka hidup berpecah-belah dan berpuak-puak. Semasa mereka dan kaum Nasrani bergaduh kononnya puak mereka sahaja betul, dan kaum-kaum lain tak betul.

Kenapa Nabi Muhammad tidak percaya semua ajaran kaum Yahudi dan Nasrani itu walaupun mereka mengaku ajaran mereka betul daripada Nabi-nabi terdahulu? Sebab mereka setakat mendakwa mereka betul, tetapi tak buktikan apa logik ajaran mereka amalkan itu, sampaikan Tuhan pun mereka kata ada Anak.

Samalah dengan keadaan kita hari ini, bila nampak kaum yang mengaku aje Islam, tetapi perangai sama macam kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang perasan puak mereka sahaja betul, takkanlah kita nak percaya golongan macam itu lagi?

Apa yang kita lakukan adalah untuk mencontohi Rasulullah yang bersikap berhati-hati dalam menerima sesuatu ajaran, sesuai dengan ayat Al Quran yang sebut "janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tiada pengetahui tentangnya kerana setiap penglihatan dan pendengaran akan ditanya".

Nak jadi orang Islam, kenalah belajar membentengi jiwa daripada ajaran-ajaran dusta. Barulah selamat jiwa daripada kekotoran dan penyakit-penyakit hati.

Macam kita makan makanan yang kotor, pastilah memudaratkan diri. Macam itulah bila kita "memakan" ajaran-ajaran dusta sebagai santapan rohani, pasti akan merosakkan jiwa kita nanti. Oleh itu berhati-hatilah dalam mengikut sesuatu ajaran. Bukan main taksub dan menurut membuta-tuli.

Kita adalah insan yang merdeka dan dikurniakan akal. Kita bukannya lembu yang ditarik hidungnya untuk dipergunakan. Kita ada hak mempertahankan jiwa kita daripada ajaran-ajaran dusta.

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by slipar on Wed Nov 25, 2009 11:59 pm

wahabi sesat??????

arab saudi amalkan wahabi?????

malang sungguh umat islam kini ....

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by Juang on Thu Nov 26, 2009 8:57 am

Biarpun sudah tahap malang macam itu, tetapi bila ditegur dan dinasihati, mereka tidak mahu sedar diri lagi. Sombong dan berbangga diri dengan amalan nenek moyang mereka kononnya itu sahajalah amalan yang betul, dan amalan lain dikatakan sekular.

Macam manalah umat mereka nak kuat? Bukankah dalam Al Quran selalu sebut yang Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan berbangga diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Thu Nov 26, 2009 4:26 pm

Dari terjemahan maksud "aqso" (qoshiin) iaitu jauh.

adalah sebelum nabi brhijrah ke madinah terdapat masjid lain selain dripada masjidil haram & masjidil aqsa pada masa itu? takkan anda nk cakap ke masjid kuala lumpur atau ke masjid kristal kot? itu la anda yang menterjemah & tafsir ayat al-quran hanya mengikut gaya bahasa arab biasa tanpa merujuk sumber2 yang lain seperti asbabun nuzul,hadith dll..

So kalau kita baca ayat itu secara jujur tanpa
dipengaruhi pendapat manusia lain, apa yang tak kena dengan ayat itu?
Setakat nak menjalankan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain
pada waktu malam, apa yang tak logiknya?
Lainlah ayat itu sebut hamba
Allah itu diperjalankan dalam masa 1 jam ke, 1 minit ke, dengan menaiki
unta, mungkinlah pening kepala kita nak fikirkan.

apa motif Allah buat mcam tu? takkan saja2 nak bawak gi jalan2 makan angin? lagi 1,Allah sebut pada malam hari,bknye siang.. bukannye senang nk bejalan di waktu malam pada zaman tu. ada ke Rasulullah saja2 nak buang masa berjalah gi palestin waktu malam2? korang ckap kje Rasulullah cuma smpaikan wahyu,so buat apa dia pegi palestin waktu malam2?

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Thu Nov 26, 2009 4:33 pm

hilmi88 wrote:
rendahnya martabat seorang rasul kalau hanya sekadar menyampaikan ayat2 Allah..

Habis tu nak angkat martabat Rasul itu sampai jadi "Anak Tuhan" ke?

Kalau
menyampaikan ayat-ayat Allah itu suatu yang rendah martabatnya, kenapa
Allah tidak angkat orang kafir itu yang sampaikan ayat-ayatNya?

Bukan
calang-calang orang yang Allah lantik untuk sampaikan ayat-ayatNya.
Boleh pula dikatakan rendah martabat. Apa martabat yang lebih tinggi
untuk tugas Rasul itu? Memberi tiket manusia masuk syurga?


anda cakap tugas rasul cuma smpaikan ayat2 Allah.so dia hanyalah penyampai je kn? tapi anda menerima ayat2 tersebut,mengkaji & memahami ayat2 tu.. seolah2 perumpamaannya Rasulullah adalah posmen & anda adalah saintis.. posmen menghantar segala dokumen dripada ketua saintis untuk anda kaji kandungannya. kan nmpak sgt2 betapa rendahnya martabat rasul & seolah2 anda lebih mulia dripada rasul..?




hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Thu Nov 26, 2009 4:34 pm

patutla Dr. Rashad khalifa sanggup mngaku dirinya adalah Rasulullah.. Astagfirullah..

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Thu Nov 26, 2009 4:38 pm

Manusia akan gemilang bila bijak dan berilmu
tinggi serta pandai mencipta. Alam semesta ini gemilang dengan kilauan
bintang2 dan matahari sebab Allah itu Pemilik gedung ilmu dan Maha
Bijaksana dalam mencipta.

Nak melahirkan masyarakat yang
mencintai ilmu, pastilah setiap diri itu suka melakukan aktiviti yang
melayakkan ilmu itu diperolehi iaitu dengan rajin membaca, belajar,
mengkaji, menyelidik, bereksperimen, mengira, berfikir, berkreativiti
dan segala aktiviti yang logik untuk mengasah minda.

Jadi, sudah
pasti umat Islam zaman gemilang itu buat amalan (termasuk solat) yang
logik menjadikan mereka masyarakat cintakan ilmu.

Setakat buat
gerakan tundukkan kepala dan letakkan dahi ke tanah, tetapi hidup malas
berfikir, logik ke nak jadi masyarakat yang berilmu tinggi? Hidup
biarlah berpijak pada bumi yang nyata.


ahli sejarah barat yang kafir tu sndiri pn mengakui bahawa umar bin abdul aziz,salahuddin al-ayubi & segala tokoh2 yang membawa kepada kegemilangan islam pada zaman dahulu melakukan solat yang anda anggap sebagai sesat itu.tidap pernah dibuktikan bahawa mereka mengamalkan kepercayaan seperti anda.malah ibnu sina sndiri adalah pakar dlm bidang al-quran & hadith.

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Re: Bagaimana Solat Boleh Menguatkan Ummah?

Post by hilmi88 on Thu Nov 26, 2009 4:44 pm

wahabi sesat??????

arab saudi amalkan wahabi?????

malang sungguh umat islam kini ....


lebih malang lagi bg mreka yang menyamakan taraf Rasul mereka seperti seorang posmen yang tidak tahu apa2 melainkan cuma sekadar menyampaikan pesanan dripada tuannya..

hilmi88
Siswa-Siswi

Number of posts: 29
Reputation: 0
Credits: 835
Registration date: 2009-11-24

Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum