Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Jangan mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain

View previous topic View next topic Go down

Jangan mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain

Post by Admin on Sat Oct 24, 2009 11:07 am

49:11. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

Allah melarang kita daripada mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain dengan nama-nama gelaran. Sebagai contoh, anti-hadis, sesat, kafir dan sebagainya. Apakah kita mahu melanggar larangan Allah ini? Mengapa Allah melarang semua ini daripada menular di kalangan kita? Tidak lain, supaya kita bersangka baik dengan orang dan Allah tidak mahu kita bermusuh-musuhan. Jika ini terjadi, maka ketidakharmonian dan perbalahan sesama-sendiri akan berleluasa. Di samping mentaati perintah Allah ini, berbuat baiklah semasa kita. Bukan sesama kita sahaja tapi semua komuniti masyarakat, persekitaran dan sebagainya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Jangan mengejek, memperolok, mencari kesilapan dan menghina orang lain

Post by Juang on Sat Oct 24, 2009 12:27 pm

Setiap manusia dalam proses belajar. Selagi kita bernyawa, semua kita kena belajar. Tidak perlu menunding jari puak itu tak betul, puak sana sesat, puak yang tu kafir dan hanya puak kita sahaja betul.

Para Nabi dan Rasul tidak ditugas untuk menghukum orang lain tak betul. Merek ditugaskan untuk membawa bukti untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Mana-mana yang tidak dapat hidayah untuk menerima nasihat itu, bukan tugas kita menghukum mereka. Sebab masa kita tidak dapat hidayah pun kita akan bersikap macam orang yang belum dapat hidayah itu juga.

Tugas kita mengajak sesama manusia sentiasa mengajar dan belajar agar masing-masing memperbetulkan diri. Tiada nokhtah dalam belajar memperbaiki sesuatu keadaan yang kita nampak kurang baik untuk pergi ke lebih baik.

Jika agama dijadikan berpuak-puak, nanti ada yang mengejek-ejek untuk menjatuhkan hukum ikut hawa nafsu masing-masing. Ejek puak itu tak betul dan sebagainya. Itu bukan ajaran Al Quran.

Siapa yang diberi petunjuk dan siapa yang sesat, Allah sahaja yang tahu. Dan siapa yang telah diberi petunjuk dan kembali kepada kesesatan, Allah juga yang tahu. Tidak patut manusia itu menghukum sesuatu yang Allah tidak beri tugas itu kepada mereka.

Kita semua tahu, pada hari akhirat nantilah Allah akan beri jawapan, golongan mana yang benar dan golongan mana yang salah. Tugas kita adalah mengajak manusia untuk mencari kebenaran dengan sentiasa belajar memperbaiki diri. Bukannya menjatuhkan hukum mendahului Allah.

Kenapa tidak sabar untuk menunggu hari kematian untuk kita tahu siapa golongan yang benar dan siapa yang sesat itu?


Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum