Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Fri Oct 23, 2009 11:04 am

Beginikah gambaran Umat terbaik ?
Oleh albab
October 2009,

Salam,

Saya ingin berkongsi satu persoalan yang bermain di fikiran saya sebelum ini. Apa yang dimaksudkan diilhamkan daripada ayat 3/110 yang menyebut tentang khayra ummatin (umat terbaik). Berdasarkan ayat itu, kita bandingkan dalam skop realiti umat yang berlaku di dunia ini samaada sejarah umat terdahulu atau pada zaman ini. Justeru itu, saya mengajak forumer mengambil pelajaran daripada firman Allah yang bermaksud:

3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

Siapakah khaira Ummatin (umat terbaik) yang dimaksudkan dalam ayat diatas? Sudah pasti “kamu” itu merujuk kepada kita umat islam yang disampaikan ayat ini. Inilah suatu anugerah Allah kepada umat islam.

Justeru itu, sejarah telah merakamkan bahwa umat islam telah berjaya membina tamadun berabad lamanya dan memberi sumbangan besar kepada dunia. Kejayaan umat terdahulu sebenarnya diwarisi daripada perjuangan nabi Muhammad. Bermula dengan tertubuhnya dua wilayah Islam di jazirah arab ketika hayat Muhammad dan seterusnya wilayah kekuasaan Islam telah meluas di seluruh dunia. Sehinggakan Empayar Rom dan Parsi yang suatu ketika merupakan sebuah empayar besar dan digeruni juga akhirnya berjaya ditakluki oleh pejuang Islam.

Ramai ilmuan dan intelektual Islam lahir dalam berbagai bidang samaada sains teknologi dan falsafah. Jika kita pernah mendengar nama seperti ibnu sina, al-khawarizmi, Jabir Ibn Hayyan dsb, mereka adalah tokoh-tokoh yang menyumbang kepada perkembangan ilmu. Ilmuan islam menghasilkan idea-idea baru dan mengembangkannya melalui banyak tulisan mereka. Sebagai contoh, Ibnu Sina adalah antara tokoh perubatan dalam dunia Islam yang terkenal dan diiktiraf sebagai bapa perubatan dunia. Usaha beliau menjadi pelopor kepada kaedah perubatan moden. Kebanyakkan tulisan para ilmuan ini diterjemah dalam dalam pelbagai bahasa dan sehingga kini pun masih dijadikan rujukan di banyak universiti diseluruh dunia.

Kehebatan umat islam juga dapat dilihat melalui penguasaan ekonomi. Dengan jaminan keselamatan laluan perdagangan dan kekuatan yang armada laut dimiliki oleh kerajaan Islam membolehkan pedagang Islam berjaya berdagang ke merata dunia. Kegiatan jual beli yang adil dan akhlak yang baik yang diamalkan pedagang Islam mungkin menjadi faktor mereka dapat bersaing dengan pedagang dari eropah dan menarik minat para pembeli. Disamping itu, mereka ini juga memainkan peranan dalam mengembangkan dakwah Islam di dalam laluan perjalanan mereka ini. Sejarah melayu ada mencatatkan tentang kedatangan pedagang dari arab, India dan China ke Melaka suatu masa dahulu.

Berdasarkan sejarah, umat terdahulu telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan baik dari segi politik, ekonomi dan social sejak zaman pemerintahan Rasulullah lagi. Islam pernah menakluki sebahagian besar dunia itu sebenarnya terdiri daripada umat yang hanya terikat dengan akidah islam yang menyeru mereka mengesakan Allah.Kekuatan dan kesungguhan generasi awal dalam mengembangkan dakwah Islam ini dizahirkan daripada keimanan yang tertanam di jiwa dan amal soleh yang mereka praktikkan berdasarkan Al-Quran . Dan Allah tidak akan mensia-siakan dan menunaikan janjinya kepada umat yang menolong agama-Nya seperti yang disebut dalam firman-Nya.

3:195. Dan Pemelihara mereka menyahuti mereka, "Aku tidak mensia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan,

24:55. Allah berjanji kepada orang-orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, bahawa Dia akan sesungguhnya menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang-orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti, dan sungguh, Dia akan meneguhkan agama mereka bagi mereka yang Dia merelai untuk mereka, dan Dia akan menukarkan untuk mereka, sesudah ketakutan mereka, dengan keamanan. "Mereka akan menyembah-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu." Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu, maka mereka itu, merekalah orang-orang fasiq.

47:7. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu, dan memperteguhkan kaki kamu.


Last edited by albab on Fri Oct 23, 2009 3:35 pm; edited 6 times in total

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Fri Oct 23, 2009 11:17 am

Realiti umat islam kini?

Namun, keadaan umat islam kini ini amat menyedihkan dan boleh la disifatkan sebagai zaman kegelapan bagi dunia Islam. Bermula dengan runtuhnya kekhalifahan islam pada 1924, umat islam telah hilang kekuasan di dunia ini. Umat yang asalnya bersatu berada di bawah satu wilayah kekuasaan Islam telah di potong-potomg seperti kek dan jadilah umat Islam yang berpecah belah mengikut negara bangsa termasuklah negara ini. Satu demi satu negara islam seterusnya telah dijajah oleh Barat dalam usaha menyerang pemikiran umat Islam dengan ideology sekular yang mereka cipta. Sehingga hari ini negara-negara Islam masih menganut dan berpegang dengan hukum jahiliah acuan penjajah itu. Kita dapat saksikan sendiri kesannya di negara ini, kadar jenayah, rasuah, penculikan, pembunuhan, perzinaan, anak luar nikah, kes buang bayi, kecurian, penyelewengan kuasa dan sebagainya yang semakin bertambah. Malah segala kejahatan ini, majoritinya melibatkan orang Islam. Inilah akibat apabila hukum jahiliah yang mereka sanjung dan praktikkan dengan mengendahkan hukum Allah yang telah ditentukan-Nya. Firman Allah:

5:49. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanyauntuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.

Disamping itu, dendam musuh-musuh Islam ke atas umat islam tidak pernah padam. Chencha, Bosnia, Kashmir, Iraq, Afghanistan Palestin dan banyak lagi menjadi mangsa penindasan dan kezaliman musuh Islam dalam memenuhi agenda mereka. Umat islam diperangi dan ditindas dalam pelbagai bentuk ancaman seperti dibunuh, dirogol, diseksa, dihalau daripada kampung halaman mereka dan sebagainya. Palestin merupakan tapak masjidil Aqsa dan dahulunya dibawah pemerintahan Islam sehingga kini masih dibelenggu dengan konflik menentang zionis. Rakyat Palestin sudah sekian lama bermandi darah dalam mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Yahudi. Jelas keadaan ini membuktikan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah terpendam sejak 1400 tahun yang lalu. Hal ini juga disebut dalam firman Allah:

5:82. Sungguh, kamu mendapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang mempersekutukan,

Disamping itu, niat jahat golongan ini juga dapat diterjemah daripada ayat yang berbunyi:

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

Tambahan lagi, perpecahan yang berlaku dalam umat Islam memburukkan keadaan dan Mereka sanggup berperang dan bertelagah sesama sendiri disebabkan berbeza mazhab, fahaman politik dan aliran agama. Umat islam seolah-olah kembali kepada sikap jahilah yang suka berpuak-puak. Contohnya apa yang berlaku di negara kita, mungkin dikalangan kita yang sudah muak mendengar cerita-cerita politik yang menyaksikan perebutan kuasa. Akibatnya, kita dapat saksikan sendiri umat islam berpecah belah dan saling bermusuhan kerana taksub kepada parti politik yang disokong. Samaada sedar atau tidak, mereka ini telah ingkar kepada ayat Allah. Firman Allah:

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, …

Baru-baru ini kita sekali lagi digemparkan dengan gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia. Ini bukanlah kali pertama umat Islam dilanda bencana alam yang membunuh ribuan nyawa. Malah tahun 2004 menyaksikan bencana Tsunami dasyat yang membunuh hampir 300 000 nyawa di Acheh dan negara-negara lain termasuklah Malaysia. Bencana seperti mengingatkan saya tentang kaum telah Allah binasakan kerana ingkar ajaran Allah. Sudah pasti bencana yang berlaku atas kemungkaran manusia sendiri seperti firman-Nya:

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali.


Last edited by albab on Fri Oct 23, 2009 3:34 pm; edited 1 time in total

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Fri Oct 23, 2009 11:36 am

Ini hanyalah sedikit gambaran yang cuba saya nampakkan. Seperti apa yang dapat dilihat, realiti yang berlaku kepada umat islam kini langsung tidak menggambarkan suatu contoh umat terbaik. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada umat ini. Umat yang dahulunya yang pernah menguasai sepertiga dunia dan kini hanya menjadi umat yang dipandang rendah, dihina, dicop sebagai pengganas dan sebahagiannya terpaksa mengemis dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika dan sekutunya untuk mendapat bantuan kemanusiaan, ekonomi dll. Disaat umat islam ditimpa dengan pelbagai musibah dan bencana, umat Islam seperti sudah terlepas daripada perlindungan dan pertolongan Allah. Mungkinkah umat ini adalah umat yang derhaka kepada Tuhan-Nya.

Jadi, bagaimanakah umat yang sebenarnya Allah sifatkan sebagai umat terbaik? Jika diteliti semula ayat 3/110, dinampakkan ciri-ciri umat terbaik mengikut kehendak-Nya iaitu menyuruh yang baik, melarang yang mungkar dan mempercayai Allah. Justeru itu, ada tugas dan tanggungjawab yang diperintahkan kepada umat pilihan Allah ini dalam ayat ini. Pada hemat saya, tugas inilah yang perlu dilakukan untuk umat Islam keluar daripada zaman kegelapan di ketika ini dan kembali ke landasan sebenar. Antara tugas yang dimaksudkan ialah menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar adalah perintah Allah yang disebut dalam ayat 3/110 tadi. Terdapat ayat-ayat lain juga yang menyebut tentang perintah Allah ini seperti dibawah:

3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.

3:114. Mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.

22:41. Orang-orang yang, jika Kami meneguhkan mereka di bumi, melakukan solat, dan memberikan zakat, dan menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; dan kepada Allah kesudahan segala urusan.

Disamping itu, ciri umat terbaik ini tidak terhad kepada menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar sahaja tetapi, termasuk percaya kepada Allah jua. Umat Islam perlu ada fokus dengan meletakkan kepercayaan kepada Allah semata tanpa ada penyekutuan dengan sesuatu yang lain. Segala amalan yang dilakukan didunia ini perlu la mengutamakan mardotillah dan perlu yakin akan mendapat pertolongan daripada Allah.

Dengan melaksana seruan Allah iaitu menyuruh yang baik, melarang yang mungkar dan mempercayai Allah, pasti dapat menjadi penyelesaian kepada masalah umat Islam yang melanda ketika ini. Seterusnya mengembalikan umat ini kepada petunjuk Allah yang benar dan menjadi umat terbaik. Yang haq pasti menang!

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Admin on Fri Oct 23, 2009 4:57 pm

Macam manalah kita (umat islam) nak jadi umat terbaik kalau berpecah-belah dan tidak mengikut hukum yang ditetapkan dalam al-quran yang disampaikan oleh rasul?

Allah suruh kita berpegang teguh dengan taliNya. Tapi, jika ada 'tali' lain yang kita pegang, maknanya semakin longgarlah 'tali' Allah itu.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Juang on Fri Oct 23, 2009 4:59 pm

Saya setuju dengan pendapat saudara Albab berkenaan langkah pertama kita untuk perbaiki nasib umat. Ya, kita perlu menyuruh pada yang baik dan melarang sesuatu yang mungkar.

Mulakan pada diri kita dengan memperbanyakkan berbuat baik, dan tunjukkan contoh macam mana kita menjauhi kemungkaran.

Kalau kita nak kalahkan musuh dari luar, kenalah kalahkan musuh dari dalam dulu. Kalau musuh dari dalam pun dah banyak kantoi, macam mana nak kalahkah musuh dari luar itu?

Sekarang ni umat Islam tak sedar musuh dari dalam, tu yang duk berpecah-belah sesama sendiri. Musuh dari luar pakat gelak ketawa.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Mon Oct 26, 2009 12:52 pm

Juang wrote:Ya, kita perlu menyuruh pada yang baik dan melarang sesuatu yang mungkar.

Benar,

Menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar adalah suruhan Allah. Umat Islam sepatutnya menjadi tauladan baik dalam menzahirkan ajaran Allah. Tapi mereka pula mengendahkan ajaran AQ. Akibatnya, kita saksikanlah bagaimana nasib umat ketika ini. Peperangan, jenayah yang berleluasa, perebutan kuasa orang politik dll sememangnya sudah menjadi bkebiasaan dihidangkan di media massa setiap hari.


Disamping itu, segolongan manusia mencipta pelbagai teori dan hukum kononnya dapat menyelesaikan permasalahan manusia. Contohnya, kita dapat lihat wujud pertubuhan seperti PBB, NAM, OIC dll dan ternyata tidak dapat mengubah dunia ini menjadi lebih baik. Malah, realitinya dunia tidak pernah sunyi dengan bunyi letupan bom, roket yang membunuh ribuan nyawa dalam memenuhi nafsu mereka yang zalim. Adakah umat Islam perlu tunduk dengan setiap apa yang dipromosikan oleh Barat? Tetapi inilah kebanyakan umat Islam berpegang pada hari ini.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Juang on Mon Oct 26, 2009 1:17 pm

Apabila kita mengaku Islam dan mengikut ajaran Nabi Muhammad, tanpa disedari, kita sebenarnya mempromosikan akhlak baginda (Al Quran) kepada manusia sejagat.

Jika kita tunjukkan akhlak yang baik, sudah tentu Islam dan nama Rasulullah akan jadi baik. Malangnya apabila kita tunjukkan perangai buruk dengan cerita kelemahan dan perpecahan yang bagaikan tiada kesudahan, macam mana orang lain nak nampak indahnya Islam dan menerima Islam?

Tanpa kita sedar, kerana perangai buruk itulah menyebabkan orang lain menjauhi Islam dan ramai yang keturunan Islam keluar daripada Islam untuk mencari pegangan yang lebih baik. Kita sendiri sudah menyusahkan urusan dakwah kepada yang belum menerima cahaya Islam yang sebenar.

Tetapi ramai yang tidak memikirkan ini semua kerana bagi mereka, asal ikut apa yang telah diterapkan sejak kecil-kecil dulu, cukuplah sebagai orang yang mengaku Islam. Rasa peka dan sensitif pada perubahan senario sekeliling sudah tidak diendahkan kerana sibuk mementingkan diri sendiri. Itulah gambaran perangai kebanyakan kita hari ini.

Bagi yang tua-tua, mereka hanya tahu menyalahkan anak-anak muda mereka kerana terjebak dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral. Tidakkah mereka mahu berfikir, jika yang tua-tua dan berstatus ulamak pun sibuk bercakaran berebut kuasa, macam manalah anak-anak muda itu nak dapat kesedaran? Kalau yang tua-tua tak bagi anak-anak muda mereka berfikir, macam manalah nak lahir generasi muda yang berfikiran jauh ke hadapan?

Renung-renungkanlah, sebelum terlewat iaitu bila pewaris bangsa hanya tinggal spesis lalang sahaja.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Mon Oct 26, 2009 1:26 pm

Al-Quran menjelaskan mengenai golongan ingkar perintah Allah
untuk melarang kemungkaran. Sebaliknya, mereka pula menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik. Antara golongan ini disebut seperti dibawah:

Kaum Bani Israil

5:78. Telah dilaknati orang-orang yang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka.

5:79. Mereka tidak saling melarang daripada sebarang kemungkaran yang mereka melakukan; sungguh buruknya apa yang mereka buat!

Ayat diatas merupakan kemuncak ancaman dan kemurkaan dari
Allah Ta’ala kerana yang menyebabkan mereka ditimpa laknat itu ialah kerana mereka meninggalkan nahi mungkar; iaitu mencegah orang dari melakukan kejahatan.

Orang-orang munafik

9:67. Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka
melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah orang-orang fasiq.

Syaitan.

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

Ayat ini memberi peringatan kepada orang-orang yang percaya menjauhi langkah-langkah syaitan.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Juang on Mon Oct 26, 2009 1:56 pm

Syaitan itu ada dari kalangan jin dan manusia.

Hakikatnya, tiada jin dan manusia nak jadi syaitan. Ini kerana semua mereka telah berjanji dengan Allah untuk mentauhidkanNya.

Namun, apabila hati tertutup untuk menilai buruk baik sesuatu perkara kerana tidak menggunakan akal, maka banyak tipu-daya syaitan telah dilakukan tanpa disedari. Sehingga semakin banyak kelalaian dan kemungkaran dilakukan, syaitan yang berternakan dalam hati sudah sukar hendak dibuang lagi.

Sehingga ada yang sanggup membiarkan kaum mereka berpecah-belah. Mereka jadikan alasan bahawa perpecahan itu perkara biasa kerana Allah memang jadikan manusia berbeza-beza. Tetapi tidakkah mereka memikirkan, biarpun Allah jadikan lelaki dan perempuan itu berbeza-beza, tetapi bukankah ia untuk disatukan, bukannya untuk dipisahkan?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by albab on Wed Oct 28, 2009 4:46 pm

Imej Islam sudah sekian lama tercalar dan menimbulkan prejudis di mata bukan Islam akibat kerosakan akhlak yang dinampakkan umat Islam. Sehinggakan wujud fenomena Islamphobia di Eropah berikutan serangan berani mati dilakukan pengganas Islam yang membunuh orang awam yang tak berdosa. Fenomena ini lebih ketara sejak serangan 11 September di Amerika. Adakah cara begini boleh dikaitkan dengan islam sebenar? Tidak, golongan ekstrim sebegini hanya bersangka semata apa yang dilakukan itu berlandaskan agama. Tetapi sedarlah ianya langsung tidak mengikut jalan Allah yang dijelaskan dalam Al-Qur’an.

Secara langsung, keadaan ini menampakkan satu cerminan tidak baik tentang Islam. Ajaran Islam dituduh menggalakkan keganasan dan Rasulullah menganjurkan dakwah dengan pedang dan sebagainya. Pastinya salah faham ini merencatkan usaha dakwah terhadap masyarakat bukan Islam. Cahaya Islam yang benar seolah-olah diselubunyi dengan akhlak buruk orang Islam. Cuba bayangkan jika kita sendiri adalah dari kalangan orang bukan Islam melihat keadaan umat islam ketika ini, bagaimanakah kita akan menilai? Melainkan individu bukan islam itu sememangnya mengkaji Islam itu dari sumber yang benar iaitu Al-Quran.

Sebelum kita mahu menarik hati masyarakat bukan Islam kepada Islam, sepatutnya umat Islam itu perlu terlebih dahulu muhasabah diri dalam menampak akhlak muslim sebenar. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran ini, Usaha kearah kearah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kejahatan perlu dijana sepanjang masa tanpa putus asa dan bersikap lemah.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Juang on Thu Oct 29, 2009 12:17 am

albab wrote:Melainkan individu bukan islam itu sememangnya mengkaji Islam itu dari sumber yang benar iaitu Al-Quran.


Sebelum nak galakkan yang di luar Islam itu mengkaji Al Quran, orang Islam sendiri kena yakin pada Al Quran dahulu. Ini baru kita ajak memikirkan dan memahami Al Quran, mereka sudah ragu-ragu dengan memberi seribu-satu macam alasan. Kena ada tok gurulah, tak boleh guna akallah, tidak boleh guna terjemahanlah, kena tahu bahasa Arablah, tak jelas dan perlukan riwayat hadislah dan macam-macam taktik syaitan untuk meragu-ragukan hati orang Islam itu sendiri.

Padahal di awal surah Al Baqarah sudah sebut, "inilah Kitab yang tiada keraguan,...". Patutnya, jika manusia itu benar-benar beriman dan bertakwa, mereka tidak akan beralasan macam tu. Hanya orang yang tak beriman sahaja suka beralasan untuk menolak sesuatu yang memberi kebaikan kepada diri.

Bagaimana untuk membersihkan imej Islam kembali?

Kita kena mula sucikan umat dengan ilmu pengetahuan. Ilmu itu mensucikan jiwa. Ilmu membolehkan manusia mengenal beza baik dan buruk. Bila kenal apa itu kebaikan yang menjadikan jiwa kita bersih, maka hati umat akan disucikan daripada perasaan angkuh dan bangga diri yang merasakan telah dilahirkan daripada keturunan Islam, mereka sudah pun Islam.

Penyakit bangga diri sebeginilah yang mengotorkan jiwa manusia sehingga mereka hidup bukan untuk menuntut ilmu lagi, tetapi sekadar bertekun buat amalan ritual yang mereka sendiri tidak tahu apa kebaikan pada diri mereka. Mereka beramal dengan sangkaan bahawa apa yang mereka buat itu sama macam Nabi buat. Kerana bertekun pada sesuatu yang tidak mendatangkan ilmu, tanpa mereka sedari, umat mereka sudah lemah dan jauh ketinggalan dalam bidang ilmu.

Kita kena kembali wujudkan generasi ulul albab, iaitu para pemikir dan pengkaji ilmu. Bukannya para penurut membuta-tuli yang tak tahu apa tujuan amalan mereka, melainkan sangkaan atas nama ajaran bapa-bapa atau nenek moyang mereka.

Lihatlah pedoman Al Quran, yang mana para Rasul didatangkan kepada kaumnya yang telah lalai dan hidup sekadar menurut amalan nenek moyang kerana bersangka-sangka itulah cara beribadat kepada Tuhan.

Tuhan tidak perlulah segala bentuk ibadat itu untuk Dia. Kerana Dia tidak bergantung kepada makhluk-makhlukNya. Sebaliknya, kitalah yang bergantung kepada Dia.

Ada manusia yang buat sembahan dengan berikan makanan kepada Tuhan. Padahal, Tuhan itu yang memberi rezeki kepada makhlukNya. Kan tak logik buat amalan macam tu?

Ada manusia yang buat sembahan dengan buatkan sesuatu gerakan sembahan untuk Tuhan. Padahal, Tuhan itu yang menggerakkan anggota badan makhlukNya. Kan tak logik buat amalan macam tu?

Tuhan tak perlu sesuatu daripada kita. Kita sembah Tuhan dengan berbuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada diri kita kerana Tuhan suruh kita hidup di dunia ini untuk berbuat kebaikan. Mentaati suruhan berbuat kebaikan itu sudah bererti menyembah Tuhan. Tapi ramai manusia tidak berfikir ke arah ini. Mereka ingat Tuhan perlukan sesuatu bentuk amalan ibadat daripada manusia. Jangan hina diri sampai tahap macam tu sekali.

Tuhan sudah ajar, nak bergantung kepadaNya, jadilah manusia yang suka belajar dan berfikir, kerana Dialah yang mengajar manusia daripada tidak tahu apa-apa kepada menjadi apa-apa. Sebenarnya, apabila kita mengetahui sesuatu perkara, itulah tanda-tanda kita sudah berhubung dengan Allah. Tetapi ramai manusia tidak sedar hakikat ini.

Lagi banyak kita mengetahui sesuatu perkara, itu menunjukkan hubungan kita dengan Allah amat rapat. Dia senang-senang ajar kita. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah.

Apabila Islam ditegakkan kembali atas dasar menuntut ilmu, pasti umat Islam itu akan dilihat gemilang dan bercahaya, sehingga kaum lain terpaksa bergantung kepada ilmuan-ilmuan Islam seperti zaman kegemilangan dahulu.

Umat berilmu, akan menjadi umat yang kuat dan bersatu-padu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by fikirman on Fri Oct 30, 2009 1:12 am

albab wrote:
Realiti umat islam kini?

Namun, keadaan umat islam kini ini amat menyedihkan dan boleh la disifatkan sebagai zaman kegelapan bagi dunia Islam. Bermula dengan runtuhnya kekhalifahan islam pada 1924, umat islam telah hilang kekuasan di dunia ini. Umat yang asalnya bersatu berada di bawah satu wilayah kekuasaan Islam telah di potong-potomg seperti kek dan jadilah umat Islam yang berpecah belah mengikut negara bangsa termasuklah negara ini. Satu demi satu negara islam seterusnya telah dijajah oleh Barat dalam usaha menyerang pemikiran umat Islam dengan ideology sekular yang mereka cipta. Sehingga hari ini negara-negara Islam masih menganut dan berpegang dengan hukum jahiliah acuan penjajah itu.........



Salam...

Saya tertarik ngan isu yang dibincangkan...

Memang jika melihat kepada lembaran sejarah sekitar 1400 tahun yg lalu, umat Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan, kebesaran dan kehebatan. Namun, jika kita perhatikan umat Islam dewasa ini, kita akan nampak bahawa kita berada dalam keadaan yg sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan. Perangai dan budi pelerti kita tidak baik, akhlak juga tidak baik...malah segala keburukan telah wujud dalam diri ummat ini dan kita telah jauh daripada kebaikan.

Hakikat sebenarnya, ialah sehingga ke hari ini, penyakit kita belum dikenalpasti (diagnos) secara sempurna. Beberapa perkara yg dinyatakan sebagai penyakit yg kononnya telah menyebabkan kejatuhan kita, bukanlah penyakit yg sebenar, tetapi hanyalah gejala sampingan. Oleh itu, selagi tumpuan tidak diberikan kepada penyakit yang sebenar serta rawatan unsur2 nya tidak dijalankan, maka pemulihan ke atas gejala2 sampingan bukan sahaja tidak mungkin terlaksa malahan menjadi mustahil. Oleh itu, selagi kita tidak betul2 mengenal pasti penyakit dan tidak mahu mengetahui cara rawatannya yang sebenar maka sebarang perbincangan untuk mengislahkan umat adalah satu kesilapan yang besar.

Kita mendakwa bahawa syariat kita adalah undang2 Allah swt yang sempurna yang menjamin kejayaan dan kesejahteraan urusan dunia dan agama kita sehingga hari kiamat. Oleh itu, tiada alasan untuk kita mengenal pasti penyakit kita dengan akal dan fikiran sendiri serta mula mengubati penyakit itu. Sebaliknya, kita perlu mengenalpasti penyakit tersebut berpandukan Al Quran dan mengetahui cara rawatan daripada sumber petunjuk dan hidayat yang sama, kemudian terus melaksana rawatan tersebut. Apabila Al Quran sendiri merupakan perlembagaan hidup kita yg sempurna hingga ke hari kiamat maka tiada alasan untuk mengatakan al quran tidak mampu memberi pimpinan kepada kita dalam masalah yang genting ini.

fikirman
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Age: 38
Location: Bumi Allah
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-10-29

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by fikirman on Fri Oct 30, 2009 1:42 am

Jika kita perhatikan, satu janji daripada Allah swt ialah pemerintahan dan khalifah di muka bumi ini adalah sebenarnya untuk orang Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat berikut :

"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa...." (an-Nur : 55)

Allah swt juga telah meyakinkan kita bahawa orang mukmin sentiasa akan menguasai orang kafir dan mereka (orang kafir) tidak akan mempunyai sebarang pertolongan dan pembantu sebagaimana dalam ayat berikut :

"Dan sekiranya orang kafir memerangi kamu tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung atau pemberi pertolongan." (al-Fath : 22)

Pertolongan dan bantuan kepada orang mukmin adalah dalam tanggungjawab Allah swt dan merekalah yang sentiasa tinggi dan mulia di dunia ini. Firman Allah swt :

"Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman." ( Rum : 47)

"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa2 yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman." (ali Imran : 139)

"padahal bagi Allah swt jualah kemuliaan dan kekuatan itu bagi Rasulnya serta bagi orang yang beriman akan tetapi golongan yang munafiq itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)" (al- Munafiqun : 8)

Dengan merenung firman2 Allah swt tersebut, dapat diketahui bahawa kemuliaan, kehebatan, ketinggian serta setiap kebesaran dan kebaikan orang Islam bergantung kepada sifat keimanan mereka. Sekiranya hubungan mereka dengan Allah swt dan Rasulnya mantap (yang merupakan tujuan iman) maka segala-galanya menjadi milik mereka. Sebalinya, jika dalam hubungan itu terdapat kekurangan maka natijahnya tidak lain kecuali kerugian dan kehinaan semata-mata sebagaimana yang telah dinyatakan sejelas-jelasnya dan ayat berikut:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr)

fikirman
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Age: 38
Location: Bumi Allah
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-10-29

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by fikirman on Fri Oct 30, 2009 1:54 am

Sekrang, perkara yang paling penting untuk direnungi ialah, jika memang kita kehilangan hakikat Islam, yang merupakan sumber kejayaan dan kebaikan kita di dunia dan akhirat maka kita harus tahu punca2 yang menyebabkan roh Islam tersebut terkeluar daripada diri kita. Lalu menjadikan kita bagaikan satu jasad yang tidak bernyawa.Kita juga harus mengetahui cara2 agar nikmat yang sudah hilang itu dapat dikembalikan.

Apabila kita membaca al Quran, dan kita meneliti sebab2 kelebihan dan keutamaan umat ini, maka kita akan mendapati bahawa umat ini telah diberikan satu tugas yang tinggi dan mulia. Tugas ini menyebabkan umat ini dikurniakan dengan gelaran yang mulia iaitu sebaik-baik umat.

fikirman
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Age: 38
Location: Bumi Allah
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-10-29

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by fikirman on Fri Oct 30, 2009 2:25 am

Maksud sebenar daripada ciptaan dunia ini adalah supaya manusia mengenali zat Allah swt yang Maha Esa dan sifat-sifatNya. Maksud tersebut tidak mungkin akan tercapai sehinggalah keturunan manusia dibersihkan daripada segala kekotoran dan kekejian, kemudian dihiasi dengan kebaikan dan keelokan. Untuk maksud inilah ribuan nabi dan rasul telah diutuskan oleh Allah swt. Akhirnya untuk menyempurnakan maksud tersebut, Saiyyidul-Anbia Wal-Mursalin, nabi Muhammad saw telah diutuskan dan berita gembira telah diperdengarkan seperti firman Allah swt di bawah ini :

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku telah reda bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu." (al-Maidah : 3)

Jadi, oleh kerana maksud tersebut telah disempurnakan, setiap kebaikan dan keburukan juga telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya serta peraturan hidup yang lengkap diberikan kepada kita maka salasiah kenabian dan kerasulan telah ditamatkan. Sehubungan dengan itu, tugas yang dahulunya dilaksanakan oleh para rasul dan nabi telah diserahkan kepada umat Muhammad saw sehingga ke hari kiamat. Firman Allah swt :

"Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)." (Ali-Imran : 110)

"Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya." (Ali Imran : 104)

Dalam ayat yang pertama di atas, telah dinyatakan bahawa kedudukan kemu sebagai sebaik-baik umat adalah kerana kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada keburukan. Dalam ayat kedua pula telah dinyakan dengan secara khusus bahawa kejayaan dan kebaikan hanya untuk orang yg melakukan kerja ini (amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar).
Bukan setakat itu sahaja, malahan di tempat2 lain daripada al Quran dinyatakan dengan jelas bahawa tidak menjalankan kerja tersbutlah menjadi punca kelaknatan dan kemurkaan Allah swt seperti firmanNya:

"Orang kafir Yahudi daripada Bani Israil telah dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam a.s. Justeru, mereka derhaka dan selalu menceroboh. Mereka tidak saling melarang (sesama sendiri) terhadap perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk perkara yang mereka telah lakukan." (al-Maidah : 78 & 79)

fikirman
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Age: 38
Location: Bumi Allah
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-10-29

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by fikirman on Fri Oct 30, 2009 2:44 am

Kesimpulannya,
usaha amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar adalah satu rukun agama yang besar. Malahan, setiap bahagian daripada agama ada kaitan dengannya. Justeru, untuk menyempurnakan tugas tersebut Allah swt telah mengutuskan kesemua nabi dan rasul a.s. Sekiranya tugas amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar tidak diberi perhatian dan ditinggalkan terus dari segi ilmu dan amalan maka nubuwah (kenabian) tidak akan berguna lagi. Kesan daripada itu, sifat amanah, yang menjadi sifat utama kemuliaan manusia akan pupus dan binasa, sifat malas (untuk beribadat) akan tersebar, jalan2 kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas, kejahilan akan berleluasa di alam ini, semua urusan akan mengalami kerosakan, perpecahan antara satu sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak dan makhluk keseluruhannya akan binasa.

Sungguh menyedihkan, bahaya yang difikirkan itu sekarang sudah nyata berada di hadapan kita.

Dan hari ini...
Tugas kenabian ini telah dipertanggungjawabkan kepada kita selaku umat nabi. Kitalah diamanahkan untuk menyambung kerja-kerja amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar. Dan disinilah terletaknya kemuliaan kita selaku umat yang terbaik.

Persoalannya...
bagaimanakah kita perlu menjalankan kerja ini? Allah swt telah turunkan Al Quran dan Nabi Muhammad saw telah menunjukkan jalan untuk penyempurnaan amalan al Quran.

Justeru itu, untuk menjalankan kerja ini juga, kita kena melihat bagaimana Nabi menjalankan kerja tersebut. Di sinilah terletaknya kejayaan.

Kerja ini perlu dijalankan di cara yang ditunjukkan oleh nabi saw, bukan dengan menggunkan akal kita sendiri kerana akal kita tidak mampu unutk menjalankan kerja yang begitu mulia ini.....


Allah swt maha mengetahui....

fikirman
Siswa-Siswi

Number of posts: 6
Age: 38
Location: Bumi Allah
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-10-29

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Juang on Fri Oct 30, 2009 8:51 am

Pusat bermulanya sesuatu kebaikan atau kejahatan adalah di dalam dada manusia itu sendiri. Daripada niat yang dicetuskan oleh tuan empunya jiwa itu.

Jika seseorang manusia itu berniat baik, dan komited menjalankan kerja-kerja kebaikan, maka natijahnya pasti akan baik juga.

Tetapi jika manusia itu berniat jahat, biarpun diselubungi pakaian yang indah-indah dan mempersonakan, pasti menghasilkan natijah yang buruk.

Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi di dalam dada manusia.

Oleh itu, untuk merawat umat yang sudah lemah, tertindas dan suka berpecah-belah, kita kena ajak semua anggota masyarakat itu kembali merawat hati masing-masing melalui petunjuk dan hidayah Allah.

Hanya tuan punya diri itu yang tahu mengawal hatinya sendiri. Tugas sesama kita hanyalah sampai-menyampaikan kebenaran dan kesabaran. Ini kerana dengan berpegang pada kebenaran, hati akan bersih daripada kedustaan. Dan dengan mendidik kesabaran, hati akan mantap dengan iman.

Bukan mudah untuk mengajak manusia kembali menilik dalam hati masing-masing. Hanya orang yang ada rasa keinsafan dan penyesalan sahaja yang mampu melakukannya.

Orang-orang yang berbangga diri dengan anutan agamanya, pasti tidak akan sanggup mengakui kesalahan dalam jiwanya sendiri. Perasaan inilah yang ada pada kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang merasakan merekalah kekasih Allah dan kaum-kaum lain semuanya hina. Akibatnya, mereka semakin jauh daripada petunjuk Allah kerana penyakit bangga diri dengan anutan yang diamalkan turun-temurun itu telah menutup mata hati mereka menilai baik-buruk sesuatu perkara.

Biarpun mereka berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, mereka masih merasakan bahawa ajaran turun-temurun yang mereka amalkan itulah ajaran sebenar para Nabi dan Rasul mereka. Segala yang ahli-ahli kitab atau alim ulamak mereka cakap, mereka turuti membuta-tuli. Mereka sudah tidak tahu menilai akhlak baik yang para Nabi ajar dan mana perangai buruk yang syaitan-syaitan ajar.

Dan kita lihat perangai kaum Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Al Quran itu telah meresap dalam jiwa umat Islam sekarang sehinggakan biarpun mereka berpecah-belah dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, mereka masih merasakan itulah ajaran Nabi Muhammad. Tanpa mereka sedari, mereka sudah memburukkan nama Nabi Muhammad.

Sebab itulah orang-orang Barat melukis karikatur Nabi Muhammad yang buruk-buruk untuk menyindir umat Islam sekarang yang perlihatkan perangai buruk mereka atas nama mengikut ajaran Nabi Muhammad sehingga imej Rasulullah sudah tercemar teruk.

Sudah tiba masanya kita kembali kepada Al Quran untuk dijadikan akhlak, bukannya untuk hukum-menghukum puak itu kafir, puak itu sekular dan puak itu tidak Islamik. Itu bukan akhlak Rasulullah.

Al Quran mengandungi kisah-kisah orang yang baik-baik untuk kita jadikan pedoman, dan mengandungi kisah kaum yang buruk perangainya untuk kita jadikan sempadan. Bila kita mudah kenal beza baik dan buruk, mudahlah kita mengawal diri kita. Semakin banyak kita berbuat kebaikan, maka akhlak Rasulullah akan terpancar daripada diri kita.

Ingatlah, Rasulullah itu seorang yang mulia dan merendah diri. Tiada rasa bangga diri pada ilmu yang Allah berikan kepada baginda. Sebab itu baginda tidak sebarkan Islam secara paksaan, tetapi secara hikmah. Baginda terangkan secara jelas dengan bukti-bukti yang mudah difikirkan, sehingga semua orang yang berfikir, pasti mudah memahami apa yang baginda sampaikan. Yang tidak terima apa yang baginda sampaikan hanyalah golongan yang berbangga diri dengan anutan yang mereka amalkan sejak kecil dan tidak mahu menggunakan akal.

Tetapi perangai orang Islam sekarang, sudahlah mereka tidak mampu terangkan Islam secara hikmah dengan bukti-bukti yang jelas dan bukti, lepas itu bila ada yang tidak terima kata-katanya, terus dihukum kafir dan sebagainya. Macam manalah Islam itu tak nampak buruk sekarang?

Ini yang kita nak ubah supaya kita masing-masing ada rasa insaf apa yang telah Allah takdirkan pada umat Islam hari ini. Janganlah nak berbangga diri dengan anutan yang kita terima sejak lahir ini. Kerana perasaan itulah yang telah merosakkan kaum-kaum terdahulu sehingga apabila ditanya mereka kenapa buat sesuatu amalan, mereka jawab "sebab kami tengok bapa-bapa kami dahulu melakukannya sebegitu". Nampak sangat orang tu tidak tahu apa yang dibuatnya. Main pakai turut membuta-tuli.

Kesimpulannya, penyakit beragama menurut membuta-tuli inilah yang melemahkan umat Islam sekarang seperti yang dihadapi oleh kaum-kaum terdahulu. Jadi, untuk perbaiki keadaan ini, kita kena jadi orang yang sentiasa belajar untuk mengetahui sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Al Quran juga ada sebut, janganlah kita mengikut sesuatu yang tidak kita ketahui kerana setiap pendengaran, penglihatan semua itu akan dipersoalkan.

Jadilah generasi ulul albab yang cerdas akalnya untuk belajar memahami sesuatu perkara dan mengikut yang paling baik, bukanya generasi berotak lembab yang hanya menurut tanpa berfikir apa yang diterapkan turun-temurun sehingga perkara-perkara buruk pun mereka kata itu ajaran Nabi. Tanpa mereka sedari, mereka telah banyak merosakkan nama baik Nabi.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by dish on Fri Oct 30, 2009 2:28 pm

Bagusnya topik ini. Amat menarik hati ana. tapi ana juga tertanya-tanya.

Yang dok nampak kat luar sana, adakah dalam diri tu dah sempurna?

Yang dok tuding ke sana sini, adakah pengisian diri dah sempurna?

Pada ana la, sebelum kita nak tengok orang lain, kaum lain, masayarakat lain, kita selak dan belek diri kita dulu. Apa isi dalam diri kita: Pengisiannya macam mana? Cukupkah? Kurangkah? Terlebihkah? Atau kita sendiri pun tak tahu di level mana diri kita ini.

pada ana la, perbaiki diri dulu. baru boleh bercakap tentang ummah, tentang ummat, tentang masyarakat luar.

Kalau diri kita sendiri pun dah berpecah belah, macam mana nak perbaiki umat? kalau keluarga kita sendiri pun kucar kacir, macam mana nak perbaiki diri orang lain. Layakkah kita? Cuba tanya diri tu. Ana pun tanya diri ana jugak.

Cuba fikir, Siapa kita? Nabi? Menteri? Samapi nak pikir hal2 dunia. hal masayarakat Islam sedunia. Kalo kita fikir, apa tindakan kita? Sekadar melaung2 di forum dan blog2? Cukup ke macam tu? Memadai ke?

bukan ana kata tak perlu pikir, memang perlu. tapi janganlah sampai menimbulkan pecah belah pulak. Ana ni, dah lama hidup di bumi Allah, tapi lama bagi ana tak semestinya lama bagi Allah.

kekadang ana tak paham, kenapa anak muda kita jadik macam ini. Adakah kerana terlalu taksub dengan Quran? Terlalu taksub dengan akal mereka sendiri? Terlalu taksub nak tengok umat Islam maju? Atau terlalu taksub nak menunjuk akal dia hebat? Tidakkah mereka faham erti wasatiyah?

dish
Siswa-Siswi

Number of posts: 23
Reputation: 0
Credits: 1150
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by Admin on Fri Oct 30, 2009 4:06 pm

Siapa kita, seharusnya tidak dipersoalkan. Apa yang penting mesej yang disampaikan. Jika kita fikir apa yang disampaikan itu memberi manfaat dan menyedarkan kita, itulah seelok-eloknya yang kita ambil. Jangan nak tunggu kita ini ada gelaran agama, menteri dsb barulah boleh menyampaikan peringatan. Kalau persepsi ini masih bersarang dalam pemikiran kita, sampai bila-bila pun umat islam terus ketinggalan. Jangan pandang siapa orangnya, tapi lihatlah kepada mesej yang dibawanya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Beginikah gambaran Umat terbaik ?

Post by slipar on Fri Oct 30, 2009 5:09 pm

Bagusnya topik ini. Amat menarik hati ana. tapi ana juga tertanya-tanya.

Yang dok nampak kat luar sana, adakah dalam diri tu dah sempurna?

Yang dok tuding ke sana sini, adakah pengisian diri dah sempurna?

Pada ana la, sebelum kita nak tengok orang lain, kaum lain, masayarakat lain, kita selak dan belek diri kita dulu. Apa isi dalam diri kita: Pengisiannya macam mana? Cukupkah? Kurangkah? Terlebihkah? Atau kita sendiri pun tak tahu di level mana diri kita ini.

pada ana la, perbaiki diri dulu. baru boleh bercakap tentang ummah, tentang ummat, tentang masyarakat luar.

Kalau diri kita sendiri pun dah berpecah belah, macam mana nak perbaiki umat? kalau keluarga kita sendiri pun kucar kacir, macam mana nak perbaiki diri orang lain. Layakkah kita? Cuba tanya diri tu. Ana pun tanya diri ana jugak.

Cuba fikir, Siapa kita? Nabi? Menteri? Samapi nak pikir hal2 dunia. hal masayarakat Islam sedunia. Kalo kita fikir, apa tindakan kita? Sekadar melaung2 di forum dan blog2? Cukup ke macam tu? Memadai ke?

bukan ana kata tak perlu pikir, memang perlu. tapi janganlah sampai menimbulkan pecah belah pulak. Ana ni, dah lama hidup di bumi Allah, tapi lama bagi ana tak semestinya lama bagi Allah.

kekadang ana tak paham, kenapa anak muda kita jadik macam ini. Adakah kerana terlalu taksub dengan Quran? Terlalu taksub dengan akal mereka sendiri? Terlalu taksub nak tengok umat Islam maju? Atau terlalu taksub nak menunjuk akal dia hebat? Tidakkah mereka faham erti wasatiyah?


anak muda memang taksub dalam apa jua benda. yg anak muda tak suka ialah berfikir . kat sini ramai yg tua2 jgn risau bagi jer apa pandangan kita sama2 bincang . ana pun tak faham apa itu wasatiyah . tapi pasti ada dalam quran .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum