Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Perjuangan Membangunkan Minda

View previous topic View next topic Go down

Perjuangan Membangunkan Minda

Post by Juang on Wed Oct 21, 2009 4:13 pm

Apabila sesuatu kaum telah sampai kepada perasaan bangga diri bahawa kaum mereka sahaja yang diberikan petunjuk dan kaum lain mereka anggap kafir, maka amat sukar lagi hendak mengubah mentaliti mereka.

Mereka anggap semua ajaran yang diterima dari bapa-bapa mereka itulah sahaja yang betul. Mereka tidak mampu berfikir diluar apa yang telah diterapkan secara turun-temurun biarpun Allah tidak melaranginya. Bila berbeza pendapat, mereka mula hendak wujudkan sekatan.

Mereka telah membelenggu akal mereka sehingga bila diajak berfikir pasal agama, alasan mereka adalah "tidak boleh guna akal dalam beragama". Sedangkan Al Quran tidak pernah melarang menggunakan akal dalam apa jua keadaannya.

Sesuatu yang tidak boleh difikirkan, pasti tidak akan ada logiknya (tiada jawapan yang boleh dibuktikan). Tetapi jika ada jalan yang logik untuk dibuktikan, pasti boleh difikirkan.

Kewujudan ilmu-ilmu baru dan teknologi terkini semuanya kerana ada manusia yang tidak berputus asa dalam berfikir. Mereka bersungguh-sungguh dalam berfikir untuk mencari sesuatu jawapan biarpun orang terdahulu tidak pernah terfikir.

Namun gara-gara umat Islam sekarang selalu mengada-adakan hukum dusta tidak membenarkan penggunaan akal dalam beragama, akhirnya mereka jadi umat yang lemah biarpun kuantiti mereka ramai. Umat Islam terpaksa bergantung banyak teknologi luar sehingga mereka dilihat lemah dan tidak mampu berdikari.

Yang malangnya, biarpun nyata keadaan mereka lemah begitu, tetapi rasa bangga diri mereka dan tidak mahu berubah itu tebal dalam diri.

Atas kesedaran inilah lahirnya insan-insan yang sanggup berkorban untuk membebaskan belenggu akal yang dipasang oleh golongan-golongan yang mencari kepentingan diri atas nama agama (suka manusia lain menyembah kata-katanya).

Apakah manusia itu merasa aman hidup dalam kaum yang sibuk berpecah-belah atas nama agama akibat menurut membuta-tuli ajaran nenek moyang dan taksub pada sesuatu aliran? Tidakkah mereka sedar, jika keadaan itu tidak diperbetulkan dari sekarang, azab Allah semakin menghampiri?

Hanya orang yang melihat sunnah alam yang pernah terjadi kepada kaum-kaum terdahulu yang menurut amalan nenek moyang akan nampak tanda-tanda kedatangan azab Allah itu.

Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perjuangan Membangunkan Minda

Post by albab on Mon Oct 26, 2009 10:49 pm

Juang wrote:
Mereka anggap semua ajaran yang diterima dari bapa-bapa mereka itulah sahaja yang betul. Mereka tidak mampu berfikir diluar apa yang telah diterapkan secara turun-temurun biarpun Allah tidak melaranginya. Bila berbeza pendapat, mereka mula hendak wujudkan sekatan.



Ya, sememangnya ada golongan yang cenderung untuk bertaklid buta dengan ajaran nenek moyang, pandangan ulama atau sesuatu aliran agama semata-mata. Sehinggakan mereka tidak dapat menilai dengan akal pendapat lain bertentangan dengan pegangan mereka ini walaupun ianya jelas terbukti menyalahi AQ. Mereka ini seolah-olah telah dirasuk dan tidak lagi boleh berfikir secara rasional. Apabila ditegur tentang kesilapan mereka, pasti boleh menimbulkan kemarahan dan memberi pelbagai alasan, dan banyak soalan yng bakal muncul. Tambahan lagi yang menegur itu bukanlah dikalangan yang mereka anggap sebagai ahli agama, pasti dengan mudah untuk mereka pertikai walaupun ianya benar. Mereka diibaratkan seperti buluh yang sukar untuk lagi dilentur.

Sebenarnya, Islam pun tidak pernah mengajar untuk kita untuk bersikap taksub dan bertaklid buta dengan pendapat tokoh tidak kiralah apapun gelarannya spt mufti dan ulama. Setiap pendapat masih boleh dipertikaikan sehingga ianya benar2 mengikut hujah Al-Quran. Justeru itu, akal dan otak perlu diguna dalam menilai pendapat yang diterima dan tidak sekali2
boleh kita mengikut sahaja sesuatu pendapat itu sebelum kita kaji dan fahami terlebih dahulu. Dan Al-Quran menjelaskan:

17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Jadi sedarlah setiap amalan yang kita praktikkan tanpa ilmu pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak. Apakah kita tidak takut jika amalan yang kita buat tanpa ilmu itu tidak diterima Allah? Mungkin ramai tidak sedar, perkara inilah yang akan mengundang azab Allah di kemudian hari.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 24
State:
Reputation: 0
Credits: 910
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Perjuangan Membangunkan Minda

Post by albab on Mon Oct 26, 2009 10:53 pm

Juang wrote:

Mereka telah membelenggu akal mereka sehingga bila diajak berfikir pasal agama, alasan mereka adalah "tidak boleh guna akal dalam beragama". Sedangkan Al Quran tidak pernah melarang menggunakan akal dalam apa jua keadaannya.


Al-Qur’an tidak pernah melarang menggunakan akal dalam memahami agama. Malah, itulah yang menjadi seruan Allah untuk manusia berfikir ayat2 Allah di dalam kitab dan apa yang diperlihatkannya di segenap penjuru alam ini. Secara individu, saya dapati terdapat 16 ayat menyebut tentang orang2 yang berakal (ulul albab). Antara ayat-ayat-Nya seperti di bawah:

13/190 : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

38/29 : Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.

40/54 : untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berpikir.

Dan disamping itu terdapat 13 lagi ayat yang menyebut tentang orang yang berakal (ulul albab). Jelas disini, akallah sememangnya perlu diguna dalam memahami ayat-ayat-Nya. Mahukah kita tergolong sebagai ulul albab seperti yang Allah sebutkan itu? Ternyata tidak benar bagi mereka yang mengatakan bahawa tidak boleh guna akal dalam beragama. Pasti ada hikmah disebalik akal yang Allah kurniakan ini kepada manusia. Antaranya akal di guna dalam memahami ayat-ayat-Nya. Mungkin bagi yang tidak mahu menggunakan akal, merasakan lebih selesa meletakkan kedudukannya sama seperti binatang ternak.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 24
State:
Reputation: 0
Credits: 910
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Perjuangan Membangunkan Minda

Post by Juang on Tue Oct 27, 2009 4:09 am

Kalau kita renung pedoman Al Quran, Allah menegur kaum-kaum terdahulu dalam membuat amalan sembahan. Kenapa Allah tegur kaum (orang ramai), bukannya orang perseorangan dalam bab amalan menyembah?

Ini menunjukkan, amalan menyembah bukannya kena ikut-ikutan orang ramai dengan persangkaan itulah amalan yang benar sebab diamalkan turun-temurun. Kita menyembah Allah dengan mengetahui kebaikan untuk diri kita sendiri. Sebab itu tiada kisah para Rasul tegur orang perseorangan dalam amalan menyembah, tetapi mereka tegur satu kaum yang buat amalan menyembah mereka sama sahaja dan menurut amalan nenek moyang.

Kalau untuk orang perseorangan, Al Quran tegur orang yang gila harta, pangkat dan kemewahan seperti Qarun. Tetapi bila bab menyembah, Al Quran tegur amalan sesuatu kaum.

Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini walaupun Al Quran mereka terletak di atas almari.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum