Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 934 registered users
The newest registered user is bebolos08

Our users have posted a total of 57749 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

View previous topic View next topic Go down

Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Payau Putih on Sun Oct 18, 2009 12:10 am

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu hari ini.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Jabatan Mufti Kelantan (JMK), Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

"Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

"Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya. BERNAMA

Sumber : http://malaysiakini.com/news/114531

Beberapa lagi amalan yang nampaknya dipertikaikan... jika selama ini kaedah melihat matahari terbenam menandakan masuknya waktu magrib dan berbuka puasa itu tidak benar, maka bagaimana status puasa umat islam selama ini, adakah berbuka sebelum sampai waktunya, dan adakah sah puasa tersebut atau perlu mengantikan puasa selama ini ?

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1265
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 12:54 am

Apakah mereka akan terus mempertahankan ajaran nenek moyang lagi apabila amalan mereka ini dipertikaikan oleh ahli-ahli falak?

Satu-persatu kedustaan mereka akhirnya dibongkar.

Puji-pujian bagi Allah, Pemelihara semua alam.

Terima kasih Payau Putih yang berkongsi info di sini.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 1:17 am

Saya ingin menyentuh tentang puasa. Dalam al-quran sudah jelas bila bermula dan berakhirnya puasa dalam sehari. Firman Allah;

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

Puasa bermula pada fajar dan berakhir sampai malam bukan waktu maghrib.

Artikel di atas membongkar kaedah menentukan waktu berbuka puasa umat islam selama ini adalah tidak benar berpandukan kaedah matahari terbenam dan ianya wajar dihapuskan.

Allah dengan jelas tidak menyatakan dalam al-quran bahawa apabila matahari terbenam kita sepatutnya berbuka puasa. Dia hanya menyatakan sampai malam. Jadi, adakah selama ini kita tidak mempedulikan apa yang sudah jelas dalam al-quran atau hanya kerana ada 'kesepakatan ulama' kita terus mengikut membabi-buta tanpa memikirkan ayat-ayat Allah?

Begitulah bukti-buktinya bahawa kata-kata Allah itu adalah benar.

p/s: Adakah selepas ini waktu bermula puasa itu juga akan dipertikaikan?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by semut api on Sun Oct 18, 2009 1:29 pm

kata ada akal, bukankah itu hanyalah pedoman saja, yg penting adalah keyakinan kamu, islam tu simple, kalau dah yakin masuk waktu makanlah atau solatlah, itupun nak jadikan issue ka? kiblat pulak dikomplen, macam2 ... asal kamu tahu mana kiblat yg hakiki tak ada salah nya kamu hadapkan muka2 kamu kat mana2 pun, small matter tapi dek kerana ketidakpuasan hati maka habis di complaintnya, semua org lain buat tak betul .. yg betul, puak2 aku saja kan

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2613
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 2:02 pm

Sebab itu al-quran itu sudah jelas. Perintah dan laranganNya yang terdapat dalam al-quran sudah jelas bagi kita. Tidak perlu ada manusia yang menambah-nambah atau mereka-reka apa yang tidak dinyatakan dalam al-quran dan dijadikan satu ketetapan agama yang perlu dilakukan oleh semua umat islam. Kita ada akal dan tahu solat dan puasa yang terbaik bagi kita berdasarkan apa yang sudah termaktub dalam al-quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by semut api on Sun Oct 18, 2009 2:43 pm

bayau wrote:Sebab itu al-quran itu sudah jelas. Perintah dan laranganNya yang terdapat dalam al-quran sudah jelas bagi kita. Tidak perlu ada manusia yang menambah-nambah atau mereka-reka apa yang tidak dinyatakan dalam al-quran dan dijadikan satu ketetapan agama yang perlu dilakukan oleh semua umat islam. Kita ada akal dan tahu solat dan puasa yang terbaik bagi kita berdasarkan apa yang sudah termaktub dalam al-quran.

soalnya ko sendiri pun tak tahu solat yg Nabi buat tu macammana, setakat berkokok dlm sangkar sendiri & menyalah2kan org lain buat apa??? tak ada org pun menafikan dlm beragama mesti ada akal kerana jelas dikatakan tiada beragama pada sesiapa yg tiada berakal. itu simple saja tak payahla nak berkokok yg kononnya akulah yg betul, bila ditanya tak pulak dijawapnya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2613
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 3:01 pm

semut api wrote:
bayau wrote:Sebab itu al-quran itu sudah jelas. Perintah dan laranganNya yang terdapat dalam al-quran sudah jelas bagi kita. Tidak perlu ada manusia yang menambah-nambah atau mereka-reka apa yang tidak dinyatakan dalam al-quran dan dijadikan satu ketetapan agama yang perlu dilakukan oleh semua umat islam. Kita ada akal dan tahu solat dan puasa yang terbaik bagi kita berdasarkan apa yang sudah termaktub dalam al-quran.

soalnya ko sendiri pun tak tahu solat yg Nabi buat tu macammana, setakat berkokok dlm sangkar sendiri & menyalah2kan org lain buat apa??? tak ada org pun menafikan dlm beragama mesti ada akal kerana jelas dikatakan tiada beragama pada sesiapa yg tiada berakal. itu simple saja tak payahla nak berkokok yg kononnya akulah yg betul, bila ditanya tak pulak dijawapnya


Sebab itu dalam al-quran tidak diceritakan macam mana cara nabi itu bersolat. Allah tidak mahu kita ikut membuta-tuli apa yang nabi buat. Nanti takut kita solat hanya semata-mata ikut apa yang nabi buat. Kalau dah jadi macam ini, seolah-olah kita akan menganggap nabi berkuasa seperti Tuhan.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by semut api on Sun Oct 18, 2009 3:08 pm

bayau wrote:Sebab itu dalam al-quran tidak diceritakan macam mana cara nabi itu bersolat. Allah tidak mahu kita ikut membuta-tuli apa yang nabi buat. Nanti takut kita solat hanya semata-mata ikut apa yang nabi buat. Kalau dah jadi macam ini, seolah-olah kita akan menganggap nabi berkuasa seperti Tuhan.

kawan aku kata, kalau tak nak ikut Nabi baik kita ikut babi , maaf cakap .. bukan cakap kat ko tapi itulah hakikatnya. akal ada tapi fikirlah mana yg baik .. ikut Nabi ka atau ikut akal sendiri yg cuma membaca , cut & paste tanpa memahami atau merujuk pada ahlinya. Setiap apa yg Nabi buat mestilah datangnya dari Allah sendiri kerana Nabi tulah petunjuk pada Akhlaknya Allah.

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2613
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by othman on Sun Oct 18, 2009 3:20 pm

kawan aku kata, kalau tak nak ikut Nabi baik kita ikut babi , maaf cakap .. bukan cakap kat ko tapi itulah hakikatnya. akal ada tapi fikirlah mana yg baik .. ikut Nabi ka atau ikut akal sendiri yg cuma membaca , cut & paste tanpa memahami atau merujuk pada ahlinya. Setiap apa yg Nabi buat mestilah datangnya dari Allah sendiri kerana Nabi tulah petunjuk pada Akhlaknya Allah.


betul lah najis tu bukan yg masuk tapi yg keluar . jaga2lah dalam membandingkan nabi kita jgn kita tersasul .

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1424
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 3:22 pm

Kalau ada dinyatakan dalam al-quran cara-cara nabi bersolat dan Allah kata ikut cara nabi bersolat, saya tidak membantah lagi sebab itu adalah perintah Allah. Tapi, jika tiba-tiba ada kitab selain al-quran dengan mendakwa itulah cara nabi bersolat, saya tidak setuju kerana itu adalah palsu dan memfitnah nabi. Cukuplah al-quran satu-satunya kitab saya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Adli on Mon Oct 19, 2009 6:25 am

Dengan bersolat tidak mengikut "riwayat hadis" itulah cara solat Nabi. Kalau tidak, dalam Al Quran sudah menyebut bahawa Nabi Muhammad mencari cara solat dengan mengumpul riwayat-riwayat hadis para Nabi terdahulu. Sebaliknya, baginda hanya guna akal untuk minta terus dengan Allah. Nampak dengan jelas bahawa baginda adalah seorang yang berdikari dalam beragama.

Bila manusia berdikari dalam beragama, tidak wujudlah berpuak-puak macam sekarang sebab masing-masing beragama kerana Allah bukan kerana nak meniru masyarakat.

Ketika zaman kegemilangan islam dahulu, ramai yang pandai berdikari dalam beragama (bergantung kepada Allah semata-mata). Mereka bijak menggunakan akal masing-masing untuk memikirkan apa yang Allah tidak tetapkan dalam Al Quran.

Namun, setelah lahir generasi yang malas berfikir dan beragama sekadar menurut, mereka sudah jadi lemah nak berfikir sampaikan cara solat pun mereka tak mampu nak lakukan. Patutlah umat mereka lemah macam itu sekali berbanding bangsa yang tidak meniru-niru cara solat itu.

Mereka tak sedar-sedar dirikah? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3088
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by semut api on Mon Oct 19, 2009 9:26 am

Adli wrote:Mereka tak sedar-sedar dirikah?

siapa tak sedar diri tu, mak bapak & tok nenek kamu ker?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2613
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Post by Admin on Mon Oct 19, 2009 10:00 am

semut api wrote:
Adli wrote:Mereka tak sedar-sedar dirikah?

siapa tak sedar diri tu, mak bapak & tok nenek kamu ker?


Siapa-siapa saja yang tak guna akal dalam beragama.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum