Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Harga Sebuah Perjanjian
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Harga Sebuah Perjanjian
2.30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
Setiap manusia telah berjanji kepada Allah untuk memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Manusia berjanji untuk membuat kebaikan dan memakmurkan bumi (bukannya membuat kerosakan dan menumpahkan darah).
Semua agama asalnya mengajak kepada membuat kebaikan dan menjauhi pertumpahan darah dengan sewenang-wenangnya. Namun, apabila ada sesetengah manusia mencari pengaruh dan kemegahan atas nama agama, ajaran yang asalnya baik telah dicemari unsur-unsur kerosakan (perpecahan kononnya puak mereka sahaja benar) dan pertumpahan darah.
Ini jelas berlaku kepada umat Islam hari ini dengan cerita pembunuhan sesama sendiri bagaikan tiada noktahnya, seperti perpecahan atas fahaman Sunnah-Syiah atau Islamik-Sekular. Malah bila kita buat perbandingan dengan bangsa-bangsa lain, mereka boleh pula bersatu biarpun mereka dikatakan bukan Islam. Bagaikan dunia sudah terbalik, yang disangkakan Islam rupa-rupanya syaitan.
Oleh kerana itu, sebagai manusia yang telah dilahirkan dalam kaum yang mengaku Islam, seharusnya kita memikirkan, sejauh mana komitmen kita terhadap perjanjian asal kita diciptakan sebagai khalifah. Sudahkah kita melaksanakan apa yang Allah perintahkan bagi mencapai maksud memakmurkan muka bumi dan menjauhi kerosakan dan pertumpahan darah?
Jika kita sendiri buat tidak kisah dengan nasib umat Islam di merata dunia yang terhimpit akibat ajaran-ajaran yang memecah-belahkan ummah, itu menunjukkan kita sebenarnya tidak komited untuk memikul tugas khalifah. Apatah lagi manusia itu tiada keinginan nak menyatukan manusia sejagat, jelaslah mereka tidak sebenar tidak ada misi dalam hidupnya untuk memakmurkan muka bumi, melainkan lalai nak menunjuk-nunjuk dengan harta kekayaan sendiri.
Sudah pasti seorang khalifah perlu memiliki cinta terhadap kesatuan manusia, barulah boleh memakmurkan muka bumi. Kalau manusia itu sombong dan ego untuk mewujudkan puak kononnya puak mereka sahaja Islamik dan puak lain sekular, manusia seperti itu tidak layak jadi khalifah, melainkan hanya sesuai menjadi pengikut iblis. Pada rasa cintakan kesatuan manusia itulah terletaknya keislaman seseorang manusia.
Untuk menyatukan manusia, kita kena ajak manusia tunduk kepada Allah Yang Satu. Untuk mengajak manusia tunduk kepada Allah, kita kena berpegang pada kebenaran, sebab kebenaran itu satu sahaja jawapannya. 1+1 mesti jawapannya 2. Tidak mungkin jadi 3, 4 dll.
Kebenaran perlu dibuktikan dengan logik iaitu ada hukum alam yang mengikat kebenaran itu. Jika dipesongkan kebenaran itu, pasti ia boleh dibuktikan bercanggah dengan logik. Contohnya bila ada manusia menipu mengatakan bahawa 1+1=3, tetapi jari-jemari kita masih boleh menafikan penipuan manusia itu, kerana ada hukum yang mengikat kebenaran itu. Inilah cara kita membuktikan kebenaran yang datang dari sisi Allah.
Namun dalam bab agama, ada sesetengah manusia menggunakan nama orang mulia terdahulu untuk menetapkan hukum tanpa bukti dari sisi Allah. Mereka jadikan status kemuliaan orang terdahulu untuk menentukan apa yang mereka dakwa itu semestinya benar. Bayangkan jika kaum-kaum lain pun guna nama ulamak atau sami atau pendita atau rahib terdahulu untuk mendakwa ajaran mereka benar, bila masa manusia hendak bersatu?
Atas sebab itulah, untuk membuktikan kebenaran, kita perlu mencari bukti yang kukuh, jelas dan berfakta, bukannya pergi guna nama-nama imam terdahulu yang kita tidak boleh bertanya kepada mereka lagi. Hanya orang yang bacul sahaja melakukan cara begitu.
Bukannya tidak boleh guna pendapat imam-imam terdahulu, tetapi pasti perlukan bukti yang kukuh untuk mengatakan pendapat imam terdahulu itu betul. Bukannya bersandarkan status mereka semata-mata.
Ingatlah, kebenaran itu milik Allah, bukannya milik orang-orang berstatus di mata masyarakat. Jika ia datang daripada Allah, pasti manusia zaman sekarang mampu membuktikannya tanpa perlu nama-nama orang terdahulu.
Contohnya, kenapa haramnya arak. Jelas di zaman sekarang pun kita nampak logik yang arak itu mendatangkan mudarat. Tak payah guna nama Nabi atau orang terdahulu pun jelas terbukti kebenaran bahawa arak itu tidak baik kepada manusia. Itulah yang dimaksudkan bukti daripada sisi Allah. Ia bersandar dengan logik tanpa perlukan nama-nama manusia terdahulu.
Apabila orang Islam boleh berpegang kebenaran sebegini (membuktikan kebenaran bersandarkan logik dari sisi Allah), maka barulah bangsa-bangsa lain ikut sama. Malangnya, realiti kebanyakan orang Islam pun guna nama-nama orang terdahulu untuk mendakwa ajaran mereka benar, sudah tentu kaum-kaum lain boleh buat begitu untuk mendakwa ajaran mereka benar juga. Jadi bila masa manusia nak bersatu kalau asyik guna nama orang-orang terdahulu.
Kenapa tidak boleh berani menegakkan kebenaran guna ketajaman minda? Asah minda itu dengan berpegang kepada sesuatu yang logik, barulah hujah tidak tumpul. Barulah berani menyatakan kebenaran tanpa guna nama-nama orang terdahulu. Barulah senang nak memancung hujah-hujah dusta orang yang mahu memecah-belahkan agama.
Jadi, renung-renungkan sejauh mana kita komited pada janji yang telah dimeterai itu. Apakah kita nak jadikan perjanjian itu satu yang maian-main bagaikan Allah membiarkan kita melakukan sesuatu sesuka hati? Kita semua terikat pada janji yang sama iaitu untuk menyatukan seluruh manusia. Itulah misi dan visi orang yang dibukakan mata hatinya untuk melihat matlamat diciptakan sebagai khalifah di muka bumi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
apa dia perjanjian pertama kamu dgn Allah SWT?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Berpegang pada logik yang Allah tunjukkan pada akal.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Juang wrote:Berpegang pada logik yang Allah tunjukkan pada akal.
ada ayat AQ yg menerangkan yg tersebut? Apa dia tugas atau tujuan manusia dijadikan incik juang

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Bukan ke Al Quran suruh manusia berfikir? Berfikir adalah proses untuk mencapai logik (titik kebenaran).
Cuba semak Al Quran itu dan fikirkan. Pasti jumpa jawapannya. Kalau semuanya nak kena suap sahaja, bila nak jadi bijak?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14
Re: Harga Sebuah Perjanjian
semut api wrote:Juang wrote:Berpegang pada logik yang Allah tunjukkan pada akal.
ada ayat AQ yg menerangkan yg tersebut? Apa dia tugas atau tujuan manusia dijadikan incik juang
Al Quran mencatatkan Allah perintahkan manusia menggunakan akal atau berfikir. Berfikikir itu untuk berpegang pada logiklah.
Apa gunanya berfikir kalau tidak boleh mencapai sesuatu yang logik?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Juang wrote:Al Quran mencatatkan Allah perintahkan manusia menggunakan akal atau berfikir. Berfikikir itu untuk berpegang pada logiklah.
Apa gunanya berfikir kalau tidak boleh mencapai sesuatu yang logik?
mana ayatnya eh yg menerangkan tugas manusia tu?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Baca kisah Adam dalam Al Quran. Nanti akan tahulah tugas manusia, sebab Adam itu manusia, bukannya binatang ternak. Yang tak memikirkan kisah Adam itu yang ramai memilih hidup lebih hina daripada binatang ternak.
Fikir logiklah sikit. Allah cipta manusia yang ada akal yang boleh memerah idea, alih-alih mereka nak hidup menurut membuta-tuli macam lembu dicucuk hidungnya. Masuk akalkah berperangai begitu?

Fikir logiklah sikit. Allah cipta manusia yang ada akal yang boleh memerah idea, alih-alih mereka nak hidup menurut membuta-tuli macam lembu dicucuk hidungnya. Masuk akalkah berperangai begitu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
kerana berfikirlah maka akalku bertanya & bertanya, kenapa Allah Yg Maha Zahir itu tak dapat dikenal juga dilihat oleh mata walhal Dia bukannya tersembunyi malah tiada satu pun yg dapat melindungi kewujudannya, hanya yg celik matanya saja yg dapat menyaksikan serta saling berpandangan dgnNya 

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Orang yang tidak dapat kenal Allah sebab mereka tak menggunakan logik. Logik menunjukkan ada perbezaan antara ciri-ciri Pencipta dan ciri-ciri makhluk seperti mana logik membezakan 1 dan 0.
Tidak dapat dicapai oleh mata, kerana cahaya Allah menembusi mata. Sedangkan banyak cahaya lain pun boleh tembus kulit manusia umpamanya cahaya X_ray. So takkan cahaya Allah terbatas?
Sebab nampak Allah guna logiklah orang beriman dimudahkan memahami Al Quran.

Tidak dapat dicapai oleh mata, kerana cahaya Allah menembusi mata. Sedangkan banyak cahaya lain pun boleh tembus kulit manusia umpamanya cahaya X_ray. So takkan cahaya Allah terbatas?
Sebab nampak Allah guna logiklah orang beriman dimudahkan memahami Al Quran.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Juang wrote:Orang yang tidak dapat kenal Allah sebab mereka tak menggunakan logik. Logik menunjukkan ada perbezaan antara ciri-ciri Pencipta dan ciri-ciri makhluk seperti mana logik membezakan 1 dan 0.
Tidak dapat dicapai oleh mata, kerana cahaya Allah menembusi mata. Sedangkan banyak cahaya lain pun boleh tembus kulit manusia umpamanya cahaya X_ray. So takkan cahaya Allah terbatas?
Sebab nampak Allah guna logiklah orang beriman dimudahkan memahami Al Quran.
apa dia ciri2 pencipta yg berbeza dgn makhluk tu, tlg cerita skit

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Kenapa umat Islam sekarang dalam keadaan lemah dan berpecah-belah? Mengapa mereka ditimpa bermacam-macam bencana (peperangan mahupun bencana alam)?
Ini kerana umat Islam telah berjanji dengan Allah untuk mematuhi Al Quran yang di dalamnya banyak peringatanNya.
Kita lihat, Allah balas dengan keras kepada golongan yang sombong dengan ayat-ayat Allah yang telah mengadakan perjanjian denganNya. Bukannya Allah menzalimi mereka, tetapi merekalah menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak komited terhadap perjanjian mereka untuk mematuhi Al Quran.
Allah peringatkan kecelakaanlah orang yang solat menunjuk-nunjuk, mereka pergi buatkan satu ketetapan cara solat agar diperlihatkan kepada manusia dan bermegah-megahh kononnya mereka sahaja solat. Sedangkan orang yang tidak menunjuk-nunjuk cara solatnya itu bersolat juga. Malah golongan yang tidak menetapkan cara solat itulah yang lebih ke depan ilmu dan penguasaan teknologi mereka.
Bagaimana ada manusia boleh dipalingkan daripada peringatan Al Quran sedangkan mereka dikurniakan akal dan otak yang waras?

Ini kerana umat Islam telah berjanji dengan Allah untuk mematuhi Al Quran yang di dalamnya banyak peringatanNya.
Kita lihat, Allah balas dengan keras kepada golongan yang sombong dengan ayat-ayat Allah yang telah mengadakan perjanjian denganNya. Bukannya Allah menzalimi mereka, tetapi merekalah menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak komited terhadap perjanjian mereka untuk mematuhi Al Quran.
Allah peringatkan kecelakaanlah orang yang solat menunjuk-nunjuk, mereka pergi buatkan satu ketetapan cara solat agar diperlihatkan kepada manusia dan bermegah-megahh kononnya mereka sahaja solat. Sedangkan orang yang tidak menunjuk-nunjuk cara solatnya itu bersolat juga. Malah golongan yang tidak menetapkan cara solat itulah yang lebih ke depan ilmu dan penguasaan teknologi mereka.
Bagaimana ada manusia boleh dipalingkan daripada peringatan Al Quran sedangkan mereka dikurniakan akal dan otak yang waras?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
semut api wrote:apa dia ciri2 pencipta yg berbeza dgn makhluk tu, tlg cerita skit
Allah boleh mencipta unsur-unsur yang asalnya tiada kepada ada. Ada makhluk boleh buat begitu? Manusia boleh mencipta sesuatu barang pun daripada unsur-unsur yang telah Allah ciptakan terlebih dahulu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Juang wrote:semut api wrote:apa dia ciri2 pencipta yg berbeza dgn makhluk tu, tlg cerita skit
Allah boleh mencipta unsur-unsur yang asalnya tiada kepada ada. Ada makhluk boleh buat begitu? Manusia boleh mencipta sesuatu barang pun daripada unsur-unsur yang telah Allah ciptakan terlebih dahulu.
dari mana datangnya benda yg tiada tu dlm penciptaan sebelum menjadi ada?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Daripada Allah Yang Maha Bijaksana. Makhluk lain tidak boleh buat macam itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Juang wrote:Daripada Allah Yang Maha Bijaksana. Makhluk lain tidak boleh buat macam itu.
maknanya dari ada kepada ada la gitu

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
semut api wrote:maknanya dari ada kepada ada la gitu
Logiklah. Pencipta itu mestilah sedia ada. Setelah diciptakan, barulah makhluk2 itu ada.
Dengan kata lain, untuk makhluk-makhluk itu wujud, ia memerlukan Pencipta. Sedangkan Pencipta tidak perlukan sesiapa untuk DiriNya wujud.
Di situ lagi perbezaan Dia dengan selainNya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Patutkah manusia menyembah selainNya sedangkan Dia yang mewujudkan manusia itu yang asalnya tiada?
Patutkah manusia itu menyembah Nabi sedangkan Dia yang mencipta Nabi itu yang asalnya tiada?
Kenapa ada manusia menggunakan kata-kata atas nama Nabi untuk mencanggahi ayat-ayat Allah?
Allah sudah kurniakan Al Quran yang jelas dan terang kerana Al Quran itu umpama cahaya, tetapi ada manusia kata Al Quran itu tidak terang dan perlukan riwayat hadis untuk meneranginya.
Sedangkan ketika seseorang Rasul itu menyampaikan ayat-ayat Allah yang terang itu, mereka telah pun melakukan proses penerangan atau penjelasannya.
Tetapi kenapa logik semudah itu mereka tidak fikirkan? Mereka hanya menurut apa yang disuapkan oleh orang terdahulu sahaja seolah-olah tiada mempunyai akal lagi. Apakah orang terdahulu itu sekutu bagi Allah sehingga patut dituruti membuta-tuli?
Di mana mereka letakkan maruah diri mereka sehingga mereka dilihat bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya?

Ada perbezaan antara yang menggunakan akal dan yang tidak.
Ada perbezaan antara yang bijak dengan yang bodoh.
Ada perbezaan antara yang mempunyai bukti yang nyata dengan yang menggunakan nama-nama orang terdahulu.
Ada perbezaan antara yang berjanji dengan yang tidak.
Oleh itu, ada perbezaan antara penghuni syurga dan penghuni neraka.
Tidakkah manusia itu memikirkan?

Ada perbezaan antara yang bijak dengan yang bodoh.
Ada perbezaan antara yang mempunyai bukti yang nyata dengan yang menggunakan nama-nama orang terdahulu.
Ada perbezaan antara yang berjanji dengan yang tidak.
Oleh itu, ada perbezaan antara penghuni syurga dan penghuni neraka.
Tidakkah manusia itu memikirkan?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Re: Harga Sebuah Perjanjian
Apabila kita mengkaji Al Quran dan mula nampak pengajarannya, kita akan tertanya-tanya, cukupkah Islam yang amalkan oleh sebahagian besar yang mengaku ikut Al Quran itu hari ini?
Dalam keadaan umat mereka lemah dan jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang ilmu alam dan penciptaan teknologi, ramai di kalangan mereka sibuk bercakaran sesama sendiri atas alasan "menegakkan negara Islam" daripada membantu membangunkan umat mereka.
Jika ada yang membawa kemodenan, mereka kata itu golongan sekular. Sedangkan untuk mencapai kemodenan, memerlukan manusia itu belajar ilmu alam. Ilmu alam itu datangnya daripada Allah dan yang memberi kebijaksanaan memahami hukum-hukum alam juga adalah Allah. Dengan kata lain, apabila manusia itu menyeru kepada belajar ilmu alam yang sentiasa berkembang luas itu, mereka telah menyeru ke arah menegakkan Islam.
Apa yang mereka nak tegakkan sebenarnya? Kemegahan kononnya atas akuan menganut "Islam", merekalah puak yang mendapat petunjuk dan puak lain tidak dapat?
Sedangkan golongan yang mendapat petunjuk adalah golongan yang berfikir bukannya golongan menurut membuta-tuli.

Dalam keadaan umat mereka lemah dan jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang ilmu alam dan penciptaan teknologi, ramai di kalangan mereka sibuk bercakaran sesama sendiri atas alasan "menegakkan negara Islam" daripada membantu membangunkan umat mereka.
Jika ada yang membawa kemodenan, mereka kata itu golongan sekular. Sedangkan untuk mencapai kemodenan, memerlukan manusia itu belajar ilmu alam. Ilmu alam itu datangnya daripada Allah dan yang memberi kebijaksanaan memahami hukum-hukum alam juga adalah Allah. Dengan kata lain, apabila manusia itu menyeru kepada belajar ilmu alam yang sentiasa berkembang luas itu, mereka telah menyeru ke arah menegakkan Islam.
Apa yang mereka nak tegakkan sebenarnya? Kemegahan kononnya atas akuan menganut "Islam", merekalah puak yang mendapat petunjuk dan puak lain tidak dapat?
Sedangkan golongan yang mendapat petunjuk adalah golongan yang berfikir bukannya golongan menurut membuta-tuli.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26
Page 1 of 2 • 1, 2 
Similar topics» Harga Emas Mencecah paras tertinggi
» Konsep Membina Sebuah Rumah
» harga gatah turun
» Apa punca utama kenaikan harga barang?
» Harga Proton Di Arab Saudi
» Konsep Membina Sebuah Rumah
» harga gatah turun
» Apa punca utama kenaikan harga barang?
» Harga Proton Di Arab Saudi
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum