Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

View previous topic View next topic Go down

HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by isaac82 on Thu Oct 08, 2009 3:29 pm

Masa kini semua orang sedang bercerita tentang business melalui internet tanpa memikirkan halal atau haram. Sedangkan kita perlu hidup dalam keredaan Allah S.W.T. Kadang kala, terfikir jua, bagaimana kita nak kaitkan e-commerce dengan Al-Quran. Apa kata kita bincangkan perkara ini....

isaac82
Siswa-Siswi

Number of posts: 1
Reputation: 0
Credits: 962
Registration date: 2009-10-08

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by slipar on Thu Oct 08, 2009 8:48 pm

e-commerce - mudah , hanya guna 2 jari sahaja .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1866
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by Juang on Fri Oct 09, 2009 7:54 am

Mula-mula kita kena faham, apa yang diharamkan oleh Allah dalam sesebuah perniagaan? Kenapa ia diharamkan oleh Allah? Kena tahu apa kesan mudarat jika perniagaan itu diteruskan juga.

Apabila kita kenal beza halal dan haram, barulah mudah menjalani kehidupan.

Cuba bawakan ayat-ayat Al Quran yang berkaitan jual-beli dan apa dia larangan-larangan dalam berjual-beli itu. Jadikan Al Quran sebagai sumber utama rujukan dahulu.

Silakan.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by Admin on Fri Oct 09, 2009 12:51 pm

Salah satu ayat dalam al-quran yang berkaitan dengan jual-beli adalah seperti berikut;

2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

Apakah sebab mengapa ada orang mengatakan jual beli adalah serupa dengan riba. Ini kerana mereka mahu mencampur adukkan urusan riba dalam jual beli untuk mendapatkan keuntungan dengan segera dan menindas orang lain. Sedangkan jual beli itu dihalalkan oleh Allah dan riba diharamkanNya. Apa saja urusan yang berkaitan dengan jual beli itu tanpa adanya unsur-unsur riba dihalalkan Allah. Contohnya mengenai tajuk thread ini. Apabila berurusniaga secara online tanpa adanya unsur memakan riba, itu sudah dihalalkan Allah. Bukan sahaja itu, apa saja urusan yang melibatkan urus niaga itu adalah dibolehkan selagi tiada unsur riba. Begitulah mengapa Islam itu mudah. Allah tidak mahu menyusahkan manusia atas hukum-hukumNya yang boleh menyempitkan agama.

sekadar pendapat.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by othman on Fri Oct 09, 2009 2:23 pm

saudara bayau , bolehkah kita samakan riba ni dgn makan atas angin ,

othman
Sarjana

Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by Admin on Sat Oct 10, 2009 12:08 am

othman wrote:saudara bayau , bolehkah kita samakan riba ni dgn makan atas angin ,


Saya amat tertarik dengan soalan sedara othman ini.

Saya berpendapat ianya tidak sama. riba ialah membungakan wang dengan bunga yang tinggi/ berganda yang membebankan pihak yang lain. sedangkan apa yang saya faham daripada istilah 'makan atas angin' ialah membungakan wang tetapi semua pihak yang terlibat mendapat faedah bersama dan tidak membebankan.

ini hanyalah sedikit pendapat dari saya. mungkin ada pendapat yang lebih bernas atau berbeza daripada forumer yang lain. saya mengalu-alukan kita berkongsi pendapat mengenai hal ini.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: HUKUM URUSNIAGA SECARA ONLINE

Post by Adli on Sat Oct 10, 2009 12:35 pm

Dalam urusan antara manusia dengan manusia, yang pentingnya keadilan. Kena ada "win-win situation".

Dalam hal riba (peminjaman wang), biasanya wujud ketidak-adilan sehingga memeras golongan yang miskin untuk keuntungan golongan yang kaya (kes Along) melainkan bunga itu diambil sedikit untuk menjalankan operasi pengurusan kewangan (bayar gaji pekerja). Yang memeras orang lain itulah riba yang salah kerana ia membawa kesan buruk kepada kehidupan bermasyarakat. Selagi yang menjalankan urus-niaga itu sedar batas-batas agar tidak mengejar keuntungan semata-mata, selain itulah ia tidak membawa kemudaratan.

Dalam hal jual-beli (barang atau khidmat), ia melibatkan kesanggupan kedua-dua pihak untuk bertukar barang dengan nilai wang atau barang dengan barang. Masing-masing redha (win-win situation). Melainkan si penjual menipu dengan menjual barangan yang tidak berkualiti dari rendah daripada nilai yang sepatutnya, maka si penjual itu akan menanggung dosanya.

Berbalik kepada urusniaga secara online, selagi cara yang digunakan itu tidak mendatangkan kesalahan-kesalahan seperti yang disebutkan di atas, maka cara online atau tidak online itu bukan suatu yang ditegah dalam Al Quran.

Al Quran itu syumul sepanjang zaman. Sudah pasti, cara akan berubah mengikut peredaran zaman. Tetapi matlamat tetap sama jawapannya sama ada matlamat nak buat baik atau buat jahat.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum