Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Al Quran dan matahari

View previous topic View next topic Go down

Al Quran dan matahari

Post by Adli on Tue Oct 06, 2009 10:35 pm

Sifat matahari, ia mengeluarkan cahaya. Sifat cahaya, ia menerangi dan menjelaskan sesuatu. Bila keadaan menjadi terang, benang putih dan benang hitam dapat dibezakan.

Apabila sesuatu itu telah terang (kerana mengeluarkan cahaya), maka ada 2 punca mengapa ada manusia tidak nampak cahaya itu.
1) sebab manusia itu buta matanya.
2) kerana manusia itu menutup matanya.

Orang yang telah buta matanya, maka dia tidak ada keupayaan untuk melihat cahaya dan merasa keadaan yang terang. Sebaliknya orang yang menutup matanya, dia ada keupayaan untuk membuka mata bagi merasa keadaan yang terang.

Al Quran umpama matahari sebagai sumber cahaya. Ia menerangi jiwa manusia untuk membezakan benar atau palsu.

Namun ada manusia tidak nampak Al Quran itu sudah terang biarpun cahayanya jelas. Jadi ada 2 punca yang menyebabkan manusia itu tidak nampak Al Quran itu jelas.
1) sebab manusia itu terencat akal.
2) kerana manusia itu menutup mindanya.

Orang yang terencat akal, maka mereka tidak bersalah jika tidak mematuhi Al Quran kerana mereka tidak berupaya untuk memahami Al Quran. Tetapi orang yang menutup minda, mereka akan rasa Al Quran itu susah hendak difahami sehingga membuat dakwaan kononnya Al Quran perlukan riwayat hadis sebagai penjelasan. Mereka akan dipersalahkan kerana menolak Al Quran disebabkan mereka menutup minda mereka sendiri (mereka berniat untuk menutup minda mereka).

Sebagai sumber cahaya (Al Quran), maka sepatutnya ia digunakan untuk menjelaskan (menerangi) riwayat hadis itu, bukannya riwayat hadis itu menjelaskan Al Quran.

Apa guna manusia itu suluh matahari guna lampu suluh sedangkan cahaya matahari lebih kuat daripada lampu suluh itu? Begitulah, apa guna riwayat hadis itu kononnya untuk menjelaskan Al Quran sedangkan cahaya Al Quran itu lebih kuat daripada riwayat hadis.

Dakwaan mereka yang mengatakan Al Quran perlukan penjelasan riwayat hadis seolah-olah menunjukkan mereka beranggapan cahaya Al Quran itu malap berbanding riwayat hadis.

Tidakkah mereka berfikir panjang sebelum membuat dakwaan menurut hawa nafsu mereka itu? Fikir-fikirkanlah perkaitan dengan alam semesta ini, kerana hukum alam tidak mungkin boleh ditipu. Tetapi riwayat hadis atau kata-kata atas nama orang terdahulu mudah untuk ditipu sebab kita mana kenal orang terdahulu untuk kita tanya mereka pernahkah mereka mengeluarkan sesuatu ucapan yang diada-adakan atas nama mereka itu.

Berpeganglah pada sunnah Allah. Pasti selamat. Sunnah menetapkan, cahaya bersifat terang dan jelas. Maka bila sesuatu sudah terang, kenapa perlukan sesuatu yang lain untuk menjelaskan cahaya itu?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum