Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Jurutera Insan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Jurutera Insan
Seperti apa jua pembangunan yang berlaku di sekeliling kita, pasti ada jurutera-jurutera di sebaliknya. Contohnya pembangunan jambatan ada jurutera awam, pembangunan jentera ada jurutera mekanikal dan elektrikal di sebaliknya pembangunan barangan elektronik pun ada jurutera, malah pembangunan perisian pun ada jurutera perisian. Pendek kata, asalkan ada pembangunan, pasti ada jurutera-jurutera di sebaliknya.
Jurutera adalah insan yang memiliki daya fikir yang tinggi untuk memperbaiki sesuatu masalah. Semangat ingin memperbaiki masalah dan meningkatkan kepada keadaan yang lebih baik perlu ada dalam diri seorang jurutera yang sejati. Apabila matanya nampak sesuatu kelemahan atau kesukaran, jurutera akan berfikir memerah idea bagaimana untuk memperbaiki kelemahan agar kehidupan manusia semakin baik. Di sebaliknya kemodenan dan kecanggihan teknologi yang kita nampak hari ini, adanya jutaan jurutera yang telah melakukan pembangunan dan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.
Seorang jurutera perlulah memiliki kebijaksanaan dan kreativiti untuk mencari solusi-solusi bagi sesuatu masalah. Rasa sensitif terhadap masalah yang berlaku di sekelilingnya dan bagaimana untuk memperbaiki keadaan, itulah ciri-ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang jurutera yang berakhlak mulia.
Apabila kita menyebut pasal pembangunan insan atau ummah, sudah pasti kita memerlukan ramai orang yang memiliki sifat jurutera-jurutera juga iaitu orang yang selalu berfikir memerah idea untuk memperbetulkan masalah-masalah dalam masyarakatnya sendiri. Seorang yang menjawat jawatan jurutera tetapi tiada rasa keinginan memperbetulkan masalah ummah (kerana sibuk mementingkan kekayaan diri sahaja), itu bukanlah jurutera yang tulen.
Jadi, para Rasul itu umpama jurutera-jurutera untuk pembangunan sesuatu kaum. Sebab itulah mereka diberikan kebijaksanaan untuk mengetahui kesan sesuatu perkara (bukannya main turut membuta-tuli). Sebab mana ada jurutera dilantik dari manusia yang bengap dan tidak menggunakan akal. Jurutera kena memiliki kebijaksanaan pinjaman Sifat Allah itu.
Jika bangunan tidak akan mampu dibangunkan dengan sempurna jika tiada jurutera-jurutera, maka seperti itulah sesuatu kaum tidak akan mampu dibangunkan dengan sempurna jika tiada jurutera-jurutera insan.
Sudah tentulah satu tindakan yang bengap, jika seseorang manusia itu ingin bina sebuah bangunan, tetapi mereka menolak datangnya jurutera untuk membantu mereka. Begitulah dengan kaum yang bengap itu, bila didatangkan jurutera insan untuk membantu mereka yang didatangkan khas daripada Allah, mereka menolak dengan mendakwa tiada jurutera baru lagi (kerana taksub pada jurutera lama yang telah meninggal dunia).
Apa punya bengap manusia-manusia itu. Tiada rasa kesyukuran langsung mereka kepada Allah.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Jurutera Insan
Jurutera-jurutera untuk membangunkan insan dan ummah adalah orang yang berani mengambil keputusan yang sukar walaupun terpaksa meninggal amalan nenek moyang yang memudaratkan. Kerana jika sesuatu perbuatan yang mendatangkan mudarat itu jika tidak diperbetulkan segera, kesan buruknya akan menimpa kaum tersebut.
Seperti sebuah bangunan tinggi yang dibina. Jika jurutera yang bertanggungjawab melihat ada tanda-tanda keretakkan dan dia tidak sensitif kesan bahaya daripada keretakkan itu, maka tidak mustahil bangunan itu akan runtuh.
Jika jurutera yang nampak keretakkan itu takut untuk meluahkan kepada pihak atas yang bertanggungjawa kepada pengurusan bangunan itu, maka bayangkan jika keretakkan itu semakin serius dan mengundang kecelakaan.
Sebab itulah para jurutera insan perlu berani menegakkan kebenaran agar kesan keretakkan yang akan meruntuhkan sesuatu kaum atau tanda-tanda yang mendatangkan azab Allah dapat diperingatkan. Dengan itu tindakan susulan untuk memperbaiki keadaan itu dapat dilakukan seterusnya menyelamatkan banyak nyawa.
Jika sudah datang bencana gempa bumi seperti di Indonesia baru-baru ini barulah nak menyesal, apa gunanya? Sebab semua kedatangan bencana itu bukan kerana Allah suka-suka nak menzalimi manusia, tetapi kerana perbuatan merosakkan yang manusia lakukan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Menjadi insan yang bertanggungjawab
» Merindui dan Dirindui..
» DH41 Dari KK Bentong, Pahang
» This should help explane me
» Merindui dan Dirindui..
» DH41 Dari KK Bentong, Pahang
» This should help explane me
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum