Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Ditipu Syaitan Dengan Taktik Yang Sama

View previous topic View next topic Go down

Ditipu Syaitan Dengan Taktik Yang Sama

Post by Adli on Sun Oct 04, 2009 12:17 pm

Teringat masa zaman sekolah rendah dahulu, sebuah kisah yang selalu terdapat dalam buku-buku cerita rakyat. Salah satu cerita yang agak popular adalah kisah Si Pengembala Kambing yang suka menipu orang kampung.

Pada suatu hari, si pengembala kambing kebosanan kerana tiada aktiviti berfaedah yang hendak dilakukan. Kemudian syaitan membisikkan agar dia menipu orang kampung kononnya harimau datang hendak memakan kambing-kambingnya. Tujuannya sahaja nak bermegah-megah berjaya menipu orang kampung (sebab kalau orang itu tidak suka menunjuk-nunjuk dalam hidupnya, dia tidak akan buat kerja macam itu).

Maka si pengembala kambing itu pun berteriak bagaikan ada harimau betul-betul ingin memakan kambing-kambingnya. Orang-orang kampung yang naif itu pun datang dengan semangat ingin membantu. Malangnya, ketika mereka sampai di tempat pengembala itu, kelihatan tidak ada apa-apa yang berlaku. Si pengembala itu sekadar tersengih kerana telah berjaya menipu penduduk kampung itu. Berlalulah orang-orang kampung itu dengan bengang terhadap perbuat si pengembala itu setelah sedar mereka telah ditipu.

Beberapa hari kemudian, si pengembala itu berkeinginan hendak menipu lagi untuk menguji apakah orang kampung itu mudah ditipu (bak kata Tun M, Melayu mudah lupa). Menggunakan taktik yang sama seperti mula-mula hari itu, si pengembala berjaya menarik perhatian orang kampung sehingga mereka keluar beramai-ramai ke tempat si pengembala itu. Alangkah bengangnya mereka kerana telah ditipu untuk kali kedua, dan si pengembala itu ketawa riang berjaya menipu lagi orang kampung.

Kejayaan yang kedua ini, sudah pasti memberi keseronokan kepada si pengembala itu untuk menipu untuk kali yang ketiganya. Oleh kerana si pengembala itu pun bukannya bijak pun, maka dia menggunakan taktik yang sama berulang-ulang. Nafsu untuk menipu orang kampung semakin membuak-buak.

Persoalan di sini, jika si pengembala itu menipu untuk kali ketiga dan seterusnya, dan orang-orang kampung masih terus tertipu, apakah gelaran yang layak diberikan kepada orang-orang kampung itu? Apakah mereka sekadar bengap, apa pun bengap sombong tidak boleh diajar?

Begitulah perumpamaannya bagi kaum yang ditipu oleh syaitan iaitu dengan taktik "tiada kedatangan Rasul baru selepas Rasul terdahulu". Jika masa kaum Nuh ditipu syaitan, sehingga mereka tidak percaya Nuh adalah Rasul, kebengapan mereka tidaklah teruk sangat sebab mereka kaum terawal yang tidak banyak pedoman dari kaum terdahulu. Kemudian jika kaum Hud juga ditipu dengan taktik yang sama pasal tiadanya kedatangan Rasul baru, tidaklah kita nampak bengap mereka itu melampaui batas. Tetapi jika sudah sampai ke zaman Nabi Muhammad pun ada lagi manusia yang ditipu dengan taktik yang sama walhal Al Quran sudah bawa kisah kaum-kaum terdahulu ditipu sebegitu, apakah gelaran yang layak bagi kaum yang bengap itu?

Mungkin tidak perkataan yang sesuai lagi hendak menggambarkan tahap kebengapan mereka itu sebab telah ditipu lebih 20 kali (sebab mereka percaya Rasul ada 25 dan setiap kali Rasul itu didatangkan, setiap kali itulah syaitan guna tipuan yang sama).

Aduhai manusia-manusia. Kenapalah kamu tidak dilahirkan sebagai haiwan sehingga sanggup membiarkan dirimu ditipu syaitan guna taktik yang sama? Apakah tahap bengap yang sesuai untuk orang yang ditipu lebih 20 kali guna taktik yang sama?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Ditipu Syaitan Dengan Taktik Yang Sama

Post by Adli on Mon Oct 05, 2009 4:24 am

Melihat sunnah yang berlaku pada kaum-kaum terdahulu adalah satu cara untuk mengelakkan diri kita daripada ditipu syaitan. Setelah kita sedar, syaitan hanya guna taktik yang sama untuk menipu manusia, maka dengan menghayati kisah bagaimana kaum-kaum terdahulu ditipu hidup-hidup oleh syaitan, ia mampu mencegah kita daripada diperbodohkan oleh syaitan lebih daripada 20 kali. Tiada gelaran yang layak lagi hendak diberikan kepada kaum yang bengap yang membiarkan mereka ditipu-daya syaitan lebih 20 kali.

Seperti sunnah ajaran para Nabi dan Rasul terdahulu adalah mentauhidkan Allah. Hanya syaitan sahaja menipu manusia dengan mengatakan adanya sekutu bagi Allah. Oleh kerana ada manusia yang tidak menggunakan akal dalam beragama, apabila ada ahli-ahli kitab atau alim ulamak mereka menipu mengatakan Nabi Isa itu anak Tuhan pun mereka percaya. Hidup-hidup mereka kena tipu.

Kalau mereka berfikir panjang, jika tiada para Nabi dan Rasul terdahulu mengajar "adanya sekutu bagi Allah", dan hanya syaitan sahaja mengajar begitu, takkanlah Nabi Isa nak mengaku dirinya anak Tuhan? Kan ke tak masuk akal jika seorang Nabi mengajar apa yang syaitan pernah ajar terhadap kaum terdahulu?

Begitulah apabila kita berfikir panjang, jika tiada Nabi dan Rasul mengajar bahawa "tiada Rasul baru selepas Rasul terdahulu", dah hanya syaitan sahaja mengajar begitu, takkanlah Nabi Muhammad nak menutup kerasulan supaya tiada lagi Rasul baru selepas baginda? Kan ke tak masuk akal jika seorang Nabi mengajar apa yang syaitan pernah ajar terhadap kaum terdahulu?

Itulah padahnya bila beragama main pakai turut cakap alim ulamak macam kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu (malah kaum-kaum sebelum mereka juga) menurut membuta-tuli. Sampaikan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah ajaran para Rasul terdahulu pun mereka tidak boleh nak memikirkan. Dan sampaikan kena ditipu syaitan lebih 20 kali menggunakan taktik yang sama pun mereka tidak sedar.

Di mana maruah mereka sebagai manusia (yang mana para malaikat pernah sujud kepada manusia pertama dahulu), jika membiarkan diri mereka ditipu syaitan lebih 20 kali menggunakan taktik yang sama? Apa yang mereka lakukan terhadap otak mereka, sampai perkara mudah sebegitu pun mereka tidak boleh memikirkannya?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum