Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kisah Anak Melayu Yang Merempit
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Kisah Anak Melayu Yang Merempit
Pada suatu malam minggu, sekumpulan anak-anak Melayu sedang bersiap-siap untuk merempit. Kemudian mereka didatangi seorang pakcik yang kebetulan lalu di tempat perkumpulan anak-anak pewaris bangsa itu.
Berkata si pakcik, "Wahai anak-anakku, tidakkah kamu memikirkan apa yang kamu lakukan ini? Bukankah bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk di atas jalanraya itu hanya akan menyebabkan kamu ditimpa kecelakaan? Lihatlah anak-anak bangsa lain yang seusia kamu sibuk mentelaah pelajaran demi kebaikan masa hadapan bangsa mereka. Tapi apa yang kamu lakukan untuk masa lapang kamu ini dan bangsa kamu?"
Berkata mereka, "Oi pakcik. Siapa pakcik nak nasihati kami? Apa status pakcik? Lagipun mengikut "sunnah" cikgu kami dahulu, merempit adalah cara yang betul dalam kehidupan. Yang tak merempit (tidak menunjuk-nunjuk) itu yang tak betulnya. Dan pakcik bukannya cikgu kami. Pakcik ni daripada keturunan yang suci ke untuk menasihati kami?" Mereka pun gelak dan mengejek-ejek pakcik itu. Berlalulah pakcik itu meninggalkan kaum yang sombong lagi berbangga diri.
Anak-anak Melayu yang tidak sedar diri itu meneruskan aktiviti merempit mereka demi menunjuk-nunjuk kemegahan. Ada yang buat aksi "willey", "wikang" mahupun "superman". Sayangnya mereka tidak menggunakan minat mereka pada sirkit-sirkit antarabangsa (bersaing sebagai anak jantan), tetapi setakat bermegah-megah sesama mereka di mata masyarakat mereka sahaja.
Seperti sunnah Allah yang ditetapkan pada perempit-perempit terdahulu, ketika anak-anak muda yang tidak berfikiran panjang itu berseronok-seronok di atas jalanraya, ditakdirkan mereka terlibat dalam kecelakaan jalanraya, apabila bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki satu persimpangan. Beberapa orang perempit maut, dan ramai yang cedera serta sedikit yang Allah selamatkan untuk memberi pengajaran kepada mereka.
Begitulah perumpamaan kepada kaum yang diberikan peringatan pasal amalan buruk (menunjuk-nunjuk) yang membawa kecelakaan kepada mereka sendiri tetapi mereka membantah dengan sombong lagi berbangga diri. Sudah tentu orang yang sombong, dibawa nasihat yang benar pun mereka kata salah. Mereka cuba mempertahankan amalan nenek moyang mereka biarpun hakikatnya kecelakaan itu hanya menimpa pada golongan mereka sendiri. Tidakkah mereka merenung dan berfikir panjang apa yang mereka buat selama ini memberi kesan baik kepada mereka atau tidak?
Kemudian mereka guna nama Nabi atas alasan "As Sunnah Nabi" untuk mempertahankan amalan yang menyebabkan mereka memperlihatkan perbuatan yang sepatutnya hanya setiap individu dan Allah sahaja yang tahu. Mereka sudah tidak ikhlas beragama hanya kerana Allah Ta'ala, sebaliknya hanya kerana masyarakat (untuk menunjuk-nunjuk kononnya mereka itu Islam).
Dan selama mereka menunjuk-nunjuk perbuatan yang mereka kata itulah yang betul, dan kaum lain buat semuanya tak betul, kaum mereka juga yang lemah, pemalas berfikir, ketinggalan dalam sains dan teknologi, berpecah-belah sesama sendiri biarpun mereka tetapkan gerakan badan yang sama (tetapi mereka tidak berfikir macam mana cara nak tetapkan hati agar sama), dan kemunduran serta kemiskinan serata dunia (hanya ada sekolompok sahaja yang kaya kerana hasil sumber alam). Itu belum lagi ada yang ditimpa bencana gempa-bumi mahupun tsunami yang memusnahkan pusat ajaran "Sunnah Nabi" di Nusantara ini. Namun itu semua tidak cukup menjadi pengajaran bagi mereka seperti sombongnya kaum kafir terdahulu. Sikap sudah terhantuk baru nak tergadah tebal dalam diri mereka.
Bila Allah datangkan pemberi peringatan, mereka jadikan "status" atau "keturunan" untuk menidakkan nasihat itu. Bukannya mreka guna hujah sunnah Allah pun. Mereka menolak sunnah Allah bahawa golongan menunjuk-nunjuk pasti dapat kecelakaan sebab Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi berbangga diri. Akuan "Islam" mereka selama ini setakat manis di mulut, tetapi busuk di hati. Tidakkah mereka sedar yang Allah Melihat segala yang nyata mahupun yang tersembunyi?
Begitulah nasib kaum yang tidak berfikiran panjang seperti anak-anak Melayu yang merempit itu. Mereka nampak sendiri bahawa Allah beri balasan kepada kaum mereka menjadi terburuk berbanding bangsa-bangsa lain, tetapi mereka masih nak mempertahankan amalan-amalan yang menyebabkan mereka bermegah-megah. Kembang hidung mereka bila orang Barat puji segala amalan mereka selama ini, walhal itulah cara Barat untuk mempercepatkan kejatuhan kaum yang berbangga diri bila dipuji itu. Mereka tidak fikir itu semua, yang pentingnya nak bermegah-megah atas nama anutan seperti para perempit yang bermegah di jalanraya.
Mereka tidak memikirkan sunnah Allah (kerana tertipu dengan "Sunnah Nabi") bahawa golongan yang menunjuk-nunjuk pasti akan terima kecelakaan biar sekuat mana mereka asalnya. Itulah punca kejatuhan tamadun yang telah susah payah dibina oleh Rasul dan golongan beriman terdahulu atas dasar takwa (takut nak menunjuk-nunjuk), tetapi mereka telah rosakkan syariat yang baik tanpa mereka sedari semata-mata nak bermegah-megah atas nama Islam.
Kenapa mereka tidak sedar diri? Sebab mereka telah dilahirkan dari keturunan yang kononnya umat terbaik. Sebab itulah mereka rasa bangga diri kononnya syurga sudah dalam tangan mereka. Walhal dengan menunjuk-nunjuk itulah menyebabkan mereka masuk neraka. Syaitan telah berjaya menipu mereka hidup-hidup seperti mana kebanyakan kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu telah ditipu dengan taktik yang sama. Sebab itulah bila syaitan kata tidak lagi Rasul baru, mereka percaya cakap syaitan itu biarpun terang-terang Al Quran mengkhabarkan adanya kedatangan rasul-rasul Allah.
Macam kisah para perempit tengah sibuk bersiap-siap untuk berlumba di atas, mana mereka sedar yang Allah akan datangkan pakcik untuk menasihati mereka. Sebab urusan Allah, mana manusia tahu. Ada pula manusia nak pandai-pandai tetapkan "tidak akan ada lagi Rasul selepas seseorang Rasul terdahulu". Itu hanya tipu-daya syaitan seperti mana kaum terdahulu tertipu. Hanya orang yang tidak mahu dinasihati (kerana penyakit bangga diri) sahaja tidak suka akan kebangkitan seseorang Rasul (pemberi nasihat).
Begitulah sunnah Allah yang tiada perubahan dan berulang-ulang. Tetapi manusia yang tidak berfikir panjang itu tidak nampak putaran roda kehidupan. Mereka sangka mereka duduk di atas, walhal sudah terjelumus ke lembah kehinaan sehingga agama mereka dipandang hina akibat perbuatan-perbuatan mereka yang suka berperang sesama sendiri itu.
Puji-pujian bagi Allah yang membuka mata untuk melihat tipu-daya syaitan yang menggunakan nama "nabi" untuk menipu atas nama "hadis Nabi" atau "sunnah Nabi". Padahal dalam Al Quran, disebutkan hadis Allah itulah yang benar dan Sunnah Allah itulah yang tidak berubah (terpelihara). Kerana mereka tahu mereka pendusta, mereka takut mempertahankan hujah mereka menggunakan Hadis Allah dan Sunnah Allah, biarpun kononnya mereka kata mereka sembah Allah.
Itulah perangai kaum yang menyekutukan Allah (melihat ada kuasa lain boleh buat ketetapan selain Allah). Ayat-ayat Allah yang mengandungi nasihat yang benar bahawa si penunjuk lagak pasti ditimpa kecelakaan sudah tidak mereka pedulikan.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
Sebab itulah al-quran itu adalah petunjuk ke jalan yang lurus. Terang-terang dikatakan dalam al-quran tapi mereka tetap tidak mempedulikan berita gembira ini. Mereka tetap tidak mengendahkan amaran dan peringatan daripada rasul-rasul. Mereka tetap mencari 'hadis nabi' untuk mencari petunjuk walhal tiada satu pun ayat dalam al-quran mengatakan bahawa 'hadis nabi' itu perlu dipercayai. Hadis/ Sunnah Allah (ayat-ayat al-quran) tidak dipedulikan sebab kononnya bagi mereka ianya tidak lengkap atau bersifat umum sedangkan ayat-ayat Allah itu tidak akan pernah habis.
Oleh kerana syaitan itu suka membuat ucapan palsu yang indah-indah, mereka telah terpedaya. 'Hadis nabi' yang berupa ucapan-ucapan yang indah hanya menipu mereka sahaja. Kononnya tempat menginap jahanam itu hanya sementara sahaja sebelum dimasukkan ke dalam syurga padahal al-quran terang-terang mengatakan neraka itu adalah tempat menginap yang kekal bukan sahaja bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) tapi golongan yang suka menunjuk-nunjuk, sombong dan bermegah diri serta mereka yang ingkar kepada perintah Allah. Oleh kerana 'Hadis nabi' itu memang indah ucapannya, mereka memilih untuk mempercayai bahawa orang islam yang berbuat dosa akan masuk ke dalam neraka terlebih dahulu sebelum ke syurga. Padahal dalam al-quran, neraka adalah tempat menginap yang kekal. Mereka terperangkap dengan kata-kata 'Hadis nabi' yang bertentangan dengan ayat-ayat al-quran ini, langsung mereka telah mendustai ayat-ayat Allah!
Kisah anak melayu yang merempit yang dicetuskan oleh adli adalah satu pengajaran bagi orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk dan bangga diri bahawa mereka sahaja yang hebat daripada orang lain. Mereka sahaja yang benar daripada kaum yang lain. Mereka sahaja yang berhak menghukum orang lain sebagai sesat.
Apabila kedustaan mereka dibongkar, hati mereka terbakar kepanasan dan hanya tahu menghukum orang lain sebagai sesat tanpa mampu membawa hujah-hujah dan bukti-bukti sebab kesesatan itu. Untuk menutup kedustaan mereka itu, taktik yang terbaik bagi mereka adalah melarikan diri dan memadam posting/ memban forumer yang memberi peringatan kepada mereka. Dengan cara ini, ajaran yang kononnya atas nama nabi itu akan terus dipertahankan dan bermaharajela di bumi ini. Namun, Allah sudah menjanjikan dalam al-quran bahawa apabila pertolonganNya dan kemenangan datang, manusia akan masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan. Firman Allah;
110:1. Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan,
110:2. Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
Kemudian, perempit-perempit yang maut itu dalam kecelakaan jalanraya itu dikembalikan kepada Penciptanya.
Berkata, "Bukankah kamu pernah mengetahui bahawa kesan buruk menunjuk-nunjuk di jalanraya itu mengundang kecelakaan seperti yang terjadi kepada orang terdahulu sebelum kamu?"
Mereka menjawab, "Benar. Tetapi syaitan telah melalaikan kami sehingga seronok untuk menunjuk-nunjuk dan lupa untuk berfikir panjang."
Berkata, "Tidak datang lagikah seseorang menasihati kamu tentang padahnya menunjuk-nunjuk dengan rempitan kamu itu?"
Mereka berkata, "Benar. Tetapi kami membantah dengan ejek-ejekan sebab nasihatnya itu tidak sesuai dengan nafsu kami untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah di jalanraya."
Berkata, "Nah, rasakan apa yang kamu dustai semasa hayatmu di dunia bahawa tiadanya pemberi nasihat kepada kamu."
Golongan yang sombong dengan nasihat itu telah diseret oleh malaikat ke Jahannam sebagai balasan apa yang mereka kerjakan.
Ketika anak-anak Melayu yang kaki rempit itu didatangi oleh pakcik tersebut, sebenarnya ketika itulah mereka diuji sama ada hendak terima nasihat dan berubah kepada hidup merendah diri (tidak menunjuk-nunjuk) atau terus dengan kesombongan mereka.
Sebenarnya ujian Allah memang mudah sahaja. Diberi nasihat supaya jangan menunjuk-nunjuk, lepas itu pilihlah mana yang terbaik. Tetapi sebab ada manusia jenis suka hidup menurut nafsu bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, perbuatan yang buruk (yang mendapat celaka) pun mereka kata baik.
Hanya orang yang takut untuk menunjuk-nunjuk (merendah diri) sahaja akan kembali memperbetulkan amalan mereka selama ini. Itulah golongan yang berjaya melawan tipu-daya syaitan.

Benar Bayau.
Dalam Al Quran sudah sebut padah dalam menjadikan agama untuk berbangga diri dan berpecah-belah. Kaum terdahulu pernah melakukannya. Dan umat hari ini tahu keburukannya. Namun ada satu golongan manusia, mereka mahu menjadikan agama Allah itu hak milik puak mereka sahaja, sehingga menghukum kaum lain sesat atau kafir. Sedangkan Al Quran menetapkan bahawa Allah sahaja yang Mengetahui manusia mana yang benar dan manusia mana yang sesat. Kenapa mereka tidak serahkan urusan akidah itu kepada Allah? Apakah mereka merasakan diri mereka tuhan selain Allah untuk menghukum akidah manusia lain?
Jika kita mengkaji Al Quran, kita nampak bahawa Nabi Muhammad hanya manusia yang membawa perbezaan apakah ciri-ciri manusia yang beriman dan apakah ciri-ciri manusia yang kafir. Kemudian siapa nak beriman atau kafir, hanya Allah dan tuan punya diri sahaja yang tahu.
Dengan menyerahkan urusan penentu siapa Islam dan siapa kafir kepada Allah, maka tidaklah manusia nak berpuak-puak pasal agama lagi. Tugas golongan beriman hanya membezakan dua golongan itu, bukannya untuk menghukum siapa golongan tersebut.
Kita hanya menasihat manusia ke arah kebaikan. Dan kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Tetapi jika ada manusia menolak, sudah pasti Allah datangkan keburukan untuk mereka, kerana baik lawannya buruk.
Allah guna seperti hukum logik sahaja. Syurga lawannya neraka. Baik lawannya buruk. Selamat lawannya celaka.
Jadi, jika manusia sekadar mengaku Islam (selamat), tetapi beragama untuk menunjuk-nunjuk dengan ditetapkan cara solat mengikut satu cara sedangkan Al Quran sendiri tidak tetapkan caranya supaya manusia tidak boleh menunjuk-nunjuk pasal solat, maka itu semua hanya akan mengundang kecelakaan sahaja.
Allah membalas manusia bukan berdasarkan akuan mulutnya. Tetapi apa yang mereka amal dan lakukan. Lidah boleh berbohong, tetapi hati mana boleh bohong. Orang kafir (tidak percaya kepada Kekuasaan Allah) sebenarnya tahu hati mereka kafir (tidak mahu kepada kebenaran) walaupun mulut mereka mengaku Islam.
Jika manusia itu sengaja memilih untuk menunjuk-nunjuk, maka Allah juga akan yang mendatangkan balasan kepada apa yang mereka perbuat. Allah Melihat dalam hati mereka dan Dia tahu manusia itu sengaja nak buat jahat atau tidak...

Budak-budak Melayu merempit sebab mereka tak ada arah tujuan dalam hidup. Jadi mereka tak terfikir pun rempit mereka itu boleh membahayakan dan menyusahkan diri sendiri atau orang lain. Begitulah kalau manusia tidak diajar menggunakan akalnya.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
rempit tu bagus bagus bagus bagus bagus , mati CEPAT 

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
semut api wrote:rempit tu bagus bagus bagus bagus bagus , mati CEPAT
So, biar mereka mati cepat merupakan penyelesaian yang u rasa paling elok ke?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
tolokminda wrote:semut api wrote:rempit tu bagus bagus bagus bagus bagus , mati CEPAT

lebih elok dari yg tak percaya pada hadis kiranya gitu

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
puak anti hadis ni tak nak pegang pd Hadis sbb kata hadis itu palsu dan
berjilidjilid banyak dan dikumpul oleh manusia biasa spt Bukhari dan
Muslim.....
tapi Al Quran pun di buku oleh para sahabat setelah Rasulullah wafat......
patututnya mereka guna akal je dan dapatkan Al-Quran direct dr Allah
sebab mereka tak percaya dgn ulama (sahabat nabi) dan takpercaya dpat
ilmu dgn berguru...
Betulkan Adli, bayau dan pejuang?

antihadisitukafir- Siswa-Siswi
- Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 986
Registration date: 2009-10-03
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
semut api wrote:tolokminda wrote:semut api wrote:rempit tu bagus bagus bagus bagus bagus , mati CEPAT
So, biar mereka mati cepat merupakan penyelesaian yang u rasa paling elok ke?
lebih elok dari yg tak percaya pada hadis kiranya gitu
Mat2 rempit ni biasanya percaya hadis ke tidak?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Kisah Anak Melayu Yang Merempit
tolokminda wrote:semut api wrote:rempit tu bagus bagus bagus bagus bagus , mati CEPAT
So, biar mereka mati cepat merupakan penyelesaian yang u rasa paling elok ke?
Jika mereka suka melihat orang lain mati cepat atas rasa kebencian mereka terhadap orang lain itu, maka Allah lagi-lagilah benci untuk mematikan dengan cepat kaum-kaum yang mendurhakiNya dengan azab-azab yang tidak disangka-sangka.
Jika tidak adalah orang-orang yang beriman duduk di dalam kawasan tempat mereka tinggal, sudah pasti telah lama diturunkan azabNya itu. Tetapi Allah menangguh sehingga waktu yang sesuai bagi perkiraanNya.
Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Similar topics» Koleksi Masakan Melayu
» Banyak sebab anak lambat bercakap
» kisah keluarga pembohong
» kisah cinta seorang suami
» Kisah Umar Abdul Aziz (sambungan kedua) hebatnyerrrr
» Banyak sebab anak lambat bercakap
» kisah keluarga pembohong
» kisah cinta seorang suami
» Kisah Umar Abdul Aziz (sambungan kedua) hebatnyerrrr
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum